Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Bendera Pas, PKR disabotaj
- Amuk lagi, kali ni Inspektor Polis pula yang mengamuk
- Duit kerajaan tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4
- Lagi kejadian samun di tempat letak kereta
- Jom Beramal
Posted: 18 Jul 2012 12:23 AM PDT 18 Julai 2012 REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam. Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan. Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam. "Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. "Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam. Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan. "Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan. "Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat. Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal. "Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. "Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya. Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang mengenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti. Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali mengambilnya. "Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan. "Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin meningkat," katanya. |
Amuk lagi, kali ni Inspektor Polis pula yang mengamuk Posted: 17 Jul 2012 06:02 PM PDT Akhbar The Star 18 Julai 2012 melaporkan seorang Inspektor Polis telah mengamuk, mencederakan dua orang pekerja hotel dan merosakkan beberapa buah kenderaan di Seremban 2. Kedua-dua pekerja hotel tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan parah. Kita tunggu komen Menteri dan Ketua Polis dalam kes ini. Police inspector runs amok and injures hotel staff July 18, 2012 SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2. It is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before running amok hours later. Sources revealed that during the incident early yesterday, the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use of the weapon. He then dashed outside and damaged several parked cars. "Two hotel employees have been admitted to hospital with severe injuries," said the sources. It is also learnt that authorities are checking to see how the officer had got his hands on the weapon which belonged to another policeman. The officer, who had returned his own gun to the station early this month, was believed to be under the influence of drugs. ************************ "Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam." – Berita Harian POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU Berita Harian 27 Sep 2011 Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM. Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. Sumber : |
Duit kerajaan tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4 Posted: 17 Jul 2012 06:01 PM PDT 17 Jul 2012 - SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya. Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4. Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi. Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan. Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini. "Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid. "Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu. |
Lagi kejadian samun di tempat letak kereta Posted: 17 Jul 2012 06:00 PM PDT Harian Metro 18 Julai 2012 Penyamun tumbuk muka PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas menerima 10 jahitan di bibir akibat ditinju seorang penyamun yang cuba merampas beg galasnya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang juga peniaga berusia 69 tahun, berjalan bersama isterinya berusia 50-an menuju ke kereta mereka apabila dihampiri seorang lelaki dari belakang. Lelaki itu cuba merampas beg galas mangsa, namun gagal kerana mangsa memegang kuat beg berkenaan menyebabkan suspek berang lalu menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga mulutnya berdarah. Melihat suami cedera teruk, isterinya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil beg atau barangan berharga mangsa. Kejadian berkenaan mendapat perhatian segelintir pengunjung pusat beli-belah itu akibat kekecohan di tempat letak kereta selain tompokan darah mangsa yang banyak di atas lantai. Beberapa pengunjung turut merakam kejadian berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit dan memuat turun gambar mangsa yang cedera bersama tompokan darah di lantai ke facebook sehingga mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna laman sosial itu, pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 malam dan sepasukan polis tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian. "Mangsa cedera di bibir akibat ditumbuk suspek iaitu seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan. Namun, beg miliknya gagal dilarikan lelaki itu. "Polis membawa mangsa ke hospital untuk rawatan dan dia dia membuat laporan polis jam 11 pagi tadi (semalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam. Menurutnya, polis kini berusaha mengesan suspek selain merakam percakapan orang awam serta pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu. "Tiada rakaman pergerakan suspek kerana tempat letak kereta itu belum dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi kami menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan," katanya. Arjunaidi menafikan dakwaan di facebook mendakwa polis lambat tiba di tempat kejadian selain dakwaan seorang ahli facebook dia dimarahi anggota polis bertugas ketika menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan. "Kami meneliti dakwaan itu dengan mengambil rakaman perbualan antara anggota dan ahli facebook terbabit pada malam kejadian. "Mangsa memaklumkan polis tiba dan menghulurkan bantuan dengan cepat. Malah, mangsa turut menafikan dia yang memuat naik kisah kejadian itu itu di laman sosial berkenaan. Perkara itu mungkin dilakukan orang awam yang menyaksikan kejadian," katanya. Sehubungan itu, Arjunaidi meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat tampil membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. |
Posted: 17 Jul 2012 02:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan