DUN BUKIT PAYONG |
Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu Posted: 05 Aug 2012 05:08 PM PDT KUALA TERENGGANU - Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan mengelirukan rakyat. Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang 'kononnya' didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi. Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, 'tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri'. Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH. Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama. Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu 'terbatal' kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'. Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah 'menangguk di air yang keruh' dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu. Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran. Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu. Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan. Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan. Menurut laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya. Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu. Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan 'kesukaran dan kepayahan' Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN. Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula 'blog-blog' upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit. Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat. "Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,"kata Zaidan. [Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012] Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka. Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT |
Sumbangan tiada sempadan politik Posted: 05 Aug 2012 04:09 PM PDT Bukit Payong : Majlis Tindakan DUN Bukit Payong hari ini telah berjaya mengadakan program pengagihan sumbangan aidilfitri peringkat pertama kepada mereka yang memerlukan sumbangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong. Majlis yang telah diadakan di Madrasah Darul Iman Titian Baru itu, disempurnakan oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penerima sumbangan. Manakala selebihnya penerima-penerima yang telah dikenalpasti kira-kira 350 orang lagi, tanpa mengira fahaman politik, akan diagihkan sedikit masa lagi mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Menurut beliau lagi, barang-barang dan wang bagi menjayakan program ini telah disumbangkan oleh dermawan-dermawan dari luar dan dalam kawasan. Ustaz Mohd Nor pada permulaan ucapannya menyatakan bahawa sumbangan ini bukan daripada beliau akan tetapi dari sumbangan orang ramai dan berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang membantu merealisasikan program itu. "Sumbangan ini bukan duit saya. Jangan salah faham. Ini adalah hasil dari sumbangan daripada orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah dalam bulan yang penuh berkat ini," kata beliau Dalam ucapannya lagi, Ustaz Mohd Nor, beliau menekankan perlunya agar semua peringkat masyarakat menambahkan ilmu terutama dibulan Ramadhan ini. Beliau menggesa agar majlis-majlis ilmu diikuti dan dicari lebih dari harta yang mana ilmu agama akan membantu manusia diakhirat nanti sedangkan harta dunia akan kita tinggalkan. "Dengan ilmu, kita dapat membezakan antara hak dan batil. Kita tidak akan mudah ditipu oleh sesiapapun apabila kita mempunyai ilmu. Carilah harta dunia, akan tetapi jangan dilupakan harta akhirat," pesan beliau kepada mereka yang hadir. Beliau mengakhiri ucapannya dengan meminta agar penerima-penerima bantuan memanjatkan syukur kepada Allah dan mendoakan kebaikan kepada penderma-penderma kepada program ini. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan