:: cina islam | 2011 :: |
- Buruh berdepan hukuman mati
- TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda
- Janin dalam kotak kasut
- Kerana RM100, ugut mahu bakar rumah
- Terengganu mengamuk, belasah Sarawak 6-1
- Penjara 8 tahun rogol anak tiri
- 25 pelajar keracunan makanan
- Lena asmara tidak panjang
- Tiga individu dicari polis bantu siasatan kes bunuh
- Berang cerita mati pucuk tersebar, suami belasah isteri
- Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS
- Sukma: Terengganu kuasai taekwondo
- Bunuh diri kerana gagal bayar sewa
- Liga Super: Azraai tagih khidmat Owana
- Wartawan Sudan berhimpun protes sekatan terhadap media
- Harimau Muda: Kim Swee fokus Liga S
- Kubur Arafat akan digali semula
- Awang Adek-Hon Cheong: Banyak lagi akan didedah
- Penyakit misteri bunuh 61 budak di Kemboja
- Hughes teruja jelajah pertama
- Krisis nuklear Jepun angkara manusia
- Israel tolak naik taraf status kolej
- BBC dituduh godam laman sesawang stesen TV Iran
- Lelaki tidak mengaku bersalah guna wang palsu
- EPL: Persie tinggalkan Arsenal
Posted: 06 Jul 2012 12:40 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - GONG PASIR – Seorang buruh berkemungkinan berdepan hukuman gantung jika disabitkan kesalahan memiliki dadah selepas ditahan polis narkotik di sini, pagi kelmarin. Suspek, 48 dari perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tanjung Pagar ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Wahid Sujani kira-kira jam 9.20 pagi di hadapan sebuah rumah di Gong Pasir. Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek dikatakan bertindak melemparkan satu beg sebelum polis berjaya menahannya. Bagaimanapun pemeriksaan ke atas beg terbabit dipercayai miliknya menemui beberapa kotak rokok yang mengandungi botol berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin. Turut ditemui 200 pil kemerahan disyaki dadah jenis methampethamine. Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum ditahan reman mengikut 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membolehkan siasatan terperinci dilakukan ke atasnya. Jika bukti mencukupi, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut dan pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk membolehkan suspek dituduh di mahkamah atas kesalahan memiliki dadah berbahaya itu. Sinar Harian |
TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda Posted: 06 Jul 2012 12:37 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEMERLOH: Felda sekali lagi akan berhadapan dengan saman daripada peneroka di atas kecuaian agensi berkenaan menguruskan kepentingan peneroka dengan baik. Pengerusi Jawatan Bertindak Peneroka Felda Keratong 8, Jaludian Mat Hussain 52, (gambar) berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan Felda membuat pemotongan berebihan wang Tabung Tanam Semula (TTS). Katanya, agensi berkenaan telah terlebih potong wang peneroka bagi TTS dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda setelah segala usaha untuk berunding tidak dilayan. "Kami telah mengutus surat kepada Felda tetapi tidak mendapat layanan," katanya. Jelas Jaludian, Felda telah melakukan kesilapan apabila membuat potongan bagi TTS melebihi tempoh sepatutnya. Difahamkan, Felda telah membuat potongan sebanyak RM40 sebulan selama 20 tahun bagi seorang peneroka namun angesi berkenaan didapati meneruskan potongan walaupun tempoh telah tamat. Peneroka meminta wang berkenaan dikembalikan kepada peneroka dengan segera. Jaludian berkata, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat dari peguam dan akan memfailkan saman dalam masa terdekat ini. Menurut Jaludian, peneroka sebenarnya tidak berminat untuk menyaman Felda namun tindakan agensi berkenaan yang enggan berunding dan mengembalikan wang lebihan itu memaksa peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah. Sebelum ini peneroka turut menyaman agensi berkenaan dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) dan wang TTS yang gagal dipulangkan Felda kepada peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara persendirian. Jaludian menasihatkan peneroka di seluruh negara supaya membuat semakan bagi memastikan tiada potongan berlebihan untuk TTS. Ini kerana apabila wang berkenaan sudah masuk keakauan Felda ia sukar untuk dipulangkan kepada peneroka seperti yang berlaku kepada wang TTS dimana sehingga ini masih ada peneroka yang menanam sendiri belum menerima wang mereka. Katanya keadaan mungkin menjadi lebih sukar apabila Felda kini dikuasai oleh pihak lain yang tidak tahu asal usul Felda. Sinar Harian |
Posted: 06 Jul 2012 12:36 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - MELAKA - Seorang penjaga kaunter tandas Melaka Sentral, di sini terkejut apabila mendapat tahu kotak kasut berisi daging yang ditemui dalam tandas lelaki, awal pagi semalam adalah janin. Kotak putih dibungkus dengan plastik berwarna coklat itu diterima Salmah Hamid, 45, kira-kira 8 malam oleh seorang pemandu bas yang menggunakan tandas berkenaan. Salmah berkata, dia didatangi seorang pemandu bas berusia lingkungan 30-an yang membawa kotak berkenaan. "Masa itu saya sedang duduk di kerusi kaunter. Pemandu bas itu keluar dari tandas lelaki sambil membawa kotak kasut dan meletakkannya atas kerusi kosong di sebelah saya. "Dia meminta saya tengok isi kotak itu. Saya tanya apa isi dalamnya. Dia kata ada 'daging'. "Saya terus tidak berani hendak buka dan memang tak mahu tengok apa isi kotak itu, lalu meminta dia bawa kotak itu ke bilik pengawal," katanya. Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan rakanrakannya terdapat janin tidak cukup bulan di kotak itu, sebaik saja polis tiba ke Melaka Sentral untuk membuat pemeriksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah berkata, janin yang ditemui itu berusia lingkungan enam hingga tujuh bulan. "Janin lelaki cukup sifat itu dijumpai dalam kotak kasut dalam keadaan bersih dan tiada uri serta tidak dibalut sebarang kain. "Siasatan awal dipercayai janin berkenaan baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Muhammad Koey berkata, polis masih mengesan suspek bagi membantu siasatan kes mengkut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. "Siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku antara jam 5 dan 8 pagi. Setakat ini, polis cuba mengenal pasti suspek menerusi kamera litar tertutup," katanya. Beliau berkata, janin berkenaan dibawa ke Hospital Melaka, di sini untuk tindakan selanjutnya. Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Turus (Siasatan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga) D11, Asisten Superintendan Noor Zarini Ariffin di talian 06-2854222 atau 019-7731273 bagi membantu siasatan. Sinar Harian |
Kerana RM100, ugut mahu bakar rumah Posted: 06 Jul 2012 12:30 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak dapat RM100 yang diminta daripada bapanya, seorang penganggur tergamak mengugut akan mencederakan semua ahli keluarga dan membakar kediaman mereka, dalam kejadian di Kampung Tok Hakim, Padang Midin, Ahad lalu. Bagaimanapun, tindakan Abdul Hakim Che Jaafar, 23, membawanya ke penjara setelah dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 atau empat bulan penjara. Hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam selepas tertuduh mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera, dengan niat menyebabkan ketakutan kepada bapanya, Che Jaafar Ali, 55, di kediaman mereka pada jam 10 pagi, 1 Julai lalu. Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang berehat di rumah bersama ahli keluarga lain sebelum didatangi tertuduh yang meminta wang RM100 daripadanya. Mangsa tidak mengendahkan permintaannya itu menyebabkan dia naik angin lalu mengugut akan mencederakan mangsa serta ahli keluarga dalam rumah ketika itu. Dia turut mengugut akan membakar kediaman yang menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga selama ini. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, memandangkan sebelum ini, dia kerap mengamuk dan merosakkan peralatan rumah disebabkan mahu duit. Abd Hakim ditangkap pada hari kejadian. Sinar Harian |
Terengganu mengamuk, belasah Sarawak 6-1 Posted: 06 Jul 2012 12:26 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUANTAN - Tewas pada perlawanan pembukaan Rabu lalu, Terengganu hari ini bangkit dengan semangat baru apabila membenam Sarawak 6-1 pada perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan Malaysia ke-15 di padang Majlis Perbandaran Kuantan di sini. Juara bertahan itu mempamer aksi garang dengan asakan-asakan berbisa khususnya menerusi kapten pasukan Muhammad Fakhrurazi Musa dan Mohd Fahmi Izzudin Mohd Zaki. Mohd Fahmi Izzudin menyumbat gol sulung Terengganu pada minit ke-29 diikuti tujahan Mohd Faidzol Fazreen Shamsuddin pada minit ke-36 menjadikan kedudukan 2-0. Sarawak bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-41 apabila sepakan penalti oleh Maxwell Boly Uchigol tepat ke dalam gol Terengganu. Namun, gol itu gagal membendung kemaraan skuad Penyu yang sekali lagi meledakkan gawang Sarawak menerusi Mohd Fahmi Izzudin sejurus sebelum berakhir babak pertama. Bersambung babak kedua, Terengganu meneruskan pesta gol menerusi Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke-47, Muhammad Fakhrurazi (minit ke-54) dan Muhammad Amirul Syahmi Ash'ari (minit ke-63), dengan kedudukan tamat masa perlawanan 6-1. Mengulas kemenangan itu kepada Bernama kemudian, Mohd Fakhrurazi berkata, beliau dan rakan-rakan mendapat motivasi baru selepas tewas 0-3 pada pasukan tuan rumah Pahang kelmarin. "Kali ini kami turun dengan moral yang lebih tinggi, untuk menebus kekalahan dengan Pahang, dan juga untuk memastikan Terengganu akan mempertahankan kejuaraan," katanya. Beliau berkata, Terengganu juga tidak boleh leka dan harus sentiasa bersedia dalam setiap perlawanan meskipun menentang lawan bukan pasukan pilihan. "Semua pasukan kami anggap hebat dan kami akan melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Terengganu," katanya. Perlawanan peringkat kumpulan acara bola sepak berlangsung sehingga Ahad ini bagi memilih lapan pasukan terbaik untuk berentap dalam pusingan suku akhir pada Selasa depan. – Bernama Sinar Harian |
Penjara 8 tahun rogol anak tiri Posted: 06 Jul 2012 12:25 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu. Tertuduh berusia 27 tahun itu kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin. Ahmad Kamar dalam penghakimannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa tarikh ditangkap. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia tujuh tahun di daerah ini, kirakira 5.45 petang pada 10 September 2011. Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta 10 sebatan jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, anak tiri tertuduh berusia empat tahun memberitahu ibunya, bahawa tertuduh berada di dalam bilik air bersama mangsa. Ibu mangsa kemudian ternampak tertuduh memeluk mangsa dari belakang dalam keadaan bogel. Ahmad Kamar berkata, kesalahan dilakukan tertuduh amat serius dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ainul Wardah Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sinar Harian |
Posted: 06 Jul 2012 12:23 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PORT DICKSON – Seramai 25 pelajar di sebuah sekolah kebangsaan, di sini dikejarkan ke Klinik Kesihatan Port Dickson setelah mengalami keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan nasi ayam dalam satu program di sebuah sekolah di Pasir Panjang, kelmarin. Difahamkan, kesemua pelajar tahap dua sekolah tersebut tiba di klinik dengan dihantar oleh guru selepas mereka mengadu sakit perut ketika sesi pembelajaran di sekolah, semalam. Salah seorang bapa pelajar berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan anaknya dibawa ke klinik selepas mengalami cirit-birit kerana keracunan makanan. "Pihak sekolah menelefon saya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan anak saya mengalami sakit perut. "Malam tadi (semalam) anak saya ada juga mengadu sakit perut, namun saya fikir ia sakit biasa sahaja dan hanya menyuruhnya berehat, namun tidak menyangka ia akibat keracunan makanan," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Port Dickson, semalam. Seorang pelajar pula mendakwa, dia makan nasi ayam namun tidak tahu sama ada sudah basi ataupun tidak. "Ketika itu, saya lapar dan hanya makan begitu juga dengan rakan-rakan lain," katanya yang enggan dikenali. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di klinik berkenaan mendapati beberapa pelajar sedang mendapatkan ubat sambil ditemani guru dan ibu bapa. Kesemua pelajar terbabit bagaimanapun dilihat meninggalkan klinik selepas kira-kira dua jam kemudian. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, semua pelajar yang terlibat berada di dalam keadaan stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. "Bagaimanapun, kita akan menyiasat punca kejadian ini kerana ia adalah sesuatu perkara yang serius dan tidak sepatutnya berlaku," katanya. Ismail turut memberi amaran kepada pengusaha kantin sekolah dan mana-mana pengusaha makanan agar memastikan makanan yang disediakan kepada pelajar atau pelanggan sentiasa bersih. "Kita mempunyai undang-undang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut dan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas," katanya. Sinar Harian |
Posted: 06 Jul 2012 12:19 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - AMPANG - Sepasang kekasih yang sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di sebuah rumah kedai, di sini, terkejut dengan kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam serbuan di kediaman berkenaan, awal pagi semalam. Pasangan yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi setelah penguat kuasa menerima aduan mengenai pasangan tersebut di rumah itu sehingga menimbulkan keraguan penduduk. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika ditahan lelaki itu memberi alasan dia terpaksa mengikut teman wanitanya pulang ke rumah itu kerana keretanya rosak. "Lelaki berkenaan turut memberi alasan tidak dapat pulang ke rumahnya di Kajang kerana tiada pengangkutan awam dan dia perlu hadir di tempat kerja pada awal pagi. "Difahamkan bilik sewa itu milik rakan mereka dan rakannya tidak mengetahui kehadiran pasangan berkenaan," katanya. Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang perempuan berbaju dan berseluar pendek membuka pintu. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki hanya memakai seluar pendek sedang nyenyak dalam keadaan tertiarap atas katil," katanya. Ahmad Nawi berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sinar Harian |
Tiga individu dicari polis bantu siasatan kes bunuh Posted: 06 Jul 2012 12:17 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - BATU PAHAT - Pihak polis sedang mencari tiga lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang remaja pada 24 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketigatiga lelaki berkenaan dipercayai turut berada di tempat kejadian itu berlaku. Menurutnya, Tee Kas Suat @ Ah Wee, 25; Goh Si Tak @ Ah Tak, 31 dan Gan Song Kuey, 24; beralamat terakhir di Senggarang dicari polis bagi melengkapkan siasatan. "Kami percaya ketiga-tiga lelaki ini dapat membantu siasatan pembunuhan ke atas Aw Soon Ming, 17, yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badan di parkir sebuah pasar raya bulan lalu," katanya ketika sidang mediadi Balai Polis Yong Peng di sini, semalam. Beliau berkata, polis juga giat mengenal pasti seorang lagi remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan. "Sehubungan itu, kami mengharapkan kerjasama daripada orang awam ataupun saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mengenali empat lelaki itu untuk menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan," katanya. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng, Lim Kee Moi Sinar Harian |
Berang cerita mati pucuk tersebar, suami belasah isteri Posted: 06 Jul 2012 12:16 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PETALING JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya. Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk. Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil. "Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya," katanya. Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya. Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga. "Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia," katanya. Sinar Harian |
Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS Posted: 06 Jul 2012 12:11 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula. "Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah," katanya. Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. Harakah Daily |
Sukma: Terengganu kuasai taekwondo Posted: 05 Jul 2012 09:08 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TERENGGANU berjaya memastikan dua emas menjadi milik mereka di pentas taekwondo dan juga emas pertama untuk berada di kedudukan keenam temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, semalam. Sharifah Maryam Alawiyah Syed Abdul Hamid memastikan pingat emas pertama untuk skuad Penyu bagi kategori Lightweight 57 hingga 62 kilogram (kg), sebelum Nur Dhia Liyana Shaharuddin menambah koleksi pingat seterusnya menerusi kategori Bantamweight 49 hingga hingga 53 kg. Manakala, Shirley Kua Xiao Zie menambah koleksi emas Sarawak bagi kategori melebihi 73 kg dan memastikan Sarawak mendaki satu anak tangga ke kedudukan ketiga dengan mengumpul sembilan mata. Bagi kategori lelaki melebihi 87kg menjadi milik atlet R Abinasan dari Negeri Sembilan, dan Chew Wei Yan memenangi emas bagi kategori Bantamweight 58 hingga 63 kg. Sinar Harian |
Bunuh diri kerana gagal bayar sewa Posted: 05 Jul 2012 09:07 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - BERLIN - Seorang lelaki berumur 53 tahun yang diusir dari rumah sewanya di bandar Karlsruhe, Jerman, bertindak membunuh diri selepas menembak empat tebusan termasuk teman wanitanya. Kejadian yang berlaku kelmarin, menyaksikan suspek seorang penganggur telah menembak mati seorang penolong pengurus dan tukang kunci yang cuba mengusir pasangan itu dari rumah sewa mereka, menurut polis. "Malang sekali, mangsa keempat yang ditembak suspek adalah seorang penyewa yang baru sahaja memasuki rumah berkenaan. "Pihak polis tidak sempat berbuat apa-apa bagi mengelakkan kejadian itu berlaku ke atas mangsa," kata ketua polis Karlsruhe, Roland Lay. Selain menjumpai lima mayat semasa serbuan, polis turut menemui selaras senapang patah, senapang, dua pistol, peluru dan sebutir bom tangan tiruan dalam pangsapuri itu serta dipercayai dibeli secara haram. Polis berkata, suspek yang juga pekerja sosial telah menjemput sepasukan polis ke rumahnya sebelum menembak mati kesemua tahanan termasuk dirinya sendiri. Sinar Harian |
Liga Super: Azraai tagih khidmat Owana Posted: 05 Jul 2012 09:06 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - NEGERI Sembilan menagih khidmat penyerang berbisanya, Jean Emmanuel Effa Owona untuk menggugat benteng pertahanan Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini. Tekad untuk melakukan kebangkitan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kehadiran semula Owona yang menyuntik semangat pasukan untuk menebus maruah yang tercalar sebelum ini. "Saya yakin dengan kembalinya momentum serangan termasuk Ahmad Shakir Ali mampu membantu kami untuk mencipta kemenangan di laman lawan," katanya yang telah menasihatkan Owona supaya dapat mengawal emosi supaya insiden digantung perlawanan tidak berulang. Bukan mahu mendabik dada, Azraai yang juga bekas pengendali skuad Kenari berkata, anak buahnya juga perlu memanfaatkan peluang dengan situasi pasukan Kedah yang masih tercari-cari rentak dalam perlawanan. "Saya mahu mereka kekal fokus dan disiplin yang tinggi kerana kalau boleh saya mahu perlawanan selesai dalam 90 minit dan tidak pulang dengan tangan kosong. "Namun, kami masih perlu berwaspada terutama dengan ketua pasukan mereka, Baddrol Bakhtiar, penyerang Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar dan pemain import, Safi Al- Fatah," katanya. Untuk rekod, skuad Hoben Jang Hoben kini menghuni tangga keenam dengan 33 mata, manakala skuad kendali Wan Jamak Wan Hassan di kedudukan ke-12 dengan 25 mata dalam carta Liga Super setakat ini. Sinar Harian |
Wartawan Sudan berhimpun protes sekatan terhadap media Posted: 05 Jul 2012 09:05 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KHARTOUM - Lebih 100 wartawan Sudan berhimpun di ibu negara kerana memprotes tindakan penapisan dan sekatan kerajaan terhadap media. "Protes kumpulan media kali ini adalah yang paling besar berbanding acara yang dianjurkan sebelum ini," kata wartawan veteran, Faisal Mohammed Salih, kelmarin. Perhimpunan menentang KHARTOUM - Lebih 100 wartawan Sudan berhimpun di ibu negara kerana memprotes tindakan penapisan dan sekatan kerajaan terhadap media. "Protes kumpulan media kali ini adalah yang paling besar berbanding acara yang dianjurkan sebelum ini," kata wartawan veteran, Faisal Mohammed Salih, kelmarin. Perhimpunan menentang keengganan terhadap penapisan dan tindakan mengganggu para wartawan. "Kami tahu mereka (suruhanjaya) tidak akan berbuat apa-apa dengan memo ini tetapi mereka telah mengalu-alukan kehadiran pengamal media ini," katanya sambil menambah protes tersebut dilakukan untuk meningkatkan kebebasan bersuara. Sinar Harian |
Harimau Muda: Kim Swee fokus Liga S Posted: 05 Jul 2012 09:04 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KETIADAAN kelibat wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz dalam skuad Harimau Muda A yang memulakan cabaran bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar sedikitpun tidak menjejaskan persiapan skuad kendalian Ong Kim Swee mengharungi pusingan kedua Liga Singapura (Liga S) 13 Julai ini. Bakal menentang Tanjong Pagar United FC Jumaat depan, Kim Swee kini tekad untuk mengalih tumpuan pasukannya dalam menebus kekecewaan tewas mengejut 1-2 kepada Myanmar ketika saingan Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon Selasa lalu. "Meskipun Nazmi sudah tidak beraksi bersama skuad negara, namun dengan kehadiran pemain pertahanan kanan yang juga kapten pasukan, Mahali Jasuli serta Mohd Affize Faisal Mamat yang tidak dapat bersama ketika Kelayakan Piala AFC B-22 lalu, saya pasti kami mampu mencapai sasaran kejuaraan dalam meneruskan saingan liga," katanya kepada Sinar Harian semalam. Menyifatkan kejayaan menewaskan lawan sama 3-0 dalam pusingan pertama Mac lalu adalah permulaan yang baik buat pasukannya, Kim Swee bagaimanapun enggan mendabik dada dan menasihatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah dengan keupayaan skuad kendalian T Pathmanathan yang kini menduduki tangga ke-10 liga. "Kita mungkin mempunyai sedikit kelebihan dari segi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa dan juga program latihan di luar negara, namun begitu, masa boleh merubah segalanya. Oleh itu kami perlu lebih fokus dan tidak terlalu mengambil mudah dengan kemampuan pihak lawan," katanya. Harimu Muda kini berada di tangga keenam (23 mata) dari 12 perlawanan dengan perbezaan dua perlawanan daripada pendahulu liga, Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) yang mengumpul 29 mata daripada 14 perlawanan. Sinar Harian |
Kubur Arafat akan digali semula Posted: 05 Jul 2012 09:02 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin menyatakan bersedia untuk menggali semula kubur Yasser Arafat, susulan pendedahan laporan makmal di Switzerland yang mendakwa punca Allahyarham meninggal dunia disebabkan racun polonium-210.(Gambar Hiasan) Tindakan itu bagi membolehkan pakar mengambil sampel untuk penyelidikan lebih terperinci, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kematian misterinya. Lapan tahun lalu, balu Allahyarham menolak bedah siasat dijalankan ke atas suaminya, tetapi beliau mengubah fikiran selepas laporan tersebut mendedahkan suaminya mungkin telah diracun. Allahyarham dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum menghembuskan nafas terakhir semasa berumur 75 tahun pada 11 November 2004. Agency |
Awang Adek-Hon Cheong: Banyak lagi akan didedah Posted: 05 Jul 2012 08:52 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Biarpun cabaran dibuat sejak minggu lalu, namun sehingga kini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek masih membisu berhubung hubungan beliau dengan ahli peniagaan Chung Hon Cheong. Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang Adek untuk tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan. "Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa 3 minggu diberikan semakin berlalu. "Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas eidulFitri," kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin. Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong. Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut. Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran. Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999. Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan. "Itu hanya sebahagian dari dokumen lain. Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, bil - bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," tegas Badrul. Harakah Daily |
Penyakit misteri bunuh 61 budak di Kemboja Posted: 05 Jul 2012 08:48 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PHNOM PENH - Pegawai kesihatan di Kemboja kini bertungkus-lumus mencari punca sejenis penyakit misteri yang meragut lebih daripada 60 nyawa kanak-kanak negara itu sejak dua bulan lalu. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), sindrom yang tidak didiagnosis itu membunuh 61 orang daripada 62 kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital sejak April lalu, tetapi tidak menunjukkan ianya merebak menerusi manusia ke manusia. Jurucakap WHO, Aphaluck Bhatiasevi memberitahu, petugas kesihatanmasih cuba untuk mengenal pasti sama ada kes melibatkan penyakit serupa atau terdiri daripada kumpulan pelbagai penyakit. Kesemua kanak-kanak yang dijangkiti adalah di bawah umur 7 tahun dan mengalami demam panas diikuti dengan gejala neurologi serta masalah pernafasan teruk dalam masa singkat. Kes berkenaan dilaporkan berlaku di beberapa hospital 14 wilayah yang kebanyakannya terletak di selatan Kemboja. Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Man Bung Heng berkata, pencarian punca sebaran penyakit misteri itu akan mengambil masa dan mengesahkan bahawa negara-negara jiran telah dimaklumkan mengenainya. Sinar Harian |
Posted: 05 Jul 2012 08:47 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TERUJA untuk memulakan jelajah pertamanya ke Asia, pengurus Queens Park Rangers (QPR), Mark Hughes berharap Super Hoops dapat memikat hati "peminat baru" terutama penyokong di Malaysia. Menyifatkan jelajah pra-musim sebagai medium mengeratkan hubungan antara pasukan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Asia Tenggara, Hughes yakin lawatan mereka sememangnya amat tepat di dalam dan di luar padang. "Saya tahu betapa besarnya EPL di sana (Asia Tenggara). Jadi saya yakin ia pasti sangat hebat apabila kita bertemu de ngan mereka. "Jelajah ini juga bukan sekadar untuk menarik peminat baru, sebaliknya berharap pemain akan dapat kembali ke England dengan skuad yang lebih cergas di penghujung lawatan," katanya. QPR bakal bertandang ke Kota Kinabalu pada aksi persahabatan pertama menentang Sabah di Stadium Likas sebelum bertemu The Red Warriors di Stadium Shah Alam 20 Julai nanti. Hughes yang menyertai QPR pada pertengahan musim lalu turut berhasrat untuk mempersiapkan pemainnya dalam bentuk yang sempurna bagi menghadapi musim baru. Sinar Harian |
Krisis nuklear Jepun angkara manusia Posted: 05 Jul 2012 08:43 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TOKYO - Krisis nuklear di loji Fukushima, tahun lalu, adalah angkara perbuatan manusia dan bukan hanya disebabkan oleh bencana tsunami, menurut laporan siasatan akhir, semalam. Laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas itu mendapati krisis tersebut berpunca daripada pakatan rahsia kerajaan bersama pengawal selia Tokyo Electric Power (Tepco). Mereka percaya perbuatan khianat menyebabkan krisis nuklear dan kebocoran radiasi itu tercetus. Siasatan tersebut adalah yang ketiga dijalankan berhubung krisis nuklear sejak bencana nuklear terburuk di Chernobyl pada 1986. Sinar Harian |
Israel tolak naik taraf status kolej Posted: 05 Jul 2012 08:41 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEL AVIV - Majlis Pendidikan Tinggi Israel, semalam, memutuskan untuk tidak mengubah taraf sebuah kolej di Ariel kepada universiti. Jurucakap majlis itu, Sharon Achdut berkata, lima daripada tujuh ahli jawatankuasa menolak untuk menaik taraf status institusi tersebut kerana khuatir ia akan meningkatkan lagi kemarahan negara antarabangsa dan penduduk Palestin di Tebing Barat. Difahamkan, jika kolej berhampiran kawasan penempatan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin itu diiktiraf sebagai universiti, ia akan memberi peluang lebih besar kepada penduduk Yahudi untuk terus menguasai Tebing Barat. Sinar Harian |
BBC dituduh godam laman sesawang stesen TV Iran Posted: 05 Jul 2012 08:39 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEHERAN - Stesen Televisyen Iran, kelmarin, menuduh Syarikat Penyiaran Britain (BBC) menggodam laman sesawang mereka dan mengubah keputusan tinjauan berhubung program nuklear di negara itu, namun BBC menafikan dakwaan tersebut. Tuduhan itu dibuat selepas sebuah stesen penyiaran Britain melaporkan 63 peratus daripada responden di Iran menggesa projek pengayaan uranium dihentikan sebagai pertukaran untuk menamatkan sekatan ekonomi yang dikenakan negara Barat. Bagaimanapun, Teheran menegaskan hanya 24 peratus membantah projek tersebut dan selebihnya menyokong penutupan laluan strategik, Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap sekatan itu. Kesatuan Eropah (EU) mula mengenakan sekatan ke atas eksport minyak dan ekonomi Iran bermula 1 Julai lalu. Sinar Harian |
Lelaki tidak mengaku bersalah guna wang palsu Posted: 05 Jul 2012 08:33 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Taktik seorang bekas tentera menggunakan sekeping not RM100 palsu untuk membeli di sebuah kedai runcit di Ketereh di sini, terbongkar, apabila dia dicekup dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Bekas tentera berkenaan, Mohd Naim Mansor, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah menggunakan wang palsu itu. Dia didakwa menggunakan wang tersebut itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Taman Desa Pahlawan, Ketereh di sini, pada jam 9 pagi, 19 Jun lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 489B yang membolehkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Pada prosiding sama, tertuduh juga menafikan pemilikan empat wang palsu, RM100, RM50, RM10 dan RM1 di balai Kok Lanas di sini, pada jam 12 tengah hari, tarikh sama. Bagi tuduhan kedua itu, tertuduh berdepan penjara yang boleh sampai 10 tahun. Bagaimanapun, susulan daripada pengakuan tidak bersalah tersebut, Hakim Azman Mustapha menetapkan sebutan semula pada 3 September depan, sementara itu, dia dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, peguam bela Khidmat Bantuan Guaman, Aisyah Abdullah, memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin berikutan isteri tertuduh masih dalam tempoh berpantang. "Isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka yang ketiga, 10 hari lalu. Kehadiran tertuduh di sisinya diperlukan bagi dia mengharungi tempoh selepas bersalin dengan lebih baik," katanya. Sinar Harian |
EPL: Persie tinggalkan Arsenal Posted: 05 Jul 2012 08:25 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PENYERANG sensasi Arsenal, Robin Van Persie yang menjadi rebutan beberapa kelab ternama bola sepak Inggeris akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan karier bersama Arsenal, musim depan. Dalam satu kenyataan rasmi di laman webnya, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah pertimbangan sewajarnya dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas berbincang dengan Ketua Eksekutif, Ivan Gazidi. "Saya fikirkan mengenai keputusan ini semasak-masaknya untuk tidak menyambung kontrak bersama Arsenal. Anda berhak untuk tidak bersetuju mengenai apa yang saya lakukan dan saya menghormati segala pandangan yang diberikan. "Apa pun terjadi, saya tetap berbangga bersama kelab ini selama lapan tahun. Saya sayangkan kelab dan penyokong di sini kerana tempat saya membesar dan menjadi pemain bola sepak seperti hari ini," katanya. Van Persie yang memasuki musim terakhir kontraknya yang bernilai £80,000 (RM246,000) seminggu bersama Gunners kini menjadi taruhan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang sedang berusaha mendapatkan bintang Belanda itu dengan tawaran £20 juta (RM99.2 juta). Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan