Selasa, 2 Oktober 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tak tahan krisis air di Sarawak, lelaki racun loji.

Posted: 01 Oct 2012 07:34 PM PDT


2 Okt 2012 - LOJI rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun rumpai.

Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam.

Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu.

"Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.

"Akibat disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bajet 2013, BR1M 2.0, siswa dianak tirikan?

Posted: 01 Oct 2012 07:33 PM PDT


Apakah mereka yang bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan menjadi pelajar separuh masa di IPT juga tidak layak menerima BR1M 2.0? Sedangkan mereka juga adalah pekerja yang menyumbang kepada pembangunan negara dan juga pengajian tinggi negara?

Siswa tidak termasuk kategori penerima BR1M 2.0

1 Okt. 2012 - Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.

Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - BERNAMA

Anak ragut rantai ibu, di mana silapnya?

Posted: 01 Oct 2012 07:32 PM PDT


Sedangkan kita sudah punyai banyak program pembangunan sumber manusia antaranya aktiviti kokurikulum di sekolah, program PLKN dan macam-macam lagi program untuk remaja. Apa yang kurang ialah program peningkatan iman, program memperbanyakkan jemaah di masjid, program memperbanyakkan kuliah ilmu dan yang seumpamanya, walaupun kutipan zakat kian tahun meningkat naik.

Remaja ragut rantai ibu
2 Okt 2012

Teluk Intan: Akibat ketagihan dadah, seorang remaja sanggup meragut rantai leher ibunya selepas permintaan mendapatkan RM500 daripada wanita itu tidak dipenuhi, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, ibu berusia 47 tahun yang juga suri rumah berasal dari Kampung Bahagia itu, enggan melayan permintaan anaknya berusia 19 tahun kerana bimbang wang itu digunakan untuk membeli dadah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata suspek yang beberapa kali meminta wang sebanyak RM500 tetapi tidak diendahkan ibunya bertindak nekad merampas rantai emas itu sebelum melarikan diri.

Jamin anak kes dadah

Sebelum itu, pada 27 September lalu, wanita itu menjamin anaknya yang dituduh di mahkamah kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama beberapa rakannya yang lain.

Suspek yang berada dalam jaminan mahkamah kini diburu pihak polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat, katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang