Jumaat, 27 Julai 2012

.

.


FELDA OH FELDA ........Dari FELDA ke FGV, lagi satu KUB dalam pembikinan?

Posted: 27 Jul 2012 12:44 AM PDT

Tolonglah baca, jangan tak baca Wahai ibubapaku selaku peneroka. 

Agak lama saya tidak menulis mengenai FGV dan FELDA. Masa rehat ini , membolehkan saya menghalusi fikiran keatas isiu FELDA. Tidak menulis , tidak bererti sudah lupa. Jauh dimata, dekat dihati.
Apa yang sebenarnya sudah terjadi?
Harga saham FGV nampak konstan pada tahap RM 5.35-5.50. paling akhir, harga saham ditutup pada harga RM5.20. ianya sudah menunjukkan pola menurun harga. Lama kelamaan FGV jadi macam KUB.
Orang UMNO ingatkah lagi KUB? Orang Melayu ingatkah lagi KUB? Ianya sudah kaput! Inilah nasib yang akan menanti FGV. 
Pada harga RM5.20 premium saham ini ialah sekitar 65 sen- 70 sen. Adakah ini bagus? Ia hanya bagus kepada mereka yang mempunyai jumlah saham ratusan ribu dan juta juta. Yang ada 5,000,000 dapat untung bila dijual sebanyak RM3 juta. Yang lebih jumlah saham lagi untung besar. Orang bukan FELDA dapat juta juta, peneroka dapat auta. 
Kepada peneroka bagus atau tidak? Pandangan saya kepada perkara ini masih tetap. Kalau peneroka yang diutamakan, maka berikan semua kepada peneroka FELDA. Kalau peneroka diutamakan, FELDA Holdings patut mengambil alih FGV dan kekalkan perniagaan ini dalam tangan FELDA 100%. 
Biarkan orang2 yang tidak ada kena mengena dengan FELDA membeli saham FGV setelah ianya di jual oleh peneroka. Atau pun paling tidak, sesuai dengan diskrimanasi positif, berikan 30% kepada peneroka. Mengapa hanya 5.5% dari jumlah saham yang di terbitkan? Bolehkah 5.5% dibaca sebagai `mengutamakan' Felda. 
Ianya lebih tepat dilihat sebagai diutamakan untuk disembelih dan dikorbankan.
Jelas sekali ianya baik untuk yang ada duit yang membeli banyak unit dan baik kepada konco2 UMNO yang di beri MUkhriz banyak unit. Kepada penerima 810 unit saham, mereka akan hanya dapat RM526. Setelah di tolah fee pinjaman RM200, maka tinggallah RM326.
Bukan peneroka dapat juta2, peneroka dapat sisa2. Peneroka dapat RM15,000 rasuah pendahuluan dan RM326 pemberian sisa2. 
Kalau tunggu lama2, harga jatuh dan nanti lagi teruklah peneroka FELDA yang akhir nya mendapat durian yang mengkal. 
Dengan langkah yang `menggumbirakan' hati rakyat, populatiti Najib merudum? Mustahil dan ajaib. Tidak mustahil dan tidak ajaib kerana semua orang tahu, Najib hanya berlakun. Najib is really a simple man mengikut kata diplomat Arab yang menemui nya disuatu majlis buka puasa. Bukan simple man lah dol- political simpleton lagi tepat.
Jangan tunggu lama2, nanti di kebas orang!.Demikianlah nasib peneoka FELDA di hari mendatang. Di tipu hidup2 oleh pengambil kesempatan. 
Sekoyong koyong dengan pengapungan ini, kerajaan yang dikuasai UMNO menjadikan ramai jutawan segera. Bolehlah mereka beli rumah dan kondominum berjiran dengan lembu2 yang mendiami 1 Menerung di Bangsar. Atau mereka boleh setiap hari dibulan Puasa ini berbuka di Meatworks restoren daging bakar milik keluarga Shahrizat Abdul Jalil.
Adakah ini adil untuk peneroka yang di atas nama mereka FELDA di ujudkan dan dijadikan sumber kekayaan orang yang bukan peneroka? Sebab itu saya katakan pengapungan FGV ini adalah suatu tindakan yang tidak berhati perut atau unconscionable.
Kemudian, cuba kita fikir mengapa harga saham RM 5.20-5.35? kenapa tidak lagi terus ke RM6? Apa yang berlaku ialah ramai yang jual saham menyebabkan harga saham jatuh kearah RM5. Maka bergegas lah kerajaan Najib mengarahkan pengurus dana dari GLC kerajaan membeli saham dari pasaran untuk price support.
Tapi berapa lama boleh mereka bertahan? GLC menggunakan dana milik awam untuk menyokong harga keparas yang artifisial. Ini bererti setiap hari, semakin banyak sumber kewangan akan di komit kepada menyokong harga saham FGV. Jika ini berterusan, semata mata untuk tujuan politik, cara Najib mengurus ekonomi negara akan membengkrapkan negara kita.
Bagus ke untuk FELDA? Tidak disedari oleh rakyat, Kerajaan Najib perlahan lahan menjual harta benda rakyat untuk mengumpul dana politik. FELDA adalah milik kerajaan. Dengan melakukan penyenaraian, apa yang sebenar nya berlaku? Selepas pengapungan, kerajaan punya kepentingan tinggal 40%. Bererti 60% sudah di jual. Ini sebetulnya pemindahan harta milik rakyat kedalam tangan individu dan syarikat2 dana yang ada kaitan dengan UMNO.
Inilah dia proses piratization- sebab itu saya kata UMNO ini akan terus merompak dan melanun khazanah negara.
Penyenaraian FELDA sebetulnya penganiayaan kepada peneroka dan kepada idea memerdekakan pemikiran peneroka.

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2012/07/dari-felda-ke-fgv-lagi-satu-kub-dalam.html

Iktibar Ramadhan - Tuan Guru Hajai Abdul Hadi Awang

Posted: 26 Jul 2012 04:00 PM PDT

Iktibar Ramadhan

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 26 Jul 2012
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

Maksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi  manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa ; (Al-Baqarah :185)

Petikan ayat ini bukan sahaja menegaskan wajib berpuasa dibulan Ramadan. Bulan yang mulia ini juga dipilih masa yang paling munasabah diturunkan Al Quran kitab petunjuk, keterangan-keterangan dan penjelasan kepada petunjuk, serta menegaskan pemisah yang mebezakan diantara dua perkara yang bertentangan. Ia bagi menentukan benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan daripada Allah Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan bersifat dengan segala sifat kepujian.

Ibadat puasa bukan hanya sekadar ibadat yang terlalu besar pahalanya, tidak saperti ibadat lain yang dinyatakan pahala sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah menyimpan puasa itu disisinya dan berjanji untuk diserahkan pada hari qiamat kelak. Ibadat puasa juga adalah tarbiyah diri dengan sifat ikhlas dan kemuncaknya membuahkan taqwa yang menentukan nilai harga diri manusia disisi Allah. Menjelaskan bahawa martabat manusia bukannya keturunan, bangsa, pangkat, ilmu, harta dan warna kulit.

Apabila berpuasa dengan ikhlas bermakna kesediaan patuh kepada Allah di atas sifat hamba, sehingga  meninggalkan makan minum dan kepuasan hawa nafsu walaupun dihalalkan dimasa yang lain. Walaupun semua perkara yang membatalkan puasa itu adalah rukun hidup manusia secara tabie'nya. Kepatuhan menunaikan perintah itu secara memperhambakan diri kepada Allah, yang berbeza dengan patuh kepada sesama makhluk saperti ibubapa, ketua, raja dan pemimpin. Menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah adalah mutlak. Adapun ketaatan kepada sesama makhluk pula bersyarat selagi tidak berlawanan dengan perintah Allah. Ia menunjukkan bahawa hubungan hamba dengan Allah adalah Maha tinggi, berbeza dengan hubungan rakyat dengan raja dan pemimpin, hubungan pekerja dengan majikan, hubungan anak dengan ibu bapa.

Adalah menjadi hikmat paling besar Allah memilih bulan ramadan, bahawa Al Quran diturunkan seluruhnya ditempat mulia yang ditentukannya. Ada kalangan para ulama yang menamakannya dengan Bait Al Izzah dan ada yang menamakanya dengan Mawaqei' Al Nujum.  Kemudian Al Quran diturunkan melalui wahyu oleh Malaikat Jibril A.S secara berperingkat mengikut sebab dan keperluan yang diatur supaya mendidik generasi awal yang menerimanya dengan cara paling berkesan. Ini kerana mereka menjadi contoh kepada seluruh manusia.

Al Quran adalah kalam Allah. Sifatnya yang wajib dinyatakan ke dalam bahasa Arab, bahasa pilihan Allah di dunia dan pada hari Qiamat. Al Quran juga adalah petunjuk daripada Allah kepada manusia dalam semua perkara yang berkait dengan kejadian mereka dan peranan mereka di alam dunia dengan cara yang betul. Allah memilih manusia berperanan dibumi kerana sifat kejadian mereka dan menguji kesetiaan mereka kepada Allah dengan kemampuan jasad, roh dan akal. Dengan kemampuan ini manusia mampu beribadat dibumi dan memakmurkan segala yang lain dengan petunjuk Allah dan kemampuan akal dan ilmu yang ada kepada mereka.

Ada kalangan manusia yang menerima perintah Allah itu dengan Islam (menyerah diri) dan Iman (percaya). Namun ramai kalangan manusia yang tidak bersyukur, lalu menjadi kufur dan sombong menolak petunjuk Allah dengan mencipta cara yang merosakkan diri manusia dan alam kelilingnya. Maka berlakulah perlawanan sengit dalam kalangan manusia itu. Rasulullah S.A.W. terpaksa berdepan dengan pertembungan yang membawa kepada perpecahan yang wajib berlaku, bermula daripada perbalahan sehingga terpaksa berperang kerana adanya kalangan manusia yang melampau. Maka menjadi ujian diantara hubungan dengan Allah yang lebih diutamakan atau hubungan dengan manusia yang wajib dijaga dengan semangat kekeluargaan dan persaudaraan.

Bulan ramadhan dipilih berlakunya peristiwa Badar dan Fathu Makkah. Rasulullah S.A.W. dituduh menjadi sebab perpecahan dalam satu bangsa dan satu keluarga kerana tidak bersedia  menerima tawaran menjadi Raja Makkah atau pemimpin bersama harta kekayaan dengan syarat yang ditetapkan supaya meninggalkan Islam, sama ada semua atau sebahagian. Puncanya para pemimpin Makkah tetap mempertahankan sistem jahiliyah dan menolak petunjuk Allah yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. menyampaikannya supaya dilaksanakan kepada seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari qiamat.

Allah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W. mencari tempat hijrah. Akhirnya berjumpa Madinah dan berbagai kaumnya yang bersedia menerima Islam sehingga ditegakkan negaranya. Maka Islam yang adil kepada seluruh manusia masyarakat majmuk dapat ditunjukkan secara nyata dan terbuka. Tiba-tiba para pemimpin Makkah berketuakan Abu Jahal membawa bala tentera menyerang Rasulullah dan para sahabatnya, kerana Islam yang diamalkan itu mendedahkan kejahatan dan kesesatan penentangnya. Kedua-dua belah pihak bertempur di tempat bernama Badar dan berlaku dibulan ramadhan.

Abu Jahal berdoa kepada Allah supaya membinasakan Muhamad yang dituduh membawa ajaran sesat dan memecahbelahkan keluarga dan bangsa. Rasulullah S.A.W. juga berdoa dengan munajat memohon pertolongan supaya Islam dan penganutnya diselamatkan. Kedua-dua belah pihak mengaku benar dan berdoa.

Akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang setia dalam keadaan terlalu kecil jumlahnya dan tidak mencukupi kelengkapan peperangannya. Bala tentera Musyrikin Makkah dikalahkan. Abu Jahal pemimpin utama dan ramai kalangan para pemimpin dibunuh dan ramai yang ditawan dengan hina walaupun jumlahnya berlipat kali ganda dan lengkap bersenjata.

Allah menamakan hari Badar dengan Hari Furqan (pemisahan diantara dua pihak), daripada satu bangsa dan satu keluarga. Menjadi peristiwa yang menguji diantara perasaan beriman dan cintakan Allah bertembung dengan perasaan kasihkan keluarga dan bangsa. Maka Allah menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia. Walaupun kalangan paling hampir hubungan kekeluargaannya. Allah  memberi sanjungan paling tinggi kepada mereka yang berjaya dalam ujian perasaan dan peperangan dalam peristiwa Badar dengan firmannya :

يا أهل بدر اعملوا ما شئتم , قد غفرت لكم .

(wahai Ahli Badar! Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu, kerana aku telah mengampunkan kamu).

Di bulan ramadhan juga berlakunya Fathu Makkah (Makkah di bebaskan). Apabila negaranya yang dipimpin oleh Abu Sufian (bapa mertua Rasulullah S.A.W.) yang dilantik selepas terbunuhnya Abu Jahal dalam peperangan Badar. Apabila pengikut Abu Sufian mencabuli perjanjian damai (Hudaibiyah) dan apabila qabilah yang bernaung di bawah kerajaan Islam diserang oleh kabilah yang berpihak kepada Makkah. Maka Rasulullah S.A.W. menggerakkan bala tentera Islam menyerang Makkah (tanah airnya sendiri) yang dikuasai oleh keluarga dan bangsanya sendiri, bukannya bangsa asing atau makhluk asing. Akhirnya Abu Sufian dan pengikutnya menyerah kepada Islam dan masuk Islam. Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan pengampunan umum yang tidak diduga oleh mereka yang pernah berlaku zalim terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, menyebabkan hati mereka terbuka beramai ramai menerima Islam dengan redha tanpa paksaan.

Semua perkara tersebut adalah hikmat ramadhan yang tinggi nilainya kepada seluruh alam, khususnya kepada umat Islam. Hidayahnya! Bahawa Islam yang menyelamatkan diri, keluarga, bangsa dan tanahair. Maka Islam hendaklah diutamakan dengan melaksanakan rukun puasa sehingga membuahkan taqwa dan menegakkan Islam diutamakan, perintah Allah didahulukan, sehingga mengatasi kepentingan diri.  Begitulah makan minum, hawa nafsu yang dihalalkan diketepikan dahulu, apabila berpuasa kerana Allah dengan ikhlas .

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/11954-iktibar-ramadhan

Tiada ulasan:

Nuffnang