:: cina islam | 2011 :: |
- Buat senjata di tepi sawah padi
- Muzium piza terbesar dunia dibina
- Polis patut minta izin sebelum periksa A&W
- Guna wang derma untuk tiba di London
- Bapa tembak dua anak, kemudian bunuh diri
- Gempa bumi gegar Mexico.
- Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS
- Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan
- 32 mati selepas kereta api ekspres terbakar
- 'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati
- Ramadhan bulan mujahadah mencapai taqwa
- 40 mercun bola meletup sekali
- Operasi cegah jenayah wajib diperluas
- Mabuk sebelum waktu sahur
- Pas pastikan Selangor kekal
- Ganja seberat 2.24 tan disembunyi dalam dua kubur
- Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry
- Syria tidak akan guna senjata kimia
- Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini
- Rohingya, ISA dan keterbukaan Mat Sabu
- MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan
- Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam
- Operasi Mencari Mangsa Kelima Krew Kapal Bunga Alpina Diteruskan
- Logo Merdeka: Rais Yatim malukan Najib
- BM-Premium B IP BM-Premium C IP PAS alukan pimpinan Sabah kalau mahu bersama
Buat senjata di tepi sawah padi Posted: 30 Jul 2012 12:41 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina. Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang remai menempah senjata api. "Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya. Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh. BEBERAPA orang bekerja di sebuah kilang senjata haram di Danao pada 8 Julai lalu. Ketika ini, semua pengawal peribadi di Filipina membawa senjata api sama ada pistol atau senapang patah. Senjata api merupakan fenomena biasa yang boleh dilihat di pasar raya, pejabat pemerintah, bank, restoran dan sekolah. Senjata api haram di negara ini hanya dibawa oleh anggota-anggota kumpulan penjenayah, kumpulan pemisah Islam dan komunis. Ia turut dibawa oleh ahli politik yang mempunyai askar-askar peribadi. SELARAS senjata api diuji di sebuah kilang haram di Danao pada 8 Julai lalu. Seorang bekas pemilik kilang senjata haram, Elmer Genzon, kini bekerja di kilang pembuat senjata yang telah didaftarkan, Shooters Arms Manufacturing, 25 kilometer dari sini. "Kami tidak lagi bimbang tentang serbuan polis dan kami mempunyai pendapatan yang stabil, ditambah sedikit kekayaan dan manfaat sosial," katanya yang berusia 33 tahun. Senjata-senjata itu ada yang dieksport ke Amerika Syarikat, Australia, Itali dan Thailand. Pemilik sebuah kilang itu, Romulo de Leon III merupakan generasi kedua penjual senjata api. Kilangnya kini mengeluarkan kira-kira 20,000 senjata api setahun. Dia mahu mengembangkan perniagaannya ke Eropah Timur dan Amerika Selatan. - Reuters |
Muzium piza terbesar dunia dibina Posted: 30 Jul 2012 12:39 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Antara barangan berkaitan piza yang dipamerkan di Muzium Pizza Brain, Philadelphia, Amerika Syarikat. - Agensi PHILADELPHIA 29 Julai - Sebuah muzium piza bakal dibuka di sini bermula bulan depan, sekali gus menjadi muzium piza terbesar di dunia yang mempamerkan beratus-ratus barangan berkaitan makanan Itali itu yang telah dikumpul sejak bertahun-tahun lalu. Muzium Pizza Brain yang mempunyai slogan 'Tingkatkan Kepingan', dibuka oleh Brian Dwyer dan rakan-rakannya dengan bantuan laman web kewangan Kickstarter yang berjaya mengumpul dana untuk digunakan dalam projek tersebut. Muzium yang turut menempatkan restoran itu akan menjadi tempat simpanan bagi beratus-ratus koleksi peralatan berkaitan dengan piza seperti majalah, alat permainan, iklan, komik dan pemotong piza yang telah dikumpul oleh Dwyer sejak sekian lama. Malah, usaha Dwyer itu turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records pada Julai tahun lalu. Dia memiliki lebih 500 koleksi barangan piza yang tidak akan dipamerkan sekali dalam satu-satu masa. Sebaliknya, dia merancang untuk mempamerkan koleksinya secara bergilir-gilir agar pamerannya sentiasa kelihatan segar dengan barangan piza yang berlainan. - AGENSI |
Polis patut minta izin sebelum periksa A&W Posted: 30 Jul 2012 12:31 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seorang pengurus restoran makanan segera A&W berpandangan bahawa pihak polis perlu meminta kebenaran sebelum melakukan tugas dalam sesebuah premis. Nasir Abd Ghani, 41, (gambar) berkata, pihak polis langsung tidak meminta kebenaran daripada mana-mana kakitangan A&W Cahaya Suria, berdekatan Puduraya untuk melakukan pemeriksaan ke atas pelanggan yang sedang menikmati hidangan mereka. "Sepatutnya polis minta kebenaran atau berjumpa dengan saya sebelum melakukan tugas mereka. Tapi polis tidak berbuat demikian. Kalau nak masuk makan atau minum, tidak mengapalah. Tapi kalau nak masuk buat pemeriksaan, sepatutnya kena tunjuk identiti mereka dahulu," kata beliau pada pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Saksi ke-19 itu memberitahu, kira-kira jam tujuh malam, sekumpulan polis mengetuk pintu premis yang berkunci. Selepas berbincang dengan kakitangan tidak sampai lima minit, beliau mengarahkan kakitangan membuka pintu. "Selepas pintu dibuka, polis terus meluru ke arah meja-meja pelanggan tapi saya berada di belakang jadi tak nampak apa yang berlaku cuma saya dengar suara orang meninggi," katanya. Beliau juga berkata, polis turut memarahi kakitangannya kerana lambat membuka pintu. "Seorang kakitangan mengadu pada saya dia dimarahi polis kerana lambat buka pintu dan dia minta untuk terus pulang ke rumah," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen harakahdaily/- |
Guna wang derma untuk tiba di London Posted: 30 Jul 2012 12:26 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - GUANMING mengayuh beca roda tiganya di Chinatown, London kelmarin. LONDON - Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya selama dua tahun ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik. Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut. Dia tiba di London dengan menaiki feri dari Perancis pada 6 Julai lalu. Guanming memulakan perjalanannya sejauh 60,000 kilometer itu pada April 2010 dari kampungnya di wilayah Jiangsu. Sebanyak 16 buah negara telah dilaluinya sepanjang perjalanannya itu. Guanming berkata, dia tidak pernah ke luar negara sebelum memulakan perjalanan ke London. "Saya datang untuk memberi sokongan kepada peserta dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan sukan," katanya. Guanming juga sempat mencari tiket untuk menyaksikan majlis pembukaan sukan tersebut. Beca roda tiga miliknya dipenuhi dengan barang-barangnya. Terdapat gambar yang menunjukkan dia berada di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Menara Eiffel di Paris. Guanming menyatakan dia teruja untuk datang ke sini selepas majlis penutup Sukan Olimpik di Beijing, China pada 2008. Pengalaman paling buruknya ialah semasa mengembara ketika banjir melanda Thailand. Menurutnya, dia juga terperangkap dengan cuaca sejuk di Turki. Seorang broker Britain, John Beeston yang boleh bercakap bahasa Mandarin berkata, dia menemui Guanming yang sesat di bandar raya ini pada 9 Julai lalu. Dia juga berusaha menbantu Guanming untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan majlis perasmian sukan tersebut. Antara negara yang pernah dilaluinya dengan beca tersebut ialah Vietnam, Pakistan dan Itali. "Saya berasa gembira kerana dapat datang ke London," katanya. Dalam tempoh sebulan atau dua lagi, dia merancang untuk menaiki kapal ke Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil. - Agensi |
Bapa tembak dua anak, kemudian bunuh diri Posted: 30 Jul 2012 12:18 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - WORCESTER, Massachusetts - Seorang lelaki yang baru-baru ini berpisah daripada isterinya, menembak dua anaknya, menyebabkan anak perempuan berusia tujuh terbunuh manakala seorang lagi kritikal. Lelaki itu kemudian membunuh diri, kata pihak berkuasa kelmarin. Seorang anggota keluarga memanggil polis lewat malam kelmarin selepas menemui mayat Daryl Benway, yang berusia 41 tahun dan anaknya Abigail, di bilik tidur utama di rumah dua tingkat mereka di Oxford dekat sini, kata Peguam Worcester, Joseph Early Jr. Anak lelakinya, Benway, 9, ditemui di dapur dengan kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Pusat Perubatan Kanak-kanak UMass Memorial untuk rawatan. Semalam, jurucakap Early berkata, keadaannya kritikal tetapi tidak memberi maklumat lanjut. sinar harian/- |
Posted: 30 Jul 2012 12:13 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - WASHINGTON 30 Julai - Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Rithcer berlaku di pantai Pasifik Mexico yang terletak berhampiran sempadan Guatemala semalam, tetapi tiada laporan kerosakan dilaporkan. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada pukul 6.22 pagi (12.22 tengahari waktu tempatan) kira-kira 28 kilometer dari arah barat daya Suchiate, Mexico. Pusat gempa berada pada kedalaman 35 kilometer. Pada 20 Mac lalu, satu gempa bumi berukuran 7.4 skala Rithcer menggegarkan barat daya Mexico dan mengorbankan dua orang selain mencederakan 13 lagi. Ia juga meranapkan beribu-ribu buah rumah. - AFP |
Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS Posted: 30 Jul 2012 12:10 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin. (Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu) Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban. Mustapah bersara pada tahun lepas. Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban. Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby. harakahdaily/- |
Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan Posted: 30 Jul 2012 12:01 AM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS. "4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya. "Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi. Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama. Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak. "Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam. Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi. "Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby. Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu. Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan. Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung. "Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby. Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam. "Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama." kata Abby ringkas. malaysiakini/- |
32 mati selepas kereta api ekspres terbakar Posted: 29 Jul 2012 11:53 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - HYDERABAD 30 Julai - Seramai 32 orang disahkan maut apabila sebuah gerabak kereta api penumpang terbakar ketika dalam perjalanan ke Chennai di selatan India. "Sebanyak 22 mayat telah dikeluarkan dari gerabak," kata pentadbiran kanan di pejabat daerah Nellore, Madhusudan Sarma kepada AFP. - AFP |
'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati Posted: 29 Jul 2012 11:49 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin. Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab. Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik. "Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia," katanya. Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan. Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu. Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis. Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu. "Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak," katanya. sinar harian/- |
Ramadhan bulan mujahadah mencapai taqwa Posted: 29 Jul 2012 11:46 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1433 Hijrah ini, Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) atau 'Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah' ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah rezeki oleh Allah s.w.t bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Dengan itu, kami menyeru seluruh umat Islam agar menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesedaran bahawa ia adalah suatu bulan mujahadah bagi mencapai taqwa melalui latihan kerohanian dan ketahaan terhadap dugaan syahwat yang pelbagai serta peningkatan ilmu terhadap inti Al-Quran serta menambahkan bacaannya. Allah s.w.t menyebut : شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان Ertinya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterengan dari pentunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah). (Al-Baqarah: 185) Sempena bulan Ramadan, bulan tarbiah dan perjuangan ini kami ingin menegaskan hal berikut :- 1. Menyeru para ilmuan Islam dan masyarakat awam agar kembali memikir dan berusaha memberikan fokus serta penelitian terhadap amalan dan isu-isu yang paling utama di bulan Ramadan seperti :- a) Meraih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Hal ini ternyata dengan sangat jelas melalui arahan Allah dan RasulNya. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang seseorang dari mencapai target ini perlu diberikan perhatian yang lebih utama. b) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Allah menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebatkan. c) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi sallallhu 'alaihi wasallam berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya. d) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan. 2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, menghulurkan membantu kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua yang memerlukan di Malaysia atau di luar Negara khususnya di Negara yang sedang bergolak seperti di Syria dan Rohingya, Burma. Mereka sedang menderita di tangan orang-orang zalim dan pihak pelampau sehingga menghadapi penderitaan dan kesukaran mempertahankan nyawa dan maruah selain penderitaan mendapatkan sesuap makanan, turut terganggu peluang untuk menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan ini. Tidak ketinggalan juga menyeru agar kita mempergandakan doa bagi pembebasan bumi Palestin dan Al-Quds Al-Syarif yang diberkati. 3. Kami juga mengajak semua pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing untuk melakukan penelitian terhadap amanah masing-masing dan keadaan semua yang di bawah tanggungjawab mereka, mengenalpasti punca kelemahan dan masalah serta penyelesaian dengan ilmu dan keinsafan. Justeru, tingkatkanlah amalan syura melalui konsultansi dan perbincangan dengan mereka yang bawah agar keadilan dapat ditegakkan dan mkanura dengan melakukan konsultansi dengan merekayang diap makananengembalikan keharmonian. 4. Mendesak dan menyeru pihak berwajib di Malaysia agar menyatakan teguran kepada pihak kerajaan Burma atas kezaliman terhadap masyarakat Muslim di Burma dapat ditamatkan dengan segera. Tindakan seperti ancaman menyekat hubungan diplomasi di antara Negara juga wajar dilakukan jika hal tersebut dibiarkan berterusan. 5. Menyeru diri kami sendiri, para ulama, golongan ilmuan agama dan masyarakat awam agar menghormati perbezaaan pandangan dan ijtihad dengan menjauhi perdebatan secara melampau dan cercaan dalam membincangkan hal-hal seperti perkara-perkara yang membatalkan puasa, jumlah rakaat solat terawih dan lain-lain hal yang diperbezakan halnya di kalangan ulama sejak dahulu. Ini adalah kerana dibimbangi, perdebatan dan kekasaran kata-kata mampu mencarikkan tuntutan penjagaaan ukhuwwah, lidah, mulut dan mengundang kemarahan di bulan yang mulia ini. 6. Menyeru kepada seluruh masyarakat agar mempertingkatkan kualiti diri di bulan Ramadan dan bukan dijadikan alasan tidak produktif. Ramadan bukan sama sekali suatu bulan yang patut dijadikan alasan penghalang produktiviti kerja. Begitu juga amat perlu menjauhi pembaziran dan pemborosan dalam makanan dan penggunaan masa. 7. Menyeru masyarakat awam mengambil peluang gandaan pahala di bulan ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah khusus serta peluang nasihat menasihati dengan cara yang terbaik dan disenangi melalui akhlak mulia. Menjauhi sangkaan buruk dan mendahulukan sangkaan baik terhadap sesama Muslim. 8. Bagi memastikan kita mampu mencapai keampunan Allah dan rahmat apabila tamat Ramadan nanti, kami menyeru diri kami dan semua umat Islam agar menginsafi apa jua hak orang lain yang dirampas, tubuh yang dipukul, harta yang diambil tanpa izin, hutang yang sengaja dilewat dan tidak dibayar, maruah yang dicorek melalui perkataan dan fitnah, sihir yang dikenakan ke atas orang lain serta apa jua kezaliman yang dilakukan agar segera ditamatkan atau dipulang semula harta yang diambil. 9. Kami turut menyeru umat islam agar menjauhi hutang tanpa keperluan di bulan mulia ini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan harta yang dipunyai. Membebankan diri dengan hutang tanpa keperluan mendesak boleh membawa kemudaratan di kemudian hari. Sekian Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) 1 Ramadan 1433 H Ahli MURSHID : 1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat) 2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi) 3. Dr. Zahazan Mohamed 4. Dr. Maszlee Malek 5. Dr. Abd Basit Abd Rahman 6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar 7. Dr. Khairuddin Aman Razali 8. Dr. Sukki Othman 9. Ustaz Roslan Mohammad 10. Ustaz Zamri Zainuldin 11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan 13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim 14. Ustaz Aizam Mas'ud 15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato' Fadzil 17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang 18. Ustaz Ramadan Fitri Elias 19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim 20. Xifu Naseer Abd Rahman harakahdaily/- |
Posted: 29 Jul 2012 11:41 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - ALOR SETAR "Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan ini dan sebaik sumbu sebiji mercun bola yang dibakar terjatuh ke dalamnya, semua mercun itu meletup. "Saya dapat rasakan kesan letupan menyambar muka saya, manakala Tuah terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Mohd Sohibullah Saad, 27, yang berkemungkinan buta mata kiri selepas bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat Simpang Empat, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8, yang berada berdekatan Sohibullah, mengalami kecederaan parah di dahi dan badan. Difahamkan, ketika kejadian Sohibullah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, dikatakan bermain mercun bola seorang diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi Tuah yang kemudian menyertainya. Mercun bola itu dibeli Sohibullah di bazar Ramadan di Tandop, di sini, dua hari lalu dan merancang bermain bersama Tuah sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang kelmarin. metro/- |
Operasi cegah jenayah wajib diperluas Posted: 29 Jul 2012 11:38 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL) menyambut baik usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mencegah jenayah melalui operasi yang dimulakan di Bangsar sejak hari pertama Ramadhan tahun ini. PR KL turut difahamkan operasi di Lembah Pantai ini melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk, dan akan diluaskan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut. Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung. Oleh itu, PR KL berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan parlimen ini sahaja. Seperti yang dibangkitkan YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), hingga Januari 2011 kurang dari 14% dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8% di Jabatan Siasatan Jenayah, 4% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil). Dari sudut ini, tindakan PDRM mengerah anggota polis dari Bukit Aman dan FRU dalam operasi cegah jenayah ini adalah satu langkah yang positif dan harus diperluas. Maka PR KL turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula (retrain) dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah. PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak. Apapun, diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya. YB Nurul Izzah Anwar - Ahli Parlimen Lembah Pantai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak YB Dr Tan Seng Giaw - Ahli Parlimen Kepong YB Tian Chua - Ahli Parlimen Batu YB Tan Kok Wai - Ahli Parlimen Cheras YB Teresa Kok - Ahli Parlimen Seputeh YB Fong Kui Lun - Ahli Parlimen Bukit Bintang YB Lim Lip Eng - Ahli Parlimen Segambut Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa harakahdaily/- |
Posted: 29 Jul 2012 10:57 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Akibat terlalu panik, seorang lelaki yang sedang leka minum arak lari lintang pukang apabila pusat hiburan dikunjunginya diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi semalam. Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu berjaya ditangkap anggota penguatkuasa ketika Operasi Cegah Jenayah Syariah yang dijalankan kira-kira 12.30 tengah malam dan berakhir 3 pagi. Lelaki itu antara dua individu yang ditahan daripada 30 orang diperiksa dalam serbuan ketiga buah premis di Batu Berendam dan Melaka Raya oleh 20 anggota penguatkuasa diketuai Ketua Operasinya, Zulkifli Zainal. Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, sebanyak 28 saman dikeluarkan dalam operasi dilakukan dengan kerjasama polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu. "Seramai 30 umat Islam termasuk 24 wanita berusia 17 hingga 50 tahun dikenakan tindakan atas beberapa kesalahan jenayah syariah, iaitu lima orang meminum arak, selain 24 wanita berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Manakala, seorang lelaki ditahan atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita. "Dua daripada mereka ditahan termasuk lelaki yang cuba melarikan diri. Manakala, selebihnya dikenakan saman supaya hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Rahimin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 50, Seksyen 71 dan Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 sinar harian/- |
Posted: 29 Jul 2012 10:17 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan. "Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13. Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor. "Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya. HARAKAHDAILY/- |
Ganja seberat 2.24 tan disembunyi dalam dua kubur Posted: 29 Jul 2012 09:41 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - MEXICO CITY: Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata Kementerian Pertahanan, kelmarin. Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya. Tentera Mexico berkata, jumlah dadah yang ditemui seberat 2.241 tan. Ciudad Camargo terletak kira-kira 775 kilometer di utara bandar Mexico, di selatan Sungai Grande, iaitu sungai yang memisahkan sempadan antara Tamaulipas di Mexico dan Texas di Amerika Syarikat. Kawasan di sekitar Ciudad Camargo adalah daerah paling berbahaya di negara itu, kerana sering berlaku pertempuran sisa kartel dadah Gulf dengan kumpulan separa tentera Zetas untuk merebut laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika Syarikat yang menguntungkan. - AFP |
Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry Posted: 29 Jul 2012 09:35 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Terkilan dengan Pejabat Menteri Besar Perak kerana telah beberapa kali cuba mendapatkan pengesahan temu janji dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melalui pembantu peribadi Menteri Besar (PA) tetapi selalu sahaja tidak kesampaian niat untuk menyampaikan masalah rakyat seperti saya. Ini kerana jawapannya adalah MB tidak ada atau MB ada urusan penting di luar walaupun cuba setiap hari Isnin di dalam berberapa bulan ini untuk mendapatkan pengesahan temu janji untuk rakyat pada setiap hari Selasa yang dikhaskan bagi rakyat bertemu janji itu. Dalam hal sebegini saya terkenangkan betapa mudahnya membuat temu janji dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini di mana kadang kala kita tidak bersusah payah membuat temu janji cukup sekadar menanti beliau di pejabatnya tepat pada pukul 8.00 pagi sudah memadai dan dilayan dengan baik. Beliau adalah contoh yang terbaik untuk mata rakyat Negeri Perak bukan sahaja sikapnya yang suka merendah diri tetapi menghormati tetamu terlebih lagi orang kampung yang datang untuk sesuatu hal atau hajat dan selalunya hajat kita tidak pulang dengan tangan kosong. Sebagai pemimpin tunjukkanlah contoh yang mampu menarik hati rakyat tidak kira status atau kedudukan seseorang itu kerana jangan lupa kedudukan para pemimpin juga akan ditentukan oluh rakyat atau lebih tepat lagi orang kampung seperti kami ini. Jangan hanya bertopeng apabila ada media baru tunjuk lagak baik dan prihatin agar nampak terserlah tetapi nilaiannya rakyat sendiri akan tahu dan akan terjemah di dalam PRU13 nanti HARAKAHDAILY/- |
Syria tidak akan guna senjata kimia Posted: 29 Jul 2012 09:10 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - IMEJ daripada laman YouTube menunjukkan sebuah kereta kebal dinaiki anggota-anggota kumpulan pemberontak di Aleppo semalam. TEHERAN - Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem berkata, negaranya tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas para pemberontak. Beliau juga menyatakan kumpulan pemberontak akan kalah dalam pertempuran yang berlaku di Aleppo, Syria. Walid berkata demikian pada satu sidang akhbar dengan rakan sejawatannya dari Iran, Ali Akbar Salehi di sini. "Kami telah berdepan dengan kempen kotor media oleh negara-negara Arab dan Barat sejak beberapa hari lalu. "Namun, tidak seperti Israel dan pertahanan nuklearnya, kami menentang sebarang kemusnahan besar-besaran dan menghormati peraturan antarabangsa," katanya. Beliau turut memberitahu pemberita bahawa Iran dan Syria bersetuju bahawa terdapat agenda tersembunyi dalam plot menentang Syria. Menurutnya, rejim Zionis bertindak sebagai perancang utama dan ketua provokasi plot tersebut. "Syria bertekad untuk memerangi plot itu dan mengalahkan pihak penghasut dan tentera pengganas termasuk di Aleppo," katanya. Beliau berkata, sebahagian pemberontak yang ditangkap merupakan anggota Al-Qaeda. "Sebahagian mereka masuk ke dalam negara Syria menerusi Turki, terdapat juga kumpulan penduduk Libya dan Tunisia datang dari Mesir dan sebahagian penduduk Iraq dari Al-Qaeda," jelasnya. Menteri itu turut memberi amaran Qatar, Arab Saudi dan Turki supaya tidak mengikuti langkah Israel. Sementara itu, tentera Presiden Bashar Al-Assad melancarkan siri pengeboman di kawasan perumahan di bandar Aleppo bagi menguasai bandar kedua terbesar di negara tersebut, kata beberapa aktivis. Dalam perkembangan yang berkaitan, Majlis Kebangsaan Syria yang merupakan kumpulan pemberontak meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan situasi di Aleppo. Jordan semalam membuka kem pelarian pertama untuk penduduk Syria. Kem itu terletak di Mafraq di sempadan Syria yang boleh menempatkan 120,000 pelarian. Lebih 12,000 pelarian Syria dilaporkan mendapatkan perlindungan di Algeria. Pergolakan di Syria berlaku sejak Mac tahun lalu menyebabkan lebih 19,000 orang telah terbunuh. Kumpulan pemberontak menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan - Agensi |
Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini Posted: 29 Jul 2012 08:55 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 7 waktu yang saya maksudkan tu adalah: 1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan. 2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas. 3. Selepas memakan buah-buahan. 4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie). 5. Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit. 6. Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan. 7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan. Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda. Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya. Selamat Mencuba! Sumber FB:myberita |
Rohingya, ISA dan keterbukaan Mat Sabu Posted: 29 Jul 2012 08:36 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Ramadan melewati fasa 10 hari pertama. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana azam untuk menyempurnakan amalan-amalan wajib, juga melipatgandakan tuntutan sunat, selain bertadarus, tarawikh, sedekah, menaja berbuka puasa, berbuat baik dengan ibu bapa, famili dan umat seluruhnya? Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya tempoh keemasan penuh keberkatan. Ya, mungkin ini Ramadan terakhir kita ... Bayangkan, rakan-rakan atau saudara-mara yang bersama kita pada Ramadan tahun lalu, kini sudah pergi buat selamanya. Sekembalinya saya menjalani latihan fisio dan terapi, selepas hampir seminggu di wad HUKM, mengingatkan betapa tinggi nilai kesihatan dan masa lapang. Ramai pesakit kronik, termasuk strok, merupakan orang muda. Saya perhatikan mereka begitu gigih dan tekun menjalani rawatan pemulihan, meskipun perlu memakan masa lama. Pergantungan kepada Allah begitu tinggi dalam saat-saat sukar seperti itu. Melalui Harakah, untuk Ramadan berbaki ini, di samping lebih berdisiplin mengikuti pelan rawatan pemulihan yang ditekankan Prof Dr Zamrin Dimon, saya bertekad untuk mempromosi kerja-kerja kebajikan, khususnya membantu keluarga tahanan ISA, fakir miskin, ibu tunggal, dan mereka yang terlantar tidak berupaya. Alhamdulillah, respons pembaca Harakah, seperti lazimnya, cukup menggalakkan. Ada rakan lama tiba-tiba menghubungi saya, selepas terusik dengan rayuan dana ISA itu, sekali gus menderma. Rupanya ramai yang tidak menyedari masih ada insan dizalimi dan dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Taiping selepas ISA diisytihar mansuh. Meneliti penyata akuan Maybank, saya dapati begitu ramai menyumbang, daripada sekecil RM5 sehingga ribuan ringgit. Dalam hati terdetik, kita perlukan gerakan kebajikan yang lebih tersusun, sistematik dan efisyen, serta dapat dipercayai. (Sumbangan kepada keluarga mangsa yang teraniaya dan bekas tahanan ISA itu boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 564070000336 atas nama HARAKAHDAILY DOT COM). Tidak dilupakan kisah tragis saudara seaqidah yang paling teruk dizalimi, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Ramai di antaranya menjadi pelarian sejak sekian lama, dan sebahagiannya berada di sekeliling kita, di Malaysia tercinta ini. Tidur saya agak terganggu mengenangkan nasib mereka. Saya kira ramai lagi resah mendengar dan menatap berita sedih itu. Rasanya, tidak banyak yang telah kita lakukan untuk membantu mereka, dan ini amat menyedihkan. Kita seperti begitu tidak berupaya, cukup daif dan sekadar menunggu takdir, apatah lagi dengan sekatan tertentu daripada regim junta Burma, yang memisahkan minoriti Muslim itu daripada masyarakat antarabangsa. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat, sokongan dana kewangan dan bekalan makanan amat diperlukan; dan kita tentu saja boleh meringankan bebanan mereka. Petang Jumaat lalu, selepas mendapat rawatan alternatif daripada Ustaz Kamal Ashaari, yang juga berpengalaman diserang strok, saya tiba-tiba menyedari, Harakah juga tidak mengambil sikap proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada Rohingya. Dan ini tentu sahaja memalukan diri saya sendiri, yang sekian lama cuba berusaha membantu golongan teraniaya di negara ini, yang nasib mereka lebih beruntung daripada Muslim Rohingya. Agak gelisah saya mencari idea, terutama dalam keadaan tubuh yang mudah penat. Segera saya teringat sosok personaliti NGO yang tidak pernah kenal lelah, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. Difahamkan Presiden Teras itu pun "bukannya sihat sangat", tetapi ia langsung tidak membataskan aktiviti kemasyarakatannya. Saya mengirim SMS memaklumkan hasrat Harakah untuk lebih berperanan dalam isu Rohingya ini, terutama dari segi menyalurkan bantuan kewangan. Cikgu Azmi mencadangkan tabung khas dibentuk Harakah, tetapi bagi saya, kami sudah banyak menubuhkan dana khas seumpama itu. Lebih baik yang sedia ada di bawah kawalan beliau sendiri. Cikgu Azmi bersetuju dan minta diiklankan Tabung Mustadhafin Rohingya, atas nama akaun Sekretariat Himpuna Ulama Rantau Asia (SHURA), BIMB 12047010037282. Ia anjuran Majlis Perundingan Prtubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan SHURA. Dia memberi nama-nama untuk dihubungi, Ahmad Tarmizi 0175606131, Salman Siddiqy 0134013342 Insya-Allah, tabung itu akan Harakah uar-uarkan secara lebih meluas bagi menggembleng sokongan berterusan umat Islam Malaysia. Saya menyeru pembaca agar dapat menyumbang, terutama semasa bulan Ramadan ini. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung generasi demi generasi itu. Desakan, tekanan dan lobi juga perlu diteruskan, termasuk terhadap kerajaan negara ini, dalam usaha mencari penyelesaian yang tuntas ke atas krisis kemanusiaan yang semakin parah itu. Dunia yang nampak bisu itu mesti digerakkan. Info perlu disalurkan, kempen kesedaran wajar dimulakan secara lebih terancang dan menyeluruh. II. Dalam perkembangan lain, saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), minggu lalu. Bukan soal pengalaman penalis, termasuk Mat Sabu dan Hishamuddin Rais, mengenai penyeksaan semasa dikurung tanpa bicara. Kisah dan cerita sedih seumpama itu bukan rahsia lagi. Saya lebih teruja dengan pendirian Mat Sabu mengenai peranan penting badan bukan kerajaan (NGO), termasuk sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti. Satu pandangan terbuka yang meraikan penyertaan politik lebih menyeluruh daripada masyarakat sivil. Beliau mahu NGO, seperti GMI, terus bersikap kritikal terhadap pemerintah dan bekerja kuat untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka. Mereka harus terus menjadi kumpulan pendesak untuk mengkritik dasar kerajaan, termasuk Pakatan Rakyat, jika ia meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan BN. Tambah Mat Sabu, jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih, iaitu Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" demi mempertahankan kuasa mereka. "Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi perlu terus hidup dan kuat, walaupun sesiapa sahaja memerintah. Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu. "Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini. Sememangnya kuasa perlu dibataskan dan dihadkan. Seseorang individu atau mana-mana kumpulan yang berkuasa mutlak, walaupun awalnya nampak baik dan menguasai kerajaan melalui sokongan orang ramai (demokrasi) dengan menjatuhkan sang diktatotor, ia boleh bertindak zalim dan lupa diri jika kuasanya tidak dihadkan atau diimbangi. Ungkapan popular yang selalu kita dengar ialah kenyataan Lord Acton, pakar perundangan England, iaitu "power tendes to corrupts and absolute power corrupts absolutly", atau "kuasa itu cenderung disalahgunakan, dan kuasa yang mutlak itu lebih dahsyat penyalahgunaannya." Justeru, peranan NGO atau kumpulan pendesak atau dalam pengertian lebih menyeluruh, masyarakat sivil, amat perlu disuburkan. Setiap pemerintah tidak perlu gundah-gulana dengan penyertaan politik proaktif oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan itu. Mereka harus didampingi dan bukannya dimusuhi, meskipun suara kumpulan berkenaan begitu lantang, vokal dan mungkin mendedahkan kelemahan dan membongkar kesilapan pemerintah. Pastinya NGO yang bebas daripada kawalan pemerintah ini harus dibiar bertindak sebagai watchdog terhadap dasar-dasar dan program kerajaan. NGO seumpama itu sebenarnya berperanan untuk menyuburkan demokrasi dan mampu menjaga kepentingan rakyat terbanyak, yang mengatasi atau melangkaui kepentingan politik yang sempit. Untuk mengharapkan fungsi "semak dan imbang" dalam parti pemerintah sendiri, tentulah cukup sukar. Cabaran daripada parti lawan pula sering ditafsirkan sebagai "bermotif politik"dfan mahu merebut kuasa. Saya kira tafsiran yang diberikan terhadap masyarakat sivil ini agak menarik untuk diteliti: "Masyarakat sivil adalah satu set institusi bukan kerajaan yang punya kekuatan untuk mengimbangi kuasa kerajan, menghalang pemerintah daripada bertindak bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Masyarakat sivil juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum. Masyarakat sivil juga merupakan sebuah institusi yang mampu menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi masyarakat terbanyak." Keterbukaan Mat Sabu itu menandakan satu bentuk politik baru yang cuba diperkenalkan Pakatan Rakyat, yang wajar dialu-alukan. Ramai yang menantikan bagaimana konsep itu dapat dilaksanakan nanti jika rakyat benar-benar mahukan satu kerajaan baru terbentuk selepas PRU13 nanti. harakahdaily/- |
MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan Posted: 29 Jul 2012 08:01 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran. "Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. Sementara itu Bernama melaporkan pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit. Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas. "Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya. Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front. Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran. Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). |
Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam Posted: 29 Jul 2012 07:56 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita… Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati"… Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :"Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan"… Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung… Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung"… Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya… Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya… CACATKAN ANGGOTA PATUNG Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya… Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung… Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad "Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu". Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban) Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka… TIDAK BERNYAWA Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa… Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya… Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t… Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka… Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh… Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan… SEKSAAN HARI KIAMAT Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya… Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin… Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan… Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan… Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah"… (Riwayat Bukhari & Muslim) Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu… Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh… Sumber |
Operasi Mencari Mangsa Kelima Krew Kapal Bunga Alpina Diteruskan Posted: 29 Jul 2012 07:50 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR:Operasi mencari mangsa kelima krew kapal Bunga Alpinia yang masih hilang telah diteruskan. Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dalam satu kenyataan malam ini, sementara itu berkata kebakaran di atas kapal berkenaan yang berlaku pada pagi Khamis lepas di Labuan, telah dipadamkan. "Pemantauan di kawasan yang terbakar di atas kapal berkenaan dan penyejukan kawasan persekitaran masih diteruskan. "Pemerhatian awal mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak dari Bunga Alpinia yang kini dikawal dengan menggunakan peralatan anti pencemaran tumpahan minyak," kata MISC. Pihak berkuasa dan pakar-pakar industri yang dilantik MISC telah meningkatkan usaha membendung tumpahan minyak bagi memastikan perlindungan berterusan terhadap alam sekitar dan masyarakat sekeliling. MISC berkata peralatan tambahan juga disediakan bagi membendung tumpahan minyak bagi mengawal sebarang kebocoran sekiranya ada. Semalam, Bernama melaporkan pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari Mohammad Nazrin Khamsani. Setakat ini, mayat Syahril Azmi Baharudin, 28, Mohd Hanafi Khalil, 24, kedua-dua dari Melaka dan Zahari Hassim, 46 dari Negeri Sembilan serta Colanggoy Errol Calaluan, 22, dari Filipina telah ditemui. Kapal tangki minyak itu meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha pada 2.32 pagi. -BERNAMA |
Logo Merdeka: Rais Yatim malukan Najib Posted: 29 Jul 2012 07:47 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - Alasan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menarik balik logo Hari Kemerdekaan Malaysia merupakan suatu tindakan yang amat memalukan kerajaan, khususnya mencemar integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Kata Rais,"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi." Sebagai pengerusi sambutan kemerdekaan, Rais tidak harus membohongi rakyat. Semua orang tahu perancangan untuk mengatur acara Hari Kebangsaan memerlukan masa, tenaga dan peruntukan besar. Maka sudah tentu ia bukan kerja ad-hoc. Tiada rakyat yang boleh percaya bahawa jawatankuasa sambutan kemerdekaan sudah sampai ke tahap ini, sebulan sebelum Hari Merdeka, masih belum memutuskan logo dan temanya. Hakikatnya, Rais dan seluruh anggota Kabinet sedar bahawa memang logo dan tema itulah yang diputuskan kerajaan untuk dijadikan moto utama Hari Kemerdekaan. Jika tidak, mengapa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan beriya-iya mempertahankan logo dan tema Hari Merdeka, selepas dikritik hebat rakyat. Saban tahun, iaitu pada setiap 31 Ogos ini rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 daripada penjajahan British. Bagi rakyat Malaysia, yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama, Hari Kemerdekaan merupakan suatu perayaan yang bukan sahaja membebaskan negara dari cengkaman penjajahan, malah ianya adalah pencetus nilai keharmonian dan permuafakatan. Dalam erti kata lain, menyambut merdeka harus diasingkan dari kongkongan fahaman ideologi kepartian dan politik. Tidak kira Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Orang Asal, semuanya adalah rakyat Malaysia, yang harus patriotik mencintai negara. Tidak kira PAS, Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC dan sebagainya, semuanya bertanggungjawab menyuburkan semangat kemerdekaan, dengan hasrat untuk terus memelihara kemakmuran negara. Kita harus bertegas, tiada kompromi dalam soal keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. Tiada sesiapa yang harus mencemarkan imej negara. Tiada sesiapa yang harus dibenar untuk menggugat keharmonian yang kita kecapi selama ini. Dan, tidak harus bagi sesiapa pun yang boleh dibenarkan untuk mencemar kesucian kemerdekaan negara, dengan matlamat politik yang sempit. Tidak harus sama sekali kerajaan Umno-Barisan Nasional, khususnya Perdana Menteri, mempergunakan semangat kemerdekaan, demi menggapai sokongan rakyat yang semakin tiris terhadap mereka. Inilah peristiwa malang yang berlaku dalam negara kita. Malang apabila slogan 'Janji Ditepati', yang digunapakai sebagai slogan teras kempen Pengerusi BN dan Presiden Umno, dijadikan slogan menyambut Hari Kemerdekaan. Slogan ini tidak harus diterima kerana ia tidak melambangkan permuafakatan rakyat. Ia tidak melambangkan cetusan untuk memupuk keharmonian kaum. Ianya adalah slogan satu hala, semata-mata untuk menyemarakkan propaganda BN, kononnya 55 tahun pentadbiran mereka, segala janji sudah ditunaikan. Jelas pada kita, sama ada mereka dari kalangan pemimpin Umno tidak tahu membezakan peranan parti dengan kerajaan, atau pun, selama ini mereka hanya menganggap kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan. Suka hati hendak buat apa. Ternyata Umno-BN tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembangkang. Pilihan Raya Umum 2008 rakyat sudah meletakkan Umno-BN menjadi pembangkang di lima buah negeri. Umno-BN tidak harus 'perasan' mereka akan duduk ditampuk kuasa kerajaan buat selama-lamanya. Dengan meletakkan tema 'Janji Ditepati' sebagai slogan kemerdekaan, seolah-olah Umno-BN mahu menyatakan kepada rakyat bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik mereka. Mereka menghakmilikkan bendera negara macam bendera BN. Sebab itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak ramai kalangan rakyat yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan atau premis milik mereka. Yang mengibarkan bendera negara hanya penyokong Umno-BN sahaja. Itu pun hanya dua tiga kerat. Justeru, rakyat yang semakin sedia menolak Umno-BN, enggan menaikkan bendera Malaysia. Rakyat takut, dengan mengibarkan Jalur Gemilang mereka dilabel penyokong Umno-BN. Jelas pada kita bahawa, akibat daripada kerakusan dan ketamakan kuasa, Umno-BN sudah mencabut roh dan semangat patriotik rakyat terhadap negara. Maka tiada jalan lain bagi kita untuk menyelamatkan negara, selain daripada usaha gigih kita, mencabut roh dan nyawa Umno, dari tampuk kuasa pada PRU ke-13 nanti. Sebelum roh dan nyawa Umno dicabut rakyat pada PRU depan, ruh dan semangat 'Janji Ditepati' yang dicanang Najib, sudah tercabut akibat kedangkalan Rais Yatim yang hendak 'mengampu tidak kena tempat.' harakahdaily/- |
BM-Premium B IP BM-Premium C IP PAS alukan pimpinan Sabah kalau mahu bersama Posted: 29 Jul 2012 07:42 PM PDT 10 Ramadhan 1433H. [MOD] - TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini. Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN. Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat. "Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas. "Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu. Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling. Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno. Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi. "Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu. Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan