Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 01 Jul 2012 11:10 PM PDT 2 Julai 2012 CHENGKAU, REMBAU – Penduduk terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada. Tinjauan Sinar Harian mendapati, hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik serta hujan. Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata, walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin. "Jika dulu, kemudahan hentian bas berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan. "Oleh demikian, mak cik harap hentian bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga emas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi tinjauan, di sini, baru-baru ini. Sementara itu, menurut peniaga, Mariani Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang menghala ke Seremban. Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang jalan. "Oleh itu, saya berharap kemudahan ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan Pulau Mampat. |
5 kali periksa Puspakom, masih gagal Posted: 01 Jul 2012 10:58 PM PDT 1 Julai 2012 ; SENAWANG – Biarpun sudah beberapa kali memperbaiki kerosakan pada kenderaan, namun timbul keraguan terhadap pemilik kenderaan perdagangan apabila mereka masih gagal melepasi tahap pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom), dekat sini. Pemilik mendakwa masalah berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu selepas Puspakom menggunakan mesin berkomputer baru. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati berikutan terpaksa berkorban masa dan wang ringgit selepas berulang alik ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan semula. Pemandu lori, Kamarulzaman Majid, 56, berkata, dalam bulan ini sahaja, dia sudah menjalani pemeriksaan kenderaan sebanyak lima kali, biarpun sudah baik pulih setiap kerosakan yang dikesan Puspakom. Menurutnya, dia hairankerana sebelum ini, sekiranya kerosakan diperbaiki, biasanya pemeriksaan kali kedua tidak mempunyai masalah. "Saya boleh terima jika pemeriksaan pertama saya gagal. Tapi sudah lima kali pemeriksaan dan hingga kini saya masih belum melepasi ujian tersebut. "Sekarang ini Puspakom kata lori saya ada masalah brek dan saya sudah pun baiki. Tapi bila buat pemeriksaan kali kedua, masih gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Masalah sama dialami pemandu teksi, G. Anthony, 62, yang sudah berurusan dengan Puspakom sejak 35 tahun lalu. "Ini kali pertama saya perlu jalani pemeriksaan kenderaan lebih daripada tiga kali. Sudah dua minggu saya tidak dapat bekerja kerana teksi saya gagal melepasi ujian tersebut," katanya. Anthony berkata, jika diikutkan hati, dia boleh terus membawa teksi berkenaan tanpa kelulusan Puspakom, bagaimanapun dia memikirkan keselamatan penumpang. "Saya minta Puspakom kaji semula masalah itu sebelum berlarutan kerana ia boleh menganggu periuk nasi pemilik kenderaan perdagangan," katanya. Bagi seorang lagi pemandu teksi, Nordin Ismail, 43, berkata, bagi pemeriksaan pertama, mereka dikenakan caj sebanyak RM55, manakala bagi pemeriksaan seterusnya dikenakan bayaran RM25. "Saya ada bertanyakan kepada Puspakom mengenai masalah ini dan mereka sendiri memaklumkan bahawa mereka kurang arif mengenai penggunaan mesin ini," katanya. "Kalau tiap-tiap minggu kena pergi Puspakom, macam mana kami mahu bekerja?," katanya. |
Posted: 01 Jul 2012 10:56 PM PDT |
Posted: 01 Jul 2012 10:55 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan