Jumaat, 27 Julai 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pakatan pelawa tema baru hari Merdeka

Posted: 27 Jul 2012 12:42 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Selepas memberi kerajaan tempoh seminggu untuk menukar tema sambutan Hari Kebangsaan, Pakatan Rakyat meminta orang ramai menghantar cadangan tema baru bagi menggantikan tema 'Janji ditepati' yang dianggapnya berat sebelah.

NONE"Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat.

"Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa," kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Orang ramai boleh emelkan cadangan mereka kepada sekretariatpakatan@gmail.com.

Atau menghantarnya kepada Sekretariat Pakatan Rakyat, di alamat No. 17, Jalan 16/2, Seksyen 16, 16350 Petaling Jaya or faxed to 03-7958 1593.

MALAYSIAKINI

Hak royalti mesti dipenuhi tak kira apa parti

Posted: 27 Jul 2012 12:38 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada isu berkaitan Royalti Minyak Negeri Kelantan adalah dirujuk semula.

Saya sebagai anak jati Kelantan berpendapat kerajaan Barisan Nasional telah menafikan hak rakyat Kelantan kerana telah merompak royalti minyak negeri ini dengan tidak membuat bayaran royalti kepada kerajaan negeri Kelantan hanya disebabkan perbezaan parti yang memerintah kerajaan Negeri Kelantan.

Saya berpendapat walaupun apa jua perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat secara moralnya hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia merupakan hak rakyat kelantan dan patut disalurkan kepada kerajaan Negeri Kelantan bukanya agensi kerajaan pusat.

Sehubungan dengan itu, tidak kira agama. kaum, bangsa semua rakyat kelantan patut menikmati hasil royalti ini tanpa sebarang halangan oleh kerajaan pusat.

Saya juga berpendapat jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat tanpa mengira parti mana yang berjaya membentuk kerajaan negeri hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri yang berkaitan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.

Semoga perjuangan Rakyat Kelantan ini mendapat kejayaan pada PRU 13 nanti.

Sekian salam hormat

Udang karang gergasi dilepaskan ke laut

Posted: 27 Jul 2012 12:37 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pengurus restoran The Dock, Kristen Eighme menyerahkan udang karang gergasi kepada Wilson di Waterford, Connecticut kelmarin.

TELUK NIANTIC, Amerika Syarikat - Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia kelmarin.

MacKenzie mengetahui tentang udang karang itu yang mempunyai nama jolokan Lucky Larry daripada kanak-kanak tempatan.

Namun, dia enggan mendedahkan harga yang perlu dibayarnya untuk membeli udang tersebut daripada restoran The Dock.

Menurutnya, udang itu perlu mengambil masa selama 80 tahun untuk mecapai saiznya seperti sekarang.

Dia membawa udang tersebut menaiki sebuah bot ke sebuah lokasi rahsia di sini dan melepaskannya ke dalam laut dengan bantuan seorang kenalannya, Steve Wilson. - AGENSI

Gempa Bumi Sederhana Gegar Selatan Ica, Peru

Posted: 27 Jul 2012 12:35 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

LIMA: Satu gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Ritcher melanda wilayah selatan Ica, di sini, pagi Jumaat.

Institut Geofizik Peru (KPN) berkata, gempa yang berlaku pada pukul 8.36 (waktu tempatan) itu berpusat kira-kira 136 kilometer di barat daya Picso dengan kedalaman 40.4 kilometer.

Menurut Institut Pertahanan Awam Negara Peru (INDECI), tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini berikutan gempa bumi itu.

MSTAR/-

Rafizi: Kereta Proton tetap lebih murah tanpa duti eksais

Posted: 27 Jul 2012 12:32 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import sekiranya cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri - seperti yang dikenakan ke atas produk arak.

Oleh itu, penurunan harga kesemua kereta sama ada model tempatan atau kereta import akan berkadar terus dengan jumlah cukai yang dihapuskan, jelasnya.

"Jika Proton dah ada kelebihan harga (murah) berbanding kereta Honda, kelebihan harga itu tetap akan ada di sana.

"Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal rendah di pasaran," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Rafizi turut mengulas pandangan yang disuarakan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa rancangan tersebut akan mengancam pengeluar kereta nasional Proton.

Katanya, pandangan seperti itu menunjukkan bahawa pemimpin Umno tidak dapat membezakan di antara cukai eksais dan cukai import kereta.

proton gen 2 sedan 270707 front"Mereka tertukar antara duti eksais dan duti import.

"Mereka juga tidak perasan, pada tahun 2005 cukai import (dikurang dan) diganti dengan duti eksais," kata Rafizi.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais itu akan menyebabkan harga kereta tempatan turun kepada RM30,000 sahaja.

"Saya nak tunjuk betapa tidak adilnya cukai sekarang yang mencukai golongan miskin yang beli Proton dan Perodua.

"Kami percaya rakyat beli kereta bukan untuk bermewah-mewah.

"Ini mengukuhkan pendirian PKR, rombakan cukai ini penting untuk tambah pendapatan boleh guna dan kurangkan bebanan (hutang) rakyat," kata Rafizi.

HARAKAHDAILY/-

30 artis sudah sertai usrah

Posted: 27 Jul 2012 12:30 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.

Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.

Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.

"Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi,"ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa.

"Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat.

"Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,"ujarnya.

Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing.

Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.

Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu.

"Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,"ujarnya.

Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.

Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu, Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.

harakahdaily/-

MSK ajak mahasiswa dekati masyarakat

Posted: 27 Jul 2012 12:29 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) terus mendekati rakyat negeri ini kali ini dengan program santai yang dinamakan "Make Colek Bersama Mahasiswa" yang diadakan di Bukit Tandak di sini baru-baru ini.

Program julung-julung kali diadakan itu disertai hampir 100 mahasiswa seluruh Kelantan menyantuni penduduk.

Program bermula jam 5 petang hingga 12 malam itu antara lain turut mengadakan ziarah sekampung, member sumbangan kepada keluarga yang memerlukan serta mengambil keluarga angkat.

Di sebelah malamnya, turut diadakan solat terawih beramai-ramai dan sedikit tazkirah.

Presiden MSK, Firdaus Mohd Yusof berkata, antara objektif program tersebut adalah mahu mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat kampong, menabur bakti kepada mereka disamping mengisi masa cuti mahasiswa.

" Program-program seperti ini akan diteruskan lagi bagi mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat kerana mahasiswa merupakan orang yang mempunyai kelebihan ilmu dan perlu menyampaikan kepada masyarakat", ujarbeliau

Kemuncak kepada program terbut ialah pada sebelah malamnya apabila hampir 400 penduduk kampong menyertai makan 'colek' bersama mahasiswa.

Pelbagai aneka colek telah dihidangkan dan penduduk kampung juga turut berpeluang mendapatkan hadiah melalui cabutan bertuah yang diadakan.

Turut serta dalam program kemuncak itu adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periuk Ustaz Mohammad Awang.

harakahdaily/-

Tentera Syria perhebat serangan

Posted: 27 Jul 2012 12:23 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEBERAPA penduduk mengawal sebuah pusat pemeriksaan semasa pertempuran dengan tentera Bashar di Aleppo kelmarin.

LEBANON - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad di Aleppo, kata seorang aktivis tempatan, Mohammed Saeed semalam.

Menurutnya, terdapat serangan pada waktu malam di beberapa bahagian di bandar tersebut yang didiami tiga juta penduduk.

Beliau berkata, tentera Syria memperhebatkan serangan udara kelmarin dan semalam.

Menurutnya, tentera Bashar melakukan serangan di kawasan perumahan.

Beliau memberitahu agensi berita Ap menerusi Skype.

Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac tahun lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.

Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut. - AGENSI

Tujuh Maut Taufan Vicente Badai Utara Vietnam

Posted: 27 Jul 2012 12:21 AM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

HANOI: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala tiga lagi masih hilang dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat akibat taufan Vicente yang membadai utara Vietnam pada Jumaat.

Pegawai rasmi wilayah Tuyen Quang di utara Veitnam, Lai Thanh Huyen, berkata tanah runtuh yang disusuli hujan lebat itu mengakibatkan seorang wanita berusia 28 tahun, anak perempuannya berusia lima tahun dan bayi lelaki berusia empat bulan tertimbus ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah.

Akhbar Tuoi Tre melaporkan bahawa tanah runtuh membunuh empat orang di wilayah Ha Giang, manakala banjir kilat menyebabkan tiga penduduk tempatan hilang dibawa arus deras.

mstar/-

Bagaimana membina syurga di rumah

Posted: 26 Jul 2012 11:59 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Syurga sebagaimana yang digambarkan al-Quran, suasananya yang menarik dan sedap mata memandang. Terdapat di dalamnya tumbuh-tumbuhan yang menghijau, sungai yang mengalir bersih, dan ada pula jambatan yang merentanginya. Selain itu haiwan atau hidupan boleh hidup bebas dalam taman itu tanpa diganggu gugat oleh penghuninya.

Itulah gambaran syurga yang seharusnya dibina dalam rumah tangga umat Islam. Suasana tenang, damai dan menghiburkan dapat dirasai oleh penghuni syurga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak yang baik. Mereka ini mampu menjaga alam sekitar dengan baik dan tidak merosakkan apatah lagi memusnahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dalamnya.

Jelaslah penghuni syurga ini terdiri daripada orang yang beriman; suami beriman, isteri beriman dan anak-anak juga beriman. Suami yang beriman sudah tentu berperanan sebagai ketua keluarga, isteri berperanan sebagai pendidik, manakala anak merupakan ahli keluarga yang terdidik. Mereka sama-sama hidup di bawah naungan ilahi, dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna.

Keluarga yang harmoni ini tidak syak lagi akan sentiasa taat kepada agama dan pastinya tidak akan terlintas dalam hati mereka untuk melakukan dosa, derhaka kepada Allah. Pada masa yang sama mereka tidak menyakitkan hati jiran dan manusia yang lain.

Halangan Membina Syurga Rumah Tangga

Persoalan sekarang masih wujudkah keluarga yang harmoni dan dijamin syurga seperti yang digambarkan di atas? Wujudkah suami atau isteri yang beriman seperti itu? Wujudkah anak-anak yang beriman sehingga mereka tidak menderhakai ibu bapa mereka? Jawapannya sudah tentu ada, tetapi peratusnya amat sedikit. Kenapa?

Sememangnya pasangan yang berkahwin itu mengidamkan syurga dalam rumah tangga mereka, tetapi sejauhmana mereka bersedia ke arah itu. lazimnya, suami sebelum berkahwin tidak pun membuat persiapan untuk menjadi suami yang beriman dan untuk menjadi suami yang baik. Dan isteri juga sebelum berkahwin tidak cuba membuat persiapan untuk tingkatkan iman di dada.

Meskipun mereka menghadiri kursus pra perkahwinan, tetapi kebanyakan peserta hadir hnya untuk mendapatkan sijil bukan ilmu. Dalam keadaan itu bolehlah mereka membentuk keluarga sakinah yang menjadi asas kepada syurga rumah tangga? Tentu mustahil bagi mereka mengecapinya.

Walau bagaimanapun peluang itu masih ada kalau terdapat salah seorang daripada pasangan itu beriman dan beramal soleh. Yalah kalau salah seorang daripada mereka beriman dan berjaya mengekalkannya, secara tidak langsung dia dapat mendidik pasangannya ke arah yang sama.

Andaikan isterinya beriman dan mampu berperanan sebagai isteri yang solehah, lambat laun suaminya boleh menjadi baik sepertinya. Apa tidaknya, apabila suami pulang ke rumah, disambut di hadapan pintu dengan senyuman walaupun dia penat mengurus rumah. Kemudian suami yang kehausan dihidangkan pula dengan air suam dan tempat rehat yang selesa sudah disiapkan.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hatimu, apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tiada, dia menjaga maruahnya dan menjaga hartamu." (Riwayat al-Tabrani - 12106)

Isteri yang sebaik itu pasti menambat hati suami setiap kali pulang ke rumah. Sikapnya yang konsisten itu bukan sahaja dapat mengembirakan suami, malah menyenangkan hati anak-anak. Semasa ketiadaan suami, dia mendidik anak dengan sempurna hingga jadi manusia yang berguna.

Anak yang dididik ke arah iman dan taqwa pula akan memelihara ibadah kepada Allah. Bukan sahaja solat lima waktu, dan ibadah yang wajib tetapi solat sunat mampu dilakukan berterusan. Selain ibadah, hubungan dengan manusia hendaklah dilakukan dengan penuh beradap, dan sistem muamalat terus dihayati secara sopan.

Ahmad Baei Jaafar

Tetak guna parang palsu

Posted: 26 Jul 2012 11:54 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DITETAK...Law menunjukkan tangannya yang ditetak suspek menggunakan parang palsu.

GOMBAK: Sepasang warga emas dan empat ahli keluarganya berdepan detik cemas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, awal pagi kelmarin menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki.

Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang.

"Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.

"Saya ditolak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak perempuan, menantu dan cucu lelaki saya yang sedang tidur. Lelaki itu turut mengarahkan isteri serta anak lelaki saya yang tidur di bilik berasingan masuk ke bilik itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, semalam.

metro/-

Berikut lokasi himpunan aman Rohingya hari ini

Posted: 26 Jul 2012 11:51 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini bagi membantah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya.

Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.

Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;

1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri

2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani

3. Pahang - Muazzam Shah

4. Selangor dan Wilayah - Masjid al-Syarif, Gombak

5. Johor - Bandar Baru Uda pada 29 Julai jam 5 petang

6. Sabah - Masjid SDA, Kota Kinabalu

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Ummat Islam harus bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," katanya.

Sementara itu, Lajnah Antarabangsa DPPM katanya akan mengambil peranan untuk membuat bantahan dengan menghantar memorandum rasmi ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut

harakahdaily/-

Kapal meletup: 1 maut, 4 hilang

Posted: 26 Jul 2012 10:09 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

LABUAN – Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.

Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan.

Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.

Tinjauan mendapati api yang marak atas kapal tersebut mencapai ketinggian melebihi tiga meter.

Api besar itu hanya mampu dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang polis bantuan, Asian Supply Base, yang sedang membuat rondaan di jeti terbabit.

Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 29 anak kapal terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam warga Filipina yang sedang sibuk memunggah kargo berisi bahan bakar jenis methanol dari kapal turun ke jeti.

Kosmo

14 bangkai harimau awet dirampas

Posted: 26 Jul 2012 09:29 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEORANG anggota polis kelmarin memeriksa harimau mati yang telah diawet selepas ia dirampas dari sebuah rumah gudang di Cibubur, Jakarta.

JAKARTA - Sebanyak 14 bangkai harimau yang telah diawet dirampas di sebuah gudang di Cibubur selatan Jakarta pada 19 Julai lalu.

Rampasan itu dibuat oleh anggota-anggota polis kerana harimau Sumatera tersebut merupakan haiwan yang dilindungi ekoran semakin pupus.

Seorang suspek telah ditangkap polis atas dakwaan melakukan perdagangan haram hidupan liar. - AFP

Doakan keselamatan Umat Islam Rohingya

Posted: 26 Jul 2012 08:42 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Hari ini adalah Jumaat pertama seluruh umat Islam di Malaysia kira- kira 8 juta orang menunaikan solat Jumaat untuk pertama kalinya bagi Ramadhan 1433 H.

Mapim menganjurkan supaya semua 6,400 lebih masjid diseluruh negara membaca khutbah khas untuk menyedarkan umat Islam mengenai isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Ketika pergolakkan umat Islam berlaku diseluruh dunia, mahu tidak mahu isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar yang sudah terlalu lama dideritai seharusnya mendapat perhatian utama. Malah etnik Rohingya telah dianggap oleh PBB sebagai salah satu bangsa paling tertindas didunia.

Pembunuhan kini disemarakkan lagi dengan puluhan ribu lagi yang maut ditembak, disembelih dan dibakar. Berita mengenai kezaliman luar biasa ini malangnya tidak diketahui oleh dunia.

Insiden yang sedang berjalan sekarang semakin mengerikan kerana masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

Mapim dengan itu menyeru agar seluruh umat Islam di negara ini pada hari ini hendaklah mengambil peluang untuk mengadakan majlis munajat khas kepada Allah agar Umat Islam dilindungi dari kezaliman yang menimpa mereka dimana sahaja mereka berada khusus yang berlaku di Myanmar.

Sesungguhnya kejadian di Myanmar sangat melukai hati Umat Islam. Di mana sahaja Umat beragama lain hidup di Negara Umat Islam , ternyata hak mereka terjamin dan mereka dapat hidup dalam keadaan yang sungguh aman dan selesa. Akan tetapi di Negara bukan Islam , Umat Islam sering berhadapan dengan ancaman dan penindasan.

Jadikanlah solat Jumaat hari ini sebagai hari Solidariti Umat Islam membela nasib Umat Islam Rohingya. Adakan himpunan agar mendidik masyarakat supaya mempunyai sensitivit yang tinggi terhadap nasib saudaranya seagama.

harakahdaily/-

Bapa kejam gila!

Posted: 26 Jul 2012 08:40 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.

Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

"Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.

"Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya," katanya.

metro/-

Guan Eng sedia maafkan Utusan, NST

Posted: 26 Jul 2012 08:38 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Mengambil semangat bulan Ramadhan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kesediannya 'memaafkan' akhbar Utusan serta New Straits Times (NST).

Menurutnya, ia sekaligus akan menjernihkan semula hubungan di antara kedua-dua akhbar itu dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lim mendakwa, kedua-dua akhbar itu sering menyiarkan ucapannya yang diputar belit tanpa memberikannya ruang untuk menjawab.

"Sekiranya mereka Utusan dan NST bagi saya hak jawab, saya rela maafkan mereka dan jemput mereka semula ke sidang akhbar saya.

"Sebab selalunya mereka buat cerita sidang akhbar saya tetapi mereka 'twist' dan tak siarkan apa-apa yang saya cakap," kata Lim di majlis berbuka anjuran DAP di Kuala Lumpur semalam.

Lim pada 28 Jun lalu memfailkan saman terhadap Utusan dan NST atas dakwaan menyiarkan tuduhan terhadapnya tanpa mengesahkannya dengan beliau sendiri.

Pada masa yang sama, pentadbiran Lim di Pulau Pinang juga kerap dikritik kerana tidak didakwa berpegang kepada semangat kebebasan akhbar apabila bertindak menghalang Utusan dan NST daripada membuat liputan programnya.

Menurut Lim, beliau percaya kebebasan akhbar tidak wajar digunakan untuk menabur fitnah.

"Saya rasa ini bukan kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar merangkumi hak kedua-dua pihak untuk memberi kenyataan mereka, bukan buat fitnah.

"Hak ini dinafikan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita boleh 'normalise' hubungan antara mereka dan saya. Kita dalam semangat Ramadan, tak tahu mereka (Utusan dan NST) ada semangat Ramadan atau tidak," katanya.

Lim sehingga kini memenangi dua saman terhadap Utusan. Terkini pada 22 Jun lalu, Utusan diperintahkan membayar Lim RM200,000 untuk gantirugi dan RM20,000 bayaran kos.

Lim memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Berhad atas penyiaran berita dengan tajuk 'Tiada lagi DEB' pada 12 Mac 2008.

Pada 11 Januari 2009 Lim menjelaskan yang beliau tidak pernah menyebut yang pentadbirannya akan 'menghapuskan' DEB.

Sebaliknya, beliau menegaskan kerajaannya akan mentadbir Pulau Pinang bebas daripada NEP yang membiakkan "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan sistematik".

Ekoran penyiaran berita itu, kira-kira 1,000 orang berhimpun membantah terhadap Lim pada 14 Mac selepas solat Jumaat di hadapan bangunan Komtar.

malaysiakini/-

Jangan kahwini wanita yang ada sifat ini

Posted: 26 Jul 2012 08:32 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja

harakahdaily/-

Mufti Saudi ini menangis teresak-esak

Posted: 26 Jul 2012 08:01 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi,

tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !!

harakahdaily/-

Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600

Posted: 26 Jul 2012 07:58 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN – Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).

Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.

"Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri," katanya pada sidang media.

Kosmo

Anak kecil tahanan ISA tanya di mana ayah

Posted: 26 Jul 2012 07:47 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DALAM keghairahan menjalani ibadah puasa bermula 21 Julai lalu, mungkin suasana yang berbeza dialami keluarga malang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipisahkan daripada keluarga tersayang.

Tatkala anak-anak lain dijanjikan bapa tersayang, jika berpuasa penuh bakal mendapat ganjaran pelbagai bentuk termasuk wang, baju raya yang lebih dan duit raya, selain memenuhi tuntutan rukun Islam, anak-anak mangsa tahanan ISA setiap tahun terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa belaian dan dorongan si ayah.

Jauh sekali untuk menikmati suapan tangan penuh kasih sayang ketua keluarga, malah mungkin makan dan minum mereka sekadar alas perut di kala anak-anak keluarga lain sedang khusyuk menikmati juadah pelbagai aneka di bulan penuh keberkatan.

Begitulah nasib 13 keluarga tahanan yang menetap di beberapa perkampungan di sekitar Tawau, Sabah. Dan masih ada lagi keluarga yang teraniaya di Kuala Lumpur apabila suami atau ayah tercinta terus dikurung tanpa bicara di Kamunting, Perak.

Penulis dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pernah menyantuni keluarga tahanan yang dizalimi itu di Tawau semasa kembara ISA ke Negeri Bawah Bayu itu.

Beberapa anak dan isteri mangsa tahanan ISA meluahkan keperitan hidup mereka setelah suami mahupun anak ditahan di Semenanjung (di Kem Tahanan di Kamunting, Taiping) yang jaraknya bukan kepalang. Tiada upaya mereka untuk menziarahi dan menatap wajah orang tersayang.

Paling memeritkan, kehidupan yang dilalui dua keluarga Shamsuddin Alip dan Bakar Baba yang ditahan semula sejak November tahun lalu. Tempoh bersama begitu terhad sekali sebelum dicekup semula.

Penahanan kali kedua itu membuatkan keluarga mangsa cukup trauma, dan paling menyedihkan anak-anak terus menanggung derita rindu belian, kasih sayang dan prihatin sorang bapa.

Air mata isteri Bakar Baba, Zorhana Abdul Razak tak henti-henti berderai dari kelopak matanya yang sayu, menceritakan nasib yang melanda dirinya dan anak-anak.

Anak-anak masih bersekolah dan ada yang masih kecil, tidak tahu ke mana ayahnya ditempatkan. Mahu menjenguk bapa amatlah jauh, dan alasan kononnya bekerja terpaksa dihidangkan ke telinga anak-anak tatkala sang anak bertanyakan ke mana ayah pergi.

Menceritakan kesengsaraan hidup selepas suami ditahan ISA, Zorhana Abdul Razak (isteri Bakar Baba) yang menetap di Kampung Muhibbah Raya kini terpaksa menggalas tugas seorang ibu, bapa dan pelindung kepada enam anaknya yang masih kecil.

Zorhana hanya menumpang di rumah ibunya yang juga semakin uzur tanpa ada pendapatan yang tetap. Zorhana ketika ditemui dalam kunjungan Harakah pada 26 April lalu berkata, penzaliman ke atas suaminya cukup membakar jiwanya.

Perasaan bimbang dan takut mengenai keselamatan diri dan anak-anak pula sentiasa bermain di benak Zorhana. Jika bertemu masyarakat pastinya khabar si suami jua yang ditanyakan masyarakat sekeliling kepadanya.

Entah apa lagi alasan yang mahu diletakkan ke bibir masyarakat tatkala suami masih terus ditahan di tirai besi yang entah bila akan bebasnya.

Hapusnya ISA tetapi tidak menghapuskan perintah tahanan yang dikenakan ke atas suaminya. Perit sekali perasaan yang berbuku di hati Zorhana tatkala memikirkan soal makan minum, kesihatan dan persekolahan anak-anak juga terus menjadi bebanan fikiran.

Manakala kehadiran anggota polis Cawangan Khas (SB) pula sering mengganggu perasaan. Ada yang berjanji mahu menyelesaikan masalah suaminya, namun tidak kurang yang datang mengugut.

Perkiraan Zorhanan mudah, jika suaminya bersalah, maka ke muka pengadilan harus dihadapkan Bakar Baba agar mahkamah yang 'entah telus atau tidak' itu setidak-tidaknya boleh mengadilinya.

Lebih malang lagi, kata Zorhana, masyarakat persekitaran termasuk teman-teman dan keluarga sendiri yang tidak memahami perkara sebenar seolah-olahnya memandang serong dan tidak mengambil peduli hal ehwal mereka.

Meskipun kental berdepan mehnah hidup, namun titisan airmata menjadi peneman, tatkala anak-anak bertanyakan ayahnya. Kini ketika Ramadan dilalui, suami tercinta masih didera di belakang tirai besi, mengurung segala kasih dan sayang yang selama ini tersisa lagi.

Zorhana terpaksa menyembunyikan perasaan sedih dihadapan anak-anak yang masih tidak mengenal soal kezaliman pemerintah ke atas ayahnya.

Tawa-hilai anak sahajalah kini menjadi bekalan sedikit sebanyak buat Zorhana bersama ibu yang sudah tua untuk menghiburkan hati yang lara setelah suami tercinta terkurung dalam tirai besi.

Satu sahaja harapan Zorhana agar suami tercinta dibebaskan secepat mungkin kerana ISA telahpun dimansuhkan dan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan bakal disusuli Syawal.

Dalam kesempatan bertemu Zorhana di rumah ibunya itu, Zorhana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Harakah atas sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan harian kepadanya.

Sambil menitiskan airmata, beliau turut berpesan kepada penulis agar Harakah terus memperjuangkan isu-isu penzaliman ke atas rakyat seluruhnya, bukan sahaja isu membabitkan suaminya.

Sementara itu, seorang ibu tua, Aminah Dalat (ibu kepada Shamsuddin Alip) pula menyifatkan tindakan kerajaan meneruskan penahanan kali kedua anaknya adalah sangat kejam.

Aminah yang ditemui Harakah selepas majlis sumbangan wang bantuan kepada mangsa tahanan ISA di Pejabat PAS Kawasan Tawau, 25 April lalu cukup tersentuh apabila penulis bertanyakan bagaimana keadaan beliau selepas ketiadaan Shamsuddin.

Beberapa kali beliau menitiskan airmatanya, dan berulang kali Aminah menyebut anaknya seorang yang baik, cukup menjaga solat dan berdisiplin bukan seorang pengganas.

Apalah daya Aminah pada tubuh tuanya itu beliau hanya mampu berdoa dan menanti jika ada pihak yang mahu memperjuangkan nasib beliau dan memberi harapan agar anaknya dibebaskan serta-merta.

Sementara itu, prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA, Harakah telah menyerahkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa.

Sumbangan disampaikan Ahmad Lutfi Othman kepada isteri, anak dan ibu mangsa yang rata-ratanya ditahan kononnya terlibat dengan jemaah Darul Islam.

Harakah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai RM1,500 dan bantuan bekalan makanan setiap seorang mangsa manakala RM4,000 bantuan tambahan diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Zaitun Ahmad.

Jumlah bantuan bernilai RM23,000 adalah hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Mansuhkan Isa kendalian Harakah.

Harakah turut merayu seluruh rakyat yang bencikan kezaliman untuk terus menderma kepada Tabung Mangsa Kezaliman ISA untuk Harakah sampaikan sumbangan derma khasnya bagi menyambut Ramadan dan Syawal.

"Mungkin ramai sudah melupai nasib malang keluarga tahanan ISA yang terpinggir ini. Mereka masih memerlukan sokongan khususnya bantuan kewangan. Ramadan yang menjanjikan pahala berganda untuk amalan sedekah adalah masa paling sesuai untuk kita menyalurkan sumbangan ikhlas ini," kata Ahmad Lutfi, yang berpengalaman luas menyantuni keluarga tahanan dan juga bekas tahanan yang masih memerlukan.

"Sejak empat lima tahun lalu, respons pembaca Harakah cukup menakjubkan. Hampir RM700,000 disumbangkan orang ramai. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terim kasih kepada penderma yang baik hati. Hampir setiap hari kami ada pihak yang menyumbang, walaupun sekecil RM5. Ia sungguh bermakna.

Ada yang terus menyalurkan ke dalam akaun RM1,000 setiap akali berbakti, semuanya tidak kami kenali siapa mereka," tambah Ahmad Lutfi, yang saban tahun, setiap hujung Ramadan menghulurkan sendiri bantuan ke rumah keluarga tahanan, termasuk di Sabah.

"Kami pernah membantu satu keluarga bekas tahanan ISA, seramai hampir sepuluh orang ke Manila dan menanggung kos hidup mereka selama tiga bulan di Filipina. Bekas tahanan yang dibebaskan daripada Kamunting itu dihantar ke penjara di Manila atas tuduhan lain. Beliau merupakan pejuang Islam Moro. Hingga hari ini keluarganya di Sandakan masih perlu dibantu," ujar Ahmad Lutfi.

SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA AKAUN MAYBANK 564070000336 ATAS NAMA HARAKAHDAILY DOT COM.

Rompak RM3.8j

Posted: 26 Jul 2012 07:38 PM PDT

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SERI ALAM: Dua lelaki yang menyamar kakitangan syarikat keselamatan mengugut untuk mencucuh pemandu van syarikat keselamatan dengan cota elektrik sebelum melarikan wang tunai RM3.8 juta di depan sebuah pusat beli-belah di bandar Seri Alam, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, lima kakitangan syarikat keselamatan berkenaan dikatakan ke pusat beli-belah bagi memasukkan wang ke mesin juruwang automatik (ATM), jam 9.30 pagi.

Sumber polis berkata, empat daripada lima kakitangan syarikat keselamatan yang bersenjata api kemudian masuk ke pusat beli-belah berkenaan untuk memasukkan wang ke mesin ATM.

"Pemandu van tidak mengikuti rakan mereka dan hanya menunggu di dalam kenderaan berkenaan. Bagaimanapun, kurang 10 minit kemudian, pemandu van terbabit mendakwa dia dihampiri dua lelaki lingkungan 30-an yang memakai pakaian keselamatan sama.

"Dua lelaki itu menariknya keluar dan mengugut akan mengenakan renjatan elektrik terhadapnya jika dia melawan. Suspek kemudian melarikan van keselamatan itu yang dipercayai membawa 14 karung berisi wang tunai," katanya.

Menurutnya, pemandu van berkenaan dibiarkan di luar van tanpa dicederakan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal berkata, setakat ini 12 individu berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan di beberapa lokasi berasingan bagi membantu siasatan.

"Sejurus kejadian, kami melancarkan operasi khas termasuk sekatan jalan raya dan semua 12 suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan diterima," katanya.

Menurutnya, semua 12 suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

metro/-

Tiada ulasan:

Nuffnang