Jumaat, 13 Julai 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Hudud dan politik

Posted: 13 Jul 2012 01:17 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.

Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah.


Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah. Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam.


Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi. Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya.


Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno.


DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno.

Presiden PAS

Harakah Daily

Al-Fatihah buat ibu Abu Bakar Chik

Posted: 13 Jul 2012 12:30 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kehilangan ibundanya Esah Yusuf, 88, yang telah meninggal dunia sakibat sakit tua.

(Ustaz Abu Bakar Chik sebelum mengimamkan solat jenazah allahyarham ibunya, Esah Yusof di rumah Kampung Tepoh, Kuala Nerus.)

Allahyarham Esah disahkan meninggal dunia di rumah di Kampung Tepoh, kira-kira jam 7.53 petang semalam di sisi anak-anak termasuk Ustaz Abu Bakar Chik dan ahli keluarganya.

Ustaz Abu Bakar menyifatkan pemergian allahyarham ibundanya adalah ketentuan Allah swt yang pasti dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa.

Menurut beliau, ibu adalah 'permata hati' yang sangat disayangi serta menjadi inspirasi dalam perjuangan Islam PAS.

"Saya harap dan mendoakan agar ibu dan bapa yang telah 'pergi' (meninggal dunia) dicucuri rahmat-Nya dan tergolong di kalangan hamba yang beramal soleh.

"Kami semua redha dan terima kehilangan ibu yang banyak mendorong semangat perjuangan Islam, Insya'Allah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PAS Pusat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang datang menziarahi jenazah ibunya.

Ustaz Abu Bakar mengimamkan solat jenazah allahyarham ibunya bersama 100 orang pelajar Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Tok Jiring serta orang ramai.

Hadir sama Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, pimpinan PAS setempat termasuk Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepoh kira-kira 30 meter dari rumahnya.

Harakah Daily

Talam: Terima kasih kepada MB Selangor

Posted: 13 Jul 2012 12:29 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank.

Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan.

Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.

Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

Harakah Daily

Dah nak tergolek baru panggil kami

Posted: 13 Jul 2012 12:28 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

"Dah nak tergolek baru panggil kami," kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

"Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja," kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup," katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

"Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara," kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

"Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak," Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, "Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!" kata beliau marah-marah.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html

Harakah Daily

Mahasiswa muak janji mansuh ISA, ganti akta

Posted: 13 Jul 2012 12:25 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam sikap berdolak dalik Perdana Menteri terhadap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Terbaru, setiausaha media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin telah disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung beberapa komentar beliau mengenai apa yang didedahkan oleh blogger 'Uncle Seekers' di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter'.

Pengerusi SMM, Safwan Anang berkata keterbukaan dalam memberi pandangan adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.

"Namun, inilah sebenarnya hakikat yang berlaku dalam negara kita walaupun hanya mahasiswa yang bersuara maka ia sudah dikira mengancam keselamatan dan keamanan negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, berbeza pula dengan situasi 'jerung-jerung besar' yang bersuara tidak pula dikenakan apa-apa tindakan berbanding mahasiswa yang sering teranaiya oleh akta-akta yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

Beliau berkata, akta baru pula yang bakal mengganti akta Hasutan 1948 ini sudah pasti satu lagi babak penting dalam karier politik regim pemerintah sedia ada bagi mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, mahasiswa masih ragu dengan apa yang dijanjikan oleh parti pemerintah lebih-lebih lagi sejak situasi semasa yang menghampiri pilihanraya umum ke-13.

"Kami di peringkat Solidariti Mahasiswa Malaysia sudah berasa muak dengan janji-janji manis kerajaan yang kononnya mahu menunjukkan keterbukaan mereka dalam mendengar hasrat rakyat seperti pemansuhan ISA dan Akta Hasutan," ujarnya.

Namun, katanya ternyata mereka hanya pandai menabur janji-janji retorik dan rakyat mula bangkit menilai apa yang mereka lakukan.

"Bebaskan mahasiswa bersuara dan hentikan kezaliman yang berlaku kepada tahanan ISA! Mahasiswa seru agar semua rakyat terus bersolidariti!" katanya lagi.

Harakah Daily

Usaha BN takutkan Cina terhadap hudud gagal

Posted: 13 Jul 2012 12:23 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak semestinya mengikut hukum akal manusia yang serba lemah.

Apabila parti komponen BN samada UMNO atau MCA memainkan isu Hudud dengan harapan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, ternyata usaha itu gagal.

Didapati lebih ramai masyarakat bukan Islam yang memahami dan menyokong perjuangan PAS.

Mereka sudah muak dan mual dengan agenda penyelewengan dan rasuah pemimpin BN dan sudah siap sedia untuk menobatkan Pakatan Rakyat menggantikan BN sebagai kerajaan baru di negara ini.

Harakah Daily

Petronas sebagai 'Kantung Peribadi' Malaysia

Posted: 13 Jul 2012 12:02 AM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.

Di bawah, bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan.

Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi - yang di sumbang Petronas mempunyai - "objektif sosio-ekonomi".

Beliau menekankan, rakyat Malaysia membayar kadar elektrik & petrol yang terendah di Asia. Walaupun kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya.

Ianya kelihatan amat mustahil untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.

Kekesalan Petronas ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah menggangap Petronas sebagai "Kantung Bank Peribadi" bagi menyelamatkan projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974.

Temubual dengan pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas, membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai.

Data kewangan yang dikaji oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas - melalui 'dividen' kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) - untuk mengekang defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian dan penganalisis.

Data juga menunjukkan bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu.

"KAMI PERLUKAN TUNAI"

Petronas adalah pembayar cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan.

Tidak seperti negara-negara lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun hasil minyak meningkat.

Jurang fiskal tahun lepas, pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik "Ekonomi Besar" yang baru muncul di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini.

"Subsidi kepada sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga," kata Shamsul dalam ucapannya kepada persidangan gas.

"Subsidi menghalang ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru," katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20 bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas.

Malaysia tidak menghadapi krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk memastikan hutang-hutang akan dibayar.

Namun, ianya akan diuji dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kejatuhan harga minyak dan gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin teruk boleh menjejaskan eksport negara.

Pengecilan pembayaran Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan.

Shamsul berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai "backup" akibat bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang.

Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.

"Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya.

"Masalahnya ialah, kerajaan perlu tunai, juga".


MENARA DI MALAYSIA

Petronas, satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur.

Rizab Minyak Petronas dan gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp).

Ianya luar biasa untuk syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada Mac 31. Dan syarikat US, U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang hutang.

CEO Petronas dan Ahli Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan mereka(bailout).

Pemimpin-pemimpin politik telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai "yes sir!" dalam Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada mereka di Pejabat Perdana Menteri.

Kini Petronas cuba untuk mengatakan "tidak!".

Seperti semua syarikat minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta membayar dividen kepada pemegang saham.

Angka Petronas menunjukkan, dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia.

Termasuk cukai, duti eksport dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal.

MELUASKAN DEFISIT

Petronas telah menolak dasar dividen baru yang akan menetapkan pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun ini.

Pembayaran yang lebih rendah akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik.

Analisis Reuters terhadap data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30% digunakan.

Pembayaran dividen yang lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF).

Dengan wang yang kurang daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan, meningkatkan cukai atau mengekang defisit.

Semakin teruk kewangan awam boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya kini dijangka secepat September.

"Kerajaan cukup sedar akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas," Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31 Mei. "Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan kami."

Bagimanapun Pejabat Najib enggan mengulas.

RANGSANGAN PILIHANRAYA?

Najib, yang mengambil alih kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah - yang dilihat lebih untuk memenangi undi - dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut.

Agensi Penilaian Fitch memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan meluaskan defisit bajet.

"Jika langkah-langkah rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi negatif untuk rating penilaian," tulis Fitch.

Ianya mungkin sudah berlaku. Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan tambahan berjumlah RM13.8 billion - lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK.

Petronas hanya mula memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu - sementara mula melobi untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan "dividen" tidak pernah muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009.

Reuters juga memperincikan kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut.

TIADA PENDEDAHAN AWAM

Data Mahathir menunjukkan Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi.

Dalam pada itu, Perbelanjaan Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas dibelanjakan.

Reuters membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia, tetapi Agensi Audit berkata ia boleh memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas.

Tanpa akses kepada perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai "penjelasan" untuk maklumat lanjut, mengenai ke mana wang "pergi" setelah beliau berundur pada tahun 2003.

"Sebahagian besar untuk perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang kebanyakannya etnik Melayu," Mahathir berkata.

Sejak Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir 16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan kesihatan, adalah sama.

Menaikkan gaji memerlukan kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat 83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya.

"Jadi, hasilnya, anda mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan tidak merupakan satu keperluan wajib," katanya. "Anda boleh memotong dari situ!"

MENGEMBANGKAN OPERASI LUAR NEGARA

Dengan bekalan minyak domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan, stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua.

Tetapi 29% daripada pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion.

Itu adalah salah satu sebab di sebalik pembelian Syarikat Canada's Progress Energy. Shamsul berkata perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau "geopolitik yang tidak stabil".

Pengambilalihan seperti ini memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi "misinya" apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan.

Menurut kabel diplomatik yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang tidak dikenali bahawa Petronas "merasakan tekanan yang besar untuk mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik Malaysia."

Azhar berkata Petronas mahu wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas "untuk menggalakkan keuntungan pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program domestik mendapat, demi keuntungan politik". Azhar mahupun Petronas tidak memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini.

Isu pembayaran kepada kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak milik negara yang lain juga.

Petronas dilihat menghadapi dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran.

Firma Fitch memberikan penarafan "BBB" kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban cukai yang besar dan "pendedahan kepada risiko campur tangan politik."

Dengan permintaan tenaga global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap yang berpatutan.

Ketua Eksekutif Exxon Mobil, Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi mereka "berjalan ke belakang," katanya.

Petronas mempunyai empat projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini. Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong minyak sehari pada tahun 2015 - kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran minyak mentah tahunan Malaysia.

Syarikat itu tidak mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8 billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan bersama Jepun petroleum exploration Co.

"Sebab (Petronas) tidak mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur semula," kata Mahathir. "Ini adalah perniagaan yang sangat mahal seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar. "

TADBIR-URUS BAIK

Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global.

Tetapi ia telah membiayai beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 - Mahathir meminta Petronas untuk menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank.

Mahathir juga telah menarik kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout) Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali lagi dana digunakan untuk "menyokong" Syarikat Proton (pembuat Kereta Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu.

Mahathir menafikan beliau menyelamatkan anaknya. Petronas "telah ditawarkan dengan tawaran yang agak berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!," beliau menegaskan.

Petronas bagaimanapun telah berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout) itu.

Krisis antara Petronas dan kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009.

Hassan Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja.

Reuters difahamkan bahawa Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau.

Tiga orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat "bersama-menuruti" Najib.

"Hanya enam hari notis untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas," kata orang yang rapat kepada Hassan.

Hassan, kini merupakan ahli lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual.

Dilantik oleh Mahathir, Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak besar di Petronas sebelum pertempuran dengan Najib.

Mahathir berkata Hassan sering berkata "tidak" kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir.

Hassan enggan untuk menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan.

Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42 Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada September 2010 - hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3,1985 Ringgit Malaysia)

(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed)

Harakah Daily

Air percuma: Noh iktiraf projek Pakatan Selangor

Posted: 12 Jul 2012 08:37 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang akan meneruskan projek air percuma di Selangor membuktikan pengiktarafan terhadap projek ini.

Sebelum ini pimpinan UMNO Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri.

"Ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan AMK Selangor.

Semalam media melaporkan, Noh Omar berkata, BN akan menyambung pemberian air percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan kembali negeri Selangor dalam PRU akan datang.

Kenyataan beliau ini jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri.

AMK Selangor mengalu-alukan kenyataan Noh Omar semalam yang mana secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat, kata kenyataan itu.

Justeru, AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama membantu kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya.

Harakah Daily

Padang Kota akan ada surau tidak lama lagi

Posted: 12 Jul 2012 08:36 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.

(Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina)

Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.

"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan. Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.

Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.

Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.

Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.

Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.

"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.

"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.

Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.

"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya. Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.

Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang.

Harakah Daily

KM bangga kerjasama dengan TYT Pulau Pinang

Posted: 12 Jul 2012 08:34 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: Pulau Pinang bertuah mempunyai seorang Yang Dipertua Negeri (Gabenor) yang dapat bekerjasama merealisasikan matlamat kerajaan Pakatan Rakyat walaupun Tun Datuk Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Abas berlatar belakangkan Umno, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

(Pelancaran buku TYT Pulau Pinang semalam)

Sikap profesional beliau itu membolehkan perjalanan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat lincin serta mencapai matlamat ke arah negeri yang maju dan berstrateji terhadap pembangunan melibatkan semua aspek.

"Pulau Pinang bertuah mempunyai seorang Yang Dipertua yang bertanggungjawab, prihatin dan lebih penting ialah dapat bekerjasama dengan baik terhadap dasar Kerajaan Negeri yang baru walaupun semua orang tahu beliau berlatar belakangkan politik Umno.

"Itulah yang patut dicontohi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang sebab apa yang diperbuat oleh Kerajaan Negeri sekarang bermatlamat menyelamatkan rakyat dari
terus tertindas, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan sempena pelancaran buku sejarah hidup TYT serta meraikan sambutan hari lahirnya di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya semalam.

Bagi Lim, sikap profesional yang ditunjukan oleh beliau amat membanggakan Kerajaan Negeri kerana sepanjang perkhidmatan bersama Pakatan Rakyat beliau tetap memberikan komintmen dan padangan yang bernas demi rakyat tercinta.

Kerajaan Negeri sendiri tambahnya, begitu senonim dengan Tun maka bila sampai tempoh berakhir perkhidmatan sebagai Yang Dipertua, Kerajaan Negeri terus menamakan beliau untuk menyambung perkhidmatan sehinggalah sekarang.

Kematangan beliau berfikir jelasnya, dapat membantu Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengurangkan kontroversi tidak sepertimana yang selalu dibuat oleh individu dari kalangan parti lawan.

"Kita begitu senang dengan perkhidmatanya maka tidak hairan namanya terus diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri beberapa
tahun.

"Beliau juga berupaya menasihati Kerajaan Pakatan Rakyat ketika ucapan dipersidangan Dewan Undangan Negeri agar mendekati rakyat dengan program kebajikan. Saranan itu kita ambil perhatian, " terangnya lagi.

Buku setebal 152 mukasurat itu diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) sebagai penghargaan jasa dan pengorbanannya yang tidak terhingga sebagai Gabenor.

Pengisahan buku tersebut mencangkupi dunia kanak-kanak yang sering ke sawah menangkap ikan bersama rakan-rakan, zaman persekolahan, zaman remaja, menceburi bidang politik, bidang penulisan, kegemaran dan sehinggalah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PPAPP, Datuk Saleh Man, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Husein, Pengarah PPANPP, Puan Shukriah Yon, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Jait, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong dan ramai lagi pegawai kerajaan.

Harakah Daily

Bawa pembunuh Beng Hock ke pengadilan - MB Selangor

Posted: 12 Jul 2012 08:33 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk membawa orang-orang yang bersalah dalam kes Teoh beng Hock kemuka pengadilan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi beliau, Beng Hock adalah seorang anak muda yang telah bekerja keras bagi memastikan acara reformasi kerajaan Pakatan Rakyat supaya ia dijalankan dengan berjayanya.

Malahan, katanya, kejadian yang berlaku pada Teoh Beng Hock adalah satu kes malang bukan sahaja kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada negara terutamanya institusi kerajaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdapat banyak insiden kematian dalam tahanan yang telah berlaku sebelum ini tetapi kes Teoh Beng Hock telah membuka mata orang ramai terhadap professionalism SPRM, katanya.

"Kerajaan negeri tidak pernah menghalang SPRM untuk menyiasat mana-mana individu, agensi atau jabatan kerajaan negeri bagi membanteras rasuah tetapi kita menuntut SPRM supaya bersikap telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjadikan kes Teoh Beng Hock sebagai satu pengajaran," kata Khalid dalam satu kenyataannya.

Kenyataan ini juga disampaikan melalui rakaman suara MB sempena majlis pengenangan kematian Teoh Beng Hock ketiga yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan pada 12 Julai 2012.

"Pada masa yang sama, saya juga menuntut Kerajaan Malaysia bertanggungjawab dalam hal ini dengan membawa orang-orang yang bersalah kemuka pengadilan," katanya.

Harakah Daily

Larikan anak elak didera

Posted: 12 Jul 2012 08:31 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Bimbang anak didera suami, seorang ibu sanggup menghantar tiga anak perempuannya ke rumah kebajikan bagi menyelamatkannya.

Ibu muda yang mahu dikenali sebagai Devi, 27, berkata, dia terpaksa berpisah dengan anak-anaknya yang berusia dua, tiga dan empat tahun itu kerana mahu memastikan kesemua anaknya dalam keadaan selamat.

Berikutan itu, katanya, dia menghantar anaknya ke Rumah Kebajikan Kanak-kanak Vivekenande di Rembau selepas tidak tahan melihat anaknya sering dipukul.

"Saya lebih rela berpisah dengan anak-anak daripada melihat mereka dicederakan ayahnya sendiri. Cukuplah selama ini kami menderita dan menahan sakit dipukul dan didera," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menceritakan kejadian yang menimpa keluarganya itu, Devi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital, di sini berkata, dia bersama anak-anak mula didera suami sejak beberapa tahun lalu, namun enam bulan kebelakangan ini, suaminya hampir setiap hari memukulnya dan anak-anak.

"Suami saya tidak bekerja dan mengambil dadah menyebabkan hidupnya tidak menentu. Saya terpaksa bekerja siang dan malam bagi menyara anak-anak. "Suami pula mengabaikan tanggungjawab dan sanggup memukul saya dan anak-anak kerana tekanan hidup," katanya.

Devi yang tinggal di Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini berkata, suaminya pernah memukulnya dengan getah paip di beberapa anggota badan.

"Anak ketiga saya juga terpaksa menerima jahitan di kepala kerana dipukul suami,"katanya. Menurutnya, dia terpaksa melarikan diri daripada rumah, Rabu lalu, kerana tidak tahan dengan sikap suaminya itu.

"Saya melarikan diri dari rumah dan menetap sementara di asrama tempat bekerja, manakala anak-anak di hantar ke rumah kebajikan kerana bimbang suami akan mencari kami. "Ketiga-tiga anak saya kini selamat di rumah kebajikan tersebut manakala anak bongsu yang berusia setahun berada dalam jagaan saya,"katanya.

Sementara itu, Pengerusi rumah kebajikan berkenaan, P.Ramesh berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat di bawah jagaannya.

Ibu berkenaan juga sudah membuat laporan di Balai Polis Mambau, di sini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sinar Harian

Suami isteri penyamun aksesori Kancil

Posted: 12 Jul 2012 08:29 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Sepasang suami isteri sanggup membawa bersama seorang kanak-kanak ketika menjalankan kegiatan curi kereta di daerah ini sejak April lalu.

Mereka berbuat demikian dipercayai untuk mengaburi mata orang ramai agar kegiatan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dihidu polis sehingga membawa kepada penangkapan dua lelaki serta 12 kenderaan dipercayai dicuri.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, modus operandi suspek adalah mencuri kereta jenis Perodua Kancil yang sudah diubahsuai, mengambil aksesori dalam kenderaan berkenaan, sebelum meninggalkannya di lokasi lain.

"Sasaran suspek adalah Perodua Kancil yang telah diubah suai kerana aksesori digunakan agak lumayan untuk dijual di pasaran.

"Selepas selesai mengambil barangan aksesori ini, kereta ini akan ditinggalkan di tepi jalan dan antara lokasi yang kita jumpa kenderaan ini ialah di sebuah pasaraya Giant, Jalan Pekan Tampin, Bandar Baru Nilai dan Batu Berendam, Melaka," katanya.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di pekan Kajang, Selangor sebelum menahan seorang rakan mereka di Melaka dipercayai rakan kongsi dalam kegiatan itu.

Berikutan penahanan itu, katanya. sebanyak 11 Perodua Kancil serta sebuah Honda Stream ditemui semula dan sebahagian besarnya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Manakala, katanya, beberapa aksesori dijumpai semula termasuk lima komputer riba, rangka motosikal dan kamera.

Menurutnya, barangan dijumpai itu melibatkan lima kes di Negeri Sembilan, selain Kuala Lumpur (empat) dan masing-masing dua di Selangor dan Melaka.

"Sebelum ini polis menerima lima kes laporan kehilangan Perodua Kancil di daerah ini. Dari maklumat itu kita membuat siasatan agresif terhadap kemungkinan wujudnya satu kumpulan mencuri kereta jenis Perodua Kancil.

"Pada masa sama, kita menerima maklumat daripada seorang lelaki yang baru kehilangan Perodua Kancil di Seremban ternampak keretanya dibawa lari satu pasangan dengan membawa seorang kanak-kanak," katanya pada sidang media di Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.

Osman berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan berumur 20an dan 30an itu berasal dari Melaka.

Menurutnya, polis kini mencari isteri suspek yang beralamat terakhir di Linggi bagi membantu siasatan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.

Sinar Harian

Bawa parang tempat awam

Posted: 12 Jul 2012 08:28 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang penganggur menjadikan parang miliknya sebagai 'teman pelindung' mempertahankan diri terutama ke lokasi awam mengundang padah setelah didenda RM1,500 atau di penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Sulaiman Ismail, 20, dari Kampung Chalok Barat, Bandar Permaisuri, Setiu, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sebelum itu, Sulaiman mengaku pada 8 Julai lalu kira-kira jam 2 petang bertempat di tempat parkir hadapan Tokong Cina, Kampung Tiong, di sini, telah membawa dua bilah parang yang merupakan kesalahan di bawah Jadual Kedua (Seksyen 2 dan 12).

Bagi kesalahan berkenaan, Sulaiman boleh di penjara tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Razatul manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Kuala Terengganu telah menjalankan Rondaan Mencegah Kegiatan Dadah/Jenayah di sekitar kawasan pentadbiran balai berkenaan.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota terserempak sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna hitam yang hanya mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian belakang parkir di hadapan Tokong Cina Kampung Tiong, di sini.

Melihatkan keadaan yang mencurigakan itu, anggota bertugas menghampiri kereta tersebut dan telah mendapati ada dua orang lelaki di dalam kereta berkenaan yang mana Sulaiman ketika itu sedang duduk di hadapan tempat duduk di sebelah pemandu.

Setelah mengetuk cermin kereta dan memperkenalkan diri, kedua-dua mereka di-periksa dan hasil pemeriksaan selanjutnya, anggota berjaya menjumpai dua bilah parang bercetak Bidor berhulu plastik warna hitam dan sebilah lagi parang bercetak Lee berhulu plastik berwarna hitam yang diletakkan di atas lantai bawah alas kaki bahagian bawah tempat duduk bahagian pemandu.

Hasil soal siasat Sulaiman mengaku kedua-dua senjata tajam itu miliknya dan seterusnya dia bersama rakannya itu di bawa ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian

Pelajar ditampar kini trauma untuk pulang ke asrama

Posted: 12 Jul 2012 08:22 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Perasaan takut dan trauma masih membelenggu pelajar tingkatan satu yang didakwa dibuli pelajar senior sebuah sekolah di pusat bandar ini.

(Gambar menunjukkan keadaan gegendang telinga kanan Muhamad Hazim yang pecah)

Muhamad Hazim Muhamad Zaid, 13, mendakwa dibuli pelajar senior disebabkan tidak menegangkan cadar sehingga menyebabkan gegendang telinga kanannya pecah.

Ibu pelajar terbabit, Nor Hapizah Puteh, 39, berkata, telinga kanan anak kedua daripada tiga beradik itu masih terasa sakit walaupun rawatan sudah dilakukan.

"Dia (Mohamad Hazim) ada mengadu sakit di bahagian telinga yang dirawat terutama sewaktu dia mengunyah atau gigit makanan.

"Namun, saya bersyukur kerana keadaan telinganya tidak berair atau bernanah yang boleh memberi kesan kepada telinganya," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian 10 Julai lalu menyiarkan Nor Hapizah yang terkilan dengan kejadian terbabit kerana anak yang dilahirkan perempuan kini terpaksa menanggung kesakitan akibat perbuatan orang lain.

Mohamad Hazim mendakwa sekumpulan pelajar yang memanggil dia bersama kira-kira 80 pelajar lain dikejutkan dari tidur kira-kira jam 2.15 pagi untuk berbaris dan mengaku sekiranya melakukan kesalahan.

Dia mendakwa yang tampil ke depan kerana melakukan kesalahan dijentik sebanyak dua kali di dahi dan ditampar di pipi kanan.

Nor Hapizah berkata, Mohamad Hazim yang sepatutnya pergi semula ke sekolah kelmarin tidak dapat berbuat demikian kerana belum sembuh sepenuhnya.

"Dia mungkin akan ke sekolah semula minggu depan kerana saya mahu pastikan dia betul-betul sihat sebelum pulang ke asrama.

"Mohamad Hazim ada juga memaklumkan kepada saya yang dia masih trauma dan takut untuk pulang ke asrama dan saya sentiasa memberikan dia semangat semula," katanya.

Selain itu, Nor Hapizah berkata, mereka juga sudah berjumpa dengan pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah dan polis berhubung kes berkenaan.

Sinar Harian

Mangsa pembunuhan Srebrenica dikebumikan

Posted: 12 Jul 2012 08:20 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SREBRENICA - Sebanyak 520 jenazah mangsa Srebrnica disemadikan dengan penuh istiadat di Potocari dekat Srebrenica iaitu lokasi pembunuhan beramai-ramai selepas Perang Dunia Kedua, kelmarin.

Upacara persemadian itu dihadiri ribuan rakyat Bosnia termasuk kaum keluarga mangsa.

Sebelum ini, jasad semua mangsa diperoleh daripada beberapa kubur sekitar Srebrenica dengan proses pengecaman dibuat melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses berkenaan mengambil masa lama kerana kesemua jasad ditemui dalam keadaan bertindan dan ada juga yang telah hancur.

Kesemua mereka yang terbunuh merupakan mangsa kekejaman tentera Serb Bosnia yang diketuai General Ratko Mladic.

Setakat ini, lebih daripada 5,000 mangsa Srebrnica telah disemadikan secara sempurna.

Sinar Harian

Anggota tentera dituduh mencuri senjata di Mahkamah Majistret

Posted: 12 Jul 2012 08:18 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang tentera berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri senjata di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini.

Tuduhan terhadap Mohd Syazwan Ibrahim, 27, dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Tertuduh yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan
Sumber Manusia, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur itu dituduh mencuri senjata jenis AUG Styer milik Zulludin Nasip@Zulaini, 27, pada jam 11.20 malam, 28 Mac lalu.

Turut dilarikan bersamanya kelopak yang berisi 20 butir peluru hidup jenis 5.56 MM milik pengadu yang sama.

Susulan tuduhan itu, Mohd Syazwan berdepan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Berikutan itu, Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri menetapkan sebutan semula pada 13 Ogos depan dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri,Nabilah Nizam.

Sinar Harian

Anak saudara dakwa Israel racun Arafat

Posted: 12 Jul 2012 08:06 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan Arafat dan isterinya, Suha.

RAMALLAH - Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.

"Kami menuduh Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut," katanya kepada agensi berita AFP.

Beliau merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium.

Bahan itu ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.

"Mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum," katanya.

Beliau merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.

Dakwaan Arafat diracun muncul pada minggu lalu selepas stesen penyiaran Al-Jazeera melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.

Bahan itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang mati pada tahun 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun tersebut.

Namun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004. - AFP

Hakim Nyanyi Bersama Peguam Kena Pecat

Posted: 12 Jul 2012 08:03 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

BALI: Sebuah jawatankuasa kehakiman pada Selasa memecat seorang hakim kerana mengambil bahagian dalam beberapa sesi karaoke dengan peguam mewakili plaintif yang dibicarakan oleh beliau.

Hakim Mahkamah Daerah Denpasar, Putu Suika, dipecat oleh jawatankuasa sementara itu kerana melanggar Kod Kelakuan Hakim. Kod itu melarang hakim terbabit secara peribadi dengan peguam dan pihak yang kesnya didengar di mahkamah mereka.

Putu yang dijadualkan bersara pada 2013, mengaku bertemu dengan peguam bela berkenaan, Irfan, sebanyak tiga kali untuk berkaraoke di rumahnya.

"Cuma, saya hanya mengambil bahagian selepas kes itu selesai. Apabila saya berpindah ke Denpasar saya ada berhutang wang dengan Irfan tetapi ia tiada mengena dengan kes itu," katanya kepada jawatankuasa itu.

Tetapi, jawatankuasa berkenaan kemudian bertindak memecatnya kerana menolak penjelasan beliau, lapor agensi berita Antara.

Jawatankuasa berkenaan membabitkan anggota Suruhanjaya Kehakiman dan Mahkamah Agung. "Anda langgar kod kelakuan. Perbuatan itu menyebabkan anda cenderung campur tangan dalam proses penghakiman," kata hakim Mahkamah Agung dan anggota jawatankuasa, Sri Murwahyuni.

Jawatankuasa itu tidak memberi maklumat terperinci mengenai kes yang dibicarakan Putu.

Bagaimanapun, ketika sesi keterangan, Putu dikatakan bertindak berat sebelah dan menyebelahi plaintif, yang diwakili Irfan tanpa berunding dengan anggota hakim lain.

"Keputusan itu tidak menurut Prosedur Kod Jenayah. Adakah anda membuat kod prosedur sendiri?" kata hakim Mahkamah Agung dan seorang lagi anggota jawatankuasa, H M Zaharuddin.

Pengerusi jawatankuasa, Djaja Ahmad Jayus, berkata ia bukan kesalahan pertama Putu.

"Putu adalah timbalan ketua Mahkamah Daerah Palangkaraya tetapi beliau diturunkan pangkat menjadi hakim biasa di Mahkamah Daerah Mataram selepas rakyat menuduh beliau menyalahguna sebuah kereta," kata Djaja. -AFP

'Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi''

Posted: 12 Jul 2012 07:58 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya.

NONEDalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam.

"Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu.

"Saya jumpa dan saya kata pada dia, ''selepas ini, jaga Lembah Pantai lagi ke?'' Kita perlu berbaik dengan semua orang. Itu yang diajar walaupun kita mempunyai latar belakang politik yang berbeza.

"Tetapi dia jawab ''Tidak, kalau saya jadi pegawai pilihan raya Lembah Pantai, YB tidak akan menang lagi''," kata Nurul Izzah kepada kira-kira 1,000 orang hadirin.

Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple.

Ia turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, kata Nurul Izzah berkata, beliau akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perbualannya dengan pegawai tersebut.

Katanya, tindakan pegawai tersebut bukan sahaja biadap tetapi turut tidak mempamerkan sikap SPR yang dikatakan akan melaksanakan transformasi dalam pilihan raya.

''Bolehkah anda semua bayangkan, dalam pada SPR cakap akan laksanakan transformasi, SPR sudah melaksanakan semua tuntutan BERSIH, tapi bila jumpa pegawai pilihan raya yang akan menjadi pegawai pilihan raya lagi, boleh kata ''kalau jaga Lembah Pantai YB tidak akan menang lagi''.

''Bagi saya ini tindakan yang biadap. Saya akan pastikan saya menulis surat kepada SPR tentang perbualan ini. Anda suka ke, tak suka ke parti itu, kerja perlu profesional, perlu objektif," kata Nurul Izzah lagi.

Sementara itu, majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada 'Elvis Presley Malaysia', HT Long, yang menyanyikan dua buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan berjudul 'Now or Never'. Anwar yang menghafal lirik lagu tersebut turut secara spontan naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

malaysiakini/-

Bulan kelima Pluto ditemui

Posted: 12 Jul 2012 07:46 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR menunjukkan bulan P5 (dalam bulatan) bersama empat lagi bulan yang mengelilingi planet Pluto.

WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin.

Bulan itu diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.

Ia mempunyai diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer.

Ahli-ahli astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.

Pada tahun lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet tersebut yang dikenali sebagai P4.

Bulan terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.

Dua lagi bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005.

Pluto diklasifikasikan sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Planet itu selebar 2,301 kilometer. - Agensi

Jenayah meningkat, jangan sorok fakta - Musa Hassan

Posted: 12 Jul 2012 07:41 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.

"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.

"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.

Harakah Daily

9 Anggota Polis Maut Diserang Kumpulan Militan

Posted: 12 Jul 2012 07:39 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah rumah dan mengorbankan sembilan anggota polis di timur Pakistan.

Pegawai polis, Habibur Rehman berkata, anggota polis terbabit diserang di bandar Lahore, kem latihan untuk menjadi pengawal penjara.

Tiada kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Namun, polis mengesyaki ia dilakukan oleh kumpulan militan.

Rehman berkata, anggota polis yang diserang itu direkrut dari barat laut Khyber, Pakhtunkhwa sebelum dihantar ke Lahore untuk menjalani latihan.

Barat laut Pakistan merupakan kubu utama kumpulan militan di negara itu.

mstar/-

Noh Omar beli tanah murah, buat projek udang?

Posted: 12 Jul 2012 07:38 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.

Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995.

Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

"Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

"Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya.


Beli tanah kerajaan

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal.

Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas.

Harakah Daily

Kereta Al Capone dilelong

Posted: 12 Jul 2012 07:36 PM PDT

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KERETA Cadillac V-8 yang pernah menjadi milik Al Capone.

PLYMOUTH - Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong di sini.

Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai depan.

Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).

Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan.

Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter. - Reuters

Tiada ulasan:

Nuffnang