:: cina islam | 2011 :: |
- Ketua cabang PKR Jempol terima sms ugutan
- Cerita hantu punca sakit jiwa kronik
- Ini slogan baru betui "Saman Rakyat 1Malaysia"
- Jasad dalam beg
- Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN
- Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia
- Dadah kertas karbon
- [WASPADA] Tarif Eletrik Melambung Naik Apabila BN Menang PRU13
- Cipta mesin hapus sarang tebuan
- PAS persoal kehadiran kapal perang AS
- Mandi hadas cukup dengan satu baldi
- “Neraka Allah Tidak Akan Dapat Ditebus”
- PAS Dan Kuasa
- Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soalan Peguambela
- Mayat bayi disangka sampah
- Keluarkan peluru di leher
- SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan
- Rohingya: Mapim kesal pendirian Malaysia
- PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka
- Cipta mesin hapus sarang tebuan
- Raja Jordan lantik PM baru menjelang p’raya
- Kebas motosikal jemaah masjid
- Baling Kasut: Imam Hoslan Akan Dibebaskan Tengah Hari Ini
- Kejutan, dugaan terbesar
- Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din
Ketua cabang PKR Jempol terima sms ugutan Posted: 11 Oct 2012 01:01 AM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh (gambar) mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenalinya kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya. Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita. "Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat. "Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam. Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin. Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'. Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu. "Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong. HARAKAHDAILY/- | |||||||||||
Cerita hantu punca sakit jiwa kronik Posted: 11 Oct 2012 12:58 AM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati. Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional. "Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam. Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan. Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal. Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007. Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes. "Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman," katanya. Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental. Sumber: mohdtaufek | |||||||||||
Ini slogan baru betui "Saman Rakyat 1Malaysia" Posted: 11 Oct 2012 12:40 AM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BRIM 1 dan Brim2 dan perlbagai insentif dari kerajaan hanya gula gula sementara kepada rakyat.Pada hakikat rakyat Malaysia terlupa bahawa ada satu lagi insentif tersembunyi dari kerajaan kepada rakyat iaitu SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) . Apa itu SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia)? SR1M ialah cara untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut yakni [tangan kanan beri BR1M dan tangan kiri kaut melalui SR1M]. Bagi aku AES hanya nak kutip wang bukan mendidik. Ianya hanya satu alat UMNO untuk menindas rakyat. Mula dari ia dilancarkan bermakna 24 jam sehari rakyat dirakam kelakuan mereka untuk mengaut wang bagi puak UMNO bangang ni. Khabarnya satu kesalahan boleh dikompaun RM300 dan maksima RM2000. uiksss banyak tu . Yang untung Kroni yang mendapat tender sistem ini, lagi banyak rakam dibuat bermakna lagi kaya kroni ini HARAKAHDAILY/- | |||||||||||
Posted: 11 Oct 2012 12:20 AM PDT KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu. Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia. "Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui. "Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya," katanya, di sini, semalam. metro/- | |||||||||||
Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN Posted: 11 Oct 2012 12:00 AM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden. Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur. Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN. Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%). Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus. Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN. Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus. Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%). harakahdaily/- | |||||||||||
Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia Posted: 10 Oct 2012 11:51 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini. Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar. Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk. Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk wilayah Zenica mewakili Parti Tindakan Demokratik. "Saya percaya tudung kepala saya tidak akan menjadi penghalang (untuknya melaksanakan tugas)," katanya kelmarin. "Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk kepentingan agama," tambahnya yang dipilih para pengundi pada Ahad lalu. Suaminya terbunuh dalam Perang Bosnia yang berlaku pada 1992 hingga 1995. - AFP | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 11:47 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - RAMPAS...Abd Aziz (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa syabu yang dirampas. ALOR SETAR: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan 'kertas karbon' bagi mengelak dikesan mesin pengimbas berjaya dikesan pihak berkuasa selepas seorang wanita warga Thailand ditahan kerana didapati membawa dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) bernilai RM400,000 disimpan dalam beg pakaiannya, Isnin lalu. Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Unit Narkotik Alor Setar sebaik wanita itu melepasi kompleks berkenaan. Difahamkan, wanita itu turut menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Danok, Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas pihak berkuasa walaupun dadah berkenaan sudah dibungkus dengan kertas karbon, namun usaha suspek tetap gagal. Pengarah KDRM Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, siasatan terhadap beg wanita itu menemui dua bungkusan dadah jenis syabu dibalut menggunakan kertas karbon biru yang disimpan di bahagian bawah beg berkenaan. "Pemeriksaan awal Unit Narkotik KDRM terhadap beg pakaian wanita itu menemui dua bungkusan kertas karbon mengandungi hablur putih dipercayai dadah jenis syabu. "Kami percaya kertas karbon digunakan memang bertujuan mengelak dikesan mesin pengimbas kerana jika menggunakan kertas itu, paparan pada skrin imbasan akan menjadi gelap tetapi taktik berkenaan sudah diketahui pihak berkuasa," katanya di sini, semalam. Abd Aziz berkata, bungkusan hablur itu ditemui tersorok di bahagian bawah beg wanita itu selain dilindungi dengan lapisan atas beg dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa. Beliau berkata, suspek ketika itu menaiki bas dari Hatyai, Thailand dikatakan mahu menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama beg pakaiannya dipercayai untuk pasaran Lembah Klang. "Berdasarkan soal siasat dijalankan, wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur mempunyai seorang anak di Thailand dan mengikut rekod pasportnya, suspek sudah empat kali masuk ke negara ini sejak 2006," katanya. Katanya, wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pada masa sama, kejayaan itu yang ketujuh tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dari Januari hingga Oktober. METRO/- | |||||||||||
[WASPADA] Tarif Eletrik Melambung Naik Apabila BN Menang PRU13 Posted: 10 Oct 2012 11:42 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Peter Chin: Tarif elektrik kekal Sehingga Jun Depan KUALA LUMPUR - Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, hari ini. Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu. Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara. "Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini hari ini. Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga. Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif. "Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu. Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi. Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna. "Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya," katanya. - Bernama | |||||||||||
Cipta mesin hapus sarang tebuan Posted: 10 Oct 2012 11:41 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JENGKA – Berikutan banyak kejadian kematian melibatkan serangan tebuan, Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Balora Majlis Daerah Maran (MDM) mencipta satu alat khas bagi menangani masalah terbabit. Ketuanya, Mazlan Abdul Rahman berkata, alat terbabit yang dinamakan Hibic-Fire direka khas untuk menangani masalah sarang tebuan yang membahayakan masyarakat setempat. "Kami tampil dengan inovasi ini setelah berfikir dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan bagi menghapuskan sarang tebuan. "Alat yang kami reka ini tidak hanya selamat digunakan, malah telah mendapat pengesahan pihak Bomba akan keselamatan kepenggunaan alat ini," katanya. Tambahnya lagi, sejak ia direka, mereka telah berjaya menghapuskan beberapa sarang tebuan yang ada di sekitar Jengka ini. "Alat yang kami reka ini tidak hanya boleh digunakan untuk masalah sarang tebuan yang bersarang di lapangan atau di dahan-dahan pokok, malah juga selamat digunakan untuk sarang tebuan yang berada di dalam bangunan. "Ia mempunyai dua teknik iaitu menggunakan api dan juga penyembur racun serangga. Bagi sarang di lapangan, kami akan menggunakan api, manakala bagi di dalam bangunan, kami akan menggunakan penyembur racun serangga," katanya. Tambahnya, alat terbabit selain telah mendapat pengiktirafan bomba, ia juga kini dalam proses mendapatkan sijil pengesahan dari MyIPO bagi mempatenkan hak cipta. Katanya lagi, alat tersebut juga telah dipertandingkan sebanyak tiga kali dan memenangi pingat emas bagi pertandingan dan bakal menyertai pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan pula pada 15 hingga 17 Oktober nanti. SINAR/- | |||||||||||
PAS persoal kehadiran kapal perang AS Posted: 10 Oct 2012 11:40 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang dipercayai bersenjatakan nuklear di pelabuhan Malaysia dilihat bercanggah dengan dasar luar negara yang ingin menjadikan Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear. Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata kehadiran kapal-kapal tersebut di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepanggar, wajar diberi perhatian oleh kerajaan yang dilihat begitu mudah membenarkan kapal-kapal terbabit membuat lawatan di negara ini. Justeru, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, menggesa kerajaan mengambil langkah serius berhubung perkara tersebut. Terdahulu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar berhubung perkara tersebut, bagaimanapun ditolak atas alasan ia tidak perlu disegerakan. HARAKAHDAILY/- | |||||||||||
Mandi hadas cukup dengan satu baldi Posted: 10 Oct 2012 10:49 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Hairan saya kerana sehingga ke hari ini masih ada lagi umat Islam yang bertanyakan tentang cara mandi hadas besar yang sempurna. Puas saya memikirkan hal ini, mengapa boleh jadi begini sedangkan pelajaran mengenai hadas ini telah disentuh sejak sekolah rendah lagi. Semasa sekolah menengah diulangi lagi. Apakah semua itu belum cukup? Dalam hal ini ada beberapa kemungkinan; boleh jadi guru tidak pandai mengajar, atau anak murid tidak ambil perhatian kerana tak faham, atau ilmu itu belum sesuai diajar pada usia kanak-kanak. Tidak mengapa, pada kali ini saya akan ulang balik ilmu itu sebagai ulangkaji. Baiknya kali ini kita lakukan amalinya sekali agar ilmu yang diajar terus melakat pada otak masing-masing. Baiklah, secara umumnya semua orang sudah tahu hukum mandi dan mengapa perlu mandi hadas. Dan untuk mandi pula masing-masing sudah tahu rukunnya iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh. Jadi pada kali ini kita dalami secara amalinya semoga dengan itu tidak menjadi masalah lagi untuk kita mandi cara yang betul. Sebelum mandi kita perlu pastikan ada air kerana itulah syarat utama sah mandi. Kalau tiada air, cukuplah dengan bertayammum. Kemudian pastikan air yang hendak digunakan itu mutlak atau cukup dua kolah. Inilah perkara utama yang perlu ada sebelum mandi. Kalau air yang ada dirumah cukup dua kolah bolehlah kita mandi seperti biasa, cuma beza dengan mandi biasa ialah niatnya. Mandi biasa tidak perlu niat tetapi mandi wajib perlu niat. Akan tetapi bagaimana kalau air tidak cukup dua kolah, masih boleh mandi asalkan air itu tidak mustakmal. Jadi, air mutlak adalah syarat utama yang perlu dijaga oleh umat Islam sebelum mandi. Kalau begitu kita boleh mandi dengan air satu baldi sahaja. Bagaimana caranya? Sebenarnya, cara mandi sama ada dengan air yang cukup dua kolah atau satu baldi sama sahaja cara. Kita wajib berjimat menggunakan air walaupun air banyak. Untuk itu lakukan mengikut senarai berikut: 1. Bersihkan tangan kadar melepasi pergelangan tangan. Bacakan bismillah sebelum membasuhnya, 2. Basuhkan bahagian anggota sulit (yang sukar sampai) dari tubuh anda. 3. Ambil wuduk seperti biasa dengan niat sunat untuk mandi. 4. Dengan menggunakan tangan yang sudah bersih itu, ambilkan air dari baldi sebagai gayung dan basuhkan dari kepala sampai ke muka. Sebelum basuhan kedua dan seterusnya pastikan tangan sudah tiada air yang boleh menitik. 5. Dengan menggunakan tangan itu juga ambil air dan sapukan ke anggota sebelah kanan dari bahu ke bawah. 6. Dengan cara yang sama basuhkan anggota sebelah kiri dari bahu ke bawah. 7. Dengan cara yang sama sapukan air ke anggota bawah dari bahagian pinggang. 8. Air yang berbaki itu boleh digunakan untuk disiramkan ke bahagian yang balum terkena air. Kaedah inilah yang digunakan oleh Rasulullah dan sahabat sama ada air banyak atau sedikit. Dengan ini tidak akan berlaku pembaziran air. Percayalah kalau kita mahir dengan cara ini, air yang penuh dua kolah tidak akan berkurang kecuali suku sahaja. Selamat mancuba semoga anda berjaya. Ahmad Baei Jaafar | |||||||||||
“Neraka Allah Tidak Akan Dapat Ditebus” Posted: 10 Oct 2012 10:46 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : قُلْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾ - آل عمران اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam). Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. – Ali Imran ayat 84 -85. Allah menerangkan dalam ayat di atas bahawa menjadi kewajipan kepada semua Umat Islam yang mengaku menjadi Umat Nabi Muhammad SAW agar beriman kepada Allah dan Al-Quran yang diturunkan kepada baginda serta beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi sebelumnya termasuk Ibrahim, lsmail, Ishak dan Yaakub, Musa, dan Isa serta para nabi yang telah diutuskan oleh Allah. Ini kerana Allah pernah tidak membeza-bezakan di antara mereka kerana kesemua mereka membawakan agama dan ajaran daripada Allah. Maka celakalah nasib kita di Hari Akhirat kelak jika kita memilih selain Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Apakah kita pada hari ini benar-benar telah memilih cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup selain daripada Islam atau kita sendiri tidak mengetahui yang mana satukah cara hidup yang telah ditentukan oleh Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam ayat seterusnya Allah berfirman : كَيْفَ يَهْدِى ٱللَّهُ قَوْمًۭا كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ وَشَهِدُوٓا۟ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقٌّۭ وَجَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَـٰتُ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿٨٧﴾ خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾ - آل عمران Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya kepada kaum yang zalim. Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang beriman. Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi penangguhan. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani – Ali Imran ayat 86 - 89. Sidang Jumaat sekelian, Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada seseorang yang menolak SyariatNya setelah diperlihatkan berbagai bukti kebenaran Allah dan dipertontonkan dengan kebenaran dan ketinggian akhlak Rasulullah kerana mereka sebenarnya telah menzalimi diri mereka sendiri. Akibat tindakan yang mereka pilih sendiri maka mereka akan dilaknat oleh Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang beriman. Mereka akan kekal di dalam neraka dan tidak akan diringankan azabnya dan tidak akan dipedulikan sama sekali. Namun atas belas ehsan Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani mereka masih berpeluang untuk bertaubat serta memperbaiki akhlak dan keimanan mereka serta berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa. Ulamak berbeza pandangan mengenai sebab turunnya ayat ini. Antara yang paling masyhur adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Jaafar At-Tobari bahawa ayat ini turun kepada Al-Harith Bin Suwaid Al-Ansari (اَلْحاَرِثُ بْنُ سُوَيْدِ الأَنْصاَرِي) yang asalnya merupakan seorang Islam dan kemudiannya murtad. Beliau kemudian menyesal dan ingin bertaubat lalu turunlah ayat ini. Lalu beliaupun kembali kepada Islam. Sidang Jumaat sekelian, Manusia paling malang di dunia dan di Akhirat adalah golongan ketiga yang bakal mendapat siksaan Allah yang amat perit dan mereka akan kekal di dalam neraka. Firman Allah : إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًۭا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌۭ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ ٱلْأَرْضِ ذَهَبًۭا وَلَوِ ٱفْتَدَىٰ بِهِۦٓ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ﴿٩١﴾ Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun – Ali Imran ayat 90 – 91. Muslimin yang dirahmati Allah, Berbeza dengan orang-orang yang murtad kemudiannya menjadi bertambah kufur sehinggalah saat kematian mereka. Golongan yang sesat seperti ini tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat. Mereka akan menerima azab yang tidak terperi sakitnya yang tidak mampu dihentikan siksaan itu dengan pertolongan sesiapa ataupun jika mereka mampu sekalipun menebusnya dengan emas dan permata sebesar bumi dan segala yang ada di dalamnya. Syeikh Dr. Wahbah Bin Mustaffa Az-Zuhaili (وهبة بن مصطفى الزحيلي) dalam tafsirnya Al-Wasithnya (تفسير الوسيط) menceritakan mengenai 3 golongan kuffar yang disebut dalam Al-Quran iaitu berasaskan keadaan mereka yang berterusan dalam kekufuran lalu mati ataupun bertaubat selepas murtad ketika hidupnya ataupun hanya bertaubat di saat akhir hidupnya. a. Mereka yang murtad lalu bertaubat maka diterima taubat mereka itu selagi nyawanya belum sampai ke ghargharah. (الغرغرة) b. Mereka yang murtad lalu bertaubat kemudiannya kembali murtad maka tidak akan diterima taubatnya. c. Mereka yang murtad dan mati dalam keadaan kufur. Maka tidak akan diterima taubat mereka yang murtad ini dan tidak akan mampu ditebus walau dengan apa cara sekalipun. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :أَفَغَيْرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :83)أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan Allah sedangkan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah. Murtad tidak hanya semata-mata dengan mengisytiharkan keluar dari Islam. Murtad boleh terjadi dengan menolak hukum dan Syariat Allah. Murtad juga berlaku jika kita menerima sebahagian Syariat Allah dan menolak sebahagian yang lain. Murtad juga boleh berlaku dengan menghina Allah, Rasul dan Syariat Allah. Murtad juga boleh berlaku apabila kita mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka janganlah kita berterusan melakukan sesuatu yang boleh mengeluarkan kita daripada sempadan agama suci ini sehingga kita mati dalam keadaan kita tidak diiktiraf sebagai seorang Islam yang beriman. Maka apakah yang akan menyelamatkan kita daripada kekal selama-lamanya berada dalam azab kerana jika kita mempunyai segala bentuk kekayaanpun di muka bumi ini maka tidak akan ada nilainya di sisi Allah untuk kita tukar ganti. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 10:39 PM PDT Sejarah kelahiran PAS ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk "Din Wa al-Daulah" seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT " Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)" (al-Imran 3:104) Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu 'Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan PAS di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya PAS, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara) Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. . (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Di dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya PAS tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Di dalam Fasal 8 Perlembagaan PAS telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu: i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar PAS dalam Perlembagaan PAS. ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam PAS serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti PAS. iii.Rayuan disiplin Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS sudah membayangkan inilah perjuangan PAS yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh PAS seperti yang disebut pepatah cina "Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat" PAS hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. PAS tidak mengiktiraf pendekatan "Matlamat menghalalkan cara". PAS perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka'bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan. Kuasa yang PAS miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno. Kalau tuduhan orang mengatakan PAS utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau PAS gilakan kuasa lebih baik PAS bersekongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya PAS tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya PaAS terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang PAS laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat | |||||||||||
Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soalan Peguambela Posted: 10 Oct 2012 10:35 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC). Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya. "Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?," soal Ranjit. "Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?," soal Ranjit lagi. Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah. Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian. Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya. "Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?" soal Ranjit. Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab "Tidak". Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan. NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia. | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 10:33 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ALOR SETAR – Seorang jemaah Masjid Al-Rahman, Alor Merah di sini terkejut apabila beg kertas yang disangka berisi sampah rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki dibuang di depan pintu tandas masjid itu kelmarin. Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54, hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak berjemaah. "Sebaik memandang ke arah tandas, saya dapati satu beg kertas diletakkan di depan pintunya. Saya ingatkan sampah tetapi apabila diangkat ia agak berat. "Apabila ditinjau, berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu yang dibalut dengan kain putih seperti mayat. Sebaik diselak, saya bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat," ceritanya. Tambahnya, tanpa membuang masa, dia terus memaklumkan kepada imam dan jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah. Menurut Ishak, bayi lelaki itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Kosmo | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 10:32 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Sepasukan pakar bedah tentera dan awam merawat Malala Yousufzai di sebuah hospital tentera di Peshawar selepas ditembak di Mingora, Lembah Swat. Malala belum sedar "Saya tidak dapat memberitahu keadaan terkini Malala. Sepasukan doktor melakukan pemantauan berterusan. Cuma, dia semakin pulih. Tetapi, dia belum sedar," kata Menteri Penerangan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mian Iftikhar Hussain. Hussain berkata, keputusan belum dibuat sama ada remaja terbabit perlu dihantar ke luar negara untuk rawatan lanjut. Malala dihormati kerana mendedahkan kekejaman Taliban dan menyokong pendidikan wanita meskipun berhadapan dengan pelampau agama. Remaja ditembak di kepala Pada Selasa lalu, seorang lelaki bersenjata yang juga anggota Taliban berjalan ke arah bas yang membawa kanak-kanak pulang dari sekolah dan menembak kepala dan leher Malala. Seorang lagi budak perempuan lain dalam bas yang sama turut cedera. Panglima tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani melawat hospital itu untuk melihat keadaan mangsa, menurut kenyataan tentera. "Dengan menyerang Malala, pengganas gagal untuk memahami bahawa beliau bukan hanya individu tetapi ikon keberanian dan harapan yang membuat pengorbanan besar kepada penduduk Swat dan negara apabila mereka berjuang untuk membebaskan lembah ini daripada cengkaman keganasan," kata Kayani. Beliau juga berikrar, tentera tidak akan tunduk kepada pengganas seperti yang melepaskan tembakan ke arah aktivis muda itu. - AP | |||||||||||
SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan Posted: 10 Oct 2012 09:25 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013. Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama. Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh. "Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam. Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. "Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya. Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain. Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka. Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR. Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain. harakahdaily/- | |||||||||||
Rohingya: Mapim kesal pendirian Malaysia Posted: 10 Oct 2012 09:20 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan kekesalan terhadap pendirian yang diambil oleh PM Malaysia yang mengambil sikap lepas tangan dalam isu penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar atas alasan tidak mahu campur tangan urusan dalam negara itu. Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hami (gambar) berkata, pendirian itu sebenarnya tidak tepat dengan prinsip yang disepakati ketika AIHRC (Asean Inter Governmental on Human Rights Commission) diwujudkan. Katanya, walaupun wujud pernyataan tidak boleh campur tangan dalam urusan negeri anggota Asean, akan tetapi prinsip untuk menjaga hak asasi manusia sesuai dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB dan undang-undang antarabangsa, tetap meletakkan tanggungjawab setiap negara anggota Asean untuk dilaksanakan. Ini juga, ujarnya jelas dicatat dalam Artikel 2 dalam Piagam Asean supaya setiap negara patuh kepada menegakkan undang-undang, urustadbir yang baik, prinsip-prinsp demokrasi dan perlembagaan negara. Tambahnya, dalam catatan yang sama juga semua anggota Asean perlu menghormati kebebasaan asasi, mempromosi dan melindungi hak manusia dan keadilan sosial. Menurutnya lagi, setiap anggota Asean juga bersetuju untuk mempertahankan Piagam PBB dan Undang-undang antarabangsa, menghormati kepelbagaian budaya , bahasa dan agama penduduk di Asean. Secara khusus juga, kata beliau persepakatan dinyatakan dengan jelas supaya prinsip hak asasi manusia antarabangsa, termasuk keuniversalan (universality), kesepaduan (indivisibility), saling bergantung (interdependence) dan saling berkait (interrelatedness) dipelihara. Tambah beliau, tidak ketinggalan juga dipersetujui agar tindakan secara objektif , tidak memilih, tidak berdiskriminasi dan mengelak dari mengamalkan "double standard" diamalkan oleh setiap negara. Oleh kerana itu, ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan logik PM untuk tidak mahu campur tangan dalam urusan negara Myanmar tidak boleh diterima. Katanya, Malaysia tidak boleh melepaskan tanggungjawab untuk meminta kerajaan Myanmar akur bahawa penindasan dan kezaliman yang pihak berkuasa lakukan ke atas etnik Rohingya tidak boleh dibiarkan. "Apatah lagi ia telah menyebabkan masalah pelarian Rohingya melimpah masuk kedalam negara jiran. Oleh itu tidak boleh diterima bahawa Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa," ujarnya. Pernyataan PM itu, ujar beliau menunjukkan kepimpinan Malaysia yang sangat lemah bila menangani isu hak asasi manusia yang jelas dinafikan di Myanmar. Katanya, Mapim kecewa setelah beberapa pucuk surat dihantar kepada PM, Menteri Luar Negara dan Menteri Pertahanan untuk bertindak segera bila terjadi serangan etnik Rakhine Buddhist esktremis ke atas etnik Rohingya Muslim pada awal Jun 2012, malangnya Mapim tidak mendapat sebarang respons. Jelasnya, desakan Mapim hanyalah untuk meminta kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Myanmar menghentikan keganasan yang melibatkan pembunuhan etnik Rohingya , pembakaran perkampungan dan masjid yang menjadi-jadi sehingga jelas berlaku proses pembersihan etnik yang nyata. "Mapim dengan ini sekali lagi mendesak supaya kerajaan Malaysia mengambil sikap yang lebih aktif untuk mengguna saluran Asean, OIC dan PBB supaya keganasan yang maseh berlaku di Myanmar dihentikan. "Mapim menuntut supaya proses penyelesaian politik untuk mengembalikan hak kerakyatan etnik Rohingya hendaklah diusahakan kerana inilah kunci persoalan yang menyebabkan etnik Rohingya terus ditindas," ujarnya. harakahdaily/- | |||||||||||
PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka Posted: 10 Oct 2012 09:06 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Status Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebagai bapa saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dipernah dipergunakan untuk kepentingan diri. Pada beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka, kepentingan rakyat Terengganu lebih menjadi keutamaan. Di atas kesedaran itu, Ku Duka menyerahkan borang menyertai PAS pada 6 Oktober 2012 kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi. Ikuti temuramah beliau dengan wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan KHAIRUL AZLAM MOHAMMAD di Batu Buruk, Kuala Terengganu, 7 Oktober 2012. Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS? TENGKU SERI PADUKA RAJA: Pertamanya, saya ingin katakan bahawa saya menyertai PAS kerana Allah. Umur saya pun sudah mencecah 73 tahun, saya tiada apa-apa kepentingan, selain mahu menyaksikan Islam dan kebenaran tertegak di Terengganu dan di Malaysia amnya. Saya melihat perkembangan politik dalam negara kita, keadaan sekarang ini begitu teruk dari segi penyelewengan, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional, baik di Pusat dan di Negeri. Saya bimbang, jika saya duduk diam sahaja di rumah, pandangan saya tidak laku kerana saya tidak di pentas politik. Sebab itu saya memilih PAS, yang saya rasa PAS adalah sebuah parti yang sesuai pada saya. Tetapi sejak dulu saya baik dengan PAS. Saya cukup-cukup menghormati Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah semasa saya menjadi wakil rakyat Parti Semangat 46, saya sudah akrab dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Saya melihat pemimpin-pemimpin PAS begitu akrab dan mengambil berat tentang permasalahan rakyat. Kita hendak pemimpin macam inilah yang menjadi pemimpin kerajaan negeri. Semasa saya jadi Adun dahulu, sehingga sekarang pun saya masih rapat dengan rakyat. Justeru, tujuan saya dengan memasuki PAS, kita boleh kemukakan pendapat kita dan membangkit isu-isu yang berkepentingan rakyat. Agak lama Tengku tidak aktif dalam politik? Ya..Selepas dibubar Semangat 46 pada bulan Jun 1996, saya dikira sudah bersaralah, main dengan cucu-cucu sahaja (ketawa). Tetapi sebenarnya dalam politik tiada istilah bersara. Saya bercakap juga, saya menegur juga, malah ada yang meminta pandangan saya, saya terus memberikan pendapat. Ada dakwaan Umno yang mengatakan Tengku pernah menyertai Umno? Sebenarnya saya bukan menyertai Umno. Semasa Semangat 46 hendak dibubarkan, syarat Dr Mahathir Mohamad kepada Tengku Razaleigh Hamzah ialah, semua ahli Semangat 46 diminta menyertai Umno. Jadi, keputusan MKT. Ramai yang tidak setuju, tetapi akur dengan permintaan Presiden parti (Tengku Razaleigh) kerana hormatkan beliau. Saya tidak pernah bayar yuran untuk masuk Umno. Tak tahu lah kalau Pusat (Ibu pejabat S46) yang bayar. Bukan saya seorang, ramai lagi punyai pandangan yang sama dengan saya. Semasa mesyuarat akhir MKT S46, bukan semuanya setuju, tetapi kita akur kepada kehendak Presiden. Apa pandangan Tengku mengenai kerajaan Umno-BN sekarang? Dalam konteks Terengganu, saya melihat pentadbiran kerajaan Umno-BN terlalu banyak kucar-kacir. Banyak penyelewengan, kemungkaran dan salahguna kuasa. Saya tahu apa yang saya cakapkan. Saya tidak akan bercakap sesuatu perkara yang saya tidak ada bukti. Saya tidak buat fitnah. Banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan oleh pemimpin Umno-BN. Contoh mudah ialah mengenai Zoo Kemaman. Belanja yang diperuntukkan RM100 juta. Pada pendapat saya tidak ada keperluan kita bebelanja besar untuk zoo. Pemimpin Umno-BN sila beritahu saya, di mana di Malaysia ini zoo yang mampu menjana keuntungan? Kita tahu semua binatang itu harus dibeli. Memang dia tidak mengaku, tetapi kita tahu lah dia beli dengan harga yang mahal. Kita lihat di Kuala Lumpur misalnya, ada korporat yang membantu dan sponsor makanan dan rawatan untuk haiwan. Tetapi hendak kata untung, memang tiada. Kemudiannya, mengenai Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Ini semua projek tidak masuk akal. Kalau di negeri-negeri yang berkaitan dengan sempadan seperti di Kelantan, Perlis dan Kedah, kita faham. Ia tujuan untuk menarik pembeli dengan saingan harga dengan negara jiran. Tetapi yang Umno buat di Terengganu dalam hutan, siapa hendak pergi? Buatlah cantik macam mana pun, ia tidak praktikal. Sebab itu pada saya, peranan utama PAS sekarang ini ialah menukar kerajaan. Bukan semata-mata hendak memperbetulkan kesalahan kerajaan yang ada. Saya juga bercakap dengan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi no response. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan teguran rakyat. Apa pandangan Tengku mengenai royalti minyak Terengganu dan Kelantan? Satu perkara yang paling mustahak ialah mengenai royalti. Royalti minyak ini, yang dibawa ke Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said menarik balik saman yang dibuat kerajaan PAS dahulu dengan alasan isu itu sudah diselesaikan. Bila kita tanya dia (MB) selesaikan macam mana? Apa butiran bertulis mengenai penyelesaian itu..dia tidak jawab. Kita tegaskan, adalah hak rakyat Terengganu untuk tahu, kerana duit itu (royalti) bukan milik Umno, bukan milik MB, tetapi milik semua rakyat Terengganu. Keseluruhannya rakyat Terengganu berhak tahu. Bila kita tanya dia kata ini maklumat sulit. Apa yang hendak disulitkan kita tiada apa yang hendak Umno tutup? Ini mesti ada masalah yang disembunyikan. Apa Ahmad Said hendak takut jika beliau tidak buat salah? Insya Allah selepas ini, jika PAS dan Pakatan Rakyat menang, saya cadangkan kita bongkar semuanya dan beritahu rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Bukan hendak menuduh sesiapa, ini adalah fakta yang harus kita beritahu rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Begitu juga di Kelantan. Kelantan ada 1.5 juta rakyat, Terengganu ada 1.3 juta. Lebih 90 peratus rakyatnya orang Melayu, orang Islam. Apa yang Umno hendak permainkan orang Melayu-Islam ini? Kejap royalti, sekejap wang ihsan. Pada saya, saya tidak boleh terima nama 'wang ihsan'. Wang ihsan ini hanya menghina kan rakyat. Sebab nama dia ihsan, dia boleh kata, "aku nak beri boleh, aku tak nak beri pun boleh. Semuanya atas ihsan. Inilah kuasa yang dipegang Umno-BN untuk mempermainkan orang-orang Melayu khususnya. Cerita sebenar mengenai royalti ini tidak akan keluar dalam media masa yang dikuasai Umno. Sebab itu, kita harapkan Harakah dan Suara Keadilan untuk bersuara. Mengapa agaknya Terengganu yang kaya dengan hasil minyak, tetapi rata-rata rakyat masih berada dalam kemiskinan? Semasa dalam S46 lagi saya bawa slogan bahawa 'Terengganu Kaya Rakyat Miskin'. Sekarang ini mengikut jangkaan saya, kerajaan dan Petronas masih lagi berhutang RM5 bilion kepada rakyat Terengganu, yang perlu dibayar daripada wang yang disekat dahulu. Inilah kerja pemimpin Umno Terengganu yang menindas rakyat. Sebab itu saya menyeru rakyat Terengganu menyokong Pakatan Rakyat. Pakatan komited untuk bayar 20 peratus wang royalti. Jangan cakap 20 peratus, jika 10 peratus pun Terengganu akan dapat 3 bilion setahun. Ini sesuatu yang amat baik untuk kepentingan seluruh rakyat Terengganu. Allahu Akbar. harakahdaily/- | |||||||||||
Cipta mesin hapus sarang tebuan Posted: 10 Oct 2012 09:05 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JENGKA – Berikutan banyak kejadian kematian melibatkan serangan tebuan, Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Balora Majlis Daerah Maran (MDM) mencipta satu alat khas bagi menangani masalah terbabit. Ketuanya, Mazlan Abdul Rahman berkata, alat terbabit yang dinamakan Hibic-Fire direka khas untuk menangani masalah sarang tebuan yang membahayakan masyarakat setempat. "Kami tampil dengan inovasi ini setelah berfikir dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan bagi menghapuskan sarang tebuan. "Alat yang kami reka ini tidak hanya selamat digunakan, malah telah mendapat pengesahan pihak Bomba akan keselamatan kepenggunaan alat ini," katanya. Tambahnya lagi, sejak ia direka, mereka telah berjaya menghapuskan beberapa sarang tebuan yang ada di sekitar Jengka ini. "Alat yang kami reka ini tidak hanya boleh digunakan untuk masalah sarang tebuan yang bersarang di lapangan atau di dahan-dahan pokok, malah juga selamat digunakan untuk sarang tebuan yang berada di dalam bangunan. "Ia mempunyai dua teknik iaitu menggunakan api dan juga penyembur racun serangga. Bagi sarang di lapangan, kami akan menggunakan api, manakala bagi di dalam bangunan, kami akan menggunakan penyembur racun serangga," katanya. Tambahnya, alat terbabit selain telah mendapat pengiktirafan bomba, ia juga kini dalam proses mendapatkan sijil pengesahan dari MyIPO bagi mempatenkan hak cipta. Katanya lagi, alat tersebut juga telah dipertandingkan sebanyak tiga kali dan memenangi pingat emas bagi pertandingan dan bakal menyertai pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan pula pada 15 hingga 17 Oktober nanti. sinar/- | |||||||||||
Raja Jordan lantik PM baru menjelang p’raya Posted: 10 Oct 2012 09:00 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II telah melantik Perdana Menteri baru untuk membentuk barisan Kabinet baru menjelang pilihan raya parlimen. Ini adalah kali terakhir raja mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri di negara ini. Selepas pilihan raya, yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun 2013, rakyat Jordan akan mengundi ahli parlimem yang kemudiannya akan memilih calon untuk jawatan perdana menteri. Perubahan itu adalah di bawah semakan perlembagaan yang berlaku tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan Raja Abdullah. Pihak istana mengatakan Raja Abdullah melantik Abdullah Ensour, bekas timbalan perdana menteri, untuk menggantikan Fayez Tarawneh, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Rabu lalu. harakahdaily/- | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 08:52 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Tiga remaja nakal terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan kerana disyaki terlibat mencuri antara 10 hingga 20 buah motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM80,000 milik jemaah yang sedang bersembahyang di surau dan masjid sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu. Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun tersebut ditahan secara berasingan bermula pukul 8.30 malam Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberitahu, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Peringat dekat ini. Katanya, di situ, seorang remaja berusia 16 tahun yang tidak bersekolah ditahan bersama pelbagai komponen dan sebuah casis motosikal di dapur rumahnya. "Sejam kemudian, polis menahan pula seorang remaja berusia 19 tahun di Chuchuh Puteri, Kuala Krai, dan merampas sebuah motosikal yang dicuri di Nilam Puri. "Polis menyelesaikan kes pada malam itu juga apabila suspek terakhir berusia 19 tahun ditahan di Kampung Padang Mengkali di sini bersama pelbagai komponen motosikal termasuk empat kulit enjin di dalam bilik tidurnya. Ketiga-tiga suspek merupakan rakan sejenayah," katanya. Tambahnya, penjenayah hanya mencuri motosikal EX5 kerana mendapat permintaan tinggi. Kawasan yang sering disasarkan di surau dan masjid ketika jemaah sedang bersolat. Menurut Azham, rangka motosikal dan komponen yang tidak diperlukan dibuang ke dalam tali air Kampung Padang Kala. Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan. Kosmo | |||||||||||
Baling Kasut: Imam Hoslan Akan Dibebaskan Tengah Hari Ini Posted: 10 Oct 2012 08:40 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kuala Lumpur: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka akan dibebaskan tengah hari ini. Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami. Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar. "Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja. Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah. Ekoran pembebasan Hoslan, Juham akan mengadakan majlis kesyukuran pada malam esok bertempat di Surau PPR Chochrane. Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10. 15 pagi dan 10. 30 pagi pada 22 Feb lepas. Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu. Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas. -HD | |||||||||||
Posted: 10 Oct 2012 08:37 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam. CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi." Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta. metro/- | |||||||||||
Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din Posted: 10 Oct 2012 08:34 PM PDT 25 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din (gambar) di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam. "Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam. Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara. Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara. Timbalan Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya. Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dihubungi oleh wartawan berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar. Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam bukunya yang bertajuk 'Tinder Box: The Past and The Future of Pakistan'. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek. Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh Islam. Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan. Pada masa yang sama, kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan