N45 Dr Halimah Ali |
PPAS terus cemerlang.Tahniah kepada semua warga PPAS! Posted: 15 Aug 2012 08:58 AM PDT Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) terus maju ke depan menjadi sendi penting bagi kerajaan Selangor dalam proses merakyatkan ilmu. Pelbagai kemudahan serta teknologi terkini dimuatkan dalam Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam bagi memenuhi kerpluan dan minat pelbagai lapisan masyarakat. Inilah yang dimaksudkan konsep merakyatkan ilmu yang digagaskan oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor,YB Dr Hjh Halimah Ali. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS. Sebagai pusat sumber kontemporari Perpusatakaan Raja Tun Uda yang bangunannya menelan perbelanjaan RM70juta mengandungi ilmu bercetak dan digital serta dilengkapi dengan pelbagai saiz bilik untuk diskusi kumpulan kecil sesuai bagi pelajar, auditorium, ruang seminar, 3D theatre dan 6D theatre serta bahagian kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga koleksi di raja Selangor. 14.8.12 merupakan tarikh penting bagi PPAS kerana DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan buku-buku penting bersifat ilmiah oleh penderma yang bernilai RM60,000 yang terdiri daripada buku Islam oleh MAIS dan koleksi buku buku undang-undang Malaysia yang bagus dijadikan rujukan oleh pembuat dasar dan pengamal undang-undang. PPAS sentiasa mengalu-alukan derma buku dan bahan ilmiah. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan