Anwar Ibrahim |
Posted: 05 Oct 2012 10:53 PM PDT Buku pertama siri kajian dan penulisan badan pemikir dan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah diterbitkan. Program peluncuran dan bedah buku "Parlimen di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia" oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 9 Oktober 2012 di Bangunan Yayasan Selangor.
Program peluncuran buku ini yang disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU saudara Ooi Heng, merupakan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dan KPRU, dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik. Majlis peluncuran akan disusuli dengan Forum "Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara". Buku ini merupakan terbitan bersama KPRU dan SIRD.
Berikut ialah butiran dan aturcara program: Tarikh : 9 Oktober 2012 (Selasa) Masa : 8.00 – 10.30 malam Tempat : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor (18A, Jalan Persiaran Barat, Menara Yayasan Selangor, 46000, Petaling Jaya, Selangor) [Bersebelahan dengan Amcorp Mall]
Tetamu khas Majlis Peluncuran: Dato' Seri Anwar Ibrahim Panelis Forum: 1. YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai 2. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam 3. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Setia |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan