Sabtu, 1 September 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


JOM KERJA: Mengupayakan pencari kerja oleh EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR

Posted: 01 Sep 2012 06:17 AM PDT

1/9/12
SHAH ALAM

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor bersama pasukan sumber manusianya telah merangka satu program untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia dan beribu graduan di tanah air.

Fokus diberi kepada mendapat pangkalan data pencari kerja terutama dari kalangan belia dan beliawanis. Mereka yang bersungguh untuk mendapat pekerjaan tetapi masih tidak berjaya lagi akan diberi peluang mengikuti program khas untuk memahami konsep mencari sumber pendapatan yang berkat dan halal untuk memenuhi keperluan hidup dan menjamin kualiti hidup yang baik.

Program JOM Kerja ini adalah kesinambungan siri JELAJAH JOM KERJA yang dimulakan oleh kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan bersama SSIC(Selangor State Investment Centre), FMM(Federation of Manufacturers Malaysia )Bahagian Pembangunan Sumber Manusia SUK dan Bahagian Korporat SUK serta BRIGED AMAL SELANGOR yang dimulakan pada tahun 2010-2011.

Dengan pengalaman yang sudah ada membawa pelbagai syarikat-syarikat ke daerah-daerah untuk menemuduga  pencari kerja memberikan sedikit pencerahan untuk penambahbaikan. Segala spektrum masalah pencari kerja daripada luar bandar hingga ke bandar serta isu yang menjadi penghalang pencari kerja dipilih oleh majikan dan juga sipencari memilih jenis pekerjaan. 'Match making' dilihat sebagai satu perkara yang diperlukan di antara 'wish list' pencari kerja dengan 'wish list' atau senarai impian si PENCARI PEKERJA.

Satu senarai pendek pencari kerja yang dilihat cocok dengan wish list si pencari kerja akan memudahkan kedua-dua pihak dan melonjakkan keberangkalian keperluan kedua-dua golongan ini dipenuhi.Ini bermaksud, si pencari kerja lebih faham apa yang dikehendaki oleh bakal majikan dan boleh mengambil latihan yang relevan dan mengupayakannya agar mencapai kriteria syarat-syarat bakal majikan pekerjaan yang dia cenderung.

Ia mungkin latihan intensif berbahasa Inggeris/Mandarin/Bahasa Arab. Atau latihan penampilan diri yang lebih meyakinkan bakal majikan. Ia juga boleh berbentuk kemahiran bekerja sebagai pasukan.Ia mungkin memerlukan perubahan 'mind' set, 'heart' set dan 'soul' set.Ia akan diperkenalkan dengan konsep S.P.I.E.S sebagai pembangunan holistik dan berterusan diri untuk mencapai kejayaan sebenarnya.

Dengan pengalaman pasukan 'HUMAN RESOURCE' program JOM KERJA ini, keperluan-keperluan peserta akan dinilai dan beberapa cadangan latihan seterusnya akan diberi untuk mempertingkatkan employabilitinya.

Kedua, dengan memasuki kumpulan yang telah dipersiapkan sikap, kompetensi dan kelayakkannya ke dalam pangkalan data modal insan Selangor, jabatan/agensi kerajaan ataupun syarikat swasta lebih berminat untuk memilih mereka yang sudah 'dibentuk' dan boleh terus bersedia untuk meluncur terus dalam pekerjaan yang bakal ditawarkan. Proses 'adjustment' kepada dunia pekerjaan dari kalangan graduan khususnya akan disingkatkan tempoh dan sudah tentu ini bermakna penjimatan masa dan KOS kepada majikan. Produktiviti juga lebih terjamin dengan tahap employabiliti yang lebih tinggi.

Program JOM KERJA ini akan di adakan di beberapa tempat di Selangor untuk memudahkan belia setempat untuk merebutkan peluang keemasan ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor merancang masa depan modal insan.

Tiada ulasan:

Nuffnang