Dr Siti Mariah Mahmud |
Masyarakat Cina meyakini hudud adil untuk semua Posted: 25 Sep 2012 06:15 AM PDT Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama. "Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik. Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan