N50 Dun Sri Muda |
Posted: 01 Sep 2012 09:52 AM PDT Jelajah #merdekarakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat. Sambutan hangat yang diterima oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini. Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Pada jam 420 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 430 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 514 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN. Kereta Dato' Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi. Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato' Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara. Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato' Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato' Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini. 1 SEPTEMBER 2012 |
'Undang-undang lindungi pemberi maklumat 'ibarat tin kosong' Posted: 01 Sep 2012 09:49 AM PDT Eric Paulsen 1:50PM Ogos 30 2012 ULASAN Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) tidak membawa apa-apa erti kerana akta ini adalah salah satu daripada undang-undang yang progresif tetapi tidak membawa apa-apa faedah sama seperti Akta Perhimpunan Aman dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hanya pandai menggubal tanpa penelitian yang lebih terperinci, penjenamaan semula yang gagal tanpa isi dan manfaatnya. Akta ini juga tidak membawa apa-apa makna dan tidak memberi kesan kepada sekurang-kurangnya tiga peruntukan utama yang lari daripada matlamat asal penggubalannya, iaitu untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan mempermudahkan pendedahan tersebut dibuat dan juga untuk melindungi si pemberi maklumat. Pertama, menurut peruntukan Seksyen 6(1) di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA), pendedahan yang dibuat tidak akan dilindungi undang-undang sekiranya pendedahan tersebut dilarang mana-mana undang-undang bertulis. Di dalam kes Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR dan Johari Osman, bekas kerani Public Bank, Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) melarang pendedahan yang tidak disahkan, dan dalam kebanyakan kes, halangan kepada si pemberi maklumat adalah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memperuntukkan perlindungan kepada pihak berkuasa untuk menjadikan dokumen rasmi sebagai 'rahsia rasmi' yang mana tidak boleh dipertikaikan di mahkamah walaupun ia tidak boleh menjadi rahsia atau risiko keselamatan dan juga pendedahan tersebut adalah untuk kebaikan umum. Kedua, Seksyen 11(1) (d) dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) menyatakan bahawa perlindungan kepada si pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya pendedahan tersebut mengenai kesalahan yang mempersoalkan merit polisi kerajaan termasuk polisi badan awam. Peruntukan yang tidak masuk akal dan tidak jelas dari konsepnya ini, seperti dalam kebanyakan kes yang melibatkan ketempangan dalam badan-badan awam, dan ini tidak dapat tidak dalam mempersoalkan polisi kerajaan dan badan awam. Ketiga, Seksyen 8 di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat juga telah menganiaya si pemberi maklumat, sebagai contoh sekiranya dia mendedahkan kesalahan pihak yang lain (termasuk akhbar dan ahli Parlimen) bila mana dia telah menggunakan 'perlindungan' di bawah akta ini – kesalahan yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Merujuk kepada peruntukan yang menindas ini kepada Rafizi dan Johari, adakah kita sejenak terfikir akan skandal NFC yang mana telah mendedahkan Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, didakwa atas kesalahan pecah amanah? Jika mereka berdua rujuk kepada SPRM dan menggunakan prosedur WPA, adakah kita benar-benar memikirkan SPRM dan Jabatan Peguam Negara tiba-tiba menjadi bebas, berkelayakan dan juga akan menyiasat dan mendakwa NFC? Akankah budaya kerahsiaan, kurang ketelusan dan kebertanggungjawaban, melindungi orang-orang kaya dan berkuasa tiba-tiba tidak lagi wujud? Jawapannya pastilah tidak… Si Pemberi Maklumat dalam dilema Rafizi dan Johari masih akan ditekan sepertimana pembawa mesej tidak baik yang lain, sama seperti sebelumnya yang mana telah mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan kerajaan. Bagaimana lagi untuk rasuah, pecah amanah, penggelapan wang dan pengelakan cukai dapat didedahkan jika tidak dengan kenyataan bank? Pendakwaan mereka membuktikan Jabatan Peguam Negara berat sebelah dan dipolitikkan yang mana pendedahan tersebut telah mendedahkan kesalahan jenayah yang serius yang mana apa-apa peruntukan mengenai kerahsiaan patut ditolak termasuk Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA). Mari kita fahamkan, tanpa sebarang tekanan media dan umum, skandal NFC dengan mudah dapat diredakan. Pihak penyiasatan dan pendakwaan telah menutup isu NFC, seterusnya akan mengatakan pendedahan tersebut telah bertentangan dengan BAFIA dan pendedahan itu juga tidak boleh dikategorikan di bawah WPA. Jika kedua-dua mereka menentang, pihak berkuasa akan mengancam mereka dengan pendakwaan jenayah, dan akhirnya, pendedahan yang dibuat oleh mereka tidak membawa apa-apa makna. Atau jikapun, pendedahan itu di bawah WPA, pihak berkuasa akan memutuskan untuk membatalkan perlindungan itu kerana pendedahan tersebut telah melibatkan pertikaian merit polisi kerajaan dan kedua-dua mereka boleh dikenakan tindakan sivil dan jenayah. Dan akhir sekali, mereka akan terperangkap bila mana menggunakan perlindungan di bawah WPA, mereka tidak boleh bercakap kepada akhbar atau ahli Parlimen walaupun dengan niat yang baik, dan mereka boleh dipenjarakan atau didenda kerana melanggar peruntukan berkenaan 'maklumat sulit' di bawah WPA yang mana mereka telah dedahkan. Jelas sekali bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) bukanlah undang-undang yang berkhidmat untuk kepentingan umum dan melawan rasuah. Ia digubal untuk meletakkan pemberi maklumat dalam dilema, menekan mereka dengan melalui prosedur WPA yang salah, dan yang paling penting sekali, untuk menghalang mereka daripada membuat sidang akhbar dan rujuk kepada ahli politik pembangkang. ERIC PAULSEN adalah pengasas bersama dan penasihat Lawyers For Liberty, Organisasi Hak Asasi Manusia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmiMalaysiakini. -- |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan