Sabtu, 14 Julai 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Saya kesal tulisan berunsur fitnah di Malaysiakini

Posted: 13 Jul 2012 04:17 AM PDT

Saya dihujani pelbagai pertanyaan dari rakan wartawan hasil tulisan di Malaysiakini hari ini. Tulisan mendakwa kononnya ada keterlibatan saya itu, saya lihat secara tersirat 'cuba sedaya upaya mungkin' untuk mengaitkan saya dengan sesuatu salahlaku.

Tajuknya sahaja seboleh mungkin mahu memberi gambaran negetif pada saya selaku Ahli Dewan Negeri Selangor yang tidak 'bersih'. Sama seperti kes pasir yang cuba 'diadakan' sebelum ini, biarpun tiada fakta tulen masih ada pihak cuba bermain dengan bukti rekaan!

Tidak syak lagi ada 'unsur permainan 'oleh seseorang yang kurang senang dengan ketegasan saya' dan artikel di Malaysiakini saya nilai mempunyai kecenderungan besar bagi memalukan saya. Seperti wujud gerakan balas dendam secara remote! Biasanya tulisan sebegitu dimainkan oleh akhbar NST sahaja.

Biar saya betulkan fitnah itu dengan fakta seperti berikut:

1) Saya tidak terlibat sama sekali sebagai AJK dalam sebarang jawatankuasa induk pgrm ini atau jawatankuasa kecilnya apatah lagi untuk memutuskan sesuatu sebut harga dan sebagainya. Saya akui pernah hadir dua kali ke mesyuarat yang diadakan bagi tujuan mewakili Yb Exco Bukit Lanjan yang merupakan antara tiga Exco yang dipertanggungjawap melaksanakan pgrm ini

2) Individu yang dinamakan sebagai Pembantu saya, adalah sama sekali bukan pembantu atau pegawai khas saya. Beliau hanya merupakan seorang aktivis parti.

3) Penganjuran program karnival ini langsung tiada pembabitan dari saya. Saya berharap pihak Malaysiakini jangan sesekali mencari kaitan dengan niat untuk memalukan saya dalam urusan perolehan kerajaan yang anda siarkan.

Rujuklah dgn Yb Ronnie Liew kerana beliau pengerusi karnival. Kelihatan tulisan Malaysiakini berasaskan 'satu cerita rekaan' oleh seseorang yang mungkin ada dendam dengan saya. Nampaknya 'orang lain yang makan nangka saya pula terkena getahnya'

Saya tidak teragak agak mengambil tindakan saman kepada mana mana pihak yang cuba memfitnah saya. Jesteru Malaysiakini diseru membetulkan artikel itu dengan segera!

Shuhaimi


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang