Sabtu, 14 Julai 2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Oren ...aman

Posted: 14 Jul 2012 12:46 AM PDT

NONE
Malaysiakini : Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.

Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.

Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.  

NONE
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut.

Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.
NONE

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Tiada ulasan:

Nuffnang