. |
Puluhan ribu BERSIH KUNING sambut detik Kemerdekaan JANJI BERSIH Posted: 30 Aug 2012 08:41 PM PDT (Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka) KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka. Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana. "Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara. "Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya. Berikut adalah gambar-gambar mereka. (Berhampiran Dataran Merdeka) (Di Dataran Merdeka) (Berhampiran Dataran Merdeka) (Mohamad Sabu di Dataran Merdeka) (Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka) (Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka) (Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam) Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/12801-puluhan-ribu-sambut-detik-kemerdekaan | |||
Penyokong Janji Demokrasi banjiri Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 08:37 PM PDT Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai. Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali. Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi, wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan. Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam. Kira-kira 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka. Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos. Sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi, seolah-olah menggambarkan keadaan ketika Himpunan Bersih 3.0 April lalu, yang berakhir dengan kekecohan. Seperti lazim keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk. Papan tanda yang membawa mesej "Dilarang diadakan sebarang aktiviti di sini" - merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak. Pihak polis juga ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Ekoran kawalan ketat di kawasan Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin Himpunan Janji Demokrasi beralih ke Dataran DBKL, kira-kira 20 meter. Petang tadi, polis mengeluarkan notis bahawa Himpunan Janji Demokrasi malam ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi penganjur bertekad untuk mengadakannya di Dataran Merdeka atau mana-mana kawasan yang sesuai. Beberapa pengikut menerusi Twitter menghantar mesej tidak dapat bergerak ke Dataran Merdeka atas alasan "sesak kerana geng Bersih." Jumlah kehadiran dikatakan agar besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekitar jam 11.30 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendeklamasikan sajak "Janji Demokrasi" di Dataran DBKL. Dalam laman sosial Facebook petang tadi, Samad antara lain berkata: "Kerana terbayang wujudnya flipa-flopan, "jika tak dimungkin di dataran larangan, "berdirilah di mana-mana bumi Tuhan, "Janji Demokrasi" tetaplah dilaungkan!" Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Himpunan yang serupa juga diadakan di beberapa bandar utama yang lain termasuk di Ipoh. Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/penyokong-janji-demokrasi-banjiri-dataran-merdeka-1.80345 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan