Anwar Ibrahim |
- Tarif Air Naik 70 Peratus Jika Umno Dapat Rampas Selangor
- Sabah Dan Sarawak Mahukan Perubahan
- Najib Tak Perlu Dolak-dalik, Segerakan Bayar Royalti
Tarif Air Naik 70 Peratus Jika Umno Dapat Rampas Selangor Posted: 11 Aug 2012 03:03 AM PDT Jika Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)," katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung Sekolah Lenggong, Perak malam tadi. Menyentuh polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas, Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat. "Air, minyak (petroleum) itu adalah sumber (alam). Kita (kerajaan) hanya jaga amanah. Itu prinsip. Nak untung ratus juta buat apa? Air adalah hak kita semua. Janganlah bebankan rakyat," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, rejim Umno-BN terlalu takut kehilangan kuasa, kerana menyangka Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia seperti gelagat mereka "Mereka takut kalau kita perintah, sama perangai macam dia. Sebab minda mereka hanya ada kebendaan, materialistik. "Orang Melayu kena tahu, monopoli ekonomi oleh kroni Umno BN punca Melayu miskin. Anehnya, orang Melayu masih kekal sokongan pada rejim lama. Bila sibuk pasal material, kebendaan, bila masa nak fikir soal rakyat?" katanya. "Tengok Ustaz Azizan (Razak) di Kedah. Dulu balak satu ekar RM1,000. Sekarang satu ekar RM19,000. Ada orang kata – itu dulu Datuk. Habis, mana pergi lagi RM18,000? Perintah 50 tahun, berapa BN ambil? Justeru, beliau berkata, Ramadan adalah masa untuk rakyat bermuhasabah dan membuat keputusan kerana pimpinan Umno BN jelas membelakangkan kepentingan rakyat. "Tiap malam mereka fitnah kita. Ada bagi ruang untuk kita cakap? Tidak ada. Ada dia keluarkan bukti? Dia tak berani," kata Anwar. |
Sabah Dan Sarawak Mahukan Perubahan Posted: 11 Aug 2012 12:44 AM PDT Dari Aspan Alias Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah. |
Najib Tak Perlu Dolak-dalik, Segerakan Bayar Royalti Posted: 10 Aug 2012 11:53 AM PDT PETALING JAYA 10 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. "Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak," katanya. Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek pendaratan minyak. Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit. Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur. Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan