Direct Free Kick |
- DI ANTARA WAKIL-WAKIL MASJID DI DALAM KAWASAN DEWAN NEGERI CHEMPAKA DAN SURAU-SURAU DI BAWAH PENTADBIRANNYA YANG MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA BULAN RAMADHAN DARIPADA ADN CHEMPAKA. MAJLIS BERLANGSUNG DI SURAU AL-AMIN, FLAT TAMAN BAKTI 17 JULAI 2012.
- KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA DIRIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA DI PASARAYA BESAR.
- PENDUDUK PINGGIRAN DESA SEROJA DAN SG RAMAL LUAR MENERIMA TAWARAN PEMILIKAN TANAH
Posted: 18 Jul 2012 05:11 AM PDT |
Posted: 18 Jul 2012 01:57 AM PDT Saya menyokong sepenuhnya memorandum Gabungan Wanita Pandan yang menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka. Mereka menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin. Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar. Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya. Gabungan Wanita Pandan mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa. Sehubungan itu, Gabungan Wanita Pandan akan menyerahkan memorandum kepada pasaraya-pasaraya besar di Ampang bermula dengan Pasaraya Tesco Ampang sepertimana berikut, Tarikh - 20 Julai 2012 ( Jumaat ) Masa - 3.00 petang Tempat berkumpul - Di pintu masuk Pasaraya Tesco Ampang ( Di sebelah Pizza Hut ) Saya akan hadir untuk memberi sokongan. Wartawan dan jurufoto dijemput hadir. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di 019 759 8622. Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka 18 Julai 2012 |
PENDUDUK PINGGIRAN DESA SEROJA DAN SG RAMAL LUAR MENERIMA TAWARAN PEMILIKAN TANAH Posted: 17 Jul 2012 08:18 PM PDT ![]() Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, maka Adun Bangi dengan kerjasama Wakil Penduduk Tempatan di Pinggiran Desa Seroja sdr. Nathan A/L Marianandan telah berusaha dengan penduduk setempat, demikian juga Ketua Kag. Sungai Ramal Luar Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir bagi mendapat Pemilikan Tanah Kediaman. Akhirnya setelah permohonan diproses, maka temuduga diadakan pada 8 Ogos 2011 dan lawatan pemastian tapak dilakukan oleh YB Tuan Iskandar Exco sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dan kelulusan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. Pada hari ini di adakan Majlis Kesyukuran penuh keceriaan bertempat di Padang Awam Taman Desa Seroja diadakan Majlis Penyerahan Tawaran Pemberimilikan Tanah berkenan dengan dihadiri oleh YB Tuan Iskandar bin Abdul Samad Exco, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, YB Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, YB Tuan Lee Kim Sin Adun Kajang, YB. Tuan Haji Khasim bin Abdul Aziz Adun Lembah Jaya, YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, En. Ahmad Suaidi Ketua Timbalan Pegawai Daerah, Hulu Langat, sdr. Mohd Rashidi bin Raslan Penolong Pegawai Daerah Tanah, Hulu Langat, Tuan Haji Kamaruzzaman bin Salimin dari MPKj, sdr. Nathan A/L Marianandan Wakil Penduduk Pinggiran Taman Desa Seroja, ahli-ahli MPKj, Ketua-Ketua Kampong dan penduduk-penduduk setempat. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan