Isnin, 27 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum 29 Ogos 2012 di Johol

Posted: 26 Aug 2012 09:11 PM PDT


CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Ng Sue Lim - ADUN Sekinchan
Adly Zahari - Pesuruhjaya PAS Melaka
Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9
Tarikh : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PR, Simpang Ulu Yoh, Air Mawang, Johol, N.Sembilan

Berhati-hati apabila mengeluarkan wang dari mesin ATM

Posted: 26 Aug 2012 05:42 PM PDT


Berhati-hati apabila mengeluarkan wang dari mesin ATM, terutama di waktu malam atau awal pagi serta di tempat yang sunyi dan tersorok.

27 Ogos 2012 , KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja dipaksa memberi kata laluan kad mesin juruwang automatik (ATM), malah turut dipukul sehingga pengsan oleh tiga lelaki sebelum wangnya RM3,000 dilarikan dalam kejadian samun di sebuah bank di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.

Dalam kejadian jam 8.10 malam, Jumaat lalu itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru keluar dari bank terbabit terkejut apabila didatangi tiga lelaki yang terus memukul kepalanya dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton Wira.

Menurut sumber, di dalam kenderaan itu, mangsa dibelasah sebelum diminta menyerahkan kata laluan kad ATM.

Tiada ulasan:

Nuffnang