Jumaat, 13 Julai 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

Posted: 12 Jul 2012 07:57 PM PDT

Musa Hassan : "Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'."

13 Julai 2012 - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.

"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.

"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.

Sama-sama kita membantu, insyaAllah

Posted: 12 Jul 2012 07:56 PM PDT

Ibu tunggal hidup serba kekurangan perlukan bantuan

SEREMBAN 11 Julai 2012 - Seorang ibu tunggal amat mengharapkan simpati orang ramai membantunya menjalani kehidupan seharian yang kian mendesak.

Maimunah Yusof, 47, berkata, keadaan lebih menyedihkan apabila memikirkan kedatangan Ramadan serta Syawal ini kerana dia tidak mampu menyediakan keperluan untuk anak-anak.

"Saya bersama anak perempuan pernah berlapar kerana tiada wang. Kadangkala kami berpuasa atau sekadar makan lauk telur dan ikan bilis," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Sungai Gadut, dekat sini hari ini.

Dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah dekat sini, hanya menerima gaji RM450 dan sebahagiannya diperuntukkan membayar pinjaman perumahan.

Maimunah kini menetap bersama anak bongsunya, Nurhidayah Abdullah, 8, selepas kematian suaminya pada 2003.

"Bil air dan elektrik sudah tertunggak, keadaan dalam rumah juga banyak yang rosak," jelas Maimunah yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan bagi membantu persekolahan anaknya.

"Saya pernah memohon bantuan lain dengan Baitulmal serta JKM, selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," kata ibu kepada empat anak ini.

Berikutan kesempitan wang, dia dan anaknya terpaksa mengutip tin minuman kosong serta kotak untuk mencari sesuap nasi.

"Anak saya masih kecil dan dia terpaksa melalui keperitan hidup sebegini. Saya buntu dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, masih ada jiran yang prihatin dan selalu membantu memberi makanan kepada mereka anak-beranak.

Belasah isteri 6 jam

Posted: 12 Jul 2012 07:55 PM PDT

Ini bukan kes terpencil. Semoga lebih banyak lagi agensi digerakkan untuk menangani kes-kes seperti ini yang semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan.

Belasah isteri 6 jam
13 Julai 2012

Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya.

Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.

"Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri," katanya.

Pelabur tanaman cili fertigasi di NS lapor polis dakwa ditipu

Posted: 12 Jul 2012 07:55 PM PDT

12 Julai 2012 - Sekumpulan 30 individu yang melabur dalam projek tanaman cili secara fertigasi di Negeri Sembilan mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat yang diuruskan sepasang suami isteri apabila pelaburan yang dibuat sejak tahun 2008 tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kesemua mangsa yang kebanyakannya pekerja kilang itu difahamkan melabur antara RM5,000 hingga RM50,000 seorang kepada syarikat itu untuk tanaman cili di Jempol.

Bagaimanapun, selepas mendapat keuntungan bulan pertama iaitu kira-kira RM1,500, pasangan suami isteri yang menguruskan syarikat itu mula membuat hal apabila hanya membayar separuh keuntungan selama beberapa bulan namun selepas itu, tiada lagi hasil sehingga sekarang.

Salah seorang mangsa, Mazli Ismail, 40, mereka menyedari tertipu setelah pasangan suami isteri itu mula berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan untuk membuat pembayaran selain mengelak daripada berjumpa dengan pelabur.

JOM UBAH

Posted: 12 Jul 2012 06:48 PM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang