Ahad, 2 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Foto Siri Jelajah Merdeka Rakyat Di Bakar Bata,Alor Star 2 September 2012

Posted: 02 Sep 2012 05:14 AM PDT

Foto Ihsan Sidiqin Omar (Suara Keadilan)

Pakatan Tiada Niat Tukar Bendera Tapi Umno Terbukti Buta Sejarah

Posted: 02 Sep 2012 04:42 AM PDT

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat tiada niat menukar Jalur Gemilang apabila menawan Putrajaya kelak pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada niat untuk kita tukar bendera Malaysia. Hanya Umno yang tak mahu belajar sejarah pejuang terdahulu. Ada kita dengar fatwa dari Haji Hadi (Awang)? Tidak ada. Ada (Lim) Kit Siang keluar kenyataan? Tidak ada," katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana orang Umno buta sejarah dan tidak kenal bendera Sang Saka Mera Putih yang menjadi simbol perjuangan kemerdekaan sejak zaman pra-merdeka.

"Sang Saka Merah Putih adalah bendera perjuangan kemerdekaan. Anak-anak muda yang kibar bendera itu pada malam kemerdekaan ke-55 itu mahu kita ingat kembali pejuang-pejuang kemerdekaan.

"Mereka berjasa. Dr Burhanuddin Al-Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Selepas itu jadi Presiden Pas. Datuk Onn (Jaafar) juga. Dia bijak dan keluar. Sama macam saya juga, bijak dan keluar Umno," katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di majlis jamuan hari raya KEADILAN Changlun, petang tadi berikutan juak-juak Umno mentohmah kononnya Pakatan akan menukar bendera jika menang.

Terdahulu, Anwar bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Osman bersama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hadir jamuan raya KEADILAN Perlis di pekan Kuala Perlis.

Dalam isu lain, Anwar berkata, Umno memainkan isu jemputan sambutan malam Ambang Kemerdekaan ke-55 dengan Istana Selangor di Shah Alam minggu lalu kerana kehabisan modal politik.

"Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah," katanya.

Program jelajah Merdeka Rakyat diteruskan dengan program tazkirah di Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar manakala ceramah perdana jam 9 malam ini di Stadium Darulaman, Kedah.

[FOTO] Sekitar Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang

Posted: 01 Sep 2012 10:04 PM PDT

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu, Kelantan (1 Sept 2012)

Posted: 01 Sep 2012 08:40 AM PDT

[VIDEO] Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Di Kota Bharu, Kelantan (1 Sept 2012)

Posted: 01 Sep 2012 08:07 AM PDT

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat ke Machang, Kelantan (31 Ogos 2012)

Posted: 01 Sep 2012 07:57 AM PDT

Majlis Sambutan Ambang Merdeka di Shah Alam, Selangor (30 Ogos 2012)

Posted: 01 Sep 2012 07:43 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang