Anwar Ibrahim |
- Kerajaan Negeri Rakam Takziah Kemangkatan Adinda DYMM Sultan Selangor
- Who Owns Port Dredging Concession?
- Operasi Cegah Jenayah Wajib Diperluas Ke Seluruh WP Kuala Lumpur
- Perkembangan Politik Sabah
- Najib, Drop All These Nonsense, Rakyat Will Teach You A Lesson
- Lajim, Wilfred Lebih Berani Daripada PM
Kerajaan Negeri Rakam Takziah Kemangkatan Adinda DYMM Sultan Selangor Posted: 30 Jul 2012 04:27 AM PDT Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda YAM Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Kerajaan Negeri turut merasa sedih atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56, dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM |
Who Owns Port Dredging Concession? Posted: 30 Jul 2012 03:01 AM PDT From Anilnetto.com Dredging of a ports is big business and can cost hundreds of millions of ringgit. Do you know who has the concession to dredge ports in Malaysia? The federal government wants to privatise the Penang port operations to Syed Mokhtar's Sea Terminal Shd Bhd. In Penang, the dredging of the northern channel is expected to cost RM350m. Transport Minister and MCA secretary-general Kong Cho Ha was reported as saying that "one of the conditions in the privatisation agreement for the Penang port is that the successful company must bear the cost of dredging Penang Port". So which companies are involved in port dredging in Malaysia? According to the Borneo Post, Integrated Marine Works, incorporated in 1993, entered into a 15-year concession agreement with the Malaysian government in 2004 to carry out the dredging of all ports and harbours under federal jurisdiction. IMW has been involved in Johor, Port Klang and Penang, among others. IMW even filed a suit in the KL High Court claiming that the dredging work for the new Samalaju Port in Sarawak, undertaken by Bintulu Port Holdings Bhd, should have been awarded to IMW without tender under the Concession Agreement. The work is believed to be worth hundreds of millions of ringgit. But the High Court tossed out the case after agreeing with the federal government and Bintulu Port Holdings Bhd that Samalaju Port was a state port and hence did not come under the concession agreement, which covers ports under the federal government. (Others want a slice of the action!) (Petronas has a 32.8 per cent stake in BPHB, Sarawak State Financial Secretary (30.7 per cent) and Kumpulan Wang Persaraan (9.5 per cent). (Source: Dredging Today.) So who owns IMW? In 2002, news reports said that Integrated Marine Works Sdn Bhd, "a joint venture between local dredging specialist Inai Kiara Sdn Bhd and Syed Mokhtar-controlled Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd – has signed an agreement with Ballast Ham Dredging (BHD) (of Netherlands), to establish a reclamation and dredging company based in Malaysia. "The joint-venture company, IMW-BHD Sdn Bhd, would be 51 per cent owned by IMW and 49 per cent owned by BHD. (Source: Dredging News and India Times Ballast Ham transferred a 12,500 m3 capacity trailing suction hopper dredger HAM 310 to the new IMW Dredging and into the Malaysian registry (Maritime Journal). Mahathir reportedly witnessed the agreement signing ceremony on board BHD's trailing suction hopper dredger Rotterdam in Johor port (Sand and Gravel). In 2007, MMC Corporation Bhd informed Bursa that IMW was a 51 per cent subsidiary of Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. MMC said that IMW "is involved in the business of dredging, breakwater, revetment, shore protection works, land reclamation and other marine infrastructure construction activities." And it noted that IMW was the only company approved by the Malaysian government to conduct dredging for all major ports in Malaysia. But by 2012, the Borneo Post reported that IMW "was the subsidiary of Inai Kiara Sdn Bhd, the largest Malaysian-based dredging company". Now who really owns Inai Kiara Sdn Bhd, which began as a small dredging concern in 1997? For the largest dredging company in Malaysia, Inai Kiara's website remarkably only has one page! Its Facebook page is not very revealing either. Some questions to ponder over: Who really owns Inai Kiara Sdn Bhd? |
Operasi Cegah Jenayah Wajib Diperluas Ke Seluruh WP Kuala Lumpur Posted: 30 Jul 2012 01:19 AM PDT Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL) menyambut baik usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mencegah jenayah melalui operasi yang dimulakan di Bangsar sejak hari pertama Ramadhan tahun ini. PR KL turut difahamkan operasi di Lembah Pantai ini melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk, dan akan diluaskan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut. Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung. Oleh itu, PR KL berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan parlimen ini sahaja. Seperti yang dibangkitkan YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), hingga Januari 2011 kurang dari 14% dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8% di Jabatan Siasatan Jenayah, 4% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil). Dari sudut ini, tindakan PDRM mengerah anggota polis dari Bukit Aman dan FRU dalam operasi cegah jenayah ini adalah satu langkah yang positif dan harus diperluas. Maka PR KL turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula (retrain) dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah. PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak. Apapun, diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya. YB Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai |
Posted: 30 Jul 2012 01:16 AM PDT KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen. Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan. KEADILAN mengalu – alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan. Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah. Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan ‘Ini kali-lah’ menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO – Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO – BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia. Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato’ Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji. Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar – dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita – cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat. KEADILAN turut mengalu – alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Salam reformasi Mohamed Azmin Ali |
Najib, Drop All These Nonsense, Rakyat Will Teach You A Lesson Posted: 29 Jul 2012 03:06 PM PDT |
Lajim, Wilfred Lebih Berani Daripada PM Posted: 29 Jul 2012 03:04 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing atas keberanian mereka melawan regim penguasa yang zalim. Menyifatkan sifat itu tidak dimiliki Perdana Menteri, Ketua Pembangkang itu secara seloroh, berkata mereka mengambil jalan susah demi kepentingan rakyat. "Saya kagum dengan keberanian Lajim, Wilfred. Inilah ciri-ciri kualiti seorang pemimpin – berani. Mereka cari jalan susah, nak lawan PM, nak lawan seluruh jentera BN. "Sebab itu saya salut, inilah hero rakyat yang sebenar," katanya sambil menempelak Datuk Seri Najib Razak yang takut berdebat, malah tidak berani mengumum tarikh pilihan raya. Beliau juga bersyukur kerana Lajim dan Wilfred tidak keseorangan, sebaliknya dikerumuni rakyat segenap kaum apabila memutuskan untuk meninggalkan BN. Anwar turut mengingatkan mereka, berapa jentera media Umno BN akan menyerang mereka setiap hari berikutan keberanian kedua-dua pemimpin itu. "Saya cakap dengan isteri Lajim, kena kuat. Umno BN takkan biar begitu sahaja. Tapi, dengan rakyat bersama kita, Insya-Allah semua akan berjalan lancar. "Ada yang kata Anwar beli Lajim, beli Wilfred. Akupun mana ada duit. Umno lainlah, bolot dan rampas kekayaan rakyat Sabah," katanya. Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya memilih pemimpin yang betul bagi memastikan nasib mereka dibela, bukannya ditentukan seorang dua pemimpin atasan. Berucap depan lebih 20,000 pengundi Beaufort pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Anwar berkata, kejutan akan terus berlaku. "Dulu, bila saya kata ada kejutan di Sabah, pemimpin Umno BN permainkan saya tapi kejutan sebenar bukan penyertaan mereka (Lajim dan Wilfred) tetapi kebangkitan rakyat Sabah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan