Khamis, 22 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


5 Tip Mudah Untuk Bantu Gaza

Posted: 21 Nov 2012 07:07 PM PST



5 tip tersebut diringkaskan menjadi formula berikut :  Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin

1) Doa
Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang

2) Kaji
Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan

3) Boikot
Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)

4) Didik
Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.

5) Infaq
Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.

Dapatkan 5 tip tersebut dalam bentuk poster di 

Nak bantu Gaza, turun Senawang 25 Nov 2012

Posted: 21 Nov 2012 07:06 PM PST



Sempena Ceramah Umum pada 25 Nov 2012 di Surau Taman Alamanda, Senawang, Aqsa Syarif sebuah pertubuhan sukarela yang banyak menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Palestin akan membuka kaunter untuk Tabung Misi Bantuan Kecemasan di Gaza serta jualan barangan berkaitan Palestin.

Mereka yang ingin menyumbang sila bawa wang tunai atai cek dan berurusan terus dengan wakil Aqsa Syarif, atau hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Dapatkan maklumat dan berita terkini di Gaza, Palestin dari laman web Aqsa Syarif di  http://aqsa2gaza3.blogspot.com  atau http://www.facebook.com/aqsa.syarif 

Sumbangan untuk membantu rakyat Palestiin boleh juga disalurkan ke akaun :  AQSA SYARIF BERHAD di Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

SELAMAT MENYAMBUT, BERAMAL DAN MENYUMBANG PADA HARI ASYURA

AMALAN YANG DISUNATKAN PADA 10 MUHARRAM

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun."
- (Hadis riwayat al-Baihaqi)

CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Rayuan Sumbangan Pondok Ar Raudhah, Jempol

Posted: 21 Nov 2012 07:06 PM PST



Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Kompleks Pondok Ar Raudhah di Jempol , Negeri Sembilan yang merangkumi Surau, Pondok Pengajian Warga Emas serta Penempatan Anak Yatim sila salurkan ke akaun RHB Bank atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 25506500005318.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun MAYBANK bernombor 555032518240

Untuk maklumat lanjut sila layari http://perkebar.blogspot.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Tn. Hj. Md Nasir (013-6227671)
En. Fisal (019-5119336)
En. Hakimi (013-3957924)
En. Ismail (013-6401119)

IBU BAPA SOLEH ANAK CEMERLANG

Posted: 21 Nov 2012 07:05 PM PST


Tiada ulasan:

Nuffnang