Selasa, 17 Julai 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


YB Dr Halimah buat lawatan PULAU KETAM

Posted: 17 Jul 2012 08:41 AM PDT

 16.7.12
Pulau Ketam
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali membuat lawatan rasmi ke Pulau Ketam. Dimulakan sebelah paginya dengan mengunjungi tadika dan sekolah-sekolah dengan memberi sedikit cenderahati kepada guru dan pelajar tadika.
Ini sebagai sentuhan peribadi beliau yang mahu melihat penduduk Bagan Pulau Ketam menitik berat tentang pendidikan.
 Beliau mendapati ramai pelajar di kawasan yang agak terpencil di pulau ini agak ketinggalan dalam pelajaran. Lebih ketara di peringkat menengah dimana ramai yang sudah mula ponteng sekolah dan memilih untuk membantu ibubapa mereka yang majoritinya nelayan.

Galakkan dan perhatian daripada pemimpin diharapkan memberi suntikan semangat dan kesedaran kepada ibubapa dan guru supaya anak-anak dibudayakan dengan ilmu untuk menentukan masa depan yang lebih cerah.
 Di sebelah petang program mesra rakyat memberi bantuan beras dan barang dapur kepada 250 orang miskin, ibu tunggal dan yang sakit.
ADUN Selat Klang juga menyampaikan bantuan sekolah daripada kerajaan Selangor kepada SJKC Hwa Lien RM120ribu, 4 tokong , bantuan skim mesra usia emas. Kemudian beliau melawat tapak pembinaan jalan konkrit sepanjang 160m menggantikan jalan papan dan memantau jalan Sg Satu yang telah siap di bina.
Beliau juga bersama dengan Ketua kampung CHA KENG LEE dan Song Soon Guan , ahli MAJLIS MPK dan pimpinan pakatan rakyat melihat projek pagar bagi melindung orang dari pada jatuh ke bawah kerana jalan yang boleh memuatkan pejalan kaki dan penunggang basikal boleh menyebakan seseorang jatuh ke bawah jambatan yang berupa air loaut apa bila air pasang.

YB Dr Halimah juga meyaksikan demonstrasi oleh pasukan sukarela BOMBA dan menyelamai sendiri keperluan pasukan penting ini kerana tidak ada balai bomba di Pulau Ketam yang diurus oleh kerajaan. Beliau meluangkan masa mendengar rintihan mereka yang bersifat sukarela tetapi memainkan peranan penting seandainya terjadi kebakaran. 

Kemudian beliau melawat pejabat ahli mahlis MPK , menyantuni pendudk warga emas berumur 102 tahun yang masih sihat dan boleh berjalan.

 Sebelah malam pula di sulami dengan solat maghrib dan isya' berjemaah, baca Yasin dan solat hajat di BALAI ISLAM PULAU KETAM. Kemudian selepas makan mereka bermesyuarat pakatan rakyat yang dipengerusi oleh YB Dr Hjh Halimah dan disertai oleh semua pengerusi PAS, DAP dan PKR Pulau Ketam.
 Rombongan beliau bermalam di situ dan diakhiri esoknya dengan penyerahan bendera gergasi PAS kepada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pulau Ketam yang juga merupakan Ketua Kampung dan Mr Song







Tiada ulasan:

Nuffnang