Kamparinn.blogspot.com |
Posted: 04 Oct 2012 01:41 AM PDT Semasa PM najib membentangkan bajet pilihanraya nya pd 28 sept yg lalu,berbagai2 hadiah, gula2, imbuhan berupa one off bagi setiap lapisan masyarakat telah diumumkan semata2 menarik perhatian supaya rakyat mengundi BN semula! Ruh bajet BN itu semata2 mahu mempertahankan kuasa di Putrajaya. Semasa pembentangan semua ahli parliman BN dgn PR dgn tekun hadir mendengar keseluruhan pembentangan termasuk sepuloh minit terakhir PM Najib menghentak, mengherdik, memerli, menghina serta meremehkan PR serta negeri2 dibawah pentabiran PR. Kita dengar dgn penuh khusuk tanpa bolih buat apa2 atau membela diri. Ya najib mengambil kesempatan semaksima. Penyampaian serta lagaknya amat angkuh dan sombong tatkala menamatkan ucapan bajetnya. Pada keesokan harinya tepat jam 11.30 pagi apabila giliran ketua pembangkan DSAI mula membahaskan bajet tersebut serta memberi respond keatas cadangan Najib dalam bajet 2013 nya, tidak seorangpun menteri BN yg hadir kecuali 2 orang timbalan menteri dari sabah dan sarawak. kesemua mereka tidak bersedia mendengar hujjah serta kritik pimpinan PR yg mengambil bahagian dalam pembahasan. Yang lebih mengaibkan sebelum ini belum pernah Speaker menghadkan tempoh perbahasan Ketua Pembangkang, tapi kali ini DSAI hanya dibenarkan berbahas selama 90 minit sahaja. Ahli parlimen PR protes namun gagal dan sebaliknya ahli parlimen rembau, ketua pemuda umno diberikan masa sama 90 minit juga utk berbahas! amatlah malang sekali apabila situasi sedemikian berlaku kerana seolah2 mahu menghadkan tempoh masa supaya tidak terbongkar segala kepincangan yang berlaku dlm pengerusan kewangan negara! dahlah laporan odit 2011 tidak diedarkan! Apa salahnya kalaupun tidak semua tapi sekurang2nya sebahagian menteri kanan BN hadir sebagai tanda prihatin dan hormat ketua pembangkang sebagaimana yang terbiasa di komonwealth barat yg memberi keistimewaan kepada ketua pembangkang. kita akan terus berbahas sehingga pertengahan oktober. berbeza sekali dengan persidangan DUN perak pada 25 sept yg lalu. Ikuti perkembangan ini di penulisan lain inshaAllah! |
You are subscribed to email updates from Kamparinn.blogspot.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan