Selasa, 25 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Reformasi Ekonomi untuk Malaysia

Posted: 25 Sep 2012 04:41 AM PDT

Petang tadi di Kelab Diraja Selangor — di hadapan lebih 350 tetamu — terdiri daripada tokoh korporat dan elit perniagaan negara, saya mengulangi keyakinan bahawa Agenda Ekonomi Malaysia merupakan model ekonomi masa depan untuk negara ini. Hari ini, pemerintah UMNO-BN mewarisi amalan ekonomi lapuk yang parah dengan amalan kronisme, nepotisme dan rasuah yang membarah. Kebejatan ini harus dihentikan, bukan dengan retorik transformasi, tetapi dengan reformasi ekonomi yang konsisten.

Reformasi ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat bukan hanya berkisar soal menggantikan rejim lama dengan pemerintahan baru, tetapi adalah satu suntikan kebangkitan baru kepada sektor ekonomi negara. Saya ulangi iltizam untuk memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme dan dalam masa sama memastikan pengagihan semula kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata untuk semua rakyat. Pemerintah yang tidak mampu untuk membela golongan miskin dan tertindas, tiada guna dipertahankan lagi.

Dasar afirmatif yang ditawarkan juga tak harus lagi berdasarkan merit kaum semata-mata apatah lagi tatkala yang memanfaat itu adalah mereka yang rapat dengan elit pemerintah. Sudah tiba masanya kita kembali kepada matlamat asal untuk membantu mereka yang benar–benar memerlukan dan layak.

Sistem tender terbuka yang diamalkan di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat — seperti di dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor dan Saudara Lim Guan Eng di Pulau Pinang — tak hanya memastikan perjalanan proses lebih telus dan adil, tetapi juga mampu mengurangkan kos projek lantas merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan. Ini adalah bukti kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri secara adil, telus dan wibawa.

Saya sekali lagi mengulangi tekad bahawa Pakatan Rakyat komited dalam usaha memerangi rasuah dan ketidakadilan, kerana demi rakyat, Reformasi akan kita laksanakan tatkala Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya kelak.

ANWAR IBRAHIM

Malaysia Catat Pertumbuhan Negatif Selama 24 Tahun

Posted: 24 Sep 2012 06:25 PM PDT

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 24 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Anwar dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai menyatakan, rekod positif dicatat hanya pada tahun 1997, iaitu pada kadar 2.4 peratus.

"Gambaran ini membimbangkan. Profil kredit meningkat. Amaran ini harus diambil secara serius. Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), unjuran tahun demi tahun tidak sampai sasaran," katanya.

Anwar turut merujuk amaran perunding kewangan antarabangsa, Standard & Poor agar Malaysia menurunkan kadar kredit.

"Kewangan awam negara rendah secara relatif kepada persekitaran yang pelbagai. Malaysia kini setanding atau lebih tinggi kadar hutang seperti krisis yang melanda Itali," kata Anwar memetik Fitch Ratings.

Tambah Anwar, jawapan Timbalan Menteri Kewangan tidak menjelaskan tentang kadar hutang negara yang kini berjumlah RM437 bilion, melainkan penegasan bahawa paras hutang negara kononnya masih selamat, iaitu pada kadar 53% berbanding KDNK, dua peratus dibawah paras berbahaya (55%)

Manakala menurut Donald, kerajaan turut mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

"Credit Suisse menyatakan sasaran Malaysia tidak tercapai. World Economic Forum menyatakan imbangan belanja kerajaan jatuh ke tangga 96 dari 110 (negara).

"Langkah-langkah yang diambil diumumkan, tetapi bagaimana diukur keberkesanannya. Sebagai contoh melalui penilaian LKAN atau laporan Transperency International.

"Kita (Parlimen) tidak usul supaya diumumkan pemotongan perbelanjaan kerajaan, (dan) menekankan subsidi kepada golongan miskin.

"Apakah unjuran yang disebut Timbalan Menteri Kewangan akan dapat dicapai berdasar kepada kenyataan Perdana Menteri?

"Yang (hanya) ditekankan tentang pembaziran atau disebut leakage (kebocoran). Ini menuntut kita mengambil langkah serius mulai sekarang," tegasnya.

Majlis Presiden dan pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang bermesyuarat bagi membincangkan butiran Belanjawan Alternatif 2013 yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Anwar: Audit Report Delayed To Stifle Opposition’s Budget 2013 Debate

Posted: 24 Sep 2012 10:56 AM PDT

The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim today questioned the government's motive in delaying its release of the Auditor-General's Report, asking if this was a deliberate attempt to prevent opposition lawmakers from referring to the document when debating Budget 2013.

The opposition leader said this was an "inappropriate" practice as the A-G's Report should be used as reference when parliamentarians review the government's expenditure plans for the following year.

"It seems like this is a tactic of the Umno-Barisan Nasional (BN) government to prevent MPs from viewing this report.

"The A-G's Report is an evaluation of the government's performance over the year. So in order to fairly debate the budget, we need to read this audit report first," Anwar (picture) pointed out.

The Permatang Pauh MP vowed that should Pakatan Rakyat (PR) take over the reins of Putrajaya after the coming polls, it would ensure that the A-G's Report is released to MPs before the budget is tabled.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz told reporters in Parliament this morning that the government had decided to delay its release of the A-G's Report, which had severely embarrassed the government last year when it revealed several financial irregularities in federal expenditure, including the use of a RM250 million loan for the National Feedlot Centre (NFC) cattle farming scheme.

The Padang Rengas MP said the public document would only be released in the House "one or two weeks" after Budget 2013 is tabled this Friday.

"The report is ready but it's not going to be tabled simultaneously (with Budget 2013) because the audit report may take more news that the budget.

"So what we will do is the audit report will be tabled a week or two later but there will still be enough time for the MPs to debate," he said.

PKR deputy president Azmin Ali accused the government of attempting to hide its weaknesses by delaying the report, pointing out that the audit was meant to reveal any irregularities in federal expenditure.

The Gombak MP agreed that tabling the document before the Budget would help parliamentarians better assess the government's plans for the country's finances in the year ahead.

"The government is trying to distract MPs from seeing the facts. This report is important; we do not want to debate with baseless allegations," he said.

The A-G's Report is traditionally tabled simultaneously with the Budget but the government had delayed it last year, despite protests from opposition lawmakers.

The 2010 A-G report released on October 24 last year found that nine federal ministries and departments had exceeded their overall operational allocation by a total of RM3.73 billion.

They include the Education Ministry, Health Ministry, Home Ministry, Agriculture and Agro-Based Industry Ministry, Public Service Department, Attorney-General's Department, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Public Services Commission.

The report also stated that the overspending was unavoidable due to additional activities and unscheduled payments.

Isu Jet: Pengunaan Yang Tak Pernah Disembunyikan

Posted: 24 Sep 2012 10:47 AM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak tidak pernah disembunyikan.

Malah beliau turut meminta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengambil gambar dan menyebarkannya melalui laman twitter agar semua rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Penggunaan jet peribadi ini adalah bagi perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kuching seterusnya balik semula ke Kuala Lumpur.

“Saya melihat mereka memperbesarkan isu ini yang lebih kepada kepentingan peribadi mahupun wujud unsur rasuah, malah kita lebih telus memberitahu kepada semua dan perkara ini boleh disemak,” jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Anwar turut memberitahu, beliau telah menjelaskan perkara tersebut melalui laman twitternya sebelum ini.

“Mereka yang ingin mengetahui siapa pemilik jet tersebut boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia kerana semua maklumat pemilik ada dalam simpanan DCA,” sambungnya lagi.

Anwar yang sebelum itu memberitahu, beliau dihubungi rakannya bahawa ada seorang individu yang sanggup memberi kebenaran beliau menggunakan jet peribadi tersebut.

“Jet peribadi ini diuruskan oleh rakan saya dan siapa pemiliknya mereka yang ingin mengetahui oleh hubungi DCA.

“Ia macam saya bila kereta rosak, maka kawan akan memberi pinjam kereta mereka begitulah urusan penggunaan jet tersebut,” sambung beliau lagi.

Anwar yang secara berselorok menyatakan beliau hari ini juga terpaksa meminjam baju kot dari rakannya kerana tidak membawa bajunya sendiri serta menyifatkan itu perkara biasa apabila ada rakan ingin membantu.

“Saya tahu banyak isu akan ditimbulkan dan sebelum saya bersetuju untuk menerima bantuan jet peribadi itu, saya telah pastikan bahawa pemilik tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

“Umno dan MCA cuba memperbesarkan isu ini adalah bertujuan untuk menakutkan ahli-ahli perniagaan agar tidak lagi membantui Pakatan.

“Tetapi mereka terus merahsiakan isu-isu rasuah, penyelewengan serta penggunaan dana awam untuk kepentingan mereka sendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memberitahu jika ada ruang dari ahli-ahli perniagaan yang ingin meminjam jet peribadi mereka beliau mengalu-alukannya terutamanya apabila hampir pilihanraya nanti.

“Kita perlukan helikopter di Sabah dan Sarawak termasuk jet peribadi untuk urusan kita (Pakatan) jika terlalu terdesak untuk ke mana-mana,” tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang