Mohamad Taufek Abd Ghani |
Pembeli rumah desak pemaju selesaikan masalah CF Posted: 30 Jul 2012 01:02 AM PDT 30 Julai 2012 Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. SENAWANG – Suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri dua minggu lagi mungkin suram kepada pembeli rumah Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Senawang, apabila hasrat mereka untuk mendiami rumah baru masih tidak kesampaian apabila pemaju masih gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF). Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang berita gembira buat pembeli rumah terbabit. "Kalau ikutkan perjanjian kami dapat menduduki rumah ini selepas dua tahun. Adalah menjadi hasrat saya untuk menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun ini di rumah baru ini. "Anak saya juga mahu berkahwin dan menjadi impian saya untuk adakan majlis perkahwinan anak saya di rumah baru ini, tetapi semua impian saya ini sudah terbantut kerana rumah tidak boleh didiami tanpa CF. "Saya ada hubungi pemaju beberapa kali dan bertanya status rumah ini, tetapi pemaju meminta saya bersabar", kata Abu Bakar Ujang yang berusia 59 tahun. Zurina Maxtar, 34 pula membuat keputusan drastik dengan menduduki rumah ini sejak sebulan yang lalu walaupun rumah ini masih belum memiliki CF. `Tinggal di rumah sewa' "Saya terpaksa mengambil keputusan ini kerana tidak mampu lagi menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi dan perlu membayar sewa rumah lain. "Saya tiada pilihan lain kerana gaji saya sudah dipotong untuk bayar ansuran rumah. Pada masa yang sama saya dan suami terpaksa membayar duit sewa rumah jika terus tinggal di rumah sewa. "Kami sudah putus asa dan oleh sebab itu kami mengambil keputusan nekad untuk berpindah ke rumah baru ini walaupun rumah ini belum mempunyai bekalan air dan CF", jelas Zurina. Mehrad Sulaiman, 41, berharap ada pihak yang dapat campur tangan menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini". Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) berkata beliau difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan CF kepada pemaju kerana ada masalah lereng bukit yang pemaju perlu selesaikan terlebih dahulu di lorong 7 hingga 10. "Walaubagaimanapun pemaju pula berkata lereng bukit yang bermasalah (hakisan tanah) itu berada di luar kawasan perumahan yang mereka bangunkan. "Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pemaju dapat duduk berbincang dan selesaikan masalah ini dengan segera demi kepentingan pembeli rumah. "Rata-rata pembeli rumah yang menemui saya menghadapi kesukaran kewangan apabila terpaksa membayar pinjaman perumahan kepada pihak bank dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar sewa rumah kerana masih tinggal di rumah sewa sementara rumah baru ini boleh diduduki", kata Mohd Taufek. |
Sesuaikah Hospital Rembau dibina di kawasan industri? Posted: 29 Jul 2012 07:16 PM PDT Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita akan dapat menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses ayam atau kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit atau sungai berhampiran. Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas tanah industri yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang berhampiran untuk mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan mematuhi peraturan pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan buangan dan sebagainya? Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa sangsi akan tahap pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja yang lalu jalan utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang menyenangkan apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu pagi. BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun lalu membawa pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan mereka. SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. enteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million. BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Nota : 1 ekar = 43,560 kaki persegi 1 hektar = 2.47105 ekar 1 hektar = 107639.104 kaki persegi |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan