:: cina islam | 2011 :: |
- Adun cadang sidang khas batal perjanjian Petronas
- Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon
- [BERGAMBAR] Siling Lpgn Terbang P.Pinang Runtuh, Guan Eng Kecam Menteri Pengangkutan
- Haramjadah: Keputusan teruskan saman 20 Dis
- Pas mahu lawat pejabat SPR
- Kempunan naik kereta api mini
- Penyamun terlepas raket Chong Wei
- Dibiayai berjuta, sekolah agama dibekal makanan luput tarikh
- Papan tanda ITIS gagal berfungsi dengan baik
- Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong
- Air mata Rohingya...
- Sungai di Pangsapuri Tasik Utama kembali terbia
- Ukiran labu menyeramkan
- Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan
- Lemah: Jambatan Sultan Yahya Petra 2 lambat siap
- Mat rempit gadai nyawa
- 9 GLC Kerajaan Rugi RM2.5 Bilion
- Gempar lima ‘bom’
- Tapir sesat dikejar anjing
- Kenderaan amfibia dijual di AS
- Basikal kadbod dicipta
- Curi besi landasan kereta api
- Lelaki ancam letup LHDN kerana benci
- Jamil tak jawab mekanisma naik gaji CEO Tabung Haji
- P Pinang surplus kerana rakyat, pentadbiran gigih
Adun cadang sidang khas batal perjanjian Petronas Posted: 16 Oct 2012 02:22 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat mandat Dun. "Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar. "Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang," kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas)ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit). Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak. Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975. Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak). Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja. "Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut. "Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri. "Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa. "Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat," katanya. Boleh batal kontrak Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas. Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar. Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri. Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya. Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah. Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan. "Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia. "Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini," ujarnya. Iktibar isu Pergau Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an. Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri. Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta. "Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil," ujarnya. Harakahdaily/- | ||
Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon Posted: 16 Oct 2012 01:30 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama," demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi. Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah. "Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS," ujar beliau lagi. Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik. Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan". Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS. Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang. harakahdaily/- | ||
[BERGAMBAR] Siling Lpgn Terbang P.Pinang Runtuh, Guan Eng Kecam Menteri Pengangkutan Posted: 16 Oct 2012 01:22 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - George Town: Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera, Isnin, BERNAMA dipetik. Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa. "Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, Isnin. Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh. Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam laman sosial fbnya mengecam Menteri Pengangkutan dan memintanya memberikan Pulau Pinang sebuah lapangan terbang yang boleh dibanggakan bukan yang boleh memalukan. Beliau berkata dengan kos RM250 juta, wang tersebut hanyut ke longkang jika ia tidak di belanjakan dengan betul. Lim menyuarakan kesalnya dengan kejadian kebocoran yang besar di lapangan terbang pagi semalam. Beliau mahu ibupejabat Malaysian Airport Berhad mengambil perhatian dan mendesak para pengarahnya datang ke Pulau Pinang memandangkan kejadian yang berlaku adalah serius. Lim menegur Menteri Pengangkutan supaya tidak hanya mengambil berat mengenai hal-hal nombor plat kereta dan kamera saman automatik, tetapi perlu melaksanakan kerjanya seorang menteri pengangkutan. "Anda boleh lihat sendiri betapa seriusnya situasi ini," bentak Lim dengan menunjukkan beberapa keping gambar terhadap insiden tersebut. | ||
Haramjadah: Keputusan teruskan saman 20 Dis Posted: 16 Oct 2012 01:16 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - TEMERLOH: Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Akhtar Tahir hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan meneruskan saman 8 orang peneroka sekitar Jengka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkan mereka 'haram jadah'. Peguam mewakili 8 peneroka berkenaan, Harris Abdullah, berkata keputusan dalam kamar hakim itu menetapkan 30 Oktober ini bagi kedua-dua pihak memfailkan semua bukti. [Gambar: Peguam Harris (di tengah) bersama 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib.] Tambahnya, hakim berkenaan juga menetapkan tempoh tiga minggu dari hari ini kedua-dua pihak plaintif dan defendan bagi membuat penghujahan bertulis berakhir 30 November akan datang. "Alasan utama peguam pihak defendan untuk mengenepikan kes ialah ucapan Najib (haram jadah) itu, tidak merujuk kepada 8 plaintif kerana beliau (Najib) tidak menyebutkan nama dan alamat (plaintif) secara khusus," katanya. Pada 7 Ogos lalu 8 peneroka berkenaan memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana menempelak dengan ungkapan menghina haram jadah terhadap mereka. Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan permintaan ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons. Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8. Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang diucapkan di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara. Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh. Dalam pada itu Harris menjelaskan, dalam penghujahan bertulis defendan bagi mengenepikan saman terhadap Najib ialah tuntutan plaintif satu penyalahgunaan proses mahkamah atas ketiadaan kausa tindakan kerana plaintif-plaintif tidak merujuk atau mempunyai kaitan dengan defendan. Tindakan plaintif juga didakwa mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Tambahnya lagi, defendan memberi alasan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah satu kegagalan mandatori dan menjadikan tuntutan harus dibuang. Najib selaku defendan diwakili peguam-peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Abu Bakar Isa Rahmat dan Abu Bakar Assidiq Datuk Sidik. harakah/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 01:12 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUANTAN – Pas Pahang bercadang mengadakan lawatan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan tiga elemen penting dalam pilih raya. Tiga elemen itu ialah bahan-bahan kempen, jawatankuasa pemantau serta petugas-petugas peti undi. Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya masih belum menetapkan tarikh lawatan itu, namun ia dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada bulan depan. "Kita tertarik untuk mengadakan lawatan ke SPR setelah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah hari ini (semalam). "Masa yang diperuntukkan untuk taklimat ini agak singkat, banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapan daripada SPR. Justeru, kami mengambil pendekatan untuk mengadakan lawatan ke pejabat SPR," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), di sini, semalam. Tambahnya, taklimat yang diadakan memberi input yang berguna kepada wakil parti politik yang hadir. "Saya berterima kasih kepada SPR kerana sudi mengadakan taklimat ini. Bagi saya ia perlu diadakan dari semasa ke semasa supaya parti politik mengetahui setiap perubahan yang dilaksanakan oleh SPR," katanya. Sementara itu, bagi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Abdul Rahim Abas berkata, pendedahan yang diberi sebagai satu peringatan kepada parti politik supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan sepanjang pilihan raya berlangsung. "Ada perkara-perkara baru yang didedahkan ketika sesi taklimat ini, selain demonstrasi pengundian dan penggunaan dakwat kekal yang memberi gambaran jelas ketika hari mengundi nanti," katanya. Manakala bagi Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, beliau berpuas hati dengan taklimat yang diberi namun masih ada perkara yang memerlukan perhatian pihak SPR. "Kita minta SPR mengkaji semula undang-undang baru membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh ditemani seorang yang boleh dipercayai berumur 21 tahun ke atas," katanya. Sebelum ini katanya, SPR menetapkan hanya ahli keluarga sahaja yang boleh menemani pengundi OKU ketika pilihan raya. sinar/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:58 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PADANG BESAR - Perasaan kecewa pasti menyelubungi orang ramai setiap kali mengunjungi kawasan pelancongan, Gua Kelam di sini apabila perkhidmatan kereta api mini yang terkenal di pusat rekreasi tersebut tidak lagi beroperasi sejak tiga tahun lalu. Tinjauan mendapati orang ramai dan pelancong yang mengunjungi kompleks kereta api tersebut yang pernah popular satu ketika dahulu pulang dengan kehampaan. Seorang pengunjung dari Kedah, Nuliana Sabri, 20, berkata, dia teringin untuk merasai pengalaman menaiki kereta api itu bagi menikmati suasana gua yang terletak di Banjaran Nakawan tetapi kecewa selepas mendapati perkhidmatan itu tidak lagi disediakan. "Dahulu, saya sering baca blog dan dengar kawan yang pernah menaiki kereta api mini bercerita tentang pengalaman menarik mereka. "Malangnya, setelah saya sampai ke sini saya kecewa ekoran perkhidmatan tersebut tidak lagi dibuka kepada orang ramai sejak tiga tahun lalu," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Pada September 2009 lalu, kereta api mini di Gua Kelam diberhentikan operasinya setelah perkhidmatan tersebut hilang kawalan secara tiba-tiba menyebabkan 24 murid sekolah dan guru terlibat dalam kemalangan. Dalam kejadian tersebut, gerabak kereta api mini berkenaan dikatakan menggelongsor turun beberapa meter sebelum merempuh penghadang di stesen permulaan dipercayai ekoran bekalan elektrik yang terputus ketika mendaki bukit di dalam gua itu. Kejadian tersebut menyebabkan dua penumpang terpelanting keluar dari gerabak dan menerima jahitan di kepala manakala enam lagi cedera terhantuk dan selebihnya hanya cedera ringan. Perkhidmatan tersebut dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2009 lalu yang menyajikan pengalaman kepada pengunjung melalui laluan terowong bekas kerja perlombongan ratusan tahun dahulu dan ketika penjajahan Jepun sejauh kira-kira 400 meter. Selain itu, struktur dalaman gua yang cantik termasuk kejadian alam berusia lebih 300 juta tahun yang dinamakan tirai gua juga menarik perhatian ramai pengunjung. kosmo/- | ||
Penyamun terlepas raket Chong Wei Posted: 16 Oct 2012 12:55 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah masuk sekumpulan penyamun semalam. Kejadian pecah masuk syarikat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd. pada pukul 9 pagi itu disedari seorang pekerja yang baru tiba di pejabat apabila mendapati pintu gril dan pintu utama telah terbuka. Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari tahun lalu tidak dilarikan. Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di Jepun. Chong Hoon menjelaskan, dia bergegas ke pejabat tersebut setelah dimaklumkan oleh pekerja berkenaan mengenai kejadian itu. kosmo/- | ||
Dibiayai berjuta, sekolah agama dibekal makanan luput tarikh Posted: 16 Oct 2012 12:50 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011 mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang memuaskan. Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput. Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan. Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan 'kurang memuaskan' – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan. Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP. Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali. Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009. "Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011," kata KAN dalam laporannya. Tiada pemantauan langsung Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan oleh KAN kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau. Sebagai langkah penambahbaikan, KAN menyarankan agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994. Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak. Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak. KAN juga menyarankan agar JAIP bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut. harakahdaily/- | ||
Papan tanda ITIS gagal berfungsi dengan baik Posted: 16 Oct 2012 12:39 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Projek papan elektronik Integrated Transport Information System (ITIS) yang dilaksanakan pada tahun 2005 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia dengan kos melebihi RM400 juta didakwa gagal berfungsi dengan baik. Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan membangkitkan perkara itu memandangkan ianya dilihat lebih kepada membazirkan wang rakyat. Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ramai warga kota mengadu mereka tidak mendapat maklumat menyeluruh daripada sistem itu. "Kita dapati beberapa perkara menyebabkan ITIS gagal dan semakin hari dilaksanakan semakin merugikan dimana ianya ditanggung oleh pembayar cukai," katanya. Malah beliau berkata, sistem itu yang menelan belanja beratus-ratus juga tidak termasuk kos penyelenggaran yang menelan belanja RM12 juta. Tegas Nurul Izzah, di awal pelaksanaan projek ini yang melibatkan 255 kamera litar tertutup (CCTV) merupakan sistem integrasi bagi program jenayah sebagaiman diumumkan oleh bekas Menteri Wilayah Datuk Zulhasnan Rafik. Bagaimanapun, katanya sehingga tahun 2010 walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diberi geran untuk menyelenggara ITIS sebanyak RM68 juta, namun ianya masih tidak berfungsi dengan baik. "DBKL harus dipertangungjawabkan soal keberkesanan ITIS," katanya. Menurut Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, sistem ITIS wajar dimansuhkan kerana ia bukan lagi menyusahkan pengguna sebaliknya sistem itu sendiri sudah tidak relevan. "Kualiti papan skrin ITIS yang rendah, penyelenggaran yang gagal akhirnya tidak membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, mendesak Menteri Wilayah Datuk Raja Nong Chik menjelaskan peruntukan RM36.87 juta yang sepatutnya digunakan untuk membeli bangunan bagi projek ITIS. "Sebaliknya, DBKL hanya guna RM8.49 juta untuk menyewa bangunan bagi projek itu. Di mana selebihnya peruntukan itu sama ada ia dipulangkan atau dihabiskan begitu sahaja, saya mohon menteri jelaskan," katanya. Mereka berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini. Sebelum ini, Menteri Wilayah dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng menjelaskan sebanyak 140 unit 'variable message sign' (VMS) salah satu peralatan luar ITIS yang telah dipasang, namun selepas lapan tahun beroperasi hanya 46 unit sahaja yang berfungsi dengan baik. harakahdaily/- | ||
Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong Posted: 16 Oct 2012 12:37 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah) KOTA KINABALU: Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati. "Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran. "Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau. Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah. Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang. Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS. Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan. "Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar. Menang Yahya (gambar) yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini. Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak. "Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada Harakahdaily. Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'. Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang. Kejatuhan kerajaan Sabah Sebelum ini, Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno. Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah. Pada tahun 1976, Datuk Haris Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh. Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS. Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno. "Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka. harakahdaily/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:36 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Wartawan yang menyertai Misi Kemanusiaan ke Myanmar anjuran Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) baru-baru ini) Kehilangan 11 ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata sudah cukup memberi trauma. Apatah lagi kedua-dua ibu bapa dan dua daripada tiga anaknya antara yang nyawanya diragut. Air mata memang sudah menjadi mainan Saidatul Nisa Abu Sayaf, 25. Kini, yang tinggal hanya suami dan seorang anak, tempat bergantung harap serta saudara sesama Muslim yang bersama menumpang teduh di Kem Penempatan Sementara Penduduk di Bawdhupa, sejak tercetusnya pergolakan etnik di Rakhine, Mei lalu. Dengan wajah hiba, wanita Rohingya ini menceritakan kisahnya. Sepatah demi sepatah jawapan yang keluar daripada mulut wanita ini, walau penulis tidak memahami bahasa yang dituturkannya. Mujur, seorang lelaki Rohingya yang boleh bertutur Bahasa Melayu, membantu menterjemah kata-katanya. Daripada apa yang dikongsi, timbul rasa simpati kepada wanita ini. Dengan disaksikan puluhan manusia yang mengelilingi kami, ditambah sinaran matahari terik di atas kepala, rentetan hidupnya benar-benar menyentuh hati. Andainya diri berada di tempat wanita ini, adakah kita sekuat dia? Kongsi penderitaan Realitinya, bukan wanita ini sahaja yang kehilangan ahli keluarga dan sanak saudara, malah ramai lagi yang tampil bercerita kepada kami kepayahan dan penderitaan mereka. Hakikatnya, kehilangan seorang ahli keluarga sahaja sudah meninggalkan kesan tragis dalam diri, apatah lagi 11 orang insan tersayang sekali gus. Kisah wanita ini, antara puluhan yang dikongsi oleh masyarakat Rohingya apabila rombongan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dalam Misi Kemanusiaan ke Myanmar seramai 56 orang, menjejakkan kaki di kem penempatan sementara penduduk di sekitar Rakhine, Sittwe. Mereka bukan sekadar kehilangan insan-insan tersayang, tetapi desakan meneruskan kehidupan memaksa mereka melalui kesukaran dengan segala keterbatasan di bumi bertuah Myanmar. Perintah berkurung dari jam 7 malam sehingga 6 pagi, makanan dicatu, tiada sekolah, tiada kemudahan klinik yang sempurna, rumah yang serba daif dengan tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna. Itu yang mereka lalui ketika ini di Rakhine yang pastinya membuatkan hati sukarelawan hiba dan insaf. Dari raut wajah mereka, sudah cukup menggambarkan kepayahan hidup yang mereka alami. Paling meruntun hati dan perasaan sukarelawan, tatkala doa dibacakan oleh wakil KP1M, Ustaz Rusdin Mahamud, titis jernih air mata mengalir di pipi mereka, hatta kanak-kanak dan golongan dewasa Rohingya. Air mata itu seolah-olah menggambarkan keperitan hidup yang mereka dilalui, hanya berserah kepada Maha Pencipta, bilakah penderitaan ini akan berakhir. Barangkali juga air mata itu tanda syukur kepada Ilahi, buat pertama kalinya, ada pihak luar yang simpati akan nasib yang menimpa mereka. Berulang kali ucapan terima kasih meniti di bibir. Dan buat kanak-kanak Rohingya, sebatang gula-gula lolipop begitu besar ertinya. Mungkin itu pertama kali mereka menikmati manisan sebegitu seumur hidup, walaupun terpaksa berpusu-pusu dan berebut-rebut mendapatkannya. Bagi pakar perubatan yang turut sama dalam misi, masa yang singkat dimanfatkan sebaiknya dengan memberi keutamaan kepada warga emas dan kanak-kanak. Pilu melihat susuk tubuh mereka yang lesu dan tidak bermaya akibat kurang pemakanan berkhasiat. Tiba saatnya, setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan. Ketika rombongan sukarelawan berlalu pergi, lambaian sayu dan linangan air mata mengiringi pemergian kami dan sukar mentafsir erti pandangan mereka. Pastinya kami, peserta sukarelawan begitu terkesan akan senario kehidupan mereka. Meski serba daif, mereka terus tabah dan kuat meneruskan kehidupan yang belum pasti. Doa kami, semoga ada cahaya di hujung terowong buat masyarakat Rohingya suatu masa nanti. Agih bantuan Misi Kemanusiaan KP1M ke Myanmar membawa 580 tan bantuan kepada penduduk Myanmar yang ditempatkan di kem-kem tanpa mengira kaum dan agama sejak tercetusnya perbalahan etnik di Rakhine, Sittwe. Atas nama kemanusiaan, Malaysia membuktikan bantuan yang disalurkan oleh KP1M merentasi agama dan kaum di Rakhine. Pelbagai barangan keperluan berupa makanan, minuman dan bekalan perubatan diagihkan sebaik kapal yang membawa bantuan tiba dari Yangon, 4 Oktober lalu di Pelabuhan Sittwe. Sepanjang tiga hari di Rakhine, lapan kem dan dua kampung Rohingya dan Buddha serta sebuah hospital telah menerima bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia. Dianggarkan lebih 75,000 Rohingya ditempatkan di beberapa pusat penempatan di seluruh Sittwe manakala penganut Buddha pula ditempatkan di beberapa pusat penempatan berasingan. Usaha KP1M ini berjaya mencatat sejarahnya apabila buat pertama kalinya, Myanmar membenarkan peserta misi bantuan masuk ke negara itu dalam jumlah yang ramai. Walaupun pelbagai kekangan pada awalnya, hubungan dua hala dan kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan Myanmar, merealisasikan harapan KP1M. Selaku penaung KP1M, sokongan dan peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu berkesan untuk meyakinkan Presiden Myanmar, Thein Sein untuk merealisasikan usaha ini. Duta Malaysia di Myanmar, Dr Ahmad Faizal Muhamad pada mulanya, mengakui misi ini dilihat sebagai mustahil. Masakan tidak, tiada negara luar mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibenarkan oleh kerajaan Myanmar untuk menghulurkan bantuan. "Sebaik sahaja misi ini tiba di Yangon, saya berdoa supaya bantuan yang ingin disampaikan kepada penduduk Myanmar ini berhasil kerana bagi saya misi ini adalah mustahil. Namun hasil kerjasama baik antara kedua-dua negara, akhirnya ia dapat direalisasikan," katanya. Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kejayaan misi ini membuktikan keakraban kepimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan kerajaan Myanmar iaitu Presiden Thein Sein. "Kerana itulah kita amat dihormati dan disegani dan walaupun pelbagai kekangan dan rintangan kami hadapi, tetapi akhirnya mereka membuka segala ruang untuk kita melakukan misi tersebut," katanya. Azeez berkata, perancangan rapi selama dua bulan diperlukan bagi mengatur misi ini, meskipun sebelum ini berpengalaman menganjurkan 26 misi di negara luar yang terlibat dalam kancah peperangan atau dilanda bencana alam. Beliau mengakui walaupun misi ke-27 KP1M ke Myanmar yang paling sukar, namun bersyukur dengan kelancaran misi tersebut dan meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Myanmar di atas kerjasama yang sangat baik selain mengawal keselamatan sukarelawan dengan baik. Syukuri nikmat perpaduan Bagi semua peserta misi ini, banyak pengalaman yang kami peroleh dan pelajari sepanjang tiga hari berada di Rakhine, Sittwe. Pergolakan etnik yang berlaku, menjadi pengajaran dan iktibar yang cukup berguna supaya jangan sesekali mencemari perpaduan dan kesejahteraan yang telah kita nikmati. Rakyat Malaysia yang dikurniakan keamanan dan kemewahanhidup seharusnya bersyukur dengan kemakmuran yang telah kita kecapi selama 55 tahun kemerdekaan negara. Elakkan perkara menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Jangan ada sikap hasad dengki, dendam dan iri hati kerana nikmat yang kita peroleh di negara bertuah Malaysia, jauh lebih baik daripada mereka. Perlu diingat, keamanan dan kemakmuran negara yang kita peroleh kini, tidak berlaku sekelip mata. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan dan berharap negara tercinta ini akan terus aman, makmur dan sejahtera selamanya. sinar/- | ||
Sungai di Pangsapuri Tasik Utama kembali terbia Posted: 16 Oct 2012 12:27 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - AYER KEROH – Keadaan sungai dan persekitaran berhampiran Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini suatu ketika dahulu keliha-tan bersih selepas usaha pembersihan dilakukan lebih empat bulan lalu. Namun, transformasi melalui projek perindahan yang dilaksanakan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri di Taman Persisiran Sungai Tasik Utama itu hanya sekadar indah untuk beberapa bulan saja. Kini, terdapat semula longgokan sampah sarap yang mencemarkan kawasan persekita-ran berkenaan. Bungkusan plastik termasuk sisa makanan bertaburan di tempat melakukan aktiviti riadah penduduk di kawasan Ayer Keroh itu menimbulkan rasa kurang senang terutama bagi mereka yang menetap di perumahan pangsa berhampiran. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hanaliza, 27, berkata, keadaan itu mencemarkan pandangan mata penduduk rumah pangsa Taman Tasik Utama yang sering menjalankan aktiviti riadah tidak kira peringkat usia di taman rekreasi tersebut. Menurutnya, pungutan sampah dan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman berkenaan dilakukan secara tidak berkala antara faktor taman yang mempunyai jambatan sungai, trek laluan pejalan kaki dan joging serta peralatan senaman itu kotor. "Tidak dinafikan keadaan dasar sungai memang bersih, namun agak mengecewakan apabila terdapat banyak bungkusan plastik makanan dan minuman di atas rumput selain limpahan sampah di tong sampah dan kawasan tong itu. "Biarpun, dasar sungai bersih, namun terdapat juga sampah-sampah yang tersangkut atau 'bersidai' di bawah jambatan yang tidak dibersihkan dan keadaan ini sekaligus memberi pandangan negatif orang luar terhadap penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sungai ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Hanaliza berkata, pungutan sampah hanya dilakukan pihak berkaitan di tong sampah besar disediakan berhampiran pangsapuri tersebut, namun tidak di kawasan sekitar sungai. Aduan di tiga agensi Sementara itu, Pengerusi Rumah Pangsa Taman Tasik Utama (9C), Hussin Hassan berkata, pihaknya pernah membuat aduan terhadap tiga agensi, bagaimanapun hanya dua yang mengambil tindakan. "Sungai dan kawasan siar kaki di situ tidak termasuk di dalam kawasan perumahan pangsa yang mempunyai lebih 10 blok pangsapuri ini. "Tetapi, kira-kira lima bulan lalu, saya pernah membuat aduan mengenai kawasan persekitaran sungai yang kotor itu kepada Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ), SWM Environment Sdn Bhd dan JPS. Cuma MPHTJ dan SWM saja yang ambil tindakan," katanya. Menurutnya, keadaan persekitaran itu turut melahirkan kebimbangannya kerana mendedahkan penduduk dengan ancaman kesihatan berikutan penyelenggaran yang tidak konsisten dan efektif pihak terbabit. Penduduk perlu beri kerjasama Sementara itu, Pengarah JPS, Ir Gapar Asan berkata, penduduk berhampiran sewajarnya memainkan peranan untuk membantu mengekalkan keindahan di Taman Persisiran Sungai itu serta tidak mengharapkan 100 peratus tindakan daripada agensi terbabit selain kerajaan. "JPS membantu penduduk di kawasan perumahan itu melalui projek perindahan di bawah peruntukan kira-kira RM1 juta bagi mentransformasi persisiran sungai membabitkan beberapa kawasan sungai di negeri ini. "Bagaimanapun, kesedaran menjaga kebersihan oleh individu atau penduduk di kawasan berhampiran perlu ada untuk menjamin pengekalan keindahan sungai dan persisirannya tanpa terlalu bergantung kepada agensi terlibat dan kerajaan," katanya. Menurut Gapar, pihaknya yang pernah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar di taman itu pada Jun lalu akan meletakkan papan tanda peringatan menjaga kebersihan di kawasan itu dalam masa terdekat. sinar/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:26 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MENARIK...pelbagai bentuk ukiran Villafane. BELLAIRE: Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu. Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka. Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya. Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam. Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata: "Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan. "Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang. "Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru. "Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir. "Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya," DM | ||
Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan Posted: 16 Oct 2012 12:24 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2011 secara keseluruhannya adalah memuaskan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010. Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%. Ini menyebabkan surplus Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM2.39 juta berkurangan mendadak berbanding surplus tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta. Surplus ini mengurangkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan tahun 2011 sejumlah RM2.39 juta menjadi RM295.84 juta berbanding RM298.23 juta pada tahun 2010. Pengurangan wang tunai sejumlah RM79.93 juta pada tahun 2011 tidak menyebabkan peningkatan ketara Deposit Dalam Negeri, di mana hanya meningkat sejumlah RM4.00 juta menjadi RM59.14 juta pada tahun 2011 berbanding RM55.14 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011 juga menyaksikan pengurangan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.20 juta berbanding pinjaman berjumlah RM249.87 juta pada tahun 2010. Sementara itu, penemuan audit berhubung tahap prestasi pengurusan kewangan bagi agensi negeri mendapati seperti tahun 2010, sebanyak 17 jabatan atau agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan kewangan pada tahun 2011. Hasil pengauditan mendapati 3 agensi negeri berada padatahap sangat baik dengan diberi penarafan empat bintang. Manakala 12 jabatan atau agensi negeri berada pada tahap baik dengan penarafan tiga bintang. Dua Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim berada pada tahap memuaskan dengan penarafan dua bintang. harakahdaily/- | ||
Lemah: Jambatan Sultan Yahya Petra 2 lambat siap Posted: 16 Oct 2012 12:23 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan. Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan. Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007. Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini. Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan. Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan. Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan. Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan. harakahdaily/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:15 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BANDA HILIR - Mat rempit sanggup melanggar dan merempuh anggota polis semata-mata mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya. Itulah aksi berani yang dapat dilihat dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Eye On Malaysia, petang kelmarin. Operasi dilakukan 14 pegawai dan anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, diketuai Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Inspektor Abd Zaki Zainal, bermula kira-kira jam 4.30 petang kelmarin. Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki tingkatan lima turut ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya. Sebanyak 14 motosikal disita dan pemiliknya turut dikenakan tindakan kerana membenarkan penunggang tiada lesen menggunakan motosikal terbabit dalam operasi yang dijalankan selama empat jam itu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, 100 motosikal diperiksa dan 14 daripadanya disita kerana melakukan kesalahan menunggang tanpa lesen. "Dalam operasi sama, kita turut mengeluarkan 45 saman atas pelbagai kesalahan," katanya. sinar/- | ||
9 GLC Kerajaan Rugi RM2.5 Bilion Posted: 16 Oct 2012 12:12 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion. Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu. "Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion kepada kerajaan," katanya dalam laporan yang diedarkan di Parlimen. Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan untuk menilai sama ada aktiviti kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan. Pengauditan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, infrastruktur, penyenggaraan, pengurusan aset, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan hasil, pelajaran, kesihatan, pertanian, modal insan dan program peningkatan sosioekonomi. Katanya, laporan ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 58 aktiviti atau projek di bawah 28 kementerian atau Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat kerajaan. "Pada umumnya, terdapat kelemahan seperti 'improper payment', kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, pengurusan hasil dan pengurusan aset kerajaan," kata Ambrin dalam laporan kali ini. Katanya, kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan atau prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan; kurang teliti semasa merancang program atau projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender; tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja-kerja kontraktor atau vendor ataupun perunding; kurang kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan; sistem maklumat jabatan atau agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program atau projek; kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset; dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil. Ambrin berkata, bagi membantu kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 dan 2010, sebanyak 547 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut. Katanya, pemeriksaan susulan yang dijalankan setakat 30 April lalu mendapati 241 (96.4 peratus) daripada 250 syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 telah diambil tindakan dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. "Manakala bagi tahun 2010, sebanyak 220 (74.1 peratus) daripada 297 syor yang dikemukakan telah diambil tindakan. Dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 ini pula, katanya, sebanyak 356 syor telah dikemukakan kepada Kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan berkenaan untuk tindakan pembetulan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang. Jabatan ini akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang berkenaan terhadap syor tersebut dan akan melaporkan kedudukan terkininya dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012. Laporan Audit Negara berkata, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham. Sekiranya keuntungan lebih diperoleh bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Laporan itu menambah, sehingga tarikh pengauditan pada bulan Mei 2012, adalah didapati 14 atau 29 peratus syarikat daripada 47 syarikat telah membayar dividen bagi tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM49.488 bilion. "Daripada jumlah tersebut 10 syarikat memperolehi keuntungan dan membayar dividen selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM109.364 bilion," katanya. Sepuluh syarikat yang membayar dividen sepanjang tiga tahun ialah Petronas RM109,000 juta, Felcra (RM13.50 juta), Perbadanan Nasional Berhad (RM30.04 juta), Amanah Raya Berhad (RM2.70 juta), Malaysian Kuwaiti Investment Corporation Sdn. Bhd. (RM14.04 juta), Prokhas Sdn. Bhd. (RM 6.75 juta), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM280 juta), Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (RM2.06 juta), Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (RM12.32 juta) dan Sirim Berhad (RM2.96 juta). | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:11 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - GEMPAR...kakitangan Wisma KWSG keluar dari bangunan sementara pemeriksaan dilakukan, semalam. KUALA LUMPUR: Seorang telefonis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuala Lumpur Bandar di Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG), Kampung Attap, di sini, menggigil sebaik menerima panggilan menyatakan ada bom untuk meletupkan bangunan itu jam 10.30 pagi, semalam. Panggilan bom palsu yang dibuat seorang lelaki jam 9 pagi itu menyebabkan lebih 300 kakitangan di bangunan 21 tingkat terbabit diarah keluar. Kakitangan KWSG, Aishah Salim, 40, berkata, beliau mengetahui mengenai panggilan itu sebaik pengawal keselamatan mengarahkan semua kakitangan mengosongkan bangunan dan berkumpul di depan bangunan. "Saya diberitahu pemanggil terbabit memberitahu dia benci LHDN dan sudah meletakkan lima bom dalam bangunan yang akan meletup tepat jam 10.30 pagi. "Kami semua meninggalkan bangunan dan membawa barang berharga sementara menunggu polis menjalankan pemeriksaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Pengarah LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Zulkifli Mohd Tahir berkata, seorang telefonisnya menerima panggilan daripada seorang lelaki memberitahu dia meletakkan lima bom dalam bangunan. "Telefonis itu memaklumkan kepada pegawai keselamatan lalu menghubungi saya yang ketika itu sedang bermesyuarat di Wangsa Maju. Saya arahkan beliau menghubungi polis dan minta kakitangan kosongkan bangunan," katanya. Menurutnya, selain LHDN, bangunan berkenaan turut menempatkan kakitangan jabatan kerajaan lain dan swasta. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.11 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian. "Unit Pengesan Bom dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan dalam bangunan, namun selepas sejam, pemeriksaan tidak menemui bahan letupan dan bangunan terbabit disahkan selamat sebelum semua pekerja dibenarkan masuk," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. sinar/- | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:11 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH – Penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Payung, Taboh Naning, di sini, gempar apabila seekor tapir dewasa lari lintang-pukang masuk ke kampung itu akibat dikejar sekumpulan anjing, pagi kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tapir berkenaan ditemui dalam keadaan cedera di badan dipercayai dicederakan binatang buas sebelum tersesat di kebun getah penduduk. Penduduk, Mohd Erwan Ridwan Abdullah, 26, berkata, dia yang berada di rumah ketika itu terdengar bunyi riuh rendah dan mendapati seekor tapir dikejar sekumpulan anjing. "Melihat tapir berkenaan dalam ketakutan, kami segera mengejarnya yang lari ke arah projek pembinaan landasan kereta api dan menghalau anjing dari terus mengejarnya. "Kami mengepung tapir yang terperangkap di sebalik tembok pagar landasan namun tidak berani menangkap nya sebelum saya mengambil tali di rumah untuk menjerat kakinya," katanya. Menurutnya, sejurus kaki belakang sebelah kiri tapir itu masuk ke dalam jerat, penduduk segera menariknya namun kedudukan jalan yang bercerun mengakibatkan haiwan itu tergelincir dan tidak boleh naik ke atas. "Melihat keadaan tapir yang tidak berupaya bergerak, kami ikat kedua belah kakinya dan menggunakan kayu untuk dijadikan kandar sebelum cuba membawanya naik dengan kekuatan 12 penduduk. "Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawanya naik ke atas sebelum dimasukkan ke dalam pacuan empat roda dan ditambat di kawasan balai raya," katanya. Menurutnya, pada mulanya penduduk sepakat untuk melepaskan semula tapir itu ke dalam hutan namun setelah melihat keadaannya yang cedera mereka segera menghubungi pihak berkenaan. Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Hamidah Puteh berkata, tapir berkenaan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada Perhilitan. sinar/- | ||
Kenderaan amfibia dijual di AS Posted: 16 Oct 2012 12:06 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - DETROIT - Sebuah kenderaan amfibia yang boleh bergerak di permukaan air dijual di Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$40,000 (RM122,279). Kenderaan itu dikeluarkan oleh syarikat Gibbs Sports Amphibians Incorporation di sini. Pihak pengurusan syarikat itu berharap kenderaan tersebut yang bernama Quadski akan dijual di seluruh dunia menjelang 2014. Ia menggunakan enjin yang dibekalkan syarikat pengeluar kenderaan BMW dan mempunyai satu tempat duduk. Kenderaan itu boleh bergerak sejauh 72 kilometer sejam di daratan dan butang khas perlu ditekan jika penggunanya mahu ia bergerak di permukaan air. Butang itu akan menyebabkan empat tayar kenderaan itu 'dilipat' bagi boleh membolehkannya bergerak di permukaan air pada kelajuan yang sama di daratan. - Agensi | ||
Posted: 16 Oct 2012 12:04 AM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod. Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17). "Semasa kami bermula (mencipta basikal tersebut) setahun setengah lalu, orang ramai ketawakan kami. Namun, kini kami menerima sebanyak 12 e-mel pada setiap hari untuk bertanyakan di mana mereka boleh membeli basikal itu," katanya. Dia mencipta basikal itu di sebuah bengkel di sini. Gafni meramalkan bahawa pada masa depan, kadbod mungkin digunakan dalam pembuatan kereta dan pesawat. Kadbod dihasilkan daripada pulpa kayu yang dicipta pada abad ke-19. - Reuters | ||
Posted: 15 Oct 2012 11:58 PM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PORT DICKSON - Besi landasan kereta api juga menarik minat pencuri logam untuk dijual. Ini berlaku di Ladang Salak, Siliau, seperti dilaporkan Sinar Harian, tahun lalu dengan penemuan 36 batang besi di bawah timbunan pelepah kering kelapa sawit. Dalam kejadian 13 Februari tahun lalu, sindiket dikesan memotong besi landasan kepada potongan yang lebih kecil bagi memudahkan logam itu di bawa keluar dari kawasan ladang dan dijual. Wartawan Sinar Harian yang turut membuat siasatan berhubung kegiatan itu dengan mengambil masa hampir satu jam mengesan kawasan berkenaan menerusi bantuan pekerja ladang terbabit. Hasilnya, wartawan dan pekerja ladang terbabit menemui kesan-kesan memotong besi landasan kereta api lama milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kini tidak lagi digunakan, sebelum anggota polis dan kakitangan KTMB turun ke lokasi berkenaan sehari selepas itu. Landasan berkenaan dipenuhi dengan semak samun dan terletak hampir dua kilometer daripada jalan raya utama Siliau-Lukut. Anggota polis dan kakitangan KTMB turun ke lokasi berkenaan melakukan operasi mencari bahan bukti kejadian dan siasatan penuh dilakukan. Operasi bermula 2.30 petang dan siasatan itu membawa penemuan 36 batang besi landasan kereta api yang disembunyikan di timbunan pelepah kelapa sawit kering kira-kira dua kilometer dari lokasi landasan kereta api berkenaan. Setiap satu batang besi landasan itu mempunyai berat 80 kilogram dengan panjang kira-kira 1.2 meter. Operasi berkenaan berakhir kira-kira 4.30 petang dan kesemua batang besi landasan itu dibawa keluar ke laluan utama ladang dengan bantuan pekerja ladang menggunakan jentolak. Besi landasan kemudian dibawa ke Balai Polis Lukut menggunakan van KTMB. Polis juga menemui sejenis peralatan dipercayai digunakan untuk memotong landasan besi itu 100 meter dari lokasi penemuan. Mengikut sejarah, landasan kereta api di Port Dickson mula dicadangkan pembinaannya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39 kilometer untuk menghubungkan Tanjung (kini Port Dickson) dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Menjelang tahun 1902, Port Dickson dikenali ramai kerana stesen kereta api di selatan Semenanjung serta kemunculannya sebagai pelabuhan terunggul. Namun, sejak awal 1980-an landasan kereta api Port Dickson tidak lagi digunakan dan landasan itu sehingga kini masih kekal di tempatnya. sinar/- | ||
Lelaki ancam letup LHDN kerana benci Posted: 15 Oct 2012 11:53 PM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - "Saya benci Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya nak letupkan bangunan ini jam 10.30 pagi." Demikian ancaman seorang pemanggil tidak dikenali yang menghubungi operator LHDN di Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) di Jalan Kampung Attap di sini, semalam. Aishah Salim, 40, yang bertugas di bahagian sumber manusia berkata, operator yang menerima panggilan tersebut terus memaklumkan ancaman yang diterima itu kepada pihak pengurusan. "Kami terus memberitahu kepada semua kakitangan berhubung ancaman tersebut. Mereka diarahkan untuk mengosongkan bangunan. "Keadaan terkawal sehingga sepasukan polis tiba bagi melakukan pemeriksaan di dalam dan sekitar bangunan," katanya ketika ditemui, semalam. Aishah yang baru berkhidmat selama tiga bulan berkata, mereka menyambung semula tugasan setelah keadaan disahkan selamat oleh polis. Katanya, Wisma KWSG setinggi 21 tingkat itu menempatkan pelbagai syarikat lain dan lebih 300 pekerja berada di dalam bangunan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan LHDN, kira-kira jam 10 pagi. Katanya, pengawal keselamatan itu melaporkan seorang lelaki menghubungi operator LHDN dan memberitahu terdapat lima butir bom disimpan di dalam bangunan. "Polis dari Unit Pemusnah Bom dikejarkan ke lokasi dan selepas pemeriksaan, kita tidak menemui sebarang bahan letupan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan bagi mengesan lelaki yang membuat panggilan palsu tersebut. sinar/- | ||
Jamil tak jawab mekanisma naik gaji CEO Tabung Haji Posted: 15 Oct 2012 11:50 PM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa gagal memberikan penjelasan berhubung kenaikan gaji Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Tahung Haji Datuk Ismee Ismail. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Jamil hanya berkata kenaikan gaji Ismee itu mengikut peraturan yang ditetapkan namun tidak menjelaskan apakah mekanisme yang digunakan. "Isunya menteri kata ikut peraturan tapi saya persoalkan peraturan apa yang diguna pakai tapi sampai sekarang menteri tak jawab. "Saya tidak persoal peribadi Datuk Ismee Ismail sebagai CEO tapi yang saya persoalkan bagaimana mekanisme kenaikan gaji daripada 2011 sebanyak RM70,000 naik kepada RM85,000 pada 2012," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Naib Presiden PAS itu juga berkata, ketiadaan jawatankuasa penetapan gaji dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji untuk menentukan kenaikan gaji CEO juga menimbulkan kecurigaan. "Tak ada jawatankuasa penetapan gaji dalam lembaga pengarah tabung haji. Ada jawatankuasa soal pelaburan, ada enam jawatankuasa tapi tak termasuk soal penetapan gaji. "Kalau menteri kata kenaikan ini mengikut peraturan, ini satu pembohongan yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya. Justeru Mahfuz berkata, beliau sedang merancang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan Tabung Haji daripada sebarang penyelewengan. "Saya akan bincang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan tabung haji. Mungkin kita akan namakan badan ini sebagai penyelamat tabung haji," katanya. Awal bulan lalu ketika berbahas di Parlimen, Mahfuz mendedahkan beliau mempunyai maklumat bahawa gaji Ismee dinaikkan dari RM70,000 pada 2011 kepada RM85,000 pada 2012. Selain gaji, beliau juga mendakwa CEO Tabung Haji itu juga turut mendapat bonus RM700,000 serta gratuiti RM490,000. Beliau turut mempersoalkan bagaimana gaji seorang CEO berstatus kontrak memperolehi gaji sebesar itu berbanding CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berjawatan tetap tidak menikmati gaji selumayan itu malah gaji dan bonus itu sendiri lebih daripada yang diperolehi perdana menteri. Apa yang dibimbangi kata Mahfuz, jika ada berlaku ketidaktelusan dalam agensi itu sehingga boleh menjejaskan simpanan pencarum yang lain. harakahdaily/- | ||
P Pinang surplus kerana rakyat, pentadbiran gigih Posted: 15 Oct 2012 11:49 PM PDT 30 Zulkaedah 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN: Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada RM138 juta pada 2011 berbanding RM33 juta pada 2010 adalah usaha gigih rakyat Pulau Pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri. Demikian dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Katanya, pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM105 juta dalam setahun kepada rekod RM138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM192 juta atau 47% daripada RM411 juta pada 2010 kepada RM603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM88 juta atau 23% daripada RM377 juta pada 2011 kepada RM465 juta pada 2011. Kerajaan negeri juga, kata beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM192 juta. Menurutnya, sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka. "Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri. "Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP. Sebenarnya, jelas beliau hanya RM23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM386.2 juta. Katanya, RM23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan. Beliau menjelaskan lagi, baki RM362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu: - RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan - RM262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB. Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, sebanyak 2,455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya. Katanya, hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas. Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek. "Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan," ujarnya. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan