:: cina islam | 2011 :: |
- Bas: Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah
- Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?
- YAB Menteri Besar Kelantan melawat bas yang disimbah dengan cat merah
- Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
- Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi
Bas: Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah Posted: 01 Sep 2012 07:36 AM PDT 13 Syawal 1433H. [MOD] - (Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu) KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu. Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual. Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi. Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah. Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki. "Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu. "Saya tidak akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,"ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu. Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga 'memuja' nafsu. Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa. "Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku. "Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,"ujarnya. Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan 'malu' dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan. Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain. "Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,"ujarnya. harakahdaily/- | |||
Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais? Posted: 01 Sep 2012 07:21 AM PDT 13 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini. Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu "kini masa balas budi" dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam. Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli. Sebagai contoh, tweet berbunyi "Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak" telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun. Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search "Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami" dan saksikan sendiri berapa "rakyat" Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama. Begitu juga tweet yang berbunyi - "Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik". Lihat juga berapa "orang" yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini: "Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played" Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar kiri). Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa 'bots' yang sedang menghantar tweet #Merdeka55. Tulis Khairy, "Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!" tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.) Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai. "Sungguh kesian. Ini idea siapa?" tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini. Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam. Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya. | |||
YAB Menteri Besar Kelantan melawat bas yang disimbah dengan cat merah Posted: 01 Sep 2012 06:29 AM PDT | |||
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu Posted: 01 Sep 2012 06:25 AM PDT 13 Syawal 1433H. [MOD] - Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu. Naib presiden parti itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah di bandar tersebut. "Petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. "Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. "Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. "Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Azmin berkata, bas berkenaan ditahan di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan selepas satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi ini di balai berkenaan. Katanya lagi, serangan berkenaan bagaimanapun tidak akan menggugat kempen berkenaan yang akan diteruskan dengan jelajah ke Perak. "Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa serangan berkenaan bukanlah insiden pertama yang melibatkan keselamatan Anwar mahupun pemimpin kanan lain parti itu. 'Seolah-olah galakan dari PM' Katanya, Anwar sebelum ini juga diserang di Sembrong, manakala ceramah yang disertai MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga dicemari dengan insiden membaling batu. Seterusnya, perkara tersebut sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai laporan polis dibuat. "Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. "Ia seolah-olah satu galakan terus dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama PKR dan Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, Anwar berkata, serangan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu acara yang disusun dalam program berkenaan. Beliau antara lainnya hari ini mengikuti satu program solat dan zikir di Salor, dan seterusnya ke kediaman menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk minum pagi. "Serangan samseng tidak harus ganggu acara," katanya. Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu. Sebelum itu, Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengunjungi Bentong, Pahang dalam program yang disertai 300 orang. Turut hadir dalam acara tersebut ialah pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah strategi, Rafizi Ramli. Program bersama bas berkenaan semalam juga meliputi kawasan Kuala Lipis, Gua Musang dan Tanah Merah. Program berkenaan dirancang untuk meliputi lima negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan 20 acara rasmi di pelbagi lokasi. Malaysiakini/- | |||
Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi Posted: 31 Aug 2012 11:30 PM PDT 13 Syawal 1433H. [MOD] - (Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah) BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan. Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus. (Nasrudin memberikan ucapan) "Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan," kata beliau. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13. Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme. "Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa," saran beliau. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan