Khamis, 28 Jun 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


MACC urged to investigate former PKR man Tan

Posted: 28 Jun 2012 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: DAP MPs Teo Nie Ching and Teresa Kok have suggested that Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) investigate former PKR man Tan Tee Beng for making false reports.

Tan alleged last week that Teo Nie Ching's aide, Chua Hung Guan had received kickbacks for three years amounting to RM18 000.

He had then lodged a report to the MACC over the matter.

Speaking to reporters in Parliament today, Teo said that MACC has yet to summon her aide.

"If the allegations were true, look at the case of Teoh Beng Hock, MACC would not be kind to my aide, they would have acted on it immediately," said the Serdang MP.

(More......)

陈智铭赴反贪会检举租金回扣 · 张念群要求撤回言论否则兴讼

Posted: 28 Jun 2012 06:14 PM PDT



高渊国会议员陈智铭昨天到反贪会,举报行动党沙登国会议员张念群和助理涉嫌沙登服务中心租金舞弊,不当获得1万4500令吉。

陈智铭昨天到位于布城的反贪会总部报案,宣称张念群和助理曾焕源,从沙登服务中心的业主处,每个月领取500令吉回扣。

他在随后的记者会表示,“我希望反贪会能够跟进已有的调查,因为2月早已有人就此报案。在此同时,反贪会也接收了我新提呈的证据。”

在廿九月领取五百令吉

陈智铭指控张念群(右图)助理曾焕源,从2009年开始,从沙登服务中心业主那里领取高达1万4500令吉回扣。

他宣称,雪州政府每个月为张念群的沙登服务中心,给业主支付1000令吉的租金;但从2009年1月至2011年5月,业主却同时也给曾焕源500令吉的回扣,共29个月。

曾焕源已报警驳斥指控

不过,曾焕源在上周五(22日)驳斥指控,同时恫言起诉陈智铭。他也在24日报警,要求警方针对陈智铭的污蔑,援引刑事诽谤罪展开调查。

(More......)

JawapanTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi & Kepenggunaan Tentang Subsidi Gula

Posted: 28 Jun 2012 05:26 PM PDT

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Serdang.

7.13 mlm.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh tentang subsidi sebanyak RM367 juta untuk menampung kekurangan peruntukan bagi subsidi gula pada tahun 2012. Saya hanya hendak tanya di sini. Sebenarnya harga sugar telah jatuh dari USD24.52 per pound dari November tahun yang lalu kepada Mei tahun ini harganya adalah sebanyak USD20.25 per pound iaitu satu penurunan harga yang sebanyak lebih kurang 17.4%.

Akan tetapi saya hendak tanya kenapa di sini kita perlu meminta satu bajet tambahan yang sebanyak RM367 juta untuk menampung kekurangan peruntukan untuk subsidi gula. Bukan itu sahaja, untuk Bajet 2012, sebenarnya kita telah membekalkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk subsidi gula. Sebenarnya untuk sepanjang tahun 2011, subsidi untuk gula adalah hanya RM262.4 juta.

Jadi maksudnya dengan tambahan sebanyak RM367 juta dalam bajet tambahan ini, bajet untuk subsidi gula pada tahun 2012 telah mencapai RM567 juta. Ini adalah satu peningkatan sebanyak 216%. Jadi saya hendak tanya apa sebab di belakangnya yang menyebabkan bahawa bajet kita untuk subsidi gula meningkat secara begitu drastik pada tahun ini? Walaupun bulan ini adalah sampai bulan Jun sahaja dan kita hendak meminta subsidi yang begitu banyak, satu peningkatan yang lebih daripada 200%.

Jadi inilah perkara yang saya hendak minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

_1940

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kota Belud yang tidak sempat tetapi sebenarnya banyak memberi fakta iaitu Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Indera Mahkota dan banyak cadangan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Serdang telah mengatakan mengapa walaupun harga gula jatuh dan sebagainya tetapi kenapa masih sebegini banyak peruntukan yang dipohon. Saya ingin memaklumkan di sini kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa dari segi subsidi gula, harga long term contract (kontrak jangka panjang) bagi tempoh 2012 hingga 2014 telah dimuktamadkan lebih tinggi daripada LTC atau long term contract bagi tempoh 2009 hingga 2011 iaitu sebanyak 50%, disebabkan faktor kenaikan harga gula mentah dunia sebab kita bergantung kepada pasaran dunia. Kadar baru LTC bagi gula mentah adalah pada harga purata USD0.26 satu paun, berbanding kadar bagi tahun 2009 hingga tahun 211 adalah pada paras harga USD17.5 sen sepaun. Dengan kadar baru tersebut, harga runcit gula putih bertapis adalah lebih tinggi dan melalui pengiraan yang dibuat berdasarkan kos gula mentah dan kos operasi pengilang gula, kadar subsidi gula bagi tahun 2012 adalah sebanyak 54 sen setiap kilogram. Ini yang dinikmati oleh pengguna. Yang Berhormat menikmati itu, saya menikmati itu. Ini yang kita subsidikan dan di mana kita dapat menetapkan harga pada harga RM2.30 sekilogram, kita dapat kekalkan Yang Berhormat. Ditanya kenapa perlu long term contract dan sebagainya Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat with due respect Yang Berhormat. Kita sepatutnya mengetahui demand and supply Yang Berhormat. Kalau kita tidak ikat kepada long term contract in the open market, saya rasa bukan harga ini. Okey ada masa dia turun. Akan tetapi bagaimana harga melambung tinggi?

Yang Berhormat boleh buat jangkaan di dalam keadaan food security macam ini. Harga-harga itu, sebab itu kita perlukan long term contract dan Yang Berhormat untuk makluman, kita memang tetapkan satu dasar. 75% kita ikatkan dengan long term contract dan kita tinggal 25% open market. Jadi Yang Berhormat, kita fikir semua ini dan bukan hanya kementerian ini sahaja, kita ada satu jawatankuasa Yang Berhormat untuk kita memikirkan. Yang Berhormat ingat food security, kalau tidak ada makan, satu kali Yang Berhormat ingat tidak kita tidak cukup beras dalam negara. This is food security. Food security Yang Berhormat, kita tidak boleh hanya membincangkan dari segi nilai duit tetapi dari segi the supply di mana kita memerlukan untuk kita feed our nation. Terima kasih.
(More......)

Pembahasan dengan Timbalan Menteri Pelajaran di Parlimen pada 26hb Jun 2012

Posted: 28 Jun 2012 05:23 PM PDT

Pembahasan dengan Timbalan Menteri Pelajaran di Parlimen pada 26hb Jun 2012

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja. Saya nak tanya tentang selepas ini kita membelanjakan RM35 juta untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara. Saya nak tanya di sini sama ada Kerajaan Pusat adalah berhasrat ataupun ada rancangan untuk menghapuskan ataupun menukarkan semua sekolah bantuan kerajaan kepada sekolah kerajaan.

Saya rasa sekarang di negara kita untuk sekolah rendah kita ada dua jenis. Satu adalah dipanggil sebagai sekolah kerajaan dan satu jenis lagi dikategorikan sebagai sekolah bantuan kerajaan. Di bawah kategori sekolah bantuan kerajaan ini biasanya adalah SJK(C) dan juga SJK(T). Saya rasa sudah lamalah bahawa sekolah bantuan kerajaan wujud di Malaysia. Jadi, saya harap bahawa sudah sampai masa untuk kita tukarkan semua sekolah bantuan kerajaan ini untuk menjadi sekolah kerajaan.

Isu kedua adalah mengikut pengetahuan saya, ada sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana tapak sekolah mereka adalah dimiliki oleh LPS sekolah bukanlah di bawah kementerian. Akan tetapi saya nak tanya di sini. Ada tiga buah sekolah SJK(C) yang baru iaitu SJK(C) Bukit Serdang, SJK(C) Kajang Dua dan juga SJK(C) Sungai Long. Untuk ketiga-tiga buah SJK(C) yang baru ini, Kerajaan Pusat, Kementerian Pelajaran yang membekalkan tapak untuk pembinaan sekolah-sekolah tersebut tetapi apa yang saya tak faham adalah, kenapa ketiga-tiga buah sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah bantuan kerajaan dan bukan sekolah kerajaan.

_1720

Jadi untuk kedua-dua isu ini saya mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dan isu ketiga yang saya hendak sentuh di sini ialah, saya hendak tahu sama ada dalam Dasar Pendidikan Negara yang baru kita akan mempunyai satu formula untuk membina SMPC yang lebih banyak. Saya rasa sekarang SMPC Kuantan nampaknya akan diluluskan ataupun sudah diluluskan dalam prinsip tapi tunggulah untuk pihak MCA mengatasi isu-isu teknikal dan saya percaya SMPC Kuantan ini memang akan dibina pada masa yang akan datang. Namun saya rasa permintaan untuk SMPC yang baru bukan sahaja wujud di Kuantan tetapi di Segamat, Johor kita juga ada permintaan untuk membina sebuah SMPC yang baru di Segamat. Jadi saya hendak tanya sama ada kita boleh wujudkan satu formula untuk pembinaan SMPC supaya rakyat jelata tidak perlulah menganjurkan perhimpunan untuk mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat. Kita tidak perlulah tunggu sampailah PRU untuk mendapat kelulusan membina SMPC. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Yang Berhormat Serdang menyebut tentang beberapa perkara secara ringkas saya hendak maklumkan Yang Berhormat. Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Dalam Majlis Dialog Pendidikan Nasional telah dibawa perkara ini semalam wakil MCA pun dia telah bawa perkara ini. Kalau ada mana-mana NGO hendak bawa perkara ini saya yakin sebelum itu pun sudah dibawa. Jadi sama-sama kita menunggu rumusan itu dan kita hendak melihat rasional tetapi Yang Berhormat saya hendak betulkan sedikit, bukan SJK(C) dan SJK(T) sahaja sekolah bantuan kerajaan. Ada empat kategori. Pertama SJK(C) - 882; SJK(T) - 374; dan sekolah mubaligh 410 dan 157 sekolah agama bantuan kerajaan merentasi kaum, merentasi agama.

Yang Berhormat saya rasa SMPC Kuantan sudah dijawab saya rasa tunggulah pengumuman dalam sehari dua ini. Yang Berhormat Ranau sebut tentang SK Pekan Ranau. Ini saya akan semak dengan Bahagian Pembangunan, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat dan saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat laporan audit fizikal yang dibuat oleh kementerian itu boleh Yang Berhormat bincang dengan PPD sekiranya ianya tertinggal boleh dimasukkan sebagai satu inventory cheque di mana selepas itu kita berpandukan laporan itu untuk kita berikan peruntukan.

(More......)

Pembahasan dengan Ahli Parlimen Kota Belud YB Dato’ Abd Rahman Dahlan Tentang Isu Tol

Posted: 28 Jun 2012 05:20 PM PDT

Pembahasan dengan Ahli Parlimen Kota Belud YB Dato' Abd Rahman Dahlan tentang isu tol di Parlimen pada 25hb Jun 2012


Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Pembangkang mengatakan hapuskan tol. Jadi kerajaan terpaksa memberi pampasan yang lebih kepada concessionaire mengikut undangundang, mengikut perjanjian tetapi Tuan Pengerusi, RM445,803,000 ini bayangkan rakyat Sabah tidak ada kena mengena dengan tol ini. Ini tidak adil kerana kerajaan membelanjakan sesuatu yang diminta oleh pembangkang, yang ditekan oleh pembangkang.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Saya selalunyalah apabila saya mendengar hujah Buku Jingga mengatakan nak memansuhkan tol, apa kena mengena dengan rakyat daripada Sarawak dengan Sabah? Kenapa kita perlu korbankan RM445 juta ini sedangkan RM445 juta ini boleh kita beli, boleh kita bina sekolah menengah RM10 juta, 445 sekolah yang kita boleh letak di Beluran, Tuan Pengerusi. Di Kota Belud, di Kanowit, di Labuan, di Mambong. Kenapa pembangkang mahukan perkara ini berlaku sedangkan saya kira kalau RM445 juta ini diberi kepada concessionaire tol ini kerana keperluan tambahan, ini tidak berlaku adil kepada orang lain. Di Sabah tidak ada tol. Kenapa kami di Sabah tidak deprive dengan izin RM 445 juta? Saya kira tidak betul. Oleh sebab itu kerajaan harus menimbangkan.

Saya faham maksud kerajaan tetapi semua ini saya kira bermula daripada tekanan yang bermotifkan politik semata-mata daripada pihak pembangkang. Mereka jajarkan Buku Jingga. Dalam Buku Jingga itu dikatakan tol dihapuskan tapi kenapa kerajaan Pakatan Rakyat mahu bertindak zalim kepada rakyat Sabah dan Sarawak?

Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ya what? You nak hapuskan tol. You nak gunakan wang rakyat, wang kerajaan, bajet kerajaan dan you know that kita kena buat pampasan kepada tol concessionaires ini. Maknanya RM445 juta yang diminta sekarang ini adalah RM445 juta yang tidak dapat dibelanjakan untuk infrastruktur Sabah dan Sarawak. RM445 juta yang juga boleh digunakan untuk negeri Kelantan yang masih mundur lagi.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Satu soalan tambahan juga.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: I can't resist a lady request. Silakan.

(More......)

Perbahasan saya dengan Timbalan Menteri Kewangan I di Parlimen pada 25hb Jun 2012.

Posted: 28 Jun 2012 01:30 AM PDT

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, soal jumlah subsidi RM7.5 bilion yang diperuntukkan di dalam Perbekalan Tambahan ini. Ingin saya nyatakan bahawa sama ada ini melibatkan BR1M atau tidak, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya tidak, RM7.5 bilion ini tidak termasuk BR1M. Ini adalah subsidi petroleum, diesel dan gas dan itu pun hanya kepada yang dikenakan kepada pengguna. Bermakna persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jasin sama ada ia juga meliputi subsidi gas kepada pihak IPP, tidak termasuk di sini, IPP tidak termasuk.

Ketiganya, Yang Berhormat Jasin ada bertanya tentang apakah jumlah RM7.5 bilion ini mengambil kira harga minyak yang kelihatan agak menurun di bahagian kedua tahun ini berbanding dengan bahagian pertamanya. Memang harga minyak pada pertengahan pertama yang jumlah puratanya USD126 setong jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan ataupun yang diunjurkan sebelum ini USD110. Akan tetapi memandangkan bahawa harga minyak ini dijangka akan berkurangan di pertengahan kedua, maka jumlah RM7.5 bilion ini sudah memadai. Pada pertengahan pertama, jumlah ini adalah lebih besar iaitu sebanyak RM12 bilion...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata harga minyak pada masa 'dibajetkan' pada tahun lalu adalah dijangka lebih kurang USD110 setong tetapi dalam pertengahan awal tahun ini, ia naik kepada puratanya USD126 setong. Oleh itu, kita hendak minta satu tambahan untuk subsidi-subsidi, tambahan dana untuk subsidi yang lebih kurang RM7.5 bilion. Soalan saya adalah kalau kita tengok peruntukan asal, peruntukan asal untuk subsidi ini adalah RM17 bilion dan sekarang kita minta satu tambahan RM7 bilion. Kalau kita bandingkan di antara harga minyak yang di luar jangka, ia lebih kurang 10% atau 15% lebih daripada yang dijangkakan. Akan tetapi kenapa subsidi yang diminta sekarang adalah lebih daripada 30% ke 40% daripada yang originally, asalnya diperuntukkan. Bolehkah minta satu penjelasan di atas ini?

(More......)

Sembang Santai " Ke SYHURGAkah Cinta Kita? "

Posted: 28 Jun 2012 01:21 AM PDT

23hb Jun 2012, hadiri Sembang Santai " Ke SYHURGAkah Cinta Kita? " yang dianjurkan oleh Halwa Remaja Serdang dengan kerjasama Jaringan Insan Berwangan, ADUN Bangi dan PeBT Zon 22. 









(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang