:: cina islam | 2011 :: |
- Kahwin Mega: Inikah contoh wasatiyyah?
- Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat
- AES: Apa Sistem Penguatkuasaan Automatik
- Pas dakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 ada lebih 200 kesilapan
- Mangsa ke-39 tragedi feri di Hong Kong meninggal duni
Kahwin Mega: Inikah contoh wasatiyyah? Posted: 06 Oct 2012 02:25 AM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) timbul tandatanya jika perbelanjaan Ketua Menteri Melaka telah mampu memecahkan Malaysia Book of Record kerana berbelanja mewah untuk perkahwinan anaknya , adakah amalan itu sesuai dengan Islam wassatiyyah yang dicanang oleh PM. Isu yang dibangkitkan bukan soal politik atau mempolitikkan perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi adalah isu moral yang telah berbangkit. Adakah wajar seorang pemimpin berbelanja besar untuk majlis peribadi yang amat ketara menunjukkan kemewahan. KM Melaka itu boleh menafikan bahawa ia mewah. Akan tetapi bagi rakyat biasa yang bersusah payah mencari makan untuk keluarganya sudah tentu ia menjadi sangat besar dan menyebabkan persoalan tentang gaya hidup pemimpin Negara bukan lagi menjadi contoh sebagaimana sepatutnya. Soal ia cuba dipolitikkan tidak timbul kerana jika bukan musim pilihanraya sekalipun rakyat berhak untuk bertanya dari mana kekayaan pemimpin diperolehi. Inilah yang membuat rakyat semakin muak dengan tabiat pemimpin yang tidak mengotakan apa yang dikata. Disatu ketika mereka memperkatakan rakyat diutamakan , namun di satu ketika yang lain , mereka hidup mewah dengan mengenepikan rakyat terbanyak yang maseh bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari nafkah hidup. Penafian KM Melaka bahawa isu ini penting dan sangat relevan menunjukkan keangkuhan beliau bahawa perpsepsi rakyat terhadap kemewahan hidup pemimpin tidak dipedulikan. Kami berpendirian nampaknya pemimpin-pemimpin Negara tidak mengambil kisah terhadap perasaan rakyat. Sikap tidak mempedulikan perasaan rakyat akan menandakan kerajaan yang berkuasa tidak lagi mesra rakyat. Sikap angkuh dan ranggi seperti inilah yang akan menjadikan rakyat muak dan benci dengan slogan pemerintah bahawa rakyat diutamakan. Kami tidak mahu perkara ini dipolitikkan , akan tetapi kami juga tidak boleh membiarkan isu ini berlalu tanpa ditegur. Jelas rakyat sering diperdaya oleh pemimpin yang tidak mempunyai niat untuk merasai penderitaan rakyat. Walhasil rakyat akan terus diperkuda oleh pemimpin mereka sendiri. Kami ingin menegaskan bahawa tindakan untuk memastikan SPRM menyiasat perbelanjaan perkahwinan tersebut adalah wajar agar isu ini diambil perhatian bersungguh oleh pihak berkuasa. Rakyat pasti menunggu keputusan yang akan menjelaskan bagaimana pemimpin mempunyai kekayaan sedemikian rupa. Untuk berdiam diri dan cuba memperkecilkan isu yang dibangkitkan ini akan merumuskan bahawa kerajaan yang sudah memerintah lebih 55 tahun di Negara ini bersekongkol dengan kemungkaran hanya kerana mahu terus berkuasa. *Penulis adalah Presiden TERAS | ||
Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat Posted: 05 Oct 2012 09:00 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut. Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1. Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000. Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat. Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986. Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan. "Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz). "Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat. "Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat. "Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya. Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim. Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini. Harakahdaily/- | ||
AES: Apa Sistem Penguatkuasaan Automatik Posted: 05 Oct 2012 08:58 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Zulhazmi Shariff Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) a) Apa AES AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. b) Bagaimana AES berfungsi? i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti. ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ. iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ. iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu: i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu: i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman. ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama. iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama. e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES i) Seksyen 2 – memasukkan takrif "imej yang dirakam", ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif"kesalahan berjadual" iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif "kesalahan yang dirakam melalui kamera" iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera. viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan Jadual Pertama (i) Memandu melebihi hadlaju (ii) Tidak mematuhi isyarat lalu (iii) Memotong garisan berkembar (iv)Memandu di lorong kecemasan (v) Memotong & menghalang daripada memotong (vi) Memotong barisan (vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera (I) Memandu di lorong bas (ii) Memandu melebihi hadlaju (iii) Tidak mematuhi lampu isyarat Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE). | ||
Pas dakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 ada lebih 200 kesilapan Posted: 05 Oct 2012 08:51 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SINAR HARIAN 6 Oktober 2012 SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 mengandungi lebih 200 kesalahan utama, antaranya tatabahasa, metodologi bahasa dan susun atur bahasa dan ejaan. "Sungguh memeranjatkan. Bagaimana Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia, mengandungi lebih 200 kesalahan utama. "Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, metodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu kata beliau, Dewan Pemuda Pas mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar. "Apakah kegagalan hampir 50 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?" katanya lagi. Nasrudin berkata, kesilapan ketara seperti itu sewajarnya tidak berlaku. Katanya, "bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa Arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi." Justeru kata beliau, pihaknya mahu Dewan Pemuda Pas mahu mengetahui jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya. "Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat," katanya lagi. Kata Nasrudin, sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para sasterawan negara dan cerdik pandai. "Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar," katanya lagi. | ||
Mangsa ke-39 tragedi feri di Hong Kong meninggal duni Posted: 05 Oct 2012 08:04 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - HONG KONG: Angka kematian nahas maritim terbesar di Hong Kong pada dekad ini meningkat kepada 39 orang dan anggota penyelamat menamatkan operasi mencari mangsa, kata pihak berkuasa. Kerajaan Hong Kong berkata, seorang lagi mangsa meninggal dunia lewat semalam selepas feri penumpang bertembung dengan sebuah bot kecil yang membawa orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam Isnin lalu. Kesemua 39 yang mati dan hampir 100 lagi cedera ketika menaiki bot kecil berkenaan, Lamma IV yang membawa 124 penumpang dan tiga anak kapal. Bot itu berlepas dari Pulau Lamma, barat daya Hong Kong dan menuju Victoria Harbour apabila ia bertembung dengan feri Sea Smooth dan kemudiannya karam. - AP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan