:: cina islam | 2011 :: |
- 42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
- Sidang Perak ditangguhkan.
- Tronoh Cabar ADUN Lompat Perak istihar harta, Usul ditolak oleh dewan
- Teja Bahas Usul Anti Lompat..
- Dewan hangat dalam perbahasan Usul Anti Lompat.
- ADUN PR Tronoh usul Undang-Undang Anti Lompat Parti
- Dewan lulus pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012
- Ketua Pembangkang Persoal Sidang sehari ,Pantai Remis dan Simpang Pulai bantah soalan ditolak.
- Sidang DUN Perak hari ini.
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua Posted: 25 Sep 2012 04:29 AM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama. "Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik. Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa. Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama. |
Posted: 24 Sep 2012 10:07 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Sidang DUN Perak berakhir dengan penagguhan diumumkan oleh Speaker selepas menerima Usul dari MB Perak. |
Tronoh Cabar ADUN Lompat Perak istihar harta, Usul ditolak oleh dewan Posted: 24 Sep 2012 10:05 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ADUN Tronoh bangun mencelah Pengkalan Baru yang berbahas dengan mencabar semua ADUN Lompat di Perak yang berjumlah 4 orang untuk mengistiharkan harta masing-masing. Pengkalan Hulu juga bangun dengan meminta supaya semua bekas Exco semasa PR memerintah untuk istihar harta. Akhirnya satu undian suara dilakukan dan Speaker mangumumkan usul ditolak dengan suara majoriti menolak. |
Posted: 24 Sep 2012 09:51 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Wakil Teja yang bangun membahaskan usul anti lompat memulia denngan peribahasa pinggan tidak retak nasi tak dingin bagi menjawab mengenai usul yang dibuat bukan dengan tujuan dituju kepada kes lompat di Perak. Dewan semakin hangat apabila wakil Pantai Remis mendedahkan dia juga mendengar sebenarnya Pangkor bertemu dengan Ketua Umum PKR dan meminta jawatan Menteri Besar. Pangkor bangun menjawab tohmahan Pantai Remis dengan mencabar Teja untuk membawa Ketua Umum dan dia dimana-mana mesjid untuk bersumpah bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar. Kubu Gajah yang mencelah supaya Pantai Remis menarik balik dakwaan tersebut juga ditolak oleh dewan. Teja yang meneruskan perbahasan supaya Dewan menerima usul ini dengan bersangka baik demi kebaikan negara dan negeri. |
Dewan hangat dalam perbahasan Usul Anti Lompat. Posted: 24 Sep 2012 09:33 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Perbahasan dari wakil Pengkalan Hulu menjadi hangat apabila berlaku wakil dari Setiawan dan Behrang bangun untuk mmencelah . Setiawan meminta dewan untuk meluluskan usul anti lompat bagi mengelak ada yang pindah parti. Sambil itu dia mendakwa sebagai menjawab hujah dari Pengkalan Hulu dengan mencabar supaya didedahkan apakah maksud kenyataan di Istana dari isteri ADUN Bota yang meminta maaf kerana tertakan. juga mengenai Changkat Jering dan Behrang yang juga didakwa ada tekanan mengenai kes mahkamah yang disabitkan. |
ADUN PR Tronoh usul Undang-Undang Anti Lompat Parti Posted: 24 Sep 2012 08:58 PM PDT |
Dewan lulus pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012 Posted: 24 Sep 2012 08:48 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kerajaan Perak Bantang pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012. Pindaan tersebut telah dibentang oleh wakil Kamunting dan disokong oleh wakil Kampung Gajah. Perbahasan usul dilakukan oleh wakil Lubuk Merbau, YB Zainuddin(PAS) dengan mengucapkan tahniah dan sokong atas pendaan tersebut sesuai dengan keperluan semasa. Beliau juga meminta supaya SPA diberikan kuasa sepenuhnya kuasa untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dari pihak lain. Selepas penggulungan dilakukan oleh pihak kerajaan Speaker meinta sokongan dewan dengan sokongan suara majoriti. |
Ketua Pembangkang Persoal Sidang sehari ,Pantai Remis dan Simpang Pulai bantah soalan ditolak. Posted: 24 Sep 2012 08:31 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Selepas sesi soalan lisan berakhir dengan pihak kerajaan yang sempat menjawab 6 soalan sahaja, Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bangun mencelah dan membantah tempoh sidang yang disebut oleh Speaker cuma sehari sahaja. Dewan juga semakin hangat bila wakil Pantai Remis dan Simpang Pulai bangun membantah mengenai banyak soalan yang ditolak oleh Speaker dengan alasan yang tidak munasabah. Menurut Pantai Remis soalannya mengenai berapa jumlah perbelanjaan lawatan MB Perak keluar negara ditolak oleh Speaker dengan alasan jawapan boleh diambil dalam buku rujukan biasa. YB Nga menyindir dan menjelaskan dia sudah cari disemua kedai buku namun tidak ada jawapan dan bertanyakan kepada Speaker apakah maksud buku rujukan biasa itu peringkat SPM atau STPM. |
Posted: 24 Sep 2012 07:40 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ADUN DAP Pasir Pinji mencelah dalam soalan tambahan mengenai tapak warisan Lembah Lenggong yang didedahnya bahawa status tapak warisan sudah mendappat amaran dari UNESCO dua bulan selepas mendapat pengiktirafan. Dewan menjadi hangat apabila jawapan dari wakil kerajaan iaitu dari Sungai Rapat dibantah dan dicelah oleh ADUN Pasir Pinji.Termasuk bantahan dari wakil Pantai Remis yang membantah jawapan Sungai Rapat yang menyebut tetang Bandar Georgetown juga yang mendapat amaran. Jawapan dari Sungai Rapat ialah tidak ada amaran UNESCO namun makluman sahaja. |
Posted: 24 Sep 2012 07:21 PM PDT 9 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Mesyuarat ke 2 Penggal kelima DUN perak yang ke 12 berlangsung pada hari ini bermula pada jam 10 pagi sebentar tadi.Sidang DUN pada hari ini dijangka hanya berlangsung untuk tempoh sehari sahaja. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir pada sidang hari ini kecuali ADUN PAS dari DUN Gunung Semanggol, YB Hj Ramli Tusin yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan matanya. Sesi sidang yang bermula pada pagi ini dimulai dengan sesi jawapan soalan-soalan oleh pihak Kerajaan Perak. Tempoh yang ditetapkan cuma sejam sahaja. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan