Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ke mana halatuju pendidikan anak-anak kita?
- Cerita hantu punca sakit jiwa kronik
- Tak puashati layanan, lelaki pecah cermin kaunter hospital
Ke mana halatuju pendidikan anak-anak kita? Posted: 10 Oct 2012 12:17 AM PDT Siti Nor Fitrah berehat sambil menikmati hidangan selepas selesai menduduki kertas pertama peperiksaan PMR di Hospital Tampin, semalam Trauma jejak kaki ke sekolah 10 Oktober 2012 Seorang calon PMR ambil peperiksaan di hospital atas nasihat pakar psikiatri TAMPIN – Akibat penyakit dihadapinya, seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di Hospital Tampin, semalam. Siti Nor Fitrah Ramli, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (Duha), di sini, mengalami gangguan tekanan atau Traumatic Stress. Dia dikesan mengalami penyakit itu sejak Jun lalu berbuat demikian atas nasihat pakar psikiatri hospital terbabit. Menurut Siti Nor Fitrah, penyakit itu menyebabkan dia mudah pengsan sebaik tiba di sekolah. Malah, katanya, dia pernah pengsan sebaik sahaja menjejak kaki ke pintu pagar sekolah. "Sejak bulan Jun lalu, sudah tidak terkira berapa kali saya pengsan ke sekolah. Doktor memberitahu saya mempunyai perasaan 'tidak boleh ke sekolah'. "Penyakit ini membuatkan perasaan saya seolah-olah trauma dengan sekolah dan atas nasihat doktor Isnin lalu, kes saya dirujuk ke HT untuk membolehkan saya menduduki peperiksaan PMR di hospital, tanpa risiko untuk pengsan seperti di sekolah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Tampin, semalam. Siti Nor Fitrah juga akui sedih dan terkilan kerana tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan bersama rakan lain di sekolah, namun terpaksa akur. "Bagaimanapun, saya akan cuba berusaha memberi terbaik bagi peperiksaan PMR ini walaupun persekitaran menduduki peperiksaan seperti ini tidak pernah sama sekali tergambar dalam fiki-ran saya selama ini," katanya. Siti Nor Fitrah merupakan seorang daripada 1,176 calon yang menduduki PMR di daerah Rembau, tahun ini. REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT 8 Okt. 2012 Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu. PELAJAR MALAYSIA UMUR 12 TAHUN SUDAH SAKIT MENTAL YOUNG AND 'MENTALLY' STRESSED OUT More teens suffer from mental illness as high expectations weigh them down Malay Mail January 25th, 2011 PETALING JAYA: Children as young as 12 are so stressed out from their studies they have to seek outside help for their mental problems. Statistics from volunteer help group Befrienders show how pressure to achieve results can affect the younger generation — of the 18,700 calls received last year, one in every 10 was from a person below the age of 20. "We have received calls from children as young as 12. They usually call in with problems they are afraid to talk about with their parents or friends," said Befrienders chairman S. Gangadara. |
Cerita hantu punca sakit jiwa kronik Posted: 09 Oct 2012 05:00 PM PDT Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. CERITA HANTU PUNCA SAKIT JIWA KRONIK 10 Okt 2012 Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati. Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional. "Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam. Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan. Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal. Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007. Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes. "Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman," katanya. Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental. KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT 8 Okt. 2012 Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu. 12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL 3 Feb. 2012 SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki. GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI Selasa Februari 28, 2012 GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi. GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH Jumaat Februari 24, 2012 KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan. KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja) KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). RAMAI GURU SAKIT JIWA 22 Mac 2009 BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI October 6, 2011 PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai 'tinggi'. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali 'Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah' itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk. HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS Saturday February 25, 2012 KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday. UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH 2011/02/03 PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin. GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA Berita Harian 20 Jan 2011 KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu. BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU Utusan Malaysia 2 Mac 2011 KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan. PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA Utusan Malaysia 26 April 2010 PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008. Sumber : |
Tak puashati layanan, lelaki pecah cermin kaunter hospital Posted: 09 Oct 2012 04:59 PM PDT Okt 9 2012 Seorang lelaki dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800. "Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar. Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya. Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan