YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
LAWATAN PM BAWA SEMANGAT KEPADA BN Posted: 13 Jul 2012 08:35 AM PDT Lawatan PM diberikan sambutan meriah siang tadi Assalamualaikum. Alhamdulillah, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang dikasihi telah selesai dalam lawatan seharinya ke Terengganu siang tadi. Bermula di Arena Square, Dungun dan kemudiannya ke Bukit Payong di Marang sebelum berada di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu – sambutan yang diberikan rakyat sangat menakjubkan. Dalam suasana mood PRU yang dikatakan kian hampir, saya melihat sambutan yang diberikan itu sebagai mesej penting rakyat kepada kerajaan bahawa mereka sebenarnya sangat menghargai jasa dan sumbangan Barisan Nasional (BN). Oleh kerana itulah saya fikir, mereka memberikan isyarat tersebut untuk terus memastikan BN akan mencapai kemenangan lebih selesa pada PRU akan datang nanti. Rakyat sebenarnya melihat kesungguhan kerajaan BN untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara ini walaupun di kiri dan kanan mereka, kian banyak golongan penghasut yang cuba meracuni pemikiran mereka agar tidak mensyukuri nikmat yang ada. Ya, sebagaimana yang disebutkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak siang tadi bahawa BN akan terus komited dalam soal menjaga kebajikan rakyat, khususnya dalam menyediakan peluang pendidikan kepada mereka. Malah kata beliau, agenda itu akan berterusan dalam tempoh yang lama demi memastikan rakyat kita terus terbela. Apakah ia hanya retorik semata-mata?. Jawapannya tidak!. Kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa berpaksikan kepada hakikat dan realiti. Apa yang dikata, apa yang dijanji, pasti akan dikotakan. Berbeza dengan pembangkang, mereka berjanji apa sahaja kerana mereka tidak berkuasa dan tidak memiliki apa pun. Malah lebih memalukan lagi apabila janji mereka pada PRU ke-12 di negeri-negeri yang mereka menang pun, mereka GAGAL tunaikannya, inikan pula mereka mahu menabur janji baru. Apakah rakyat tidak sedar?. Rakyat semakin sedar mengenainya. Dan, kerana itulah saya lihat, rakyat mula bangkit dan memberikan sokongan padu secara terbuka kepada BN dan mereka sangat berbangga dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Semoga lawatan Perdana Menteri siang tadi dapat memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan sudah tentu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di atas sokongan padu yang telah diberikan mereka kepada BN selama ini dan pada masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan