DUN BUKIT PAYONG |
PGU5.0 ; Khianat Bendera Bukti Musuh PAS 'Kepanasan' Posted: 05 Oct 2012 07:36 PM PDT Petikan : Buletin Online ![]() Pelbagai acara sambutan PGU5.0 yang diadakan sejak pagi Jumaat, mengundang 'tumbuhnya' program-program 'semerta' Umno dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Setiu. Antaranya program sempena PGU5.0, adalah program Khidmat Massyarakat membaikpulih rumah rakyat dhaif di Kampung Tempinis dan Rawatan Perubatan Percuma oleh Pasukan Perubatan Yayasan Amal yang diadakan di seluruh kawasan Dewan Undangan DUN Jabi. ![]() "ini memperlihatkan Umno-BN cemas dengan kebangkitan rakyat terutamanya saat semakin hampir kepada pilihanraya umum,"kata Pengerusi Majlis Tindkaan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama-sama Pasukan Perubatan Yayasan Amal memberikan rawatan percuma di Kampung Tok Dor Dalam. ![]() Sementara itu, acara pertandingan Futsal anjuran Dewan Pemua PAS Terengganu yang dijadualkan berlangsung di gelanggang Futsal Felda Selasih terpaksa di pindahkan ke gelanggang Futsal Kampung Lak Lok, Besut. Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Zaidan Abdullah, ia adalah kerana Pengurus Felda yang dikenali ramai sebagai penyokong kuat Umno-BN telah membantah dan membatalkan tempahan gelanggang Futsal di Felda Selasih. ![]() "Pasukan dari kawasan Setiu menjadi juara setelah mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2,"kata Zaidan Kemuncak kebimbangan musuh PAS pada program hari pertama PGU5.0 adalah pengkhianatan yang dilakukan keatas bendera-bendera yang di pasang diseluruh DUN Jabi. ![]() Para petugas PAS yang membuat rondaan mendapati bendera yang dipasang di jambatan bersampiran simpang Kampung Oh telah di patahkan dan dibuang. "Masih ada lagi puak yang tidak bertamadun yang duk patahkan bendera (PAS),"komen Mohd Sabri, seorang petugas media PAS DUN Jabi ketika merakamkan gambar pengkhianatan yang dilakukan ke atas bendera PAS tersebut. ![]() |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan