Rabu, 10 Oktober 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Shahrizat 'tak segan' dengan audit projek fidlot

Posted: 10 Oct 2012 01:22 AM PDT

24 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


  • Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak berasa malu apabila Laporan Audit Negara mengetengahkan isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional.

    Ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam saman fitnah RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR, Shahrizat berkata, projek di Gemas itu dan National Feedlot Corporation (NFC) yang diuruskan suaminya itu Mohd Salleh Ismail dua entiti berasingan.

    "Laporan itu terhadap pusat dan tidak syarikat. Ketua Audit Negara tidak audit syarikat swasta," kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.

    Shahrizat mempertahankan bahawa beliau tidak tahu terperinci berhubung proses bidaan yang dimasuki suaminya untuk menguruskan projek fidlot itu.

    Sehingga sekarang beliau mendakwa tidak tahu butiran penuh projek itu.
Malaysiakini/-

Taksiran Cukai Semula Membebankan Pembayar Cukai

Posted: 10 Oct 2012 01:19 AM PDT

24 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Setiap tahun masalah taksiran cukai pasti berlaku dan ramai pembayar cukai tidak puas hati dengan cara pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 tahun sehingga ada yang sampai 12 tahun.

Sepatutnya masalah taksiran semula cukai ini sudah lama dapat
diselesaikan memandangkan sekarang ini, mereka sudah menggunakan keadah elektronik seperti E-Filing yang lebih efisen dalam pengurusan fail.

Kalau pihak pengurusan menggunakan sistem ini sepenuhnya sudah tentu
masalah ini boleh diselesaikan pada peringkat awal lagi. Para pembayar
cukai mengadu yang mereka terpaksa mencari semula fail-fail yang sudah
terlalu lama disimpan dan ada kemungkinan ada yang sudah terlupa atau
tidak ingat lagi dimana dokumen-dokumen tersebut disimpan.

Kita mencadangkan agar pihak LHDN memperbaiki sistem E-Filing dalam
talian dengan memberi kemudahan kepada pengguna melampirkan
resit-resit atau dokumen yang diperlukan oleh LHDN sebagai bukti hasil
pendapatan bercukai.

Mengemaskini data-data pembayar cukai secara sistematik untuk
memudahkan para pembayar cukai dikesan lebih awal lagi supaya pihak
LHDN tidak perlu membuat taksiran berulang kali setiap tahun.

Pihak LHDN perlu memeriksa dan membuat pentaksiran semula dalam tahun
yang sama. Jangan sampai pentaksiran cukai dibuat semula berulang kali
pada setiap tahun untuk mengelak kesulitan kepada pembayar cukai
membayar balik cukai yang belum dibayar pada tahun tersebut.

Pihak pembayar cukai juga mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar
cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen
yang dihantar pada hari tersebut memang disahkan betul oleh Pegawai
LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya pihak LHDN bersetuju mereka
harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan
turunkan tandatangan sebagai bukti pengesahan yang pembayar cukai
sudah selesai membuat taksiran cukai semasa.

Perlu diingat bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat
simpanan fail yang baik dan, kemas.  Ada diantara mereka yang sentiasa
berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain sehingga mereka
terlupa tempat simpanan fail yang sudah terlalu lama.

Dengan adanya sistem E-Filing, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah
ini terus berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan
sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu
menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak
pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah
pun membayar cukai mereka.

Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan
masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini dari
berulang supaya tidak membebankan mereka membayar balik dan terpaksa
mencari semula dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Posted: 10 Oct 2012 01:07 AM PDT


24 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Waktu kecil Abdusy Syams (hamba Matahari) sangat sayang kepada seekor anak kucing betina, yang dalam bahasa Arab disebut Hurairah. Sejak itu, dia dikenali dengan panggilan Abu Hurairah.

Setelah masuk Islam, Rasulullah SAW lebih suka memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab, dan dia lebih suka panggilan itu. Abu Hirr ertinya penyayang kucing jantan.

Namun, Rasulullah SAW kemudian menukar namanya menjadi Abdur Rahman (hamba Allah yang Maha Penyayang).

Abu Hurairah RA berasal dari suku Daus dan dia masuk Islam melalui Thu f ail bin 'Amir ad-Dausy, salah seorang pemimpin suku tersebut.

Setelah masuk Islam, pemuda Ad-Dausy ini pergi ke Madinah menemui Nabi dan berkhidmat untuk Rasulullah sepenuh hati. Dia tinggal bersama ahli shuffah di beranda Masjid Nabawi. Tiap waktu dia boleh solat di belakang Nabi dan mendengar pelajaran berharga dari Nabi.

Abu Hurairah punya ibu yang sudah tua dan sangat disayanginya. Dia ingin ibunya memeluk Islam, tapi menolak bahkan mencela Rasulullah SAW. Abu Hurairah sangat sedih. Dia pergi menemui Rasulullah sambil menangis.

"Mengapa engkau menangis, wahai Abu Hirra?" Sapa Nabi. Abu Hurairah menjelaskan apa yang menyebabkan hatinya galau, sambil meminta Rasul mendoakan ibunya. Lalu Nabi berdoa agar ibu Abu Hurairah terbuka hatinya untuk menerima Islam.

Suatu hari Abu Hurairah menemui ibunya. Sebelum membuka pintu dia mendengar suara gemericik air, kemudian terdengar suara ibunya. "Tunggu di tempatmu, Nak!"

Setelah dipersilakan masuk, Abu Hurairah terkejut apabila ibunya langsung menyambut dengan ucapan dua kalimah syahadat. Alangkah bahagianya Abu Hurairah, keinginannya tercapai. Segera dia kembali menemui Rasulullah. "Dulu aku menangis kerana sedih, sekarang aku menangis kerana gembira."

Abu Hurairah sangat menyayangi ibunya, terlebih setelah ibunya masuk Islam. Dia selalu hormat dan berbakti kepada ibunya. Setiap akan pergi meninggalkan rumah dia berdiri lebih dahulu di depan pintu bilik ibunya mengucapkan salam, "Assalamu 'alaiki wa rahmatullah wa barakatuh, ya ummah!"

Ibunya menjawab dengan lembut, "Wa 'alaikas salam wa rahmatullahi wa barakatuh, ya bunayya."

Kemudian, Abu Hurairah mendoakan ibunya, "Rahimakillahu kama rabbay tini shaghira" (semoga Allah mengasihi ibu sebagaimana ibu merawatku waktu kecil). "

Ibunya membalas doa anaknya dengan doa yang tidak kalah indahnya, "Wa Rahimakallahu kama barartani kabira" (semoga Allah mengasihimu sebagaimana engkau berbuat baik kepadaku setelah engkau dewasa).

Abu Hurairah aktif mengajak orang lain agar memuliakan dan berbuat baik dan menyayangi kedua-dua orang tua. Suatu hari dia melihat dua orang berjalan bersama, yang satu lebih tua daripada yang lain. Abu Hurairah bertanya kepada yang muda, siapa orang tua ini? "Bapakku," jawab anak muda itu.

Lalu Abu Hurairah menasihatinya. "Janganlah engkau memanggilnya dengan menyebut namanya. Jangan berjalan di hadapannya. Dan jangan duduk sebelum dia duduk lebih dahulu. "Begitulah, sisi lain Abu Hurairah, yang sangat sayang kepada ibunya dan hormat kepada yang lebih tua. sumber republika.co.id

CERITA HANTU PUNCA SAKIT JIWA KRONIK

Posted: 09 Oct 2012 06:36 PM PDT


24 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

CERITA HANTU PUNCA SAKIT JIWA KRONIK
10 Okt 2012

Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati.

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.

"Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.

Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.

Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.

Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.

Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.

"Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman," katanya.

Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.

Sumber : http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/10/cerita-hantu-punca-sakit-jiwa-kronik.htm

Tiada ulasan:

Nuffnang