Selasa, 17 Julai 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH

Posted: 17 Jul 2012 12:18 AM PDT

Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program )  013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau)  012-2268230

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Penolong Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70

PM dulu rujuk ulama, PM sekarang rujuk siapa?

Posted: 16 Jul 2012 07:23 PM PDT

PM dulu rujuk ulama untuk menentukan sesuatu tarikh yang penting seperti tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. PM sekarang rujuk siapa untuk tentukan tarikh pilihanraya?

Hanya PM tentukan tarikh PRU-13
Kosmo 17 Julai 2012

KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi berpendapat, perlembagaan sudah menyebut bahawa Perdana Menteri akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

"Hak untuk menentukan tarikh pilihan raya ialah Perdana Menteri manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pembuangan undi," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

ABDULLAH FAHIM PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA

Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Badawi, dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuian ialah pada 31 Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam bahasa Arab adalah 'Am Khir Atana' yang bermaksud 'Tahun Baik Datang Kepada Kita'.

Sumber :

Satu Rumah , Satu Pistol

Posted: 16 Jul 2012 07:22 PM PDT

Apakah akan ada cadangan 1Rumah, 1Pistol selepas ini untuk mencegah jenayah yang berleluasa? Dulu bila kes ragut banyak dijalanan, maka diarahkan ramai polis buat rondaan di jalanan. Bila kes rompak banyak ditempat letak kereta, ada cadangan tempatkan anggota Rela di tempat letak kereta.

Cedera halang isteri dinoda
Harian Metro 17 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan isteri daripada dinodai, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya menentang sekumpulan perompak bersenjatakan parang apabila seorang daripada penjenayah itu mengoyak pakaian isterinya selepas mereka merompak rumahnya di Segambut, di sini, kelmarin.

Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu menyebabkan dia cedera dipukul perompak, tetapi berjaya menghalang isterinya daripada menerima nasib lebih buruk apabila kumpulan penjenayah berkenaan beredar bersama hasil rompakan, termasuk wang tunai lebih RM5,000 serta barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba kerana bimbang kekecohan akibat pergelutan itu akan menyebabkan jiran menyedari kehadiran mereka.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya yang berusia awal 20-an serta ibunya berusia lewat 40-an, berada di ruang tamu rumah apabila lima lelaki menceroboh masuk jam 3.30 petang.


Polis Latih Pengawal Keselamatan Pusat Membeli-Belah
Mstar Julai 16, 2012

PUTRAJAYA: Lebih 25,000 pengawal keselamatan di pusat membeli-belah di seluruh negara akan menerima latihan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha kerajaan menangani kes jenayah di premis berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata modul latihan akan dibangun secepat mungkin berdasarkan modul latihan polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Sumber :

Semua Dijemput Hadir

Posted: 16 Jul 2012 07:21 PM PDT


Bahana PTPTN?

Posted: 16 Jul 2012 01:55 AM PDT

Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar
Aduan Rakyat - 16 Julai 2012

Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu.

Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.

Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.

Hari ini, para pelajar tahun akhir dimaklumkan yang mereka perlu mengeluarkan kos untuk 2 semester jika ingin menamatkan pengajian di kolej baru. Ini disebabkan wang pinjaman PTPTN yang telah disalurkan ke kolej ICHS pada awal tahun telah habis dibelanjakan sewenang-wenangnya. Kini, saya mewakili pihak ibu bapa pelajar, rasa terbeban memikirkan kami perlu menyediakan hampir RM9000 untuk tujuan pemindahan kolej ini.

Para pelajar terpaksa melunaskan PTPTN walaupun bukan mereka yang membelanjakan duit tersebut. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga yang sederhana. Saya amat berharap pihak UMNO dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini. Perlu ada tindakan ke atas pengurusan kolej ini yang telah makan duit pelajar-pelajar ini.

Hingga kini, masih tiada penyelasaian dan kata putus. Pihak Kementeria Pengajian Tinggi juga tidak dapat memberi jawapan untuk masalah ini. Perhatian dan tindakan segera pihak tuan amat saya hargai. Saya cuma berharap masa depan dan harapan para pelajar untuk berbakti sebagi jururawat di negara kita tidak terbantut di tengah jalan. Bantulah saya mempetahankan hak mereka.

Terima Kasih.

By: Nurliza

Tiada ulasan:

Nuffnang