N50 Dun Sri Muda |
AMBIL ALIH EDL BUKTIKAN PRINSIP EKONOMI BUKU JINGGA PR TEPAT Posted: 30 Aug 2012 08:49 PM PDT KEADILAN mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL) di Johor Bahru setelah desakan rakyat menentang tol yang membebankan rakyat memuncak. Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak itu benar-benar mengesahkan prinsip asas tata kelola ekonomi yang disyorkan di dalam Buku Jingga iaitu: 1. Kerajaan perlu bersifat pragmatik dalam model pembiayaan projek infrastruktur, dengan membandingkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan secara keseluruhan (termasuk pampasan yang perlu dibayar setiap tahun) dengan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh pemegang konsesi swasta; 2. Kerajaan perlu mengutamakan kebajikan pengguna termasuklah bebanan kepada perbelanjaan harian dalam menentukan perjanjian konsesi bagi projek infrastruktur; dan 3. Secara amnya, adalah lebih baik jika rakyat tidak dikenakan bayaran jika kerajaan mampu menanggung kos pembinaan dan operasi, kerana ini akan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat yang bila dibelanjakan kelak, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah (reasonable rate of return for investment) yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS. Ketika Buku Jingga mula-mula dilancarkan dan cadangan ini dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, seluruh kepimpinan Umno/Barisan Nasional mengkritiknya atas alasan ia tidak mampu dilaksanakan dan akan memufliskan negara. Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan. Oleh yang demikian, saya mengesyorkan kepimpinan Pakatan Rakyat memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat menuntut dua perkara seperti berikut: 1. Bila mana prinsip asas tata kelola ekonomi Buku Jingga diterimapakai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam pengambil alihan EDL, prinsip itu terbukti boleh dilaksanakan kepada konsesi lebuhraya yang lain. Saya sarankan Dato' Seri Najib Tun Razak umumkan secepat mungkin senarai lebuhraya dan konsesi lain yang juga akan diambil alih oleh kerajaan dalam masa terdekat; dan 2. Sebuah Jawatankuasa Parlimen (Parliamentary Select Committee) perlu ditubuhkan dalam sidang dewan akan datang untuk mengkaji, menyemak dan memastikan kesemua urusniaga yang melibatkan pembelian aset besar dari syarikat berkepentingan dibuat secara adil dan tiada unsur penyelewengan. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan