Sabtu, 11 Ogos 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


TEMA MERDEKA NEGERI SELANGOR: SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA

Posted: 10 Aug 2012 11:19 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR
8 OGOS 2012
 
Negeri Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka Pakatan Rakyat "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".
 
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpandangan walaupun tema ini ringkas tetapi ianya mempunyai makna yang mendalam dan mampu menyeru seluruh rakyat  Selangor - tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik - untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan .
 
Apa yang penting, Kerajaan Negeri Selangor berharap rakyatnya mempunyai jiwa yang merdeka serta bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
 
Kami berharap tema ini akan memeriahkan lagi perayaan kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada ambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
 
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang