Anwar Ibrahim |
- Jumlah ‘Dislike’ #TanyaNajib Bukti Orang Muda Tolak PM, Bajet
- Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak
- Peluncuran Buku “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” nukilan M.J Akbar
Jumlah ‘Dislike’ #TanyaNajib Bukti Orang Muda Tolak PM, Bajet Posted: 03 Oct 2012 11:54 PM PDT Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan. Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani. Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90. Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini. "Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi. Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon lagi. Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu. Setakat ini, jumlah 'like' pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran 'Anwar Ibrahim' adalah sebanyak 1,352 manakala 'dislike' hanya 163. |
Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak Posted: 03 Oct 2012 09:13 PM PDT 7 Oktober 2012 (Ahad) 1. 3.00 ptg – Padang Permainan Taman Seri Raia, |
Peluncuran Buku “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” nukilan M.J Akbar Posted: 03 Oct 2012 10:38 AM PDT Pada Selasa lepas, saya telah dijemput oleh sahabat saya M.J Akbar, yang merupakan penulis buku; “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” bagi meluncurkan buku beliau di The Royal Lake Club, Kuala Lumpur. Saya berbesar hati dapat meluncurkan buku nukilan M.J Akbar – yang tulisannya antara lain Nehru : The Making of India dan Kashmir : Behind the Vale – merupakan antara karangan beliau yang saya ikut rapat. Buku yang sudah pun menempah sensasi yang tersendiri ini – melihat kepada persoalan asas penubuhan negara Pakistan dan mengapa ia berada di dalam keadaan merudum mutakhir ini. Nyata buku “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” merupakan satu buku ilmiah yang dapat mencetus persoalan dan pemikiran dalam mendepani isu serantau yang melibatkan sub – benua ini. ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan