. |
- Tamrin Tidak Pedulikan Ugutan...
- Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’
- Dr Mursi, Presiden Mesir Yang Digeruni Israel
Tamrin Tidak Pedulikan Ugutan... Posted: 01 Jul 2012 07:52 PM PDT Lintas Langsung Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan gelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.
Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyadarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan. Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrim yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak. "Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya. Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarangh ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga teena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya. Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu. Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang peting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas." Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrim tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam. Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional. Tamrim yang juga bekas Exco Pemuda Umno dizaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri. Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib. Malam ini Tamrim akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersam Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrim khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12] Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/tamrim-tidak-pedulikan-ugutan.html | ||
Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’ Posted: 01 Jul 2012 07:46 PM PDT Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat. "Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi. "Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi. Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali. Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular. "Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini," katanya. Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat. "Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa. "Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya. Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/hairie-saya-pilih-pas-kerana-perjuangan-sandarkan-al-quran-sunnah-1.62461 | ||
Dr Mursi, Presiden Mesir Yang Digeruni Israel Posted: 01 Jul 2012 03:30 PM PDT Biodata Pof Dr. Muhammad Mursi Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran. Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. -------------------------------------------------------------------------- Dakwah dan Politik Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak. Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu. --------------------------------------------------------------------------- Penjara dan Penangkapan Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya. Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000. Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011. Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri. Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah. -locengwangsa Peristiwa Hebat di Medan Tahrir Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/06/dr-mursi-presiden-mesir-yang-digeruni.html |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan