Isnin, 2 Julai 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Berpecah: Pemuda Umno Johor jangan salahkan PAS

Posted: 01 Jul 2012 09:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Johor peringkat bahagian-bahagian dinasihatkan jangan menyalahkan Pemuda PAS negeri bagi menutup bangkai yang busuk.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya Ketua Pemuda Umno Johor Baharu Khalid Mohamad, Ketua Pemuda Umno Tebrau Syahrin Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pagoh Ismail Mohamed yang menafikan pergolakan dalaman Pemuda Umno negeri dan menuduh Pemuda PAS hanya mahu mencari populariti dinasihatkan meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, Ahmad Maslan telah membuat kenyatan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 1 Julai lalu yang tidak menafikan berlakunya pergolakan dalaman Pemuda Umno Johor.

"Malah beliau menasihatkan agar Pemuda Umno Johor menyelesaikan masalahnya melalui dialog dan mesyuarat," kata Suhaizan.

Justeru, ujarnya jika tidak ada kemelut dalam Pemuda Umno Johor masakan Ahmad Maslan menasihatkan yang sedemikian rupa.

Katanya lagi, Khairy Jamaluddin juga tidak menafikan wujudnya kemelut dalaman Pemuda Umno Johor.

"Malah beliau menyatakan Pemuda Umno Johor termasuk dalam negeri-negeri yang dipantaunya sendiri. Suatu keputusan akan dibuat sama ada merombak atau tidak kepimpinan Umno Negeri Johor," ujarnya lagi.

Suhaizan menambah, jika Pemuda Umno Johor tidak bergolak masakan Khairy Jamaluddin terpaksa memantaunya.

Ini, jelas beliau membuktikan wujudnya 16 Ketua Pemuda Umno bahagian di Johor yang tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda Umno negeri Mohd Fadil Muskon.

Beliau berkata Khairy Jamaluddin juga telah menuduh Pemuda PAS Johor cuba mengalihkan isu bagi menutup masalah sendiri.

Tambahnya, barang kali Khairy Jamaluddin tidak diberi maklumat tepat oleh kepimpinan Pemuda Umno Johor bahawa kehadiran lebih 10 ribu peserta Himpunan Hijau PAS Johor yang telah diadakan di Taman Dahlia, Kempas telah membuktikan bahawa rakyat bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Johor.

"Alhamdulillah Himpunan Hijau PAS ini telah mengatasi himpunan yang telah dianjurkan oleh parti politik pemerintah dan NGO yang pro pemerintah di Negeri Johor sebelum ini," jelasnya.

Ini, ujarnya membuktikan bahawa penerimaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin baik.

Justeru, Pemuda PAS Johor juga menasihatkan Mohd Fadil Muskon bahawa 'budak baik' seperti beliau tidak sesuai berada dalam Umno dan lebih sesuai berada dalam PAS.

"Kalau kita baik tetapi berkawan dengan orang jahat kita akan menjadi jahat. Sungguh pun kita jahat tetapi berkawan dengan orang baik.

"Insya Allah kita akan menjadi baik. Selamat dunia dan akhirat. Marilah berubah mulai sekarang," katanya.

Harakah Daily

Wanita Jordan suka merokok

Posted: 01 Jul 2012 09:46 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Amman: Rakyat Jordan menghabiskan berjuta-juta dolar setiap tahun untuk rokok manakala lebih ramai wanita di negara itu menghisap rokok berbanding lelaki laporan.

Faktor sosial tidak menghalang bilangan perokok wanita daripada terus meningkat setiap tahun sehingga melebihi golongan lelaki, kata laporan Expenses Survey bagi tahun 2010. Malah, ada wanita yang lebih gemar memilih paip yang dipanggil narghile (shi sha) berbanding rokok kerana mereka mendapati ia lebih menghiburkan walaupun kosnya mungkin lebih tinggi.

Penghisap narghile berkata mereka menghabiskan antara 400 - 600 (RM1,800 - RM2,700) dinar setiap bulan .

Ketua Jabatan Kesedaran di Kementerian Kesihatan Jordan, Malek al-Habashna berkata penduduk Jordan membelanjakan kira-kira 352 juta dinar untuk merokok dan angka berkenaan dilaporkan meningkat kepada 481 juta pada 2010. - Agensi

Bandar China hadkan jualan kereta

Posted: 01 Jul 2012 09:37 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan sejumlah kenderaan bergerak di Beijing.

BEIJING - Pihak perbandaran Guangzhou mengehadkan jualan kereta bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.

Menurut agensi berita itu, hanya 120,000 buah kereta baharu dibenarkan didaftarkan dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 10,000 buah kereta sebulan.

Langkah itu akan dikuatkuasakan semalam.

Bandar raya ini adalah yang ketiga selepas Beijing dan Guiyang yang menghadkan jualan kereta sebagai usaha untuk memperbaikan trafik dan kualiti udara.

Pihak pengurusan bandar raya Beijing mengehadkan pemilikan kereta kepada 20,000 buah sebulan pada Januari tahun lalu.

Menurut Xinhua, semasa waktu puncak, kereta di Guangzhou hanya boleh bergerak selaju 20 kilometer sejam. - Reuters

Restoran China dikuasai robot

Posted: 01 Jul 2012 09:32 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KANAK-KANAK ini terpegun melihat pelayan robot membawa makanan.

ROBOT menghiburkan pelanggan cilik.
HARBIN (China): Kata orang, satu hari nanti, robot akan melayan manusia, dalam kes ini, boleh dianggap sebagai pembuka selera.

Sekiranya anda pergi ke restoran ini yang terletak di bandar Harbin, China, anda akan melihat 18 robot, dari pelayan ke tukang masak, hinggalah ke penyambut tetamu, bersedia untuk memastikan pengalaman menikmati makanan yang sempurna.

Restoran itu mempunyai 18 jenis robot dan setiap satu akan bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan anda. Hidangan istimewa di sini termasuklah robot dumpling dan mi robot.

Apabila tetamu melangkah masuk, robot penyambut tetamu akan mendepangkan tangan mereka ke tepi dan dengan suara cereka sains yang lancar, mereka berkata "Orang Bumi. Helo. Selamat datang ke Restoran Robot."


Selepas tetamu membuat pesanan mereka, robot di dapur akan mula memasak.


Sebaik saja hidangan siap, robot pelayan yang bergerak menggunakan laluan di lantai, membawanya dari dapur ke meja.

Hidangan yang siap itu diletakkan di atas sawat penyampai yang tergantung dan apabila tiba di meja yang betul, tangan mekanikal akan mengangkat hidangan itu dan meletakkan di atas meja.

Sambil tetamu makan, satu lagi robot akan menyanyi untuk menghiburkan mereka.

Semua robot di dalam restoran itu direka dan dihasilkan oleh Syarikat Harbin Haohai Robot.

Ketua Jurutera, Liu Hasheng berkata, mereka melaburkan 5 juta yuan (RM2.5 juta) untuk membina restoran itu dan setiap robot berharga antara RM100,000 hingga RM150,000.

Katanya, "Staf di bilik komputer boleh mengendali keseluruhan pasukan robot itu. Selepas waktu puncak setiap hari, robot ini akan berehat untuk "makan" iaitu bekalan elektrik."

Liu berkata, selepas dicaj selama dua jam, robot ini boleh bekerja tanpa henti selama lima jam.

Restoran ini kini menyediakan menu lebih 30 hidangan dan setiap satu berharga antara RM20 dan RM25. - DM

EPL: Mancini pintas gaji Fergie

Posted: 01 Jul 2012 09:28 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

ROBERTO Mancini bersetuju melanjutkan kontrak baru sebagai pengurus Manchester City selepas kejayaan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Dengan kontrak baru itu, Mancini dikatakan bakal menerima gaji lumayan lebih besar daripada gaji diterima pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun, City dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu pada minggu hadapan.

Difahamkan, musim lalu gaji Mancini menyamai apa yang diraih Fergie yang dikatakan menerima bayaran sekitar RM29.4 juta setahun.

Sinar Harian

Olimpik: Giggs kecewa Beckham disisih

Posted: 01 Jul 2012 09:25 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUDA tua Manchester United, Ryan Giggs mengakui mahu beraksi bersama David Beckham dalam pasukan Great Britain (GB) pada acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik London, penghujung bulan ini.

Bekas kapten Wales itu kecewa kerana nama Beckham tidak tersenarai dalam 18 pemain skuad pimpinan Stuart Pearce, sebaliknya memilih Craig Bellamy dan Micah Richards termasuk dirinya untuk tiga pemain lebih usia 23 tahun.

"Saya beraksi dengan Beckham di Old Trafford lebih 10 tahun dan memang kecewa bila namanya disisihkan Pearce.

"Tetapi, apa boleh buat. Harap dia dapat terima keputusan ini dengan tabah walaupun berat untuk diterima," katanya.

Namun begitu katanya, pemain berusia 38 tahun itu teruja kerana buat pertama kalinya beraksi mewakili jersi pasukan GB dalam Olimpik.

Sinar Harian

Euro 2012: 'Jerman masih yang terbaik'

Posted: 01 Jul 2012 09:24 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos percaya Die Mannschaft masih merupakan antara pasukan terbaik di dunia meskipun terkandas di separuh akhir Euro 2012.

Menurutnya, kegagalan mereka melangkah ke perlawanan akhir bukanlah penamat kepada pasukan Jerman kerana di bawah bimbingan Joachim Low pasukan itu dibarisi beberapa pemain muda yang berpotensi memenangi kejohanan utama pada masa hadapan.

"Ya kami terkandas di separuh akhir, tapi kami telah membuktikan kemampuan sepanjang kejohanan ini.

"Rekod kemenangan 100 peratus di peringkat kumpulan dan suku akhir satu pencapaian yang hebat.

"Ia mengatasi rekod dua kejohanan Euro sebelum ini. Kami dalam proses membina pasukan dan sentiasa memandang ke hadapan," katanya.

Sinar Harian

Bufffon: EPL musnahkan England

Posted: 01 Jul 2012 09:22 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon percaya kebanjiran pemain asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi faktor kegagalan pasukan kebangsaan England di peringkat antarabangsa.

Katanya, pemain asing lebih menonjol dalam EPL sehingga menenggelamkan bakat pemain Inggeris. "Mempunyai liga yang kompetitif tidak semestinya memiliki ramai pemain yang bagus.

"Untuk beberapa tahun, EPL muncul sebagai antara liga terbaik di dunia, namun ia tidak memberikan kebaikan kepada pasukan kebangsaan England.

"Ramai pemain Inggeris yang bergelut untuk bersaing dengan pemain asing sehingga menyukarkan jurulatih mengenal pasti potensi sebenar mereka," katanya.

Sinar Harian

Bekas pejuang Hamas dipenjara seumur hidup

Posted: 01 Jul 2012 09:21 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Mahkamah Tentera Israel, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas pejuang Hamas selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan ke atas puluhan penduduk negara itu.

Ibrahim Hamed yang mengetuai gerakan Hamas di Tebing Barat didakwa bertanggungjawab melakukan serangan berani mati sehingga menyebabkan 46 orang terkorban manakala
lebih 400 lagi cedera.

Media tempatan melaporkan, Hamed ditahan pada 2006 oleh ejen yang melakukan penyamaran untuk Agensi Keselamatan Shin Bet.

Sinar Harian

Bukit Botak: Umno Cuba Rampas Kejayaan Pakatan, Beri Tawaran Palsu

Posted: 01 Jul 2012 09:10 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAJANG, 2 JUL: Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun,

"Apa yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 ribu.

"Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis.

"Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini.

Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000.

Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno.

"Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan.

"Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi.

selangorku/-

Hodgson: England tetap England

Posted: 01 Jul 2012 09:10 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENGURUS England, Roy Hodgson menegaskan Three Lions tidak perlu mengubah pendekatan mereka selama ini hanya disebabkan tersingkir daripada saingan Euro 2012 baru-baru ini.

Tewas kepada Itali, 4-2 menerusi sepakan penalti di pusingan suku akhir, beliau berkata, anak buahnya perlu mengekalkan cara tersendiri untuk berjaya ke tahap yang lebih baik dan bukannya mencontohi orang lain.

"Kita perlu kekalkan semangat juang yang sentiasa ada dalam bola sepak Inggeris. Saya mahu England menjadi England.

"Tidak perlu buang semua kualiti yang ada sebelum ini hanya disebabkan kita sudah tidak layak dalam saingan kali ini," katanya.

Mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki pasukan, Hodgson turut membidas juara bertahan Sepanyol yang bertembung dengan Itali di pusingan akhir juga mengalami sumpahan sama seperti pasukannya menerusi penentuan sepakan penalti.

"Meskipun mereka berada dalam kejohanan utama, tetapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini dan anda tidak boleh katakan kami akan bermain seperti La Roja kerana cara mereka dan England adalah berbeza," katanya.

Untuk rekod, Sepanyol pernah kecundang pada pusingan akhir Euro 1984 kepada Perancis menerusi sepakan penalti yang berkesudahan 5-4.

Mengulas mengenai kemunculan pemain baru dalam skuad kebangsaan sedia ada, jurulatih berusia 65 tahun ini tetap optimis mengenai masa depan barisan pasukan England.

"Kita mempunyai pemain berbakat seperti Alex Oxlade Chamberlain dan Danny Welback yang bersama kita di Euro, saya berharap dua tahun akan datang mereka akan menjadi pemain yang lebih cemerlang," katanya yang akan menumpukan perhatian kepada kempen Piala Dunia yang bermula 7 September depan.

England ditimpa sumpahan penalti apabila tersingkir pada suku akhir Euro 2012 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan masa tambahan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Ia merupakan kali ketujuh Three Lions disingkirkan dengan cara sama dalam keHodgson mahu pasukan lupakan kekecewaan pada Euro 2012. johanan utama.

Sinar Harian

Pembangkang Syria tolak pelan peralihan

Posted: 01 Jul 2012 09:03 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Kumpulan pembangkang di Syria, semalam sebulat suara menolak pelan peralihan kuasa politik secara sementara di negara itu.

Tokoh veteran pembangkang, Haitham Maleh berkata, perjanjian untuk menubuhkan satu kerajaan sementara untuk menghentikan keganasan di negara tersebut sememangnya satu perkara sia-sia.

"Keberkesanan pelan itu sememangnya diragui walaupun ada elemen positif. Ia tidak dapat memberi jaminan dapat menghentikan konflik yang semakin meruncing di negara ini," katanya.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Bassam Kodmani menyatakan kejayaan pelan itu juga masih samar-samar kerana ia kekurangan mekanisme untuk melaksanakannya.

"Kami tidak mahu lagi berkongsi kuasa dengan Assad. Pelan damai sebelum ini juga gagal dipatuhi dan pembunuhan ke atas orang awam masih lagi berleluasa sehingga ke hari ini," tegasnya.

Kelmarin, pelan penubuhan kerajaan sementara di Syria yang dicadangkan oleh Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan telah dipersetujui semasa dibincangkan dalam persidangan antarabangsa di Geneva.

Difahamkan, pelan tersebut akan mengecualikan penglibatan Presiden Bashar al-Assad. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang seakan tidak bersetuju dengan cadangan pelan tersebut menegaskan tidak ada pihak yang perlu dikecualikandaripada proses pembentukan kerajaan sementara di Syria.

"Pengecualian mana-mana individu atau parti sememangnya akan menggagalkan usaha penubuhan kerajaan perpaduan," katanya lagi.

Pada masa ini, keganasan di Syria dilaporkan semakin buruk ditambah lagi dengan krisis yang tercetus bersama Turki, kira-kira dua minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan Assad terpaksa mengisytiharkan negara itu berada di dalam kancah peperangan sebenar selepas Turki mula mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan jika sempadannya diceroboh.

Sinar Harian

Euro 2012: Robson pertahan Rooney

Posted: 01 Jul 2012 09:02 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

BRYAN Robson memegaskan Wayne Rooney bukan punca England terkeluar daripada saingan Euro 2012. Selepas penyingkiran Three Lions, Rooney menjadi bahan kritikan media England kerana gagal menghasilkan impak pada perlawanan suku akhir menentang Itali.

Namun, Robson yang juga merupakan legenda Manchester United berasakan layanan media terhadap Rooney tidak adil, malah beliau percaya media di negara itu sengaja mahu mencari kesalahan pemain berkenaan.

"Media selalu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Memang senang mengkritik seseorang sepanjang masa. "Saya perasan, segala tumpuan dan kritikan dilemparkan ke atas Rooney. Ketika menentang Itali, dia gagal menjaringkan gol kerana tidak mendapat bantuan daripada bahagian tengah.

"Jadi, adakah itu juga kesilapan Rooney?," katanya. Robson berkata, adalah lebih baik penyokong dan pemerhati bola sepak di England menerima penyingkiran anak buah Roy Hodgson kerana hakikatnya mereka kekurangan bakat yang mampu memenangi kejohanan utama.

"Saya fikir England belum cukup bagus. Kami kekurangan pemain yang benar- benar berkualiti. "Hanya ada beberapa pemain sahaja boleh dikatakan bertaraf dunia selebihnya hanya biasa-biasa," katanya.

Sinar Harian

Kapal layar: Jeremy tawan Pulau Indah

Posted: 01 Jul 2012 08:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

JUARA bertahan, Jeremy Koo berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila menjuarai Perlumbaan Sirkit Kapal Layar Malaysia (MMRC) 2012 di Pulau Indah semalam.

Berjaya menyingkirkan Mohd Masyuri Rahmat daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia 1, Jeremy yang membawa pulang wang tunai RM8,000 mengakui kerjasama rakan sepasukan yang mengekalkan disiplin dan komitmen tinggi banyak membantu kemenangannya.

"Meskipun angin agak kuat ia tidak menjadi masalah kerana turut membantu kami. Pasukan lawan juga tidak kurang hebat, namun kesilapan Masyuri gagal mengawal kapal semasa di pertengahanperlumbaan memberi kelebihan kepada kami untuk mengatasinya," katanya yang bertekad untuk mencipta hatrik kemenangan di saingan seterusnya.

Mengutip 25 mata di venue kedua MMRC, Jeremy telah mengumpul 50 mata sebelum aksi terakhir MMRC di Pulau Duyung, Terengganu pada penghujung tahun ini.

Sinar Harian

Kontraktor: 'Bank Negara musnahkan kami'

Posted: 01 Jul 2012 08:55 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Sebuah firma pembinaan mendakwa Bank Negara memaksanya muflis untuk mengelak daripada menanggung kos untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC).

Kontraktor kejuruteraan dan pembinaan itu, H&I Niaga Sdn Bhd mendakwa tindakan Bank Negara yang enggan membayar kos berkenaan menyebabkan syarikat tersebut kini mengalami masalah.

Syarikat itu juga mendakwa telah menandatangani satu perjanjian tambahan yang "berat sebelah" dengan Bank Negara pada September 2009.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Bank Negara enggan membuat bayaran kepada syarikat tersebut hingga H&I muflis supaya perkara itu dapat disembunyikan.

Pua berkata, tindakan tersebut menyebabkan syarikat berkenaan tidak dapat membayar hutang yang ditanggungnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah pengarah urusan H&I Niaga Ismail Mohd Hisham dam pengarah eksekutif syarikat tersebut Amerudin Ismail.

malaysiakini/-

Rozaimi jadi hero baru Harimau Muda

Posted: 01 Jul 2012 08:47 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

TIDAK syak lagi, Rozaimi Abdul Rahman wajar dijulang sebagai hero baharu skuad Harimau Muda selepas meledak sembilan gol sekali gus muncul penjaring terbanyak peringkat Kelayakan Kumpulan G Piala Asia Bawah 22 tahun yang kini masih berlangsung di Yangon, Myanmar.

Rozaimi membuktikan betapa dia memiliki karakter luar biasa sebagai penyerang digeruni apabila membantu Malaysia membenam cabaran Vietnam 3-0 dengan melakukan hatrik pada Sabtu lalu.

Kini, sentuhan magis pemuda asal Bongawan, Sabah itu ditagih Ong Kim Swee dan rakan-rakan dalam usaha merealisasikan impian beraksi secara merit layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan tercapai.

Aks i pemain bintang muda dalam pembikinan, Rozaimi Abdul Rahman semakin mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila muncul penjaring terbanyak dengan sembilan go pada aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar setakat ini.

Kelibatnya sering mengundang perasaan gelisah pertahan lawan. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Pemain yang dilahirkan pada 11 Jun 1992 di Bongawan, Sabah itu mula disenaraikan Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee Julai tahun lalu untuk perlawananpersahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Kini, walaupun baru berusia 20 tahun, pemain yang digelar 'Neymar Malaysia' sudah sebaris dengan pemain 'senior' B22 seperti Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri (sekadar menyebut beberapa nama).

Memulakan karier bola sepak profesional bersama pasukanSarawak pad 2010, tetapi Rozaimi kembali menabur bakti di bumi negeri di bawah bayu tahun lalu selepas bakatnya dicungkil menerusi pasukanPiala Presiden Sabah pada peringkat remaja.

Kecemerlangan Rozaimi pastinya memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. Apa tidaknya, dia dijangka bakal memberi saingan getir kepada barisan penyerang lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan kebangsaan khususnya menghadapi Piala AFF Suzuki tahun ini.

Namun paling penting, Rozaimi harus bantu rakan menjinakkan cabaran tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G sekali gus layak ke pusingan akhir.

Sinar Harian

Bukit Aman, Penjara mengaku

Posted: 01 Jul 2012 08:45 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Banduan, warden, polis terbabit edar dadah dikesan

KUALA LUMPUR: Polis dan Jabatan Penjara mengakui polis serta warden terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di penjara. Sehubungan itu kedua-dua pihak sedang menyiasat untuk mengesan dalang kegiatan itu bagi memastikan tembok penjara kebal daripada cubaan penyeludupan dan pengedaran barangan terlarang.

"Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu" - Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata bagi tujuan itu polis dan Jabatan Penjara akan merangka mekanisme khusus termasuk meningkatkan pemantauan dan risikan.

Beliau memberi amaran mereka yang disyaki mengedar dadah akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada polis atau pegawai penjara dalang kegiatan itu.

Biasanya transaksi berlaku di luar seperti ketika perbicaraan atau ketika ahli keluarga melawat banduan.

"Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu," katanya kepada BH semalam,

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini mengenai penyeludupan dan pengedaran dadah serta barang larangan lain dalam penjara dengan bantuan warden dan polis yang diberi upah.

Warden dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu pula mampu meraih sehingga RM20,000 sebulan.

Dijual lebih mahal

Dadah dijual 10 kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran dan diseludup menggunakan pelbagai cara termasuk dimampatkan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dubur ketika banduan dibawa polis ke lokap mahkamah atau balai transit.

Warden pula didakwa menyeludup dadah menggunakan dompet, topi, pakaian dan plastik nipis yang dilekatkan pada badan sebelum diserahkan kepada banduan.

Sementara itu, Ketua Unit Sekretariat Jabatan Penjara, Supri Hashim mengakui ada pegawai penjara dikesan terbabit dalam kegiatan itu sudah dibuang kerja, ditahan dan dihukum penjara.

"Tindakan terhadap banduan terbabit kesalahan tatatertib kerana menyimpan atau menyalahguna dadah pula dikenakan hukuman termasuk sebatan rotan," katanya dalam satu kenyataan.

berita harian/-

'Ini saja yang kami mampu'

Posted: 01 Jul 2012 08:37 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT - "Rumah kami hanya dibina menggunakan kayu terpakai kerana kami tidak mampu untuk membeli yang baru memandangkan kewangan tidak mencukupi." kata penduduk, Melati Abdul Razi, 35 yang tinggal di Kampung Baru Talang, Tanjung Blanja.

Melati berkata, kekangan wang menyebabkan dia dan suaminya, Mohd Saharizal Ahmad Shafirie, 32, tidak mampu memperbaiki rumah mereka dengan sempurna.

Menurutnya, kayu dan zink berkenaan diambil dari rumah ibunya apabila kediaman tersebut dibaik pulih.

"Kami membina rumah sekadar tempat untuk berteduh sahaja memandangkan pendapatan kami tidak menentu setiap bulan," katanya kepada Sinar Harian.

Melati berkata, dia hanya bekerja sebagai tukang sapu di rumah orang dan mendapat belas ehsan orang berkenaan untuk memasukkan bekalan elektrik serta air ke kediaman mereka.

Katanya, Mohd Saharizal pula bekerja kampung dan terpaksa menunggu sesiapa sahaja mengajaknya untuk bekerja.

"Saya amat berharap supaya rumah kami dapat dibaik pulih supaya dapat tinggal dengan selesa seperti orang lain.

"Jika mahu melakukannya sendiri, kami tidak mampu memandangkan kewangan yang ada hanya untuk untuk keperluan harian sahaja," katanya.

Sinar Harian

Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika

Posted: 01 Jul 2012 08:36 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.

Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

"Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah.

Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.

"Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.

"Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.

"Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya lagi.

Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.

"Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.

Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.

'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.

Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.

"Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim

"Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran."

Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.

"Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah.

Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.

selangorku/-

3 bekas pelajar ditahan

Posted: 01 Jul 2012 08:33 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

BERKAS...polis menahan dua suspek wanita yang jual ijazah palsu USM di laman web.

GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.

Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000.

Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.

metro/-

Penyanyi Jefrydeen terima surat hak milik tanah

Posted: 01 Jul 2012 08:26 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini, semalam.

Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai, lapor mediaselangorku.

"Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya.

Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal," kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu "Kenanganku".

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.

Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor.

Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan.

"Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Memang saya gembira dengan anugerah ini," kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik.

Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama.

"Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya," katanya. - http://www.selangorku.com

Harakah Daily

48 peratus pengguna internet adalah wanita

Posted: 01 Jul 2012 08:22 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini turut dimanfaat kaum hawa yang mewakili 48 peratus pengguna internet.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Mentei Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata, statistik juga menunjukkan ramai wanita memanfaatkan ICT untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

"Kemudahan Internet yang ada memberi peluang kepada mereka sama-sama mempelopori bidang ICT. Mereka setanding dengan lelaki di dalam mengaplikasikan kemudahan yang wujud melalui perniagaan 'online' walaupun beroperasi di rumah," katanya.

Yee berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2012 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini malam tadi.

Katanya, seminar keselamatan bertema 'Wanita dan ICT' yang diadakan khusus untuk kaum hawa itu adalah wajar dan tepat pada masanya.

"Ini kerana menurut laporan akhbar, kebanyakan mangsa jenayah siber terutama yang membabitkan laman sosial seperti Facebook dan juga pesan ringkas (SMS) berbaur lucah adalah terdiri daripada kaum wanita," katanya.

Yee turut meminta lebih banyak pihak tampil membantu SKMM dalam mengurangkan jurang digital dan seterusnya meningkatkan penggunaan jalur lebar di Sabah dengan pelbagai inisiatif baru termasuk peluasan liputan jalur lebar. - BERNAMA

Bayar guna cek tendang

Posted: 01 Jul 2012 08:07 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Sebuah syarikat telekomunikasi kerugian RM336,800 selepas diperdaya dua individu berhubung urus niaga kad prabayar dalam kejadian di Pasir Tumboh, dekat sini, pada 21 Jun lalu.

Dua individu itu dikatakan berjaya mempengaruhi pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan untuk menjual 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800, sebelum menyerahkan cek tendang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud (gambar), berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada 25 Jun lalu.

Katanya, tembelang suspek terbongkar selepas mangsa mendapati cek diterima hasil urus niaga membabitkan 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800 adalah cek tendang.

"Mangsa cuba mendepositkan cek diterima di sebuah bank di sini, tetapi terkejut apabila mendapati cek berkenaan cek tendang. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal kerana suspek sudah menghilangkan diri.

"Selepas berasa ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, pada 25 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, dua suspek itu yang menggunakan nama Syed Mohd Salleh dan Fazilah Hasan, masing-masing berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan.

metro/-

Temui anak tergantung di pokok

Posted: 01 Jul 2012 08:06 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

LANGKAP - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran kawasan tempat kerjanya, Khamis lalu.

Pasangan suami isteri berkenaan nekad untuk mencari anak mereka setelah didapati tidak pulang seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Goh Chuwan Giap, 34, berasal Jalan Kampung Banjar, dekat sini maut di tempat kejadian akibat patah di bahagian leher.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, disedari ibu bapa mangsa apabila anaknya masih tidak pulang dari tempat kerja seperti biasa.

"Ibu bapa mangsa turut cuba menghubungi telefon bimbit milik lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja bina an namun, gagal.

"Bimbang akan keselamatan anaknya, pasangan suami isteri itu bergegas ke tempat anaknya bekerja di tapak pembinaan rumah kedai dekat Taman Harmoni, Jalan Langkap-Changkat Jong, dekat sini," katanya kepada pemberita.

Kata beliau, setibanya di tempat kejadian, pasangan itu memeriksa kawasan tersebut dan terkejut apabila menjumpai anaknya tergantung di bawah pokok belakang bangunan," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, terkejut dengan apa yang berlaku, bapa mangsa bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dihantar untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjutan dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapat lelaki berkenaan alami patah leher.

"Kami mendapati tiada unsur- unsur jenayah dan siasatan lanjut masih dijalankan manakala kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian

Enam kenderaan bertembung

Posted: 01 Jul 2012 07:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Lebih 50 pengguna jalan raya di kawasan Pekan Baru Parit Buntar terpaksa berhadapan masalah lalu lintas selama lebih sejam setelah enam kenderaan bertembung di simpang tiga Jalan Perusahaan, di sini, lewat petang kelmarin.

Enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah empat motosikal, sebuah kereta dan sebuah van.

Saksi kejadian, Mohd Ramdhan Abu Bakar,32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang setelah sebuah kereta jenis Proton Iswara didapati memandu secara melulu di kawasan simpang tiga walaupun lampu isyarat menunjukkan tanda berhenti.

Menurutnya, pemandu kereta itu didapati memandu melawan arus lalu melanggar dan menyeret tiga motosikal hingga ke bahu jalan dari arah bertentangan sehingga menyebabkan tiga penunggangnya mengalami kecederaan parah.

"Sebuah motosikal pula cuba mengelak daripada dilanggar kereta berkenaan, bagaimanapun bertembung pula dengan sebuah van Telekom Malaysia (TM) yang berada jarak lima meter di sebelahnya.

"Melihat keadaan itu, saya lantas menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar dan keempat-empat penunggang motosikal yang cedera dihantar segera ke hospital," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Seorang saksi kejadian, Mohd Zamani Zamri, 29, berkata, pihak bomba terpaksa mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan pemandu kereta berkenaan setelah pintu kenderaan itu tidak boleh dibuka.

Katanya, pemandu berusia lingkungan 20an itu terus dikejarkan ke Hospital Parit Buntar kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan badan.

"Keadaan trafik juga agak sesak disebabkan kejadian itu menjadi tumpuan orang ramai dan hanya setelah sejam selepas itu barulah polis trafik berjaya mengawal keadaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang