Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 31 Aug 2012 03:16 AM PDT |
‘Kakitangan TNB’ periksa pendawaian curi duit raya Posted: 31 Aug 2012 02:55 AM PDT 31 Ogos 2012 REMBAU: Lagak dua lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki sistem pendawaian elektrik memperdayakan seorang warga emas sebelum suspek mencuri wang milik mangsa di Kampung Nerambai, Lubok Cina, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 3 petang itu, Kamariah Derauh, 84, yang tinggal seorang diri didatangi dua lelaki yang memakai uniform berwarna biru dan meminta membaiki sistem pendawaian elektrik dalam rumahnya. Menurutnya, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk dan membenarkan kedua-dua lelaki itu memasuki rumahnya untuk melihat lebih dekat meter elektrik di ruang tamu. "Mereka meminta kad pengenalan untuk menulis butiran diri saya sebagai rekod. Kemudian, seorang daripada lelaki itu meminta saya menunjukkan meter elektrik manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur saya yang mana beg duit disimpan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Kamariah berkata, selepas selesai memeriksa kira-kira 30 minit kedua-dua lelaki itu beredar sebelum dia berasa tidak sedap hati lalu memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju. "Saya terkejut apabila mendapati duit raya RM450 yang disimpan dalam beg duit lesap. Saya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota. Menurutnya, empat tahun lalu barang kemasnya berjumlah RM6,000 dilarikan pencuri yang memecah masuk rumah dan tidak menyangka kejadian sama berulang cuma kali ini hanya wang tunai dicuri. Duit raya warga emas dikebas 31 Ogos 2012 LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin. Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya. Menurutnya, dia kemudiannya membenarkan dua lelaki berkenaan memasuki kediamannya untuk melihat dengan lebih dekat meter elektrik yang terletak betul-betul di ruang tamu dan telah diminta untuk mengambil kad pengenalan sebagai rekod bagi tujuan baik pulih berkenaan. "Selepas itu, salah seorang daripada lelaki berkenaan meminta mak cik menunjukkan meter elektrik, manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur yang turut menempatkan beg duit. "Dua lelaki berkenaan membuat kerja dan pemeriksaan di rumah mak cik kira-kira setengah jam dan akhirnya meminta diri untuk pulang setelah selesai memeriksa sistem pendawaian elektrik," katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam. Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang. "Walaupun tidak diapa-apakan dua lelaki berkenaan, mak cik terkilan kerana duit raya pemberian anak dan cucu hilang begitu sahaja. "Mak cik terus membuat laporan di Balai Bolis Kota berhubung kejadian," katanya. Walau bagaimanapun katanya, selepas menunaikan solat maghrib, dia memeriksa beg tangan yang diletakkan di atas katil yang tersimpan wang hasil jualan kelapa sawit berjumlah RM450 dan mendapati ia turut hilang. "Selepas ini mak cik akan lebih berhati-hati memandangkan ini adalah kejadian kali kedua berlaku di mana kali pertama barangan kemas bernilai RM6,000 hilang selepas rumah makcik dipecah masuk beberapa tahun lalu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan