Sabtu, 11 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAMADHAN ADUN CHANGKAT JONG DI KG. SUNGAI SAMAK

Posted: 11 Aug 2012 09:18 AM PDT


TELUK INTAN, 11 Ogos - Ziarah Ramadhan ADUN Changkat Jong seterusnya ialah di Kg. Sungai Samak. Program bermula seawal jam 6.30 petang di mana YB Anuar Sudin menziarahi rumah dan menyampaikan sumbangan.

Kemudian, penyampaian sumbangan juga turut diadakan di perkarangan Masjid An-Nur, Kg. Sungai Samak. Antara barangan sumbangan ialah barang-barang keperluan dapur serta dodol. Sebanyak 20 bungkus hamper telah disampaikan kepada para penduduk.


Kemudian, majlis tahlil telah diadakan sebelum YB Anuar berbuka puasa bersama-sama penduduk kampung yang hadir. Selepas itu, YB Anuar dan rombongan bersolat Maghrib.


Selepas solat Maghrib, YB Anuar telah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak. Selain itu, beberapa orang penduduk juga telah menerima sijil ucapan Selamat Hari Lahir daripada ADUN Changkat Jong.
YB Anuar menyampaikan sijil Selamat Hari Lahir...

YB Anuar singgah di Masjid Sungai Manila untuk solat tarawih.

Kemudian, rombongan YB Anuar meneruskan misi ziarah dengan mengerjakan solat Isya' dan tarawih di Masjid Sungai Manila sebelum bergerak kembali ke Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

ZIARAH RAMADHAN ADUN CHANGKAT JONG DI TAMAN CICELY

Posted: 11 Aug 2012 01:54 AM PDT


TELUK INTAN, 11 Ogos - Misi Ziarah Ramadhan ADUN Changkat Jong diteruskan lagi demi merealisasikan DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera. Misi kali ini bertempat di Taman Cicely dekat sini.

Misi kali ini melibatkan penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya. 

Menurut Ketua PAS Cawangan Cicely, Sdr. Ahmad Kabir di dalam ucapan menyatakan kebanyakan penerima adalah terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Taman Cicely. Beliau mengharapkan sumbangan yang berupa barangan dapur ini dapat mengurangkan beban mereka dalam persiapan raya.



Sementara itu, semasa menyampaikan ucapan, YB Anuar Sudin menasihati agar umat Islam lebih memberi perhatian berat kepada agama.

"Sedaya upaya kita, hendaklah kita tunaikan solat lima waktu. Islamkan kehidupan kita semoga kita mendapat perhatian daripada Allah SWT," tambah beliau.

Seterusnya YB Anuar dan isteri, Pn. Hjh. Faridah menyampaikan sumbangan serta duit raya kepada kesemua penerima sumbangan. Turut hadir ialah Sdr. Hacharan Singh, Ketua DHPP Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang