:: cina islam | 2011 :: |
- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat
- Menteri wanita tidak faham kehendak wanita
- SPAN puji pengurusan air di Kelantan
- Anjing sertai pertandingan luncur ombak
- Bicara buku Gelombang di Pesisir Waktu Khamis ini
- Jangan mudah terpedaya perniagaan atas talian
- Kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang
- Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran
- Syarikat Jongkong Emas Genneva Malaysia Sdn Bhd Diserbu
- Mengamuk ibu ditembak
- Wanita: Pakatan tawar belanja 10 kali ganda BN
- Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin
- Tidak mungkin Pas tumpas
- Pemuda PAS Perak yakin Zambry boleh dikalahkan
- BBQ 1,000 ekor ayam Pemuda PAS di Baling
- Pantai merah menyala di China
- Tidak rahsia lagi
- Bajet 2013: Komen bagi isu air dan tenaga
- Kencing likat darah
- Dua anak harimau bintang mati dipukul
- Mahkamah Rusia haram video hina nabi
- ‘Bos suruh bakar kau’
- September saksikan 365 orang terbunuh di Iraq
- 'Saya tidak anti bahasa asing'
- Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon?
Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat Posted: 02 Oct 2012 12:57 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. "Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik. "Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000". "Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800". "Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi. Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet. "Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi. "Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi. "RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap." Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. Dan juga Anak Muda mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB... lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak… tak gitu Najib??? -reformasi anak muda | ||||||||||||
Menteri wanita tidak faham kehendak wanita Posted: 02 Oct 2012 12:55 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu. Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan. Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi. Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood (gambar) dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu. Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik. "Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya. Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi. Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender. Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN. Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil "Agenda Wanita Malaysia". Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda. harakahdaily/- | ||||||||||||
SPAN puji pengurusan air di Kelantan Posted: 02 Oct 2012 12:51 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua memeriksa kualiti air AKSB) JELI: Di sebalik kecaman Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), usaha Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meningkatkan pengeluaran bekalan air bersih mendapat pujian Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teo Yen Hua berkata, usaha AKSB meningkatkan bekalan air bersih kepada penduduk setempat menggunakan kaedah telaga jejari terbukti berjaya. "Saya menghargai usaha yang dilaksanakan AKSB, di samping dapat meningkatkan pengeluaran air, ia juga menjimatkan kos penyelenggaraan loji memandangkan air yang disalurkan ke loji sudah jernih," katanya. Beliau ditemui selepas melawat telaga jejari AKSB di Jeli semalam. Turut hadir Pengarah SPAN Wilayah Timur, Mohd Nasir Mahmood dan Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi SPAN Pusat Chow Kin Liung. (Datuk Teo melawat loji AKSB dan berpuashati) Hadir sama Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmood, Ketua Bahagian Teknikal AKSB Ir Wan Zamri Wan Ismail dan Pengurus Teknikal, Iskandar Abdul Rahman. Yen Hua berkata, usaha dilaksanakan AKSB memperkenalkan sistem telaga jejari amat wajar sekali kerana berjaya meningkatkan pengeluaran air bersih dan dapat menambahkan bilangan pengguna. Selain itu kaedah yang menggunakan teknologi Jerman itu dapat mengatasi masalah kekeruhan, penggunaan elektrik yang rendah dan menjimatan kos operasi. Beliau berkata, peranan SPAN memastikan bekalan air dapat dinikmati rakyat sebaik mungkin dan langkah diambil AKSB dapat menyelesaikan masalah tekanan rendah sebelum ini. "Saya berharap operator pengeluaran air di negeri lain dapat menimba ilmu dalam usaha membina telaga jejari di tempat mereka," katanya. Telaga Jejari di Jeli dibina pada 2010 dan sehingga kini berjaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air kepada penduduk di jajahan terbabit. Projek perintis tersebut sekarang sering menjadi tumpuan operator pengurusan air dari negeri-negeri lain bagi melihat sendiri kejayaan telaga jejari di Kelantan. harakahdaily/- | ||||||||||||
Anjing sertai pertandingan luncur ombak Posted: 02 Oct 2012 12:28 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PANTAI HUNTINGTON - Lebih 40 ekor anjing pelbagai saiz dan rupa mengambil bahagian dalam Pertandingan Luncur Anjing Surf City di negeri California, Amerika Syarikat. Berlangsung di sini pada Sabtu lepas, kejohanan tahunan kali ketiga itu dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg. Pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan. Selain bersaing sesama sendiri, anjing-anjing itu cuba mencipta rekod dunia dengan meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. Salah seorang pemilik anjing, Mark Bednorz memberitahu anjingnya telah menyertai sukan berkenaan sejak dua tahun yang lalu. Malah, anjingnya amat gemar melakukannya. "Hampir semua anjing suka berada di sini," kata Bednorz. - Agensi | ||||||||||||
Bicara buku Gelombang di Pesisir Waktu Khamis ini Posted: 02 Oct 2012 12:21 AM PDT SHAH ALAM: Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah akan membicarakan buku A.Shukur Harun berjudul "Gelombang di Pesisir Waktu" dalam suatu majlis Wacana Ilmu yang akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Khamis 4 Oktober. "Majlis bicara buku ini adalah siri 'Wacana Ilmu @ PPAS' yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi) pada setiap bulan, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)," jelas Kassim Muhamad, Setiausaha Agung Paksi. "Buku Gelombang di Pesisir Waktu dipilih memandangkan kesesuaiannya dengan suasana politik hari ini, dan Ahmad Lutfi adalah orang yang paling layak untuk bercakap mengenai suasana politik menjelang PRU-13," jelas Kassim lagi. A.Shukur Harun, 74, adalah seorang penulis dan wartawan berpengalaman, dan pernah menjadi Pengarang Harakah. Selain tulisan-tulisan mengenai politik dan PAS, buku ini juga menyorot peristiwa-peristiwa penting seni-budaya dalam era mutakhir. "Untuk bahagian seni-budaya kami mengharapkan seorang lagi panel pembicara, iaitu Arif Atan dari Universiti Malaya, seorang penulis muda, akan membicarakannya," kata Kassim. Majlis yang menggalakkan dialog ilmu di kalangan orang awam ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Ia bermula pukul 9 pagi dan berakhir sebelum Zuhur. "Pihak PPAS bermurah hati menyediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka yang hadir," kata Kassim, yang bertindak sebagai moderator wacana ini. harakahdaily/- | ||||||||||||
Jangan mudah terpedaya perniagaan atas talian Posted: 02 Oct 2012 12:19 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUANTAN - Kerugian bernilai ratusan ribu ringgit dicatat melibatkan kes penipuan internet, peraduan gores dan menang serta penipuan Macau Scam dilaporkan berlaku di negeri ini bermula Januari hingga September lalu. Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terlalu taksub dengan jualan langsung melalui lawan web yang cuba memperdaya mangsa dengan menawarkan barangan berjenama mewah pada harga lebih rendah, manakala lebih berhati-hati bagi mengelak sindiket gores dan menang serta Macau Scam. Pemangku Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Rizal Kamaruddin berkata, kes paling tinggi dilaporkan ialah penipuan melalui laman web iaitu hanya menggunakan modus operandi menawarkan barang dengan harga lebih rendah, pihak tidak bertanggungjawab dengan mudah memperdaya mangsa. Menurutnya, tanpa membuat sebarang penyelidikan atau kesahihan, kebanyakan mangsa dengan mudah memasukkan wang pembelian ke dalam akaun suspek tanpa menyedari barang dijanjikan sebenarnya tidak wujud. "Sebanyak RM110, 688.30 kerugian dilaporkan berlaku daripada 88 kes yang diterima dan paling popular buat masa sekarang ialah penjualan telefon bimbit berjenama. "Jika harga pasaran mencecah RM2,000, suspek yang menawarkan barangan tersebut dengan harga sebanyak RM900 sahaja dan mangsa terlalu mudah mempercayainya. "Selain telefon bimbit, kes penipuan juga melibatkan penjualan kereta, pakaian dan barangan lain. Suspek akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi dan persetujuan hanya dibuat melalui talian sahaja serta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam. Seterusnya Mohd Rizal berkata, suspek berjanji akan menghantar barangan melalui pos atau berjanji akan berjumpa di satu lokasi tetapi sebaik sahaja transaksi pemindahan wang dibuat, suspek terus gagal dihubungi. Sementara itu, beliau berkata, selain penipuan internet, kes melibatkan peraduan gores dan menang serta penipuan Macau Scam tidak kurang hebatnya serta kini semakin berleluasa. "Pihak polis telah mengambil tindakan 23 tangkapan dan pelbagai barangan dirampas berkaitan ke penipuan gores dan menang. "Kes ini kebanyakan berlaku di bandar-bandar besar dan suspek menawarkan kad gores menang tanpa bayaran serta mengatakan mangsa memenangi hadiah lumayan. Mangsa diminta membuat bayaran atas barangan termasuk cukai kerajaan sedangkan barangan diterima tidak sepadan dengan bayaran dan lebih teruk ada yang tidak mendapat apa-apa barangan," katanya. Katanya, bagi kes penipuan Macau Scam ia membabitkan kerugian sehingga RM310,590 dan 17 aduan telah diterima. "Melalui penipuan ini, mangsa akan dihubungi melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh suspek yang mengaku pegawai bank dan menakut-nakutkan mangsa dengan mengatakan terdapat hutang kad kredit perlu dilunaskan. "Apabila mangsa mengaku tidak pernah terlibat dengan permohonan kad kredit atau hutang, suspek memberitahu dokumen mangsa telah disalahgunakan dan meminta pindahan wang dilakukan melalui nombor akuan diberikan bagi jaminan keselamatan. "Selepas wang dipindahkan, suspek gagal dihubungi dan sebahagian kes yang berlaku menyasarkan golongan peniaga berusia 30 hingga 40 tahun sebagai mangsa," katanya. sinar harian/- | ||||||||||||
Kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang Posted: 02 Oct 2012 12:12 AM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SIBU: Satu kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang 10 pintu, Rh.Nyantau anak Sandah, di Tamin, Km53 Jalan Sibu-Selangau, dekat sini, hari ini. Ketua Stesen Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Masidi Taha berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.27 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat ke tempat kebakaran dan berjaya mengawal api dalam masa satu jam selepas tiba di situ. "Punca kebakaran sedang disiasat sementara 10 keluarga mengalami kerugian. Ada antara mereka menumpang di rumah saudara mara berhampiran tempat kejadian," katanya. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tamin, Joseph Mauh Ikeh berkata beliau sudah diberitahu mengenai kebakaran tersebut dan akan melawat mangsa tengah, hari ini. - Bernama | ||||||||||||
Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran Posted: 01 Oct 2012 11:43 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki : - Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran. - Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith. - Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran. - Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran. - Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta. - Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun. kelab greenboc/- | ||||||||||||
Syarikat Jongkong Emas Genneva Malaysia Sdn Bhd Diserbu Posted: 01 Oct 2012 11:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada Isnin oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan. Dalam satu kenyataan, Isnin, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. "Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM. Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina. Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu. Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu. Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas. "Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama. Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). "Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya. - BERNAMA | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 11:13 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI - Empat individu termasuk tiga beradik mengaku salah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam, berhubung kes rusuhan sehingga menyebabkan kematian seorang penoreh getah, 17 September lalu. Bagi pertuduhan pertama, keempat- empat mereka mengaku salah kerana menyertai perhimpunan menyalahi undang-undang, selain menggunakan senjata merupakan satu kesalahan yang mungkin boleh menyebabkan kematian. N Yogaraj, 27, T Kathiravan, 23, T Cheran, 18, bersama seorang suspek masih di bawah umur mengaku salah menggunakan senjata yang boleh mengakibatkan kematian mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Mengikut pertuduhan, empat mereka bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Bukit Lembu, Bedong jam 11.30 malam, 17 September lalu. Sementara itu, ketiga-tiga beradik itu turut mengaku salah atas pertuduhan kedua iaitu melakukan bencana terhadap harta dengan merosakkan cermin tingkap rumah dan beberapa kenderaan. Kerosakan membabitkan sebuah van, sebuah kereta Honda City dan tiga motosikal di hadapan rumah mangsa, Ananthi Subramaniam, 32, yang mengakibatkan kerugian lebih kurang RM8,000. Ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mengikuit Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Selain itu, Cheran turut mengaku bersalah atas pertuduhan ketiga iaitu memecahkan cermin tingkap rumah dan merosakkan dua motosikal hingga menyebabkan pengadu terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM4,000. Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi masih bebas melakukan bencana itu di hadapan rumah mangsa, Rubawathy Manogaran, 26, yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 427. Majistret, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan ter-tuduh yang masih dibawah umur diberi jaminan RM4,000 untuk sebutan semula kes pada 11 November depan bagi mendapatkan laporan akhlak. Sementara, denda RM2,000 atau empat bulan penjara dikenakan bagi pertuduhan pertama. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didenda RM4,000 atau empat bulan penjara. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur. Kejadian rusuhan berlaku pada 17 September itu tercetus apabila sekumpulan penjenayah menyerang penduduk Ladang Bukit Lembu sehingga menyebabkan kematian Kalyani Krishnan, 57, yang juga merupakan ibu kepada tiga tertuduh. Berikutan rasa tidak puas hati akibat kematian ibu mereka, tiga beradik itu kemudian merosakkan harta benda awam milik jiran kerana dikatakan tidak membantu sehingga menyebabkan ibu mereka ditembak penjenayah. sinar harian/- | ||||||||||||
Wanita: Pakatan tawar belanja 10 kali ganda BN Posted: 01 Oct 2012 11:11 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN. Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil "Agenda Wanita Malaysia". Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda. "Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat kami," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, beliau ingin membuat perbandingan di antara Belanjawan Pakatan Rakyat dengan bajet BN Umno dan akan menjelaskan dua polisi iaitu Caruman Wanita Nasional dan Elaun Penjagaan Anak. "Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemungkinan yang boleh terjadi," jelasnya. Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama. Menurutnya, sasaran skim itu adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun. "Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun," katanya. Tambahnya, walaupun skim itu adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. "Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income)," jelasnya lagi. Beliau menambah, Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. "Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun. "Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang bekerja," katanya. Kini, ujarnya terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata 2 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun. Walaupun mahal, jelas beliau skim itu mempunyai sasaran ekonomi untuk membebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja. Kesimpulannya, kata Wan Azizah kedua-dua projek memberdayakan wanita tersebut akan menelan belanja RM3.94 bilion setahun. "Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita, ini merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN," jelasnya. harakahdaily/- | ||||||||||||
Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin Posted: 01 Oct 2012 10:41 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. "Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk," kata Anwar. Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya. "Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri," kata Anwar. "Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat. "Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus," katanya lagi. Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan "seorang dua bos besar". Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah. -TMI | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 10:39 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – "Tidak mungkin!" Demikian tegas Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali berhubung keinginan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kedudukan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Walau siapa sahaja individu dicalonkan BN di kerusi terbabit, beliau yakin kepimpinan Pas akan tetap mempertahankan kerusi yang kini disandang presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya, walaupun kerusi Parlimen Marang pernah jatuh ke tangan BN sebelum ini, beliau berkeyakinan keupayaan Pas untuk terus mempertahankan kerusi berkenaan tidak harus dipandang ringan pihak lawan. "Saya penuh keyakinan, 'no way' (tidak mungkin dapat dirampas BN)! Keputusan seterusnya, ALLAH SWT yang tentukan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini. Yahaya berkata, tidak kira sesiapa sahaja calon BN, sejarah pilihan raya umum lalu menggambarkan rakyat mahukan perubahan besar, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi negara. Tidak hairan dengan pendirian BN Beliau juga seolah-olah tidak hairan dengan pendirian BN negeri yang turut memperlihatkan keyakinan mendapatkan Parlimen Marang dengan menyifatkannya tidak lebih sebagai perang saraf untuk menampakkan kekuatan BN di parlimen tersebut. "Orang parti memang macam itu. BN akan kata yakin (rampas Parlimen Marang) dan kalau tanya saya, saya juga yakin tetapi dengan perkembangan yang ada, insya-Allah kita yakin (pertahan kemenangan)," katanya. Yahaya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu memberitahu, ada sesuatu dalam kepimpinan BN yang menyebabkan rakyat menolak parti itu pada pilihan raya umum nanti. Keadaan itu boleh berlaku kerana rakyat sudah bijak menilai kepimpinan parti untuk membawa hala tuju negara ke arah yang lebih baik selain pemimpin yang perlu ditonjolkan di Parlimen. "Sedangkan Umno berdasarkan projek dan antaranya boleh dipertikai sebagaimana yang pernah kita sebutkan sebelum ini khususnya di Terengganu," katanya. Abdul Hadi perlu tanding Berdasarkan perkembangan politik terkini, beliau berkata, wujud pergerakan yang sentiasa berkembang dari masa ke masa di negeri ini walaupun tidak sehebat PRU 1999. Menurutnya, gelombang pergerakan rakyat itu aktif di Pantai Barat dan bergerak seiring di kawasan Pantai Timur. "Secara umumnya, kita nampak perkembangan gelombang ini di Pantai Barat nampak hebat," katanya. Ditanya sama ada Abdul Hadi kekal dicalonkan di kerusi tersebut, Yahaya berkata, sebagai Presiden parti selayaknya Abdul Hadi mempertahankan kerusi berkenaan dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Putrajaya. Menurutnya, walaupun soal calon belum dimuktamadkan kepimpinan, namun beliau melihat presiden parti perlu bertanding untuk mempertahankan kerusi yang sekian lama disandang. "Kalau tanya saya, sebagai presiden, selayaknya beliau pertahankan kerusi berkenaan. Macam mana kita mahu menuju ke Putrajaya kalau presiden tidak bertanding," katanya. Giant Killer sudah hilang taring Sementara itu, mengulas berhubung Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang pernah menewaskan Abdul Hadi sehingga digelar 'Giant Killer', beliau berkata, zaman kegemilangan pemimpin tersebut sudah berlalu. Keadaan itu secara tidak langsung memperjelaskan bahawa kepimpinan Pas melihat Abdul Rahman sudah 'hilang taring' untuk melawan Abdul Hadi. "Setiap pemimpin ada zaman masing-masing, zaman gemilang dan zaman merudum. Bagi saya, sekarang ini, Datuk Abdul Rahman Bakar bukan zaman dia. Dia bukan lagi pemimpin sebagaimana dahulu, bukan lagi Ketua Umno Bahagian," katanya. Bagaimanapun, Yahaya berkata, terserah kepada Umno dan BN mempertaruhkan mana-mana calon untuk melawan calon Pas di kerusi Parlimen terbabit. Pada pilihan raya umum lepas, Abdul Hadi menewaskan calon BN, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir di kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 2,747 undi. sinar harian/- | ||||||||||||
Pemuda PAS Perak yakin Zambry boleh dikalahkan Posted: 01 Oct 2012 10:38 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin calon daripada Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pangkor mampu mengalahkan penyandangnya yang juga menteri besar,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR berlatarbelakangkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi daripada separuh pengundi Dun itu. Ini, katanya kerana hampir 70 peratus pengundinya adalah anggota TLDM di pangkalan TLDM, Lumut. Katanya dalam satu kenyataan, dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. "Kami berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas pegawai tinggi TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua kompenan PR Perak telah bersetuju kelak," ujarnya. Katanya, kekerapan Zambry memasuki pangkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau. Malah, ujarnya Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat dilihat di pangkalan-pangkalan tentera lain oleh orang politik. "Tetapi di pangkalan TLDM pelbagai program 'politik' telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry. Jelas Zambry cuba mempolitikkan pasukan keselamatan demi survival politiknya," ujarnya lagi. harakahdaily/- | ||||||||||||
BBQ 1,000 ekor ayam Pemuda PAS di Baling Posted: 01 Oct 2012 10:33 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Laporan penuh BBQ 1,000 ekor ayam di Baling) BALING: Bersahaja tetapi berjaya memupuk hubungan muhibah dan ceria serta menyampaikan mesej parti. Begitulah suasana program Himpunan Hijau BBQ 1,000 ekor ayam anjuran Dewan Pemuda PAS Baling dalam kesungguhan mereka mengakrabkan hubungan dengan golongan muda. Malah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menyifatkan program tersebut sebagai yang pertama seumpamanya di dunia. Dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang membuktikan penganjurannya telah meluaskan interaksi mesra Pemuda PAS dengan masyarakat. harakahdaily/- | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 10:31 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BANDAR RAYA PANJIN, China - Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe dekat sini terkenal dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah. Fenomena itu berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata di bahagian dasar pantai berkenaan. Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau Mei lalu dan berwarna hijau sepanjang musim panas. Namun, apabila tiba musim luruh, warna tumbuhan maritim itu mula bertukar kepada merah bara, sekali gus menjadikan permukaan pantai itu kelihatan seolah-olah sebuah hamparan permaidani merah yang besar. Dikenali sebagai Pantai Merah, sebahagian besar pantai itu ditutup kepada orang ramai. Cuma satu bahagian yang agak terpencil dibuka kepada pelancong. - Agensi | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 09:07 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MENGAKU...Leuniey dan Apek dalam fasa mengenali satu sama lain. KOTA BHARU: "Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan kami (supaya hubungan berkekalan sehingga jenjang pelamin)," kata penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, yang kini bahagia menjalin hubungan cinta dengan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21. Metro Ahad kelmarin melaporkan pengakuan Leuniey hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, kini lebih daripada sekadar kawan biasa. Menurut Leuniey, dia dan Apek kini dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Apek berkata, masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey merancang untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing. "Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua. "Kami tidak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami," katanya ceria ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, dengan penjelasan diberikan, diharap tidak timbul lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey yang sedikit sebanyak mengganggu fokusnya dalam bidang sukan. Katanya, dia mengakui mula mengenali Leuniey yang juga pemilik butik pengantin dengan lebih rapat selepas mereka terpilih menjadi model untuk iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang kerana Apek membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol bola sepak negara itu. sinar harian/- | ||||||||||||
Bajet 2013: Komen bagi isu air dan tenaga Posted: 01 Oct 2012 08:56 PM PDT Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji Belanjawan 2013 (Bajet 2013) serta belanjawan terperinci bagi beberapa kementerian berkaitan yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut untuk mengurangkan ketirisan perbelanjaan kewangan kerajaan dan mungkin boleh menjimatkan berbilion ringgit daripada terbazir. 1) Industri perkhidmatan air negara Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM300 juta untuk penggantian paip air dan pembentungan untuk memperbaiki sistem bekalan air dan pembentungan. Di samping itu, belanjawan terperinci Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menunjukkan hampir semua negeri akan menerima sama ada dana atau pinjaman untuk pembangunan infrastruktur perkhidmatan air yang berjumlah hampir RM2.8 bilion bagi tahun 2012 dan 2013. Malangnya, ini tidak selaras dengan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) kerana terdapat beberapa negeri yang masih belum distruktur semula. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Labuan, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Selangor distruktur semula di bawah WSIA sebelum dana atau pinjaman disalurkan. Dana ini juga mesti ditadbir oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana SPAN adalah pengawal selia untuk industri air dan pembentungan. SPAN mengawal selia industri-industri ini dari perspektif ekonomi, kualiti perkhidmatan dan teknikal. Ini akan memastikan penggunaan peruntukan secara berkesan. Selain daripada itu, perjanjian konsesi Indah Water Konsortium (IWK) mesti dimansuhkan dan IWK mesti distruktur semula di bawah model WSIA secepat mungkin. Ini akan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan model WSIA. Penstrukturan semula IWK sepatutnya siap sebelum tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Kini, ia telah dilengahkan hampir 2 tahun. Apa yang melambatkan MoF daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga sedang memohon untuk mendapatkan kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek pemulihan infrastruktur pembentungan dari Belanjawan 2013. Tiada satu pun di atas boleh diberikan kepada IWK sehingga ia distruktur semula dan dikawal selia sepenuhnya oleh SPAN. Kerajaan Persekutuan juga mesti menutup Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). Kedua-dua agensi ini sedang mengulangi operasi yang sepatutnya dilaksanakan oleh SPAN dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Mereka sebenarnya menduplikasi dan mengucar-kacirkan tugas-tugas yang patut dijalankan oleh SPAN dan PAAB. Dalam satu insiden, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan di mana ia tidak mempunyai sebarang KUASA KAWAL SELIA. Kuasa pengawal seliaan bagi perkhidmatan pembentungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Sebarang sokongan mengenai projek-projek yang berkaitan dengan industri pembentungan perlu dilakukan oleh SPAN dan bukannya JPP. AWER telah membuat komunikasi rasmi dengan SPAN untuk menyiasat perkara ini. Menutup agensi-agensi yang tidak diperlukan (redundant) ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi kerajaan, mengoptimumkan penggunaan wang pembayar cukai dan menghapuskan masalah operasi yang tidak diperlukan. 2) Bekalan air dan elektrik luar bandar Jadual 1 meringkaskan program-program bekalan air dan elektrik luar bandar bagi Belanjawan 2010 hingga 2013. Secara umumnya, hampir RM 10 bilion telah diperuntukkan untuk program-program ini sejak tahun 2010. Kami menggesa Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit khusus dan terperinci untuk program bekalan air dan elektrik luar bandar dari tahun 2000 hingga 2012. Skop audit mesti merangkumi hasil program, kos, ketelusan, ketahanan bahan (material durability), jangka hayat operasi dan kualiti air. Tahun lepas, kami juga telah menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mendidik masyarakat di luar bandar dalam kerja-kerja penyelenggaraan asas untuk menyelenggara projek-projek yang dilaksanakan dalam komuniti masing-masing. Ini juga akan mewujudkan pekerja separuh mahir di kalangan rakyat tersebut dan meningkatkan kualiti hidup mereka secara serentak. Dalam Belanjawan 2013, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM100 juta untuk memasang sistem penuaian air hujan di Sabah dan Sarawak. Penuaian air hujan adalah satu mekanisme yang digunakan untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan bukan makan minum (non-potable). Menurut Piawaian Kebangsaan bagi Kualiti Air Minuman oleh Kementerian Kesihatan, standard pH air minuman harus berada di antara 6.5 dan 9.0. Walau bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi, negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur menerima hujan dengan pH antara 4.8 dan 5.2 manakala bahagian-bahagian lain di semenanjung menerima hujan dengan pH antara 4.4 dan 4.8. Keasidan ini akan memberi impak langsung kepada paip, kelengkapan dan tangki sistem penuaian air hujan. Penggunaan air hujan yang ditadah untuk kegunaan makan minum (potable) tanpa rawatan yang betul juga boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana air hujan yang ditadah tidak dibasmi kuman (disinfection) dan kemungkinan berlakunya kontaminasi adalah tinggi. Najis burung dan kotoran lain di atas bumbung senang memasuki sistem penuaian air hujan. Mungkin terdapat injap yang dipasang untuk mencegah aliran awal air hujan memasuki sistem penuaian air hujan. Walau bagaimanapun, ini tidak menjamin kualiti air yang ditadah. Penyelenggaraan penapis dan tangki juga satu kemestian. Oleh itu, pelaksanaan model WSIA untuk Sabah dan Sarawak tidak dapat dielakkan. Di bawah model WSIA, program bekalan air terawat tidak hanya merangkumi loji perawatan air yang besar. Loji perawatan air yang kecil berasaskan komuniti dan program bekalan air luar bandar juga adalah sebahagian daripada WSIA. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membentuk satu pasukan petugas khas untuk memulakan dan mempercepatkan pelaksanaan model WSIA di Sabah dan Sarawak. Ini akan memanfaatkan kedua-dua negeri ini untuk meningkatkan liputan bekalan air terawat berbanding dengan pemberian peruntukan berbilion-bilion untuk menjalankan pelaksanaan ad-hoc yang tidak mampan dan menjejaskan kualiti hidup rakyat. 3) Nuklear untuk tenaga Berdasarkan belanjawan terperinci KeTTHA, mereka sedang merancang untuk memulakan program kesedaran awam mengenai penggunaan nuklear untuk tenaga. Walaupun kementerian ini membisu mengenai isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan loji tenaga nuklear, program yang dirancang ini akan menyebabkan rakyat untuk menganggap bahawa Malaysia akan membina loji tenaga nuklear tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA mesti menangani 7 isu-isu teras (7 core issues) seperti berikut sebelum memulakan projek loji tenaga nuklear: i. Dasar campuran tenaga (energy mix) jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang mesti digariskan dengan jelas dan diumumkan untuk pengetahuan umum. Uranium, plutonium dan thorium merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan juga akan kehabisan suatu hari. Oleh itu, nuklear mungkin bukan satu jalan penyelesaian sebenar. Ia bermungkinan hanya boleh membantu Malaysia dalam pengurusan campuran tenaga jangka pendek. Sebagai contoh, kegagalan Loji Hidroelektrik Bakun untuk membekalkan elektrik ke Semenanjung Malaysia (seperti yang dirancangkan) memaksa orang ramai untuk menanggung tarif tambahan dengan pembinaan loji penjanaan gas asli yang baru. ii. Lokasi loji tenaga nuklear mesti didedahkan dari awal perancangan. Ini termasuk semua lokasi yang berkemungkinan menjadi tapak loji. Ia akan membolehkan perbincangan awam yang lebih luas mengenai isu-isu yang berkaitan dengan loji tenaga nuklear. Penerimaan orang ramai (public's acceptance) terhadap penggunaan nuklear untuk tenaga mesti dilakukan secara telus dan bukannya perundingan secara "kosmetik". iii. Kebocoran bahan radioaktif, tindak balas kecemasan dan prosedur laporan mesti diperjelaskan kepada orang ramai. 'Pakar' nuklear sentiasa mendakwa bahawa nuklear adalah selamat. Jika ia adalah selamat, mengapa ada kebocoran? Sebagai contoh, insiden kebocoran di Perancis adalah kira-kira 150 insiden setahun. Jawapannya patut satu sahaja, sama ada ia akan bocor atau tidak. Oleh itu, laporan insiden teknologi nuklear dan kebocoran mesti dibuat secara telus dan jelas kepada orang ramai. Kejadian Fukushima yang berlaku tahun lepas telah merosotkan keyakinan pelbagai pihak dalam teknologi nuklear secara mendadak dan mendedahkan kegelapan dalam 'ketelusan' laporan insiden nuklear. Apakah dasar yang Malaysia ada untuk menangani kejadian seperti ini jika ia berlaku? iv. Kos penutupan operasi (decommisioning) loji tenaga nuklear sentiasa menjadi kebimbangan bagi kebanyakan negara-negara yang menggunakan nuklear untuk penjanaan elektrik. Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang semakin ketat untuk pelupusan sisa nuklear dan bahan-bahan yang berkaitan, kita akan melihat peningkatan mendadak dalam kos penutupan operasi loji tenaga nuklear. Apabila kerajaan menyatakan bahawa penggunaan nuklear untuk tenaga adalah menjimatkan, kita hanya boleh mengandaikan bahawa kerajaan telah mengecualikan komponen kos penutupan operasi dari keseluruhan perancangan penggunaan nuklear untuk tenaga. Isunya, siapa yang akan menanggung kos ini? Sekiranya generasi-generasi akan datang yang akan menanggung kos ini, adakah ia adil kepada mereka jika kita lepas tangan begitu sahaja? v. Modal insan (human capital) yang berkebolehan untuk menguruskan loji tenaga nuklear adalah penting. Malangnya, kita tidak pernah melihat mana-mana 'pakar nuklear' dari Malaysia melanjutkan kepakaran mereka untuk menyelesaikan atau mengawal krisis kebocoran nuklear seperti apa yang telah berlaku di Fukushima tahun lepas. Banyak laporan juga telah menunjukkan bahawa kebocoran atau insiden nuklear adalah sangat berkaitan dengan kesilapan manusia. Kegagalan untuk mempunyai kepakaran teknikal yang betul bermakna bencana nuklear akan berlaku di tanah air kita sendiri. Apakah perancangan Malaysia untuk membangunkan kepakaran sedemikian? Graduan sains nuklear sahaja tidak cukup untuk menguruskan loji tenaga nuklear. vi. Pelupusan sisa nuklear (spent fuel) adalah "ibu" kepada semua isu-isu yang berkaitan dengan nuklear. Sisa nuklear dari loji tenaga mesti didepositkan ke dalam kemudahan simpanan sisa secara selamat. Oleh itu, kos dan keselamatan kemudahan penyimpanan sisa adalah kebimbangan utama dari segi alam sekitar. Apakah unjuran kos kemudahan penyimpanan sisa dan impaknya kepada tarif? Bagaimana pula dengan kebocoran daripada kemudahan simpanan sisa ini disebabkan kuasa alam? Adakah KeTTHA telah mengambil kira butiran-butiran seperti ini dalam perancangan mereka? vii. Tarif elektrik yang murah dari tenaga nuklear, adakah ia satu realiti? Sekumpulan 'pakar nuklear' Korea Selatan gagal menjawab soalan yang mudah ini apabila isu bekalan bahan mentah telah dibangkitkan kepada mereka. Bagaimana sebuah negara boleh mencapai tarif elektrik yang rendah melalui tenaga nuklear di mana begitu banyak isu perlu diambil kira dalam kos penjanaan? Tambahan pula, dengan tekanan untuk perlindungan alam sekitar daripada sisa nuklear yang semakin meningkat, kos menjana elektrik daripada nuklear dijangka meningkat. Kita juga telah menyaksikan peningkatan harga gas asli yang drastik apabila banyak negara beralih kepada loji janakuasa gas asli. Bagaimana KeTTHA boleh menjamin bekalan elektrik yang murah apabila banyak negara juga beralih kepada tenaga nuklear pada masa yang sama? AWER menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membentuk sebuah pasukan petugas bebas (independent task force) untuk menyelia proses memperkenalkan penggunaan nuklear untuk tenaga di Malaysia dan menyelesaikan 7 isu utama yang dibangkitkan sebelum membina loji tenaga nuklear. Ahli-ahli pasukan petugas ini mestilah bebas (independent) dan pasukan petugas ini juga mesti melaporkan perkembangan kepada orang ramai secara berkala (sekali dalam 6 bulan). Program kesedaran sahaja tidak mencukupi apabila sebahagian besar daripada isu-isu teras disembunyikan. AWER berharap bahawa cadangan yang diberi oleh pihak kami dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan dilaksanakan demi kebaikan negara dan rakyat. Pindaan dan cadangan ini adalah untuk memantapkan pelaksanaan rancangan-rancangan Belanjawan 2013 dan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Jadual 1: Prorgram Bekalan Air dan Tenaga Luar Bandar
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 08:39 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - DERITA...Muhammad Fahmi dirawat di HTJS. SEREMBAN: Air kencing dipenuhi darah berwarna hitam pekat, tidak boleh berjalan dan hanya boleh bersolat atas kerusi berikutan kaki berasa kebas. Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang memaksa mangsa melakukan ketuk ketampi melebihi 200 kali hanya gara-gara tidak mengambil air minuman. Mangsa, Muhammad Fahmi Mazzalan, 14, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkemungkinan menghadapi masalah buah pinggang dan hati akibat 'senaman' melampau dalam kejadian 26 September lalu. "Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat," kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam. metro/- | ||||||||||||
Dua anak harimau bintang mati dipukul Posted: 01 Oct 2012 08:38 PM PDT JORHAT, India - Dua ekor anak harimau bintang dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung dalam daerah Sivasagar, di negeri Assam, timur laut India. Menurut laporan akhbar The Economic Times baru-baru ini, insiden tersebut berlaku selepas kedua-dua ekor haiwan itu muncul di kawasan penempatan penduduk dan menakutkan orang ramai. Akhbar berkenaan menyatakan, dua pegawai perhutanan bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi oleh penduduk setempat. "Pasukan kami bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anak-anak harimau bintang ini. Tetapi orang kampung bertindak membunuh haiwan tersebut terlebih dahulu," kata seorang pegawai berkenaan, Sivasagar Praneswar Das. Kedua-kedua anak harimau itu mati akibat kecederaan teruk setelah dipukul dengan senjata selama setengah jam oleh sekumpulan penduduk. Das memberitahu, peristiwa itu berlaku selepas seekor harimau bintang betina dan dua ekor anaknya kerap dilihat merayau-rayau di kampung tersebut sejak seminggu lalu. Penduduk kampung percaya ibu harimau bintang itu telah menyerang beberapa ekor lembu peliharaan mereka. - Agensi | ||||||||||||
Mahkamah Rusia haram video hina nabi Posted: 01 Oct 2012 08:35 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MOSCOW: Mahkamah Rusia membuka jalan bagi potensi penutupan You Tube, sebuah laman web perkongsian video dengan mengharamkan video hina Nabi Isnin lalu yang mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam. Mahkamah Tverskoy di Moscow memutuskan bahawa video yang dibuat di Amerika Syarikat dan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bodoh dan kasanova, adalah "ekstrem". Pendakwaraya, Viktoria Maslova memberitahu mahkamah bahawa video tersebut "memburukkan agama Islam dan menyebabkan peningkatan sikap tidak bertoleransi terhadap agama di Rusia," lapor agensi berita Itar-Tass. Di bawah undang-undang yang akan berkuat kuasa pada 1 November ini, laman-laman Internet yang kandungannya diharamkan di Rusia akan diletakkan di dalam suatu daftar, dan pembekal-pembekal internet akan menyekat akses kepada laman-laman tersebut. Pemilik YouTube, Google Inc, berkata mereka akan menyekat akses filem kepada pengguna di Rusia sejurus selepas mereka menerima keputusan mahkamah itu, lapor agensi RIA. Namun, Google tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi Reuters. Google telah menyekat video selama 13-minit itu di beberapa negara-negara Islam termasuk Mesir dan Libya, dua negara di mana konsulat Amerika Syarikat telah diserang oleh penunjuk perasaan. Menteri Komunikasi, Nikolai Nikiforov, antara yang menentang undang-undang baru itu, berkata bulan lepas bahawa video hina Nabi boleh digunakan sebagai alasan untuk menutup YouTube. Sentimen keagamaan telah menjadi subjek perbahasan sejak demonstrasi anti-Kremlin oleh kumpulan punk, Pussy Riot di gereja utama di Moscow yang menyebabkan kemarahan Gereja Ortodoks Rusia yang mempunyai kuasa politik. Tiga ahli kumpulan tersebut menerima hukuman penjara dua tahun untuk 'keganasan berdasarkan kebencian agama'. Mereka berkata mereka sebenarnya dihukum kerana secara terbuka mengkritik Presiden Vladimir Putin. harakahdaily/- | ||||||||||||
Posted: 01 Oct 2012 08:27 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BUKTI...Julie menunjukkan kesan calar pada keretanya akibat dibawa ke kawasan semak dekat ladang. JOHOR BAHRU: "Penculik memaksa saya diam sebelum mengatakan 'engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau je. Aku pun tak nak buat tapi diupah. Aku dari jauh, dari Negeri Sembilan.' "Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau," kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini, semalam. Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah. metro/- | ||||||||||||
September saksikan 365 orang terbunuh di Iraq Posted: 01 Oct 2012 08:25 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (September adalah bulan paling teruk untuk Iraq) BAGHDAD: September adalah bulan paling dahsyat bagi Iraq dalam tempoh lebih daripada dua tahun, dengan angka rasmi seramai 365 orang terbunuh dalam keganasan serangan-serangan di seluruh negara. Pejuang dianggap lebih lemah berbanding tahun 2006 dan 2007 apabila keganasan mencapai kemuncaknya, tetapi mereka tetap mampu menjalankan serangan besar-besaran di seluruh negara. Statistik yang disusun oleh Kementerian Kesihatan, Dalam Negeri dan Pertahanan menunjukkan bahawa 182 orang awam, 88 polis dan 95 askar terbunuh dalam serangan pada bulan September. 683 yang lain pula tercedera, termasuk 453 orang awam, 110 polis dan 120 askar. Ia adalah angka bulanan tertinggi yang diumumkan kerajaan sejak Ogos 2010, dengan 426 orang terbunuh dan 838 cedera dalam bulan tersebut. Sebelum ini, bulan Julai adalah bulan yang paling banyak merekodkan kematian, dengan 325 orang terbunuh dalam serangan. Keganasan terburuk bulan ini berlaku pada 8 dan 9 September, apabila lebih daripada 30 serangan di seluruh negara membunuh 88 orang dan mencederakan lebih daripada 400 yang lain. harakahdaily/- | ||||||||||||
'Saya tidak anti bahasa asing' Posted: 01 Oct 2012 08:23 PM PDT 16 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU-Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menegaskan bahawa beliau tidak sesekali bersikap anti kepada bahasa asing bahkan baginya amat perlu untuk mempelajarinya. Nik Abdul Aziz berkata, orang ramai perlu mempelajari bahasa asing terutamanya bahasa Arab yang merupakan bahasa mulia serta bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa. Namun baginya, sekiranya menidakkan keperluan Bahasa Melayu sehingga menjadikannya kelas kedua di tanah air sendiri hakikatnya merupakan satu tindakan yang akan menghakis ketuanan bahasa tersebut. "Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu diperkasakan dengan sehebat mungkin. Malah saya malu dan kesal terhadap sikap segelintir daripada kita yang lebih gemar bertutur dengan bahasa asing di dalam majlis kita dalam kalangan kita sendiri. "Ini kerana persepsi kononnya bercakap dengan bahasa asing lebih moden dan lebih dihormati. Akhirnya, wujudlah sindrom bercakap guna bahasa campuran. Melayu pun tidak, Inggeris pun tidak," katanya dalam ucapan perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam. Hadir sama pada program itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sariyan dan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan. Sehubungan itu, dalam memperkasakan Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, beliau mencadangkan ia dijadikan sebagai bahasa ilmu. "Sekarang ini ilmu dipelajari di seluruh dunia jarang sekali disusun di dalam Bahasa Melayu. Kita lebih mengenali bahasa asing sebagai bahasa ilmu. Ini ditambah pula dengan langkah janggal sebahagian daripada kalangan orang Melayu sendiri yang mengambil langkah ke belakang dengan memansuhkan bahasa Melayu di dalam beberapa subjek di sekolah. "Tanpa disedari, langkah seperti ini sebenarnya lambat laun akan memusnahkan ketuanan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Alhamdulillah, langkah ini telah ditarik balik selepas terbukti ia tidak sesuai dilaksanakan," katanya. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan tulisan jawi selaku tulisan asal kepada bahasa Melayu dan katanya, di Kelantan, selaku pemerintah pihaknya mewajibkan setiap papan tanda yang ingin dipaparkan hendaklah mengandungi tulisan jawi. "Hari ini, dalam pada kita bercakap soal pemerkasaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, di manakah pula keprihatinan kita di dalam memartabatkan tulisan jawi? Oleh itu, saya amat mengharapkan pihak berwajib dapat melipatgandakan usaha meningkatkan penguasaan tulisan jawi di kalangan masyarakat khususnya generasi muda. "Jika tidak, tidak mustahil kita akan menyaksikan tulisan ini pupus dan masyarakat masa depan hanya akan mengenali tulisan rumi selaku tulisan bahasa Melayu," katanya. sinar harian/- | ||||||||||||
Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon? Posted: 01 Oct 2012 08:07 PM PDT TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu. "Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. "Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat," soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu. "Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan. "Apakah ia telah masuk didalam peruntukan tambahan tahun ini? Kalau begitu, tak perlulah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2013," kata beliau. Namun, kata Tuan Ibrahim, sekiranya ia menggunakan Belanjawan 2013, maka persoalannya ialah pembayaran yang telah dibuat menggunakan dana dari mana. "Lebih elok perkara ini ditanya dan dijawab oleh ahli-ahli parlimen dalam perbahasan bajet memandangkan pembentang bajet sudah menghilangkan diri daripada parlimen," sindir beliau merujuk kepada ketidakhadiran Najib dalam perbahasan bajet oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Sekiranya peruntukan untuk membayar bonus adalah daripada Belanjawan 2013, Tuan Ibrahim menyoal mengapa Najib perlu menebal muka untuk mengumpulkan bonus yang telah dibayar dengan bonus tahun depan bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi. "Tindakan ini tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan BN sangat prihatin kepada kakitangan awam. "Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus bonus sejak Merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati," sindir beliau lagi. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan