. |
- Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana
- Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana
- Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana
- Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren
- Himpunan Oren
- Hudud dan politik - Presiden PAS
Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana Posted: 14 Jul 2012 02:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad. (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori) Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal. (Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung) Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang. Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara. Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu. (Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka) Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/11672-memo-bantah-penyenaraian-fgvh-diserah-kepada-istana | ||
Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana Posted: 14 Jul 2012 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad. (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori) Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal. (Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung) Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang. Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara. Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu. (Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka) Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/11672-memo-bantah-penyenaraian-fgvh-diserah-kepada-istana | ||
Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana Posted: 14 Jul 2012 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad. (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori) Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal. (Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung) Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang. Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara. Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu. (Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka) Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/11672-memo-bantah-penyenaraian-fgvh-diserah-kepada-istana | ||
Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren Posted: 14 Jul 2012 02:40 AM PDT Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara. Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara dua buah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. Wakil berkenaan, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan peserta Himpunan Oren kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman. Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini. [Berita penuh menyusul] Source: http://www.malaysiakini.com/news/203638 | ||
Posted: 14 Jul 2012 02:37 AM PDT Peserta perhimpunan dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan daripada mereka dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut. FMT ALERT KUALA LUMPUR: Seramai lima ribu orang menyertai 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu. Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut. Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin NGO dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang. Peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, pintu 3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer. Perarakan itu berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada pintu 3 Istana Negara dan hanya lapan wakil sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum. Mohon Agong campurtangan Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda. Perhimpuan itu merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian FGVH di mana saham-sahamnya telah pun diapongkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu. Selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 NGO lain turut menyertai perhimpunan tersebut. Semalam pihak polis memberi lampu hijau untuk perhimpunan tersebut dengan beberapa syarat.Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong semalam. Memorandum, yang diserahkan itu mengandungi tuntutan lapan perkara iaitu meminta pemecatan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, membatalkan pinjaman bank peneroka, membatalkan cagaran tanah Felda Plantations, menyelesaikan tuntutan peneroka, menghapuskan hutang peneroka, melindungi tanah peneroka, memberi jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga serta membubarkan Felda Plantations dan membuka Felda baru untuk generasi baru Felda. MENYUSUL LAGI Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/14/lima-ribu-sertai-himpunan-oren/ | ||
Hudud dan politik - Presiden PAS Posted: 13 Jul 2012 08:22 AM PDT Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad. Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah. Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah. Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam. Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi. Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya. Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno. DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno. Presiden PAS
Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/11655--hudud-dan-politik |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan