. |
- Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Prof Shahnon AAhmad
- DUA syarikat k'jaan UMNO BN rugi lebih RM1 bilion
- Pemuda PAS serah RM100,000 bantu Rohingya
Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Prof Shahnon AAhmad Posted: 16 Oct 2012 03:01 AM PDT |
DUA syarikat k'jaan UMNO BN rugi lebih RM1 bilion Posted: 15 Oct 2012 03:00 PM PDT Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsesi (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010. Manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010. Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menemui, kerugian IWK akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat, Manakala, RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi. Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya. |
Pemuda PAS serah RM100,000 bantu Rohingya Posted: 15 Oct 2012 02:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini telah menyerahkan kutipan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu umat Islam Rohingya yang kini ditindas di Myanmar. Hasil kutipan itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini, jam 2 petang tadi. Cek sumbangan telah diterima oleh wakil umat Islam Rohingya di Malaysia, Ustaz Jaber Mohd Subahan yang juga Presiden Majlis Ulama Rohingya. Tabung Rohingya telah digerakkan beberapa bulan yang lalu oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Adram Musa. Pada bulan Ramadhan yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 dalam majlis berbuka puasa bersama warga Rohingya yang berada di Malaysia. Turut hadir dalam majlis itu tadi ialah Dr Shamsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS), Nasrudin Hassan (Ketua DPPM) dan Nurul Islam (Exco DPPM). |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan