Khamis, 22 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Telefon pintar boleh lipat

Posted: 22 Nov 2012 12:26 AM PST

PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat.8 Muharram 1433H. [MOD] -


PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat.
Samsung yakin ia dapat dipasarkan pada separuh pertama tahun depan.
Samsung yakin ia dapat dipasarkan pada separuh pertama tahun depan.
SEOUL: Kedatangan tahun baru tidak lama lagi mungkin turut menampakkan peralihan terkini kepada evolusi telefon pintar.

Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.

Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran. - DM

4 majlis berbez

Posted: 22 Nov 2012 12:17 AM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
 
GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam. 
 
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.

Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

"Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris," kata Apek.

 metro/-

Musa Abu Marzouk: Hamas akan pertahankan bumi Gaza

Posted: 22 Nov 2012 12:14 AM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -





(Dr Syed Azman bergambar dengan Dr Musa dalam pertemuan mereka di Kaherah)

KAHERAH: "Hamas tidak akan berganjak walau satu inci pun dari bumi Gaza. Kami akan terus memperjuangkannya," kata Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Pembebasan Palestin (Hamas).

"Ini adalah tuntutan perjuangan kami sehingga kami dikuriakan kemenangan," tambah beliau kepada deligasi PAS yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Di tengah-tengah kesibukan menangani serangan berterusan tentera Zionis Israel di Gaza, Dr. Musa Abu Marzouk masih sempat meruangkan masa menerima kunjungan  Dr. Syed Azman dan rakan-rakannya.

Dr Syed Azman yang mewakili seluruh pimpinan PAS, singgah sebentar di kota Kaherah untuk bertemu dengan pimpinan Hamas bagi menyatakan sokongan padu PAS kepada seluruh rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan perang dengan Zionis Israel.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Musa melahirkan kekesalan beliau terhadap sikap 'double standard' Amerika Syarikat yang terus menyokong dan membela serangan berterusan sekutunya Israel terhadap bumi Gaza.

Sehingga kini, hampir setiap hari bumi Palestin di ceroboh secara rakus dan pembunuhan terhadap warga Palestin terus dilakukan secara kejam oleh tentera-tentera Zionis Israel tanpa sebarang perikemanusiaan.

Bagi beliau, perkembangan yang sedang berlaku di bumi Gaza, ada amat memilukan.
Tentera Zionis Israel dengan sokongan Amerika Syarikat dan sekutunya terus menerus menyerang dengan mengebom dan mengepung bumi yang berpenduduk 1.6 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.

Setakat ini mereka telah membunuh ratusan rakyat awam Palestin serta mencederakan lebih 2000 penduduk awam.

Tentera Zionis ini juga telah bertindak memusnahkan beratus-ratus buah bangunan, termasuk sekolah, pejabat dan stesen TV.
Mereka juga bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza.

Dr. Musa terus menegaskan bahawa, walaupun kini telah diadakan 'gecatan senjata' antara Hamas dan tentera Israel, Hamas tidak akan teragak-agak untuk melakukan gerakan ketenteraan baru sekiranya sekatan ke atas Palestin masih diteruskan dan penceroboh tentera Zionis Israel di bumi Palestin terus menerus dilakukan tanpa menghormati sebarang undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata, "keadaan kekejaman yang berterusan ini akan membawa kepada ledakan yang besar bagi rakyat Palestin dan dunia Islam menentang penjajahan berterusan rejim Zionis".

Namun di akhir pertemuan tersebut, Dr. Musa sekali lagi melahirkan ucapan terimakasih kepada seluruh pimpinan PAS terutamanya Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi yang sentiasa berdiri teguh bersama Hamas dan tidak putus-putus membantu rakyat Palestin.

Begitu juga ucapan terimakasih beliau kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan membantu penduduk Gaza bagi meringankan bebanan mereka.

Beliau menyatakan; "Sampaikan salam perjuangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan bumi Palestin. Bantulah kami sedaya mungkin bagi berhadapan dengan kekejaman Zionis Israel ini, sekurang-kurangnya dengan doa". 

harakah/-

16 lelaki dicari bantu kes polis

Posted: 22 Nov 2012 12:01 AM PST

16 lelaki dicari bantu kes polis8 Muharram 1433H. [MOD] -
 
16 lelaki dicari bantu kes polis
 
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mencari 16 lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semua lelaki yang dicari mempunyai kes jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pecah rumah.
Menurutnya, individu yang dicari pernah terlibat dalam beberapa kes pecah rumah sejak tahun 2006 hingga 2011.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi balai berhampiran atau Bahagian D4, JSJ, IPK KL di talian 03-21460613 bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Balai Polis Travers di sini, semalam.

Individu yang dicari adalah Chiang Hon Hing, 39, beralamat terakhir di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur; Tan Poi Tong, 54, - Sungai Jarom, Jenjarom, Selangor; Muhamad Sanawi Mansor, 23, - Taman Putri, Kulai, Johor; Izman Mazrul Ismail, 30, - Hala Tasek Timur, Anjung Bercham Elit, Bercham, Ipoh, Perak; Ramu Muthusamy, 35, - Batu Caves, Selangor; Tee Hoan Chin, 33, - Jalan Midah, Cheras.

Redzuan Yusuf, 34, beralamat terakhir di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan; Krishamurthi Thangaian, 24, - Kampung Baru Kundang, Rawang; Gobi Nair Madhavan, 33, - Jinjang Utara Tambahan, Kuala Lumpur; Lee Seng Siong, 36, - Sri Damansara; Amit Singh Kalimuthu, 34, - Jalan Desa Rejang, Setapak Jaya.

Muhammad Ezzad Ahmad Tajudin, 24, beralamat terakhir di Kondo Rakyat, Jalan Pantai Dalam; Fong Chin Too, 27, - Jalan Kuchai Lama, Happy Garden, Kuala Lumpur; Choong Hoong Wai, 24, - Jalan Klang Lama; Chong See Chin, 25, - Seksyen 12, Petaling Jaya dan Mohd Sani Mohd Arifin, 32, - Bukit Panau, Tanah Merah.

sinar/-

AES: Peguam Kase di Perak Ahad ini

Posted: 21 Nov 2012 11:53 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan mengadakan pertemuan dengan semua mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu negeri itu, Salman Saleh berkata, pertemuan tersebut akan turut dihadiri oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato' Mahfuz Omar dan akan diadakan di Pejabat PAS Perak, Ipoh pada Ahad ini jam 10.30 pagi.

Menurutnya, barisan peguam PAS akan memberikan taklimat kepada mangsa saman sistem tersebut yang bercadang untuk tidak akan membayar kompaun dan ingin mendapat pembelaan di mahkamah.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Perak menjelaskan, setakat ini lebih 50 mangsa saman AES telah menyatakan kesediaan untuk lawan di mahkamah dan kesemuanya adalah mangsa saman di Perak.

"Kami mempelawa mana-mana mangsa saman AES yang ingin mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma untuk hadir dengan membawa saman AES tersebut pada hari tersebut.

"Kami bersedia membantu mangsa saman ini demi untuk melindungi hak mereka di Mahkamah yang dizalimi ini," jelas beliau

Harakahdaily./-

Apa nasib 92 pensyarah UPNM ditamat kontrak

Posted: 21 Nov 2012 11:51 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 92 orang pensyarah kontrak ditamatkan perkhidmatannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata matlamat sebenar penubuhan UPNM adalah untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang pertahanan.

"Jadi kebanyakan mereka yang diambil sebagai pensyarah itu merupakan individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang pertahanan.

"Kebanyakan mereka yang ditamatkan kontrak tu mempunyai pengalaman dalam bidang pertahanan, tetapi kenapa khidmat mereka ditamatkan.

"Bukankah itu matlamat penubuhan UPNM yang mahu melahirkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang tersebut, jika mereka yang mempunyai kepakaran dihentikan bagaimana UPNM dapat mencapai apa yang dikehendaki," jelasnya.

Salahuddin menyatakan tindakan beliau itu bukan untuk mencampuri urusan pentadbiran di universiti tetapi ia adalah keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi 92 orang pensyarah itu.

"Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan pentadbiran universiti tetapi saya melihat kepada faktor kebajikan mereka yang dihentikan.

"Pada awal penubuhan mereka dipanggil untuk memberi sumbangan serta pengalaman yang mereka ada tetapi setelah mereka curahkan khidmat ia ditamatkan begitu saja," sambung beliau.

Semalam, Naib Presiden PAS itu ketika berbahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi telah membangkitkan perkara tersebut.

Namun jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai penamatan kontrak.

"Jawapan menteri amat ringkas, kenapa nasib mereka tidak dibela. Sumbangan mereka besar dan tidak sepatutnya dilayan sedemikian.

"Inilah nasib angkatan tentera, mereka dilayan sedemikian dan kepakaran serta sumbang mereka tidak dihargai langsung," tambah beliau.

Salahuddin yang turut mencadangkan semalam agar satu badan khas ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan satu pertemuan akan diadakan dengan pihak universiti dan pensyarah-pensyarah yang ditamatkan kontrak bagi mencari jalan penyelesaian.

harakah/-

Dua bot nelayan asing ditahan

Posted: 21 Nov 2012 11:23 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

Dua bot nelayan asing ditahan

Antara nelayan asing yang ditahan kerana memasuki perairan negara.
 
LUMUT- Kelekaan menangkap ikan dan keinginan mendapat hasil tangkapan yang banyak menyebabkan dua bot nelayan asing tidak menyedari mereka telah memasuki kawasan perairan negara ini tanpa permit sah.

Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan memaklumkan, kelekaan menangkap ikan telah menyebabkan kedua-dua bot nelayan berkenaan ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, bot terbabit telah ditahan oleh kapat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Muhammad Amin ketika melakukan rondaan di perairan negara, pada jam 3 petang, 19 November lalu.

"Semasa rondaan, KD Laksamana Muhammad Amin telah mengesan dua bot nelayan berkenaan sedang menangkap ikan di perairan negara kira-kira 43 batu nautika barat lau Pulau Jarak, iaitu di luar kawasan tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia.

"Sebuah daripada bot berkenaan bernama KM Pelangi manakala sebuah lagi tidak bernama dan setelah diperiksa, bot-bot berkenaan didapati membawa sembilan awak-awak berasal dari Medan Sumatera Utara Indonesia," katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Razak berkata, pemeriksaan turut mendapati, tiga daripada awak-awak berkenaan berusia bawah 18 tahun, manakala tiga lagi berumur 19 hingga 53 tahun.

Tambah beliau, salah seorang tekong mengatakan, mereka telah keluar ke laut selama tiga hari untuk menangkap ikan dan apabila kurang mendapat hasil di kawasan mereka, kedua-dua bot telah beralih ke kawasan lain tanpa menyedari telah memasuki perairan negara ini.

"Semua tekong dan awak-awak yang ditahan telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) untuk tindakan selanjutnya dan kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985, iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia.

"Jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 bagi setiap awak-awak. Permohonan reman dibuat di bawah 47D, Akta Perikanan 1985 dan untuk rekod, ini merupakan kes tangkapan kelima melibatkan bot nelayan asing di perairan Perak untuk tahun 2012," katanya.

sinar/-

Sabotaj parti: Dua ahli Umno dipecat

Posted: 21 Nov 2012 11:11 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR – Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.

Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

"Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.

Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

"Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah," katanya lagi.

Menurut Ahmad Rithauddeen, keputusan itu hasil daripada persidangan anggota Lembaga Disiplin pada 6 September dan 8 Oktober lalu.

Nama-nama individu yang terbabit ialah Ab. Habi Mustapha (Semporna), yang melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, didapati bersalah dan dipecat.

Rakannya dari bahagian sama, Abdul Majid Palah yang melakukan kesalahan fasal sama turut dikenakan hukuman pecat dari parti.

Seorang lagi dari bahagian Semporna, Nisfu Palah, terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, yang digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan.

Empat yang lain, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Abdul Halim Abdullah Sunny dari Arau, Yaacob Man (Padang Besar) dan Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar), masing-masing diberikan amaran.

Sementara Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Padang Besar setelah dilakukan siasatan didapati tidak bersalah.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut pada 19 Oktober lalu.

Sinar


100 Sunnah Rasulullah yang dilupakan

Posted: 21 Nov 2012 11:06 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -



Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah swt kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah saw.  Namun, bila melihat realitinya, umat Islam kini lebih banyak meninggalkannya.

Ada yang meninggalkannya kerana kurang perhatian dan cenderung melupakannya; ada pula mengolok-olokannya, bahkan menghina orang yang mengamalkan serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.

Menghidupkan sunnah Nabi saw ertinya memahami petunjuk beliau.

"...maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui ke¬benaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu." [HR Abu Daud & Tirmizi]

Buku istimewa ini menghuraikan pelbagai sunnah Nabi saw yang makin dilupakan oleh kebanyakkan kaum muslimin; diantaranya masalah taharah, solat, musafir, haji dan umrah serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya.

Lawati www.kemilau.net.my untuk maklumat lanjut.

Selamat Membaca.

harakah/-


Mayat reput tanpa tangan

Posted: 21 Nov 2012 10:36 PM PST

Mayat reput tanpa tangan8 Muharram 1433H. [MOD] -


Anggota APMM mengusung mayat di Terminal Jeti Tanjung Gemok.
 
PULAU TIOMAN - Penduduk Kampung Mukut Pulau Tioman digemparkan dengan penemuan sekujur mayat reput yang terdampar di persisiran Pantai Pasir Burung Mukut, Pulau Tioman, pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat itu dijumpai penduduk kira-kira jam 10.30 pagi semalam ketika beberapa penduduk melalui kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat masih belum dikenal pasti kerana dalam keadaan reput selain tidak mempunyai tangan dan kaki kanan.

"Mayat itu dalam keadaan reput dan hanya tinggal badan dan kaki kiri, selain tinggal tempurung kepala sahaja," katanya.

Johari berkata, penduduk yang menemui mayat itu terus menghubungi Balai Polis Tekek, Pulau Tioman memaklumkan penemuan mayat itu.

Katanya, mayat itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Tekek untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar menggunakan Kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) KM Mukah ke Terminal Jeti Tanjung Gemok.

"Mayat itu tiba di Jeti Tanjung Gemok jam 4.30 petang tadi (semalam) dan dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat," katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau waris terdekat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222.

sinar/-

RM40j: Bukti baru diserah kepada ICAC Hong Kong

Posted: 21 Nov 2012 10:23 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

(Deligasi PKR ketika tiba di hadapan pejabat ICAC di Hong Kong pagi ini)

HONG KONG: Delegasi PKR ke Hong Kong hari ini menyerahkan bukti baru berhubung skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Datuk Seri Musa Aman kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong.

Bukti itu merupakan dokumen laporan dan sokongan yang mengandungi perkembangan terbaru dalam kes itu.

Ia antara lain kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC.

Kedua, kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno.

Manakala ketiga adalah pendedahan bahawa anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempunyai hubungan dengan jutawan balak Michael Chia.

Hubungan itu adalah dalam bentuk sebuah kereta mewah SUV Hummer yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC.

"Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar.

"Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Datuk Seri Musa Aman," katanya.

Turut serta dalam penyerahan itu  Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan Adun Teja Chang Lih Kang.

Penyerahan itu dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong James To semalam.

James To adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah ICAC.

Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu bagaimanapun didakwa memberi alasan wang berkenaan milik Musa.

Nazri pula ketika menjelaskan perkara itu di Parlimen berkata, wang RM40 juta itu bukan untuk Musa tetapi dana untuk Umno Sabah.

harakah/-

AES: Kase mahu fail semakan kehakiman

Posted: 21 Nov 2012 09:43 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) akan memulakan semakan kehakiman bagi membolehkan perjanjian pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dapat didedahkan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar memberitahu pendedahan perjanjian itu amat penting kerana terdapat perkara-perkara yang mengelirukan dalam pelaksanaan AES.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pangangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri perjanjian tersebut tergolong dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Malah beliau turut menyatakan kesediaan jika ada pihak yang mencabar pendedahan perjanjian tersebut di mahkamah.

"Proses semakan kehakiman akan kita lakukan pada masa terdekat dan pada waktu itu kita akan meminta mahkamah memerintah supaya perjanjian itu dikemukakan kepada mahkamah.

"Ini adalah untuk memastikan supaya proses perbicaraan semakan itu berjalan dengan lancar terutamanya persoalan yang berkaitan dengan perjanjian itu digunapakai sebagai penghujahan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Mahfuz turut mengulas kenyataan kerajaan yang mengatakan pihak syarikat diarahkan menyediakan kenderaan bagi tujuan mengendalikan kamera AES berkonsep mobile.

"Sebab itu saya katakan pendedahan perjanjian ini amat penting, apakah perjanjian itu sampai kepada syarat kenderaan yang disediakan oleh syarikat menggunakan logo atau warna agensi kerajaan.

"Mungkin dalam perjanjian mereka menyediakan kenderaan tetapi bukan menggunakan logo dan mewarnakan seperti kenderaan penjawat awam," katanya.

Tambahnya lagi, menggunakan logo dan warna sudah bertentangan dengan Seksyen 170 dan 171 di bawah Kanun Keseksaan, menyamar penjawat awam.

Beliau memberitahu lagi, tindakan menggunakan kenderaan yang menyamai kenderaan kakitangan awam akan menyebabkan penyalahgunaankuasa kononya mereka pegawai penguatkuasa dan secara langsung menimbulkan isu gejala rasuah.

harakah/-

Skandal RM207b: Buruh, waris diarah tutup mulut?

Posted: 21 Nov 2012 09:08 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -


IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'.

Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.

"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)

Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.

Mangsa masih hidup

Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak.

Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.

"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.

"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.

Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang.

harakah/-

Bernikah pada usia 13 tahun

Posted: 21 Nov 2012 08:38 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -
KULIM: "Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik," kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

"Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

"Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

"Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

"Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

"Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

"Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial," katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. "Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

"Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

"Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu," katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

"Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

"Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008," katanya.

Harian Metro

Benarkan peguam Scorpene masuk Malaysia

Posted: 21 Nov 2012 08:31 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dicabar membenarkan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham- yang terlibat menyiasat isu skandal kapal selam Scorpene- masuk ke negara ini.

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis itu untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene di sini.

"SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia.

"Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan 'tidak boleh', " kata pengarah propagandanya Edy Noor Reduan.

William Bourdon dan Joseph Breham sebelum ini didakwa pernah memasuki Malaysia namun diarah keluar pada pada 22 Julai tahun lalu.

Kedua-duanya dijangka hadir sekali lagi ke Parlimen minggu ini bagi memberi taklimat berhubung perkembangan isu Scorpenen ini.

Bagaimanapun sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklum balas dari kerajaan berhubung kebenaran untuk memasuki negara ini dan sesi taklimat tersebut ditangguh ke minggu depan.
 harakah/-

Minyak sawit ke Israel, Anak serah memo esok

Posted: 21 Nov 2012 07:54 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok. 

Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

"Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin  dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda.

Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.

Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok.

harakah/-

Skandal AES: Syarikat Ditubuh Lepas Dapat Kontrak AES

Posted: 21 Nov 2012 07:53 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya mendaftarkan syarikat tersebut selepas memperoleh kontrak untuk memasang sistem itu.

Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan butiran syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut Mahfuz, butiran pada pendaftaran syarikat itu menunjukkan syarikat berkenaan memperoleh kontrak tersebut sebelum syarikat itu didaftarkan lagi.

Satu dokumen yang ditunjukkan Mahfuz kepada pemberita, didakwa daripada SSM, menunjukkan ATES Sdn Bhd mendaftarkan syarikat tersebut pada 12 Februari 2009, manakala Beta Tegap Sdn Bhd pula pada 7 Februari 2004.

"Bagaimana dua syarikat ini tahu mereka dapat jaminan kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada tahun 2006 dan saringan tender dilakukan pada 2006?

"Mereka daftar syarikat semata-mata nak dapatkan tender.

"Ini menunjukkan ada perkara yang tak kena. Ini bukan untuk selamatkan nyawa manusia tetapi untuk mengayakan kroni," dakwanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ketika bercakap kepada pemberita selepas itu memberitahu, projek berkenaan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008.

Namun, kontrak berkenaan hanya ditandatangan "beberapa tahun kemudian", katanya di bangunan Parlimen.

Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan AES sebelum beliau menjawat jawatan itu.

Ong berkata beliau turut membangkitkan mengenai penswastaan berkenaan ketika menjadi menteri pada 2008. -mk

Zoo Melaka bakal diswastakan

Posted: 21 Nov 2012 07:36 PM PST

Zoo Melaka bakal diswastakan8 Muharram 1433H. [MOD] -

Zoo Melaka akan diswastakan sebaik menerima kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
AYER KEROH - Tiga syarikat swasta iaitu Melaka Wildlife, Koperasi Bela Masyarakat dan Koperasi Hang Tuah Jaya bakal mengambil alih pengurusan Zoo Melaka sebaik ia diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu surat kelulu-san rasmi daripada kementerian berkenaan sebelum kesemua kakitangan Zoo Melaka ditawarkan sebagai kakitangan kontrak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

"Kakitangan terbabit akan terus menjalankan kerja-kerja di zoo tetapi mereka bukan bekerja di bawah Zoo Melaka tetapi di bawah MPHTJ supaya mereka mempunyai kerjaya yang lebih terjamin.

"Setakat ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri namun masih menunggu surat rasmi daripada Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, dekat sini semalam.

Menurut Mohd Ali, Kerajaan Negeri yakin dapat melakukan perubahan besar yang lebih baik terhadap zoo berkenaan yang kini dianggap sebagai zoo terbesar di negara ini.

"Kita pun sudah bersedia untuk mengambil-alih Zoo Melaka dan kita akan namakannya sebagai Melaka Zoo and Night Safari.

"Kita yakin akan buat jauh lebih baik ikut cara zoo di Singapura sehingga terkenal di dunia dan nombor satu sekarang, sama seperti kita berjaya merubah Sungai Melaka sehingga ia mampu mengatasi Singapura," katanya.

sinar/-

Rumah Pak Mat dirompak, anak dirogol dan doa

Posted: 21 Nov 2012 07:35 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -



Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa; "Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak Mat lalu berkata; "Mana boleh doa macam tu, kami ni  Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Keesokan harinya di TV*,
"Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags

17 cedera letupan bas di Tel Aviv

Posted: 21 Nov 2012 07:33 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD]

TEL AVIV, Israel – Sebutir bom yang diletakkan di dalam sebuah bas meletup berhampiran ibu pejabat tentera di sini tengah hari semalam menyebabkan 17 orang cedera.

Kejadian terbaharu itu dilihat merumitkan usaha gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas di Genting Gaza.

Serangan tersebut berlaku ketika Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton berulang-alik antara Baitulmuqaddis dan Tebing Barat untuk berusaha mencapai satu perjanjian damai terhadap konflik Asia Barat itu yang masuk hari kelapan semalam.

Setakat ini, seramai 130 orang rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak disahkan terbunuh dalam serangan bertalu-talu oleh rejim Zionis.

Lima rakyat Israel turut dilaporkan terbunuh akibat terkena bedilan roket pejuang Hamas yang dilancarkan ke selatan Israel.

Sementara itu, Washington segera mengutuk serangan bom itu yang disifatkan akan melemahkan usaha damai dalam konflik Israel-Gaza.

"Serangan terhadap orang awam Israel yang tidak bersalah adalah keterlaluan," kata White House dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Clinton dilaporkan tiba di ibu kota Mesir, Kaherah untuk menemui Presiden Mohammed Morsi bagi membincangkan usaha gencatan senjata bagi mengakhiri konflik di Gaza.

Serangan udara ke atas Gaza oleh tentera Israel bermula pada 14 November lalu mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.

Selain menggunakan pesawat pejuang untuk membedil Gaza, tentera Israel turut menggunakan meriam untuk menyerang beberapa kedudukan penting pejuang Hamas.

Dalam perkembangan lain, pemerintah Iran telah menghantar bantuan ketenteraan kepada pejuang Hamas, kata speaker Parlimen semalam.

"Kami berbangga dapat mempertahan penduduk Palestin dan Hamas dan bantuan kami meliputi kewangan dan ketenteraan," kata Ali Larijani di dalam laman web rasmi Parlimen negara itu. – Agensi

Tabung masjid jadi sasaran pencuri di Kuala Lumpur

Posted: 21 Nov 2012 07:32 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -

MASJID Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak yang kehilangan wang tabung tiga kali dalam tempoh seminggu.

KUALA LUMPUR – Kegiatan pecah tabung masjid menjadi kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran buat kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.

Satu sumber berkata, kejadian terbaru pada malam kelmarin hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang terkejut apabila mendapati mangga pada tabung itu sudah dipecahkan manakala tabung kosong.

Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui berapa banyak duit dalam tabung itu. Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis pada pukul 3 pagi semalam.

"Kejadian pecah tabung itu kemungkinan berlaku antara pukul 10 malam hingga pukul 3 pagi semalam selepas kesemua jemaah pulang sebaik selesai menunaikan solat Isyak," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, dua hari sebelum itu, dua kejadian sama berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait duit dari dalam tabung menggunakan dawai penyangkut baju yang diubai suai.

Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian pertama dan kedua.

Jelas sumber itu lagi, imam masjid berkenaan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang awam yang menjadikan masjid sebagai tempat tidur sementara dan mereka yang mengetahui selok-belok dalam masjid itu.

Kosmo


Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?

Posted: 21 Nov 2012 07:29 PM PST

8 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?

Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

"Bagi ahli parliamen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing dan mula mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Bagi Menteri Besar negeri-negeri BN pula tunjukkan sokongan kata kamera AES yang Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang yang tidak mahu dipasang semua bawa ke negeri masing-masing. Kena bermula dengan Pahang dan Johor, negeri kelahiran Najib dan Muhyiddin," sindir beliau yang ternyata sangat berang dengan keputusan tersebut.

Ketika ditanya Harakahdaily, mengapa kabinet Umno-BN masih meneruskan hasrat untuk memasang kamera AES meskipun tahu ia bakal mengundang kehilangan undi di PRU-13, sumber dalaman Umno tersebut tidak menjawabnya secara direct.

"Lu pikirlah sendiri. Apa yang Umno dewakan sehingga tidak sanggup menarik balik AES. Mengapa AES tidak seperti juga GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ditangguhkan sehingga PRU-13 selesai. Lu pikirlah sendiri lagi," jawabnya sambil berseloroh.

Mengenai perhimpunan Umno akan datang, sumber dalaman Umno itu berkata pasukan Muhyiddin kini sedar kemungkinan tuan mereka menjadi Ketua Pembangkang adalah amat berkemungkinan.

"Jikalau Umno kalah pilihanraya, anta ingat Rosmah sanggup digelar sebagai isteri Ketua Pembangkang? Sudah pasti, Muhyiddin yang bakal jadi Ketua Pembangkang masa itu. Siapa lagi yang sanggup jadi Presiden Umno yang pertama yang jadi Ketua Pembangkang, tiada yang sanggup, tapi next in line ialah Muhyiddin," kata beliau.

Ditanya apa pandangan dalam Umno mengenai Muktamar PAS ke 58 yang baru berlangsung baru-baru ini, sumber dalaman Umno berkata ada satu perkara penting yang ingin ditutup Umno dan medianya.

Perkara paling penting katanya ialah deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang disambut oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

"Yang paling kita tidak sangka, di ucapan pergulungan Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) turut menyatakan sokongan terbuka kepada tindakan Nasrudin. Jika PAS betul dapat mewajibkan deklarasi harta untuk semua calonnya di PRU13, Umno akan sangat tertekan, kerana calon-calon yang dipilihnya ramai yang tidak sanggup melakukannya, terutamanya sekarang dengan kewujudan Rafizi (Ramli) dan NOW yang fokusnya untuk mencungkil maklumat kroni Umno," kata beliau.

Deklarasi harta Nasrudin, katanya menjadikan keadaan perbandingan Umno dengan PAS menjadi 8-0 untuk pimpinan atasan – di mana Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Najib dibandingkan dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Muhyiddin dengan Mohamad Sabu, Hishamuddin, Ahmad Zahidi, Shafei Afdal dibandingkan dengan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Husam Musa, Ahmad Maslan dengan Dato Tuan Ibrahim dan terkini Nasrudin dibandingkan dengan Khairy.

"Bagi Dewan Muslimat PAS, kalau Siti (Zailah) dapat buat deklarasi harta dan menekan Shahrizat Jalil, akan terus jadi 9-0," kata sumber dalaman Umno itu lagi.

Dalam isu cadangan Hadi sebagai PM, sumber dalaman Umno itu berkata Utusan dan media Umno tersilap langkah.

"Yang mereka war-warkan selama ini ialah DAP akan berkuasa, negara Kristian akan bertapak. Tiba-tiba sekarang mereka bagi mesej samada Anwar (Ibrahim, Ketua Umum PKR) atau Hadi yang akan jadi Perdana Menteri. Ini seolah menampar dakwaan diri sendiri terdahulu – mereka cuba takutkan orang Melayu selama ini bahawa DAP berkuasa, sekarang mereka hilangkan perasaan takut tersebut dengan mengesahkan Anwar atau Hadi akan menjadi PM.

Lebih teruk, sekarang rakyat berbicara samada Anwar atau Hadi jadi PM seolah-olah sudah pasti Umno tidak akan menjadi PM lagi. Nak kata bodoh, mereka marah," kata beliau sebelum beredar mengejar satu mesyuarat di Putrajaya.

harakah/-

Tiada ulasan:

Nuffnang